Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 18

BAB 18

Salwa Amna berjalan sambil menghentak kaki menuju ke butik rakannya.

“Geram!! Geram!! Geram!!” Jerit Salwa Amna.

“Kau dah kenapa ni, nak halau customer aku pepagi ni? Meroyan tak tentu pasal.”

Balas Insyirah geram. Salwa Amna seperti di rasuk hantu. Mukanya masam mencuka setelah melihat adegan sweet Tengku Zaim dan Erin Fasha di Butik Kazama.

“Perempuan sial tu ada dekat Butik Kazama tengah fitting baju.”

“Dah tu biarlah dia nak fitting baju, yang kau tu sibuk kenapa?”

Tak asal-pasal nak lepas geram dekat butik rakannya. Insyirah menggelengkan kepalanya. Memang tak boleh move on si Salwa Amna ni.

“No! Zaim hanya boleh berkahwin dengan Salwa Amna anak Dato’ Khairil. Perempuan yang nak rampas Zaim kena langkah mayat I dulu atau I yang akan langkah mayat dia.”

Dah macam gaya nenek sihir. Ada sengihan jahat di bibir Salwa Amna. Insyirah hanya dapat menarik nafas panjang mendengar butir-butir perkataan yang keluar dari mulut rakannya. Insyirah menarik nafas panjang dan di lepaskan.

“Kau ni cakap, cuba fikir sikit. Cakap macam orang tak ada iman.”

Nasihat Insyirah tidak dihiraukan. Kakinya laju melangkah keluar. Apa lagi agaknya taktik untuk menggoda Tengku Zaim Hakimi. Salwa Amna masih lagi menghendap pasangan-pasangan yans sedang mencuba baju pengantin di Butik Kazama.

“Kurang ajar betul perempuan ni! mana ntah Zaim kutip!”

Omel Salwa Amna sendirian. Di Butik Kazama kelihatan semua cucu dan bakal cucu Syarifah Al Bahiyah sedang mencuba pakaian. Masing-masing dilayan ibarat raja. Bermacam-macam jenis baju yang digayakan oleh mereka.

“Happy je saya tengok Erin ni. Awak suka sangat ke dengan baju-baju ni”.

Soal Tengku Zalif. Dari tadi muka Erin sorang yang bahagia melihat baju-baju pengantin mewah disitu. Kalau boleh semua baju nak di pakai. Erin Fasha tersengih. Lagi tadi terpusing-pusing di dalam butik Kazama semata-mata nak mengayakan pakaiannya. Macam princess katanya. Erin…Erin…

“Mestilah Tengku, baju-baju ni semua, kalau saya nak beli sehelai je pun, saya dah kena ikat perut 5 tahun tau.”

Balas Erin Fasha selamba. Terlupa lagi yang dia tu sedang berlakon jadi orang kaya. Nasib baik Erin cakap perlahan. Tengku Zalif menepuk dahi. Masak lah kau Long!

“Hish awak ni, cover lah sikit.”

Marah Tengku Zalif. Erin pantas menutup mulutnya memohon maaf atas ketelanjuran kata. Sempat memberikan sengihan pada Tengku Zalif yang sedari tadi berdiri di bahagian ruang menunggu. Didi Khalisha datang mendekat tiba-tiba.

“I nak balik, diorang dah measure ukuran badan I, I tak kisah pakai baju apa nanti”

Ucap Didi Khalisha tegas. Erin sudah berlari menuju ke tempat Zaim meninggalkan Didi dan Zalif. Didi mula membuat muka menyampah depan Tengku Zalif. Kalau nak diikutkan tak ingin dia pergi fitting baju. Tapi atas arahan Papanya dia turutkan. Geram je Tengku Zalif tengok perempuan di hadapannya. Dengan baju tak cukup kain. Tengku Zalif mendengus dalam hatinya.

“Rasanya tak ada apa-apa lagi kan? Sebab boyfriend I dah tunggu tu. Kami nak keluar.”

Sambung Didi Khalisha lagi. Tengku Zalif terdiam sekejap. Memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk dikeluarkan.

“Ok! I will wait for only 2 weeks and you will be mine.”

Balas Tengku Zalif. Geram juga dengan sikap Didi.

“I pernah cakap dengan you. I harap you tak lupa.”

Balas Didi Khalisha dan kakinya keluar dari Butik Kazama. Tengku Zalif hanya mampu memandang Didi Khalisha keluar dari butik. Siapa dirinya yang ingin menghalang insan yang bernama Didi Khalisha. Tunang pun bukan. Kata Syarifah Al Bahiyah, sebelum nikah tunang sekejap.

‘Tunggu kau nanti lepas kahwin”

Bicara Tengku Zalif sendirian. Entah kenapa hatinya menjadi geram dengan sikap bakal isterinya.

Tengku Zaim menyelak langsir di bahagian menunggu. Daaa!! Handsome!

“Allah mak ai, handsome nya encik abang! Macam Zul Ariffin!”

Jerit Erin setelah melihat Tengku Zaim bersuit hitam. Segak! Apa lagi? Pantang dipuji. Tengku Zaim terus menyarungkan cermin mata hitamnya. Lagi terserlah kekacakannya. Erin Fasha tak habis – habis memuji kekacakan Tengku Zaim.

“Encik abang ni macam turun dari kayangan. Handsome sangat. Saya suka. Hik hik hik…”

Omel Erin Fasha lagi. Yang lain hanya memandang dengan senyuman. Terasa pasangan itu sahaja yang bahagia. Bahagia ke Tengku Zaim? Bahagia lah sikit sebab tak nikah dengan Salwa Amna. Ni kalau Salwa Amna nampak ni. Makin berbulu mata dia tu!

Tengku Zaqif dan Tengku Zaid sibuk bermain dengan telefon bimbit. Hanya sehelai dua sahaja baju yang dicuba. Sama juga dengan Arissa dan Syarifah Aqilah. Masing –masing seolah-olah tidak berminat. Semuanya duduk di bahagian ruangan menunggu. Sesekali tergelak dengan perangai Erin Fasha yang menggila tu.

Pesanan ringkas dari Syarifah Aqilah membuatkan Tengku Zaid keluar dari butik. Syarifah Aqilah turut mengikut langkah Tengku Zaid meninggalkan Tengku Zaqif dan Arissa. Sejak pertemuan kali pertama sehinggalah sekarang, tidak ada sbutir perkataan yang keluar dari mulut Zaqif dan Arissa. Masing-masing senyap. Sama seperti sekarang. Yelah, yang nak kahwin nanti badan je bukan hati. Sedih betul!

Arissa memandang bakal suaminya dengan perasaan serbasalah. Nak bertanya takut. Maka diam sahaja jawapannya. Si Tengku Zaqif asyik sangat menghantar pesanan ringkas pada kekasihnya. Sesekali mukanya berkerut. Arissa yang duduk dengan jarak 2 meter di sebelahnya hanya mampu mengerling.

Pesanan ringkas untuk Intan Syaima di hantar lagi.

“Saya janji dengan awak. Dia hanya isteri atas kertas. Saya akan buat macam-macam cara supaya Nenda boleh terima awak. Please tunggu saya. Love you..”

Butang hantar di tekan. Sejurus selepas itu kaki Tengku Zaqif mula bangun dari sofa.

“Tak de pape lagi kan? Achik balik dulu.”

Ucap Tengku Zaqif seraya keluar dari Butik Kazama. Tengku Zaid dan Syarifah Aqilah pula sedang bermesyuarat di luar butik. Entah apa yang di rancang agaknya.

“Serious?”

Soal Syarifah Aqilah pada Tengku Zaid. Syarifah Aqilah seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata bakal suaminya. Lama Tengku Zaid berfikir untuk menjawab soalan Syarifah. Betul atau tidak tindakannya.

“You just get ready, pasal Nenda tu biar I yang uruskan.”

Jawapan yang membuatkan dia juga serbasalah. Risau juga pada hari kejadian nanti. Syarifah Aqilah menghela nafas panjang. Tapi ini kemahuan Tengku Zaid.

“I owe you. Thank you Zaid. Sorry.” Ucap Syarifah Aqilah.

“Its okay, jaga abang Helmi baik-baik.”

Balas Zaid mendatar. Baginya dia bukan ingin pun berkahwin dengan wanita dihadapannya. Semuanya perancangan Nenda. Dalam diam Tengku Zaid turut merancang sesuatu iaitu menghancurkan pernikahannya sendiri. Sedangkan dia sendiri kurang pasti dengan tindakannya. Tapi? Dia lebih rela berbuat demikian, mana mungkin dia sanggup merampas hak Abang Helmi yang juga menjadi sahabat kepadanya. Oh! God! Hancurkan pernikahan sendiri? Habislah Syarifah Drakula tu!

########################################################

“Encik”

Panggil Erin Fasha. Tengku Zaim pula tengah ralit membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Panggilan Erin tidak di layan. Kosong dah butik Kazama. Hanya tinggal Erin Fasha dan Tengku Zaim. Yang lain semua dah keluar.

“Kenapa kembar Encik yang lain macam tak happy macam Encik? Kenapa semua macam tak rela je nak nikah?”

Soalan yang payah untuk Tengku Zaim jawab. Kepalanya di gelengkan.

“Hish awak ni, banyak betul tanya. Dah jom keluar makan.”

Tengku Zaim tidak menjawab soalan Erin Fasha. Erin tersengih. Setelah itu Erin membuntuti Tengku Zaim masuk ke dalam kereta. Mata Salwa Amna masih setia memandang pasangan tersebut. Geram. Sempat kakinya di hentak. Erin dan Tengku Zaim masuk ke dalam kereta.

“Eh! Tu bukan Cik Amna ke?”

Tegur Erin Fasha bila melihat kelibat Salwa Amna yang kebetulan menyorok di deretan kedai. Tengku Zaim mencari kelibat Salwa Amna. Senyuman sinis terbit di mukanya.

“Jom Encik.”

Ajak Erin. Tengku Zaim memandang pelik gadis di sebelahnya.

“Apa?”

Soal Tengku Zaim hairan.

“Jom kita berdrama. Hehehehe”

Balas Erin Fasha seraya mengangkat kedua – dua keningnya. Salwa Amna masih melihat adegan mesra di dalam kereta tersebut. Boleh pulak si Erin Fasha suruh Tengku Zaim pura-pura nak cium dirinya. Makin kuat hentakan kaki Salwa Amna. Laju telefonnya mendail nombor telefon seseorang.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.