BAB 29
“Tak pergi kerja ke?”
Soal Iffah pada Tengku Zaid yang sedang
duduk di atas meja dapur. Pagi-pagi lagi dah tercongok kat situ. Tengku Zaid mengangkat
muka.
“Pergi kejap lagi..”
Tengku Zaid bermuka malas. Iffah sudah
mengeluarkan bahan-bahan untuk dibuat sarapan harini. Si Zaim nak makan
cengkodok pulak!
“Syamraa Holdings kan dah stabil, Nenda
dah bagi green light sapa yang nak pergi honeymoon. Pergilah bawak Alyaa.”
Nafas ditarik panjang.
“Kat rumah pun tak dapat honeymoon….. Eh
ibu, biasanya orang perempuan cuti lama ke?”
Iffah berhenti membuang tahi ikan bilis.
Muka Tengku Zaid dipandang.
“Pegilah tanya Alyaa, sebab setiap
perempuan lain-lain. Tanggungjawab suami tu kena tahu.”
Iffah meneruskan lagi tugasnya. Tengku
Zalif tiba-tiba muncul di dapur. Dah kenapa pagi-pagi turun. Selalunya tak
pernah!
“Alah, kau tanya Mr Google, nanti dia
bagitahu.”
Tengku Zalif memberi cadangan seraya
meminta nescafe dari Iffah. Bilalah cengkodok kau nak digoreng ni Iffah.Tangan
Iffah laju membancuh nescafe untuk Zalif.
“Google tu isteri kamu ke, yang kamu nak
tanya dia, kalau google cakap 7 hari, sekali Alyaa kena 14 hari, padan muka
kamu!”
Iffah menambah. Muka Tengku Zaid terkejut.
“Ye ke ibu sampai 14 hari, tak boleh jadi
ni. Angah naik atas dulu lah.”
Tergelak Iffah dan Tengku Zalif melihat
Tengku Zaid yang kalam kabut naik ke atas semula.
“Hah Uda, kamu berapa hari?”
Soal Iffah tiba-tiba.
“Entah ibu, rasanya 8 hari dia tak solat
haritu” Balas Tengku Zalif polos.
“Ibu bukan tanya tu lah! Ibu tanya kamu
nak pergi honeymoon berapa hari? Balas Iffah yang sudah tergelak kecil.
“Hahaha, apa lah ibu ni? Soalan tu bagi
full lah. InsyaAllah seminggu je.”
Hati cuba menidakkan rasa yang datang,
tapi nak buat macam mana, dah berminggu-minggu duduk bersama, tiba-tiba hadir
rasa cinta. Arghhh!! Tengku Zalif meraub wajahnya.
“Apa lagi yang tak kena?”
Soal Iffah yang melihat wajah runsing
Tengku Zalif. Tiada jawapan diberikan. Nescafe dihirup.
“Ego kan? Suka dia cakap jelah. Nak
simpan-simpan.”
Iffah meneka. Tepung sudah dibancuh
bersama bawang dan ikan bilis. Kuali yang tersangkut diambil Iffah dan
diletakkan di atas stove. Soalan Iffah dibiarkan tergantung. Nescafe sudah
habis di dalam cawan. Kaki Zalif melangkah keluar dari dapur.
‘Keras
kepala betul!’ Omel Iffah sendirian.
##################################################################
Seperti biasa jam 8 pagi ruang makan di
banglo Syarifah Al Bahiyah pasti akan penuh. Rutin Wajib setiap hari. Cengkodok
ikan bilis dan Meehoon goreng sudah tersedia di atas meja. Masing-masing sudah
mengambil tempat duduk.
“Betul Uda je yang pergi? Yang lain tak
nak pergi honeymoon? Nanti dah sibuk kerja time tu lah nak pergi. Kan bagus
kalau pergi awal-awal. Mana tahu lekat cepat.”
Syarifah Al Bahiyah berbicara.
Masing-masing sibuk dengan makanan di hadapannya.
“Hah, Lekat? Apa yang lekat Nenda? Adakah
ianya sejenis gula-gula getah atau gam uhu?”
Erin bersuara. Syarifah Al Bahiyah dan
yang lain sudah tergelak. Sejak-sejak dah kamcing dengan Syarifah Al Bahiyah.
Pandai betul Erin ambil hati orang tua tu. Hari-hari puji Si Syarifah Al
Bahiyah ni, mana tak kembang. Putih la, ramping la, awet muda lah. Erin..Erin… Zaim
sudah memberi isyarat mata pada Erin. Erin Fasha tersengih. Meehoon disua ke
mulut.
“Ha Erin, kamu pun bukannya muda sangat
pun, dah boleh dah”
Sambung Syarifah Al Bahiyah bila melihat
masing-masing diam. Erin hanya berwajah selamba. Lurus. Tak tahu apa yang Nenda
Bahiyah maksudkan. Tengku Zaim sudah terbatuk-batuk. Kembar yang lain sibuk
berdehem.
“Ha Nenda, ingatkan minggu depan nak masuk
apartment. Dah nak dekat dua bulan”
Tengku Zaim membalas perbualan. Saja tukar
topic. Kesian pulak mereka bila hendak meniggalkan Nenda cepat-cepat. Baik
betul kembar ni.
“Saya dah banyak kali ajak Encik abang
pegi honeymoon, tapi dia kata dia banyak kerja dekat Syamraa Holdings”
Tiba-tiba Erin bersuara lagi. Mukanya
disengihkan. Tengku Zaim sudah menjeling tajam. Yang lain tergelak lagi. Ada
sahaja Erin Fasha ni, kalau ada dia mesti nak tergelak.
“Angah pun ingat nak masuk apartment
minggu depan, rasanya honeymoon dekat situ dulu kut.”
Tengku Zaid menambah. Alyaa memandang
tajam. Peha suaminya dicubit. Malu.
“Tak kisah lah kat mana-mana pun yang penting
lepas 3 bulan ada hasil, kalau tak da hasil pergi check, mana tahu kot-kot
problem. Dah jom Achik, tak nak honeymoon kan? Jom ikut Nenda kerja.”
Balas Syarifah Al Bahiyah seraya bangun
dari kerusi meninggalkan ruang makan. Iffah menuju ke ruang makan sambil
tersenyum.
“Ibu dah cakap kan haritu.”
Sapa Iffah yang sudah tergelak kecil.
Tengku Zaid memandang Alyaa. Sengihan gatal diberi. Alyaa bangun dari kerusi,
langkahnya dibuntuti Zaid.
“Awak pergi belajar masak dengan ibu,
nanti dah ada rumah sendiri tak tahu masak.”
Arah Tengku Zaim pada Erin. Erin
tersengih. Zaim sudah melangkah keluar dari ruang makan.
“Kak Ari, jom kita belajar masak dengan
ibu.”
Erin juga sudah melangkah ke dapur bersama
Arissa. Bila masa pulak nama Arissa jadi Ari. Kak ari..kak ari lama lama jadi
kari.
“Pergi dapur dulu, nanti Ibu datang.”
Didi dan Zalif masih lagi berada di ruang
makan.
“Ibu ucapkan selamat berbulan madu..”
Sapa Iffah yang sedang mengemas
pinggan-pinggan di situ. Lagi tadi tak bercakap budak dua ni, kena sawan bisu
jugak ke? Omel Iffah seraya berlalu dari situ.
“Awak dengar kan Nenda cakap apa tadi?”
Soal Tengku Zalif. Didi hanya diam. Soalan
tidak dibalas. Tengku Zalif bangun dari kerusi. Tangan Didi ditarik.
“Awak nak apa?”
Tengku Zalif sudah mula berang bila Didi
menolak rancangannya untuk pergi berbulan madu.
“Saya tak kira, awak nak pergi ke tidak.
Awak kena pergi jugak!”
Arah Tengku Zalif. Fuhh, inilah jadinya bila
darah drakula sudah mengalir ditubuh. Iffah yang terdengar hanya menggeleng
kepala.
‘Moga
berkekalan. Amin.’ Doa Iffah.
#################################################
“Kak Ari. Encik abang cakap tanggungjawab
isteri kena bagi anak dekat suami. Bila Kak Ari nak bagi anak dekat Tengku
Zaqif?”
Soal Erin polos. Terbatuk Arissa dan Didi
yang sedang menolong Iffah di dapur. Erin tersengih dengan soalan sendiri.
Iffah pula sudah menggeleng kepala.
“Kau ni! Suka hati je tanya macam tu. Kau
tu bila nak bagi Zaim anak?”
Soal Didi Khalisha pula. Iffah hanya
memerhati dari sinki sambil mengelap pinggan. Erin Fasha menjuihkan bibir.
“Encik abang cakap sekarang belum masanya.
Tapi bagus jugak Kak Didi. Semalam saya tengok video orang beranak. Sakit gila.
Huh!”
Penuh perasaan Erin bercerita. Lepastu
bontot mulalah tak reti duduk diam. Sekejap je dah keluar. Kalau tak kacau Cik
Mat, main dengan angsa. Erin..Erin..
Didi dan Arissa tergelak dengar celoteh
Erin. Telefon Didi tiba-tiba berbunyi. Setelah membaca nama yang tertera Didi
khalisha mula menjauh dari dapur dan mengangkat telefon.
“Ye. I faham. Cuba you sabar sikit. I tak
boleh nak buat pape sekarang ni. Kuasa talak tu dekat tangan dia.”
Didi mendengus geram di hujung talian.
“Tapi
sampai bila? Nak keluar dengan you pun tak boleh? I stress you tahu tak?”
Balas kekasih Didi. Bukan stress apa. Tak
de duit lah tu. Yelah! Didi kan orang kaya. Didi serbasalah dengan kekasihnya.
“Ye. Saya cuba. Ok. I tak boleh nama.
Nanti kita mesej k”
Talian
dimatikan. Didi kembali semula masuk ke dapur. Iffah yang terperasan hanya
berdoa dalam hati. Ini rupanya yang selalu menjadi keluhan pada Tengku Zalif. Iffah
menahan sebak.
#########################################################
Tengku Zaim menghempas fail yang baru
sahaja di berikan oleh Salwa Amna. Ketat muka Tengku Zaim memandang Salwa Amna.
“Macam ni you cakap kerja? Apa semua ni?
Kalau setakat nak main-main dekat sini, baik you berhenti je”
Marah Tengku Zaim. Salwa Amna menahan
marah di dalam hati.
‘Kau tunggu Zaim. Kau tunggu!’
Bisik hati Salwa Amna. Kaki melangkah
keluar. Pintu bilik Tengku Zaim di hempas. Sejurus selepas itu setiausaha
Tengku Zaim masuk ke dalam.
“I nak you check kesalahan bahasa dalam
proposal ni.”
Arah Tengku Zaim. Emy keluar semula dari
pejabat bossnya. Mood Tengku Zaim tiba-tiba berubah bila melihat aplikasi whats
up nya yang berbunyi. Erin hantar gambar pulak. Gambar angsa betina dengan
jantan. Siap ada caption lagi.
“Angsa
ni ada keturunan Nenda ke Encik? Garang betul! Encik nak mintak tolong boleh?
Tersenyum Tengku Zaim membaca pesanan
ringkas isterinya. Pantas tangan mula menaip sesuatu.
“Apa
dia?”
Butang hantar di tekan. Lama betul si Erin
Fasha typing. Entah apa yang dia nak agaknya.
“Encik
nanti balik boleh tak beli gula-gula kapas? Encik tahu tak gula-gula kapas tu
macam mana? Alah yang halus-halus macam kapas tu. Pastu dia manis. Ok tu jelah.
Bye Encik. Selamat maju jaya”
Tergelak Tengku Zaim membaca pesanan
ringkas dari isterinya. Erin.. Erin..