Home Novel Cinta A LOVE TO KILL
A LOVE TO KILL
Farhah Aiddin
27/7/2021 11:07:15
31,675
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

“Haqqi, pergi minta tolong Pak Mus ambilkan peralatan bertukang. Tadi mama nampak dia duduk di dapur The Main Castle.” Arah Tengku Maria. “Haih… rosaklah dinding berharga Tengku Mahfuz dikerjakan nanti.” Sambil menghantar isyarat jelingan bahawa ayat itu ditujukan khas buat Ulfa Alfiya.

Ulfa yang mendengarnya sekadar tersenyum lebar. Dari telinga ke telinga. Dia tak mahu ambil peduli dengan jelingan Tengku Maria. Yang penting keinginannya ditunaikan.

“Pak Mus? Yang mana satu?” Sepanjang beberapa jam Haqqi bertapak di dalam mahligai ini, terlalu ramai pekerja yang bekerja di sini hingga dia tidak mampu mengingati wajah dan nama mereka semua.

Pembantu rumah sahaja ada lebih 10 orang. Itu tidak termasuk tukang masak, tukang kebun, pengawal keselamatan, pemandu peribadi setiap ahli keluarga ini. Mungkin kalau dia jumlahkan semuanya, boleh mencecah 30 orang pekerja yang khas berkhidmat untuk menguruskan keperluan penghuni Istana Mahligai Nan Indah ini sahaja.

Sebenarnya orang yang terlalu kaya ini bagus juga. Dalam mereka menyenangkan hidup sendiri dengan bantuan daripada pelbagai jenis pembantu, mereka juga secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Yang berjanggut dan bermisai macam Wak Doyok. Tak silap mama, dia pakai topi warna coklat tua.” Walaupun sudah lama Tengku Maria tidak pulang ke sini, setiap wajah pembantu keluarganya masih kekal di ingatan. Mereka semua sangat setia bekerja di sini semenjak dia kecil lagi. Mana tidak setianya jikalau imbuhan yang mereka perolehi amat berbaloi. Tambah pula, penginapan di sini sangat selesa mengalahkan rumah sendiri. Kedua orang tuanya sangat menitip berat kebajikan setiap pekerja mereka.

“Okey.” Tanpa bantah, Haqqi keluar dari bilik Ulfa dan Urwa untuk turun menuju ke ruang dapur yang terletak di tingkat bawah The Main Castle.

Untuk turun ke bawah, dia perlu melalui lif. Lama dia berdiri di situ, di hadapan lif sambil otak ligat memikirkan punat mana yang perlu ditekan untuk ke ruang dapur utama istana mahligai. Setiap tingkat memiliki dua buah lif. Bukan semua lif akan membawanya ke tempat yang dituju.

Jadi, benarkah lif yang berada di hadapannya sekarang menuju ke ruang dapur The Main Castle? Jika benar, punat mana yang perlu ditekan?

Mahligai ini direka dengan sangat unik dan besar. Ketika bersantap tengah hari tadi, Tengku Mahfuz ada berkongsi cerita tentang keunikan seni reka bentuk mahligai ini memandangkan dia tahu Al-Firasi seorang arkitek bertauliah dari  Amsterdam.

 Katanya, dia mereka mahligai ini dengan dua sayap, sayap kiri dan sayap kanan. Ia digelar dengan nama The Left Wing dan The Right Wing. Sayap sebelah kiri untuk Tengku Mikael sekeluarga dan sayap sebelah kanan pula untuk Tengku Maria sepenuhnya. Manakala bahagian utama istana mahligai yang berada di tengah-tengah, juga dikenali sebagai The Main Castle, dibuat khas untuk dirinya dan Tengku Ruhi. Setiap sayap memiliki 3 tingkat. The main castle pula, 5 tingkat setengah. Lebih banyak dan lebih besar kerana di situlah terletaknya keseluruhan ruang utama di Istana Mahligai Nan Indah ini.

Tengku Mahfuz sengaja reka sebegitu supaya kedua-dua anaknya akan tetap tinggal di sini meskipun sudah berkahwin dan beranak-pinak. Itu merupakan angan-angan dia dan isterinya sebelum dia sendiri yang memusnahkan angan-angannya itu dek terlalu memandang rendah status keturunan Al-Firasi yang baginya langsung tidak layak hidup sebumbung dengan mereka semua.

“Lif ni hanya untuk The Right Wing aje. Tak akan bawa kau keThe Main Castle.”

Seratus lapan puluh darjah Haqqi berpusing. Tidak berkelip matanya memandang si empunya suara.

“Emily Yana.” Tangan dihulur tanda mahu berjabat. “Adik Eiyad. Sepupu kau.”

“Oh, patut muka lebih kurang.” Balas Haqqi. Senang sahaja nak mengecam keluarga Tengku Maria. Wajah mereka ada iras-iras arab sedikit. Kulit mereka putih kemerahan dan hidung sedikit mancung.

Haqqi pandang tangan Emily. Apa yang lebih menarik ialah warna kuku Emily. Hitam dan berkilat. Kali ini dia kalih pula pandangannya dari hujung jari kaki sampailah ke helaian terakhir rambut wanita itu.

“Nice hair.” Puji Haqqi berbasa-basi.

Emily tarik sengihan. Rambut yang berwarna hitam keputihan yang berselang-seli, dibelit dengan jari telunjuk tangan kanan. “Thanks.”

So, macam mana saya nak jumpa Pak Mus?”

“Take the other lift and…” Belum sempat Emily menghabiskan bicaranya, suara garau milik Eiyad mengacau apabila pintu lif di hadapan mereka terbuka luas.

“Haqqi!”

Rengusan kasar Emily kedengaran. Dia menjeling abangnya sendiri. Muka yang tadinya bersahaja, beriak menyampah. “Just go with him.”

“Adik buat apa lagi dekat sini? Tengku Maria kan dah balik, adik tak boleh tinggal sini lagi. Dah pindahkan semua barang adik ke?” Soal Eiyad. Nadanya kedengaran tegas. Semenjak dua tahun lepas, Emily diberi kebenaran untuk menghuni The Right Wing sementara Tengku Maria masih tidak pulang.

“Mind your own business.” Emily melangkah pergi begitu sahaja tanpa membalas sepatah pun pertanyaan Eiyad.

“Adik kau, kan?” Tanya Haqqi kepelikan. Ketegangan riak Emily amat ketara sebaik sahaja Eiyad muncul.

“Aku tak akan panggil adik kalau dia bukan adik aku.”

“Boleh tahan.”

Terangkat sebelah kening Eiyad. “Jangan cakap yang kau dah terjatuh cinta pandang pertama?”

Mulut Haqqi ternganga beberapa saat. “Kau ingat test aku teruk sangat ke?”

“Amboi! Kau sedang merendahkan adik aku depan abang dia sendiri tau?”

“Pembetulan. Aku tak rendahkan adik kau tapi adik kau sendiri yang merendahkan kau selaku abang dia.”

Eiyad berdecit. “Dia memang macam tu. Nampak muka aku aje, mesti emo tak bertempat.” Bahu Haqqi dijamah Eiyad. Wajahnya meriakkan cemberut. “Bro, my little girl tak macam adik-adik kau. Dia boleh berubah menjadi adik yang paling menakutkan di dunia ini!”

Pecah tawa Haqqi mendengarnya. Dari dulu Tengku Eiyad Dini tidak habis-habis mengutuk adiknya sendiri. Biarpun tadi merupakan kali pertama dia dan Emily bersua muka tapi percayalah, kisah tentang Emily sudah tersimpan rapi dalam kocek seluarnya.

Emily Yana si gadis pelik. Suka warnakan rambut macam kuda belang. Kukunya kalau tidak hitam, mesti putih pekat seperti warna susu. Bibirnya tak akan tercalit warna lain selain hitam pekat. Sekali tengok, pasti orang akan anggap dia budak black mental yang terpengaruh dengan ajaran khurafat yang entah apa-apa itu.

“Bawa aku jumpa Pak Mus.” Pinta Haqqi sebaik sahaja tawanya reda. “Mama suruh dia bawa peralatan bertukang untuk gantung fairytale budak bertuah tu.”

Eiyad gelak. “Along mithali! Demi adikku tercinta sanggup ku redah lautan api!”

Semerta perut Eiyad dihinggap siku tajam Haqqi. “Aku tak gila lagi nak redah lautan api!”

“Oh, tak lagi ke? Ingatkan dah sampai ke tahap tu.” Gelakkan Eiyad bertambah besar. Haqqi balas dengan jelingan yang terselit senyuman dibibirnya. “Jomlah aku bawa kau terus ke gudang alatan. Kau pilih sendiri apa yang kau nak guna nanti.”

“Itu lagi bagus.” Langkah diatur membuntuti Eiyad yang sudah bergerak ke arah lif yang berada di bahagian tengah sayap kanan. “Lagi cepat aku jalankan titah Tuan Puteri Ulfa Alfiya, bertambah cepatlah aku dapat rehatkan diri di atas tilam yang empuk.”

“Kalau macam tu, kau tak payah susahkan diri. Kau suruh aje salah seorang pembantu mahligai buatkan. Apa guna pembantu yang ramai ni kalau kau tak pakai.” Langkah Eiyad mati di hadapan kereta Ferrari merah. Full spack. Kelihatan mahal dan sungguh bergaya.

Automatik Haqqi berhenti melangkah. Dia pandang Ferrari kemudian Eiyad. Kedua-dua tangan kanan dan kiri menggenggam penumbuk. Entah kenapa ada satu rasa menerjah sanubarinya tiba-tiba.

“Masuklah. Buat apa lagi kau tercegat dekat situ?” Tanya Eiyad setelah dia masuk di bahagian pemandu.

“Haqqi?”

“Hah?” Haqqi tersentak. Raut wajah yang tadinya suram kembali ceria sedikit. Senyuman plastik diukir.

“Boleh pula kau mengelamun depan kereta aku. Naiklah!”

Haqqi garu kulit kepalanya. Sekali lagi dia memandang Ferrari dan tuan empunya Ferrari. Suara jeritan Ulfa tiba-tiba saja memenuhi fikirannya. “Aku nak buat sendiri. Ulfa tu cerewet. Dia suka hasil tangan along dia aje. Orang lain mahu dia mengamuk sekali lagi.”

“So?”

“Dia ada athma, Eid. Risau aku kalau dia mengamuk sakan sampai pengsan. Mahu aku yang pengsan dibebel papa dan mama.”

“So?”

Haqqi berkerut. Payah cakap dengan orang yang kurang common sense. “So, aku nak cari Pak Mus.”

Eiyad julingkan matanya. “Masuklah bro. Aku drive sampai gudang.”

“Tak apa. Kejap…” Terkelip-kelip mata Haqqi mendengarnya. Otak mula merungkai sesuatu. “Gudang tu dekat mana?”

“More than one kilometer from this castle.” Senyuman lebar terhias di bibir Eiyad. “Naiklah. Kau nak aku drive atau kau drive guna kaki kau sendiri?”

Terus sahaja Haqqi masuk ke dalam Ferrari merah idamannya. “Aku naik bukan sebab aku terpikat dengan kereta kau ni tapi sebab aku sayangkan tenaga aku.”

“Bla lah bro! Tadi sombong sangat.”

“Manalah aku tahu gudang tu jauh.”

“Keluasan tanah Tengku Mahfuz ni hampir 10 kilometer kalau kau teroka semuanya. Gudang yang kita nak pergi ni kira tempat paling dekatlah dengan Istana Mahligai Nan Indah.”

“Ada apa lagi dekat tanah seluas ini?”

“Kau akan tahu kalau kau terus tinggal di sini.”

Sorry bro! Aku teruja dengar tapi aku masih sedar diri.” Haqqi sengih. “Bak kata pepatah melayu, ukur kain di badan sendiri.”

“Tahu juga kau pepatah melayu. Gaya macam pernah tinggal Malaysia aje.”

“Aku sedar diri dan aku juga tak lupa asal usul.”

“Cis! Makan dalam!”

Serentak mereka melepaskan tawa.

Pandangan Haqqi tidak lekang dari menjamu keindahan alam yang berada di sekeliling mereka. Kereta Eiyad melewati pokok tinggi dan besar yang sering dilihat di kaca televisyen. Kalau dia tidak silap, pokok ini berhantu.

“Pokok Ara.” Omelan di dalam hati terluah di mulut. “Kenapa pokok Ara?”

“Panjang kisahnya.” Eiyad tidak minat untuk bercerita.

“Pendekkan.”

“Nenda suka pokok Ara.”

“Gila! Ini pertama kali aku dengar orang melayu suka pokok berhantu ni.”

“Dah dia suka, nak buat macam mana.”

“Pelik betul nenda. Ke dia witch? Pengamal ilmu…”

“Amboi kau! Sesedap mee segera aje kau mengata nenda ya?”

Haqqi sengih nakal. “Sorry… aku terlupa yang aku sedang bercakap dengan cucu kesayangan dia.”

Kereta yang dipandu Eiyad berhenti mengejut sehingga menyebabkan tubuh Haqqi tersentak ke depan. Tajam saja anak matanya menikam wajah sepupunya itu. “Kau ada niat nak bunuh aku?”

“Kalau boleh.”

Haqqi mencemik seraya memandang bangunan di hadapan mereka. Sebuah gudang yang tidak terlalu besar, tidak juga terlalu kecil. Berwarna kelabu gelap dan putih. Seni binaannya unik.

“35807.” Mata Eiyad melilau ke sekeliling gudang. Dalam pada itu, dia turut mencuri pandang rumah kampung bercirikan moden melalui cermin pandang belakang. Rumah itu betul-betul berada di belakang gudang. Jaraknya dalam 100meter sahaja.

“For what?”Clueless.

Password gudanglah ngok!” Eiyad menoleh pada Haqqi di sebelah. Haqqi ini kadang-kadang bendul juga. Menguji kesabaran. “Kau pergi masuk, pilih peralatan yang kau nak. Aku tunggu dalam kereta.”

“Yalah.” Haqqi jeling. Sesuka hati sahaja ‘ngok’kan dirinya. 

Seusai membuka rantai bernombor, Haqqi terus melangkah masuk. Dia sangat tertarik melihat susunan peralatan yang berada di dalam gudang tersebut. Penuh memenuhi dinding. Kemas tersusun dengan keunikannya tersendiri.

Langkahannya termati ketika dia mahu mendekati bahagian peralatan besi. Debar di dadanya tiba-tiba sahaja menyerang. Ada satu rasa renjatan menyentak hatinya kala melihat seorang gadis yang berdiri sambil memegang tukul besi.

Mata terus membulat saat otak merumuskan kemungkinan yang ingin gadis itu lakukan. Dengan pantas, dia bersuara.

“Tumpang tanya boleh?”

Pertanyaan itu menghenti perilaku si gadis. Serentak dengan itu, si gadis menoleh ke arahnya. Debaran Haqqi kian kencang. Ada satu rasa yang dia sendiri tak mampu terjemahkan dengan kata-kata tatkala melihat raut wajah pucat itu. Pakaiannya juga lembab. Entah kenapa simpatinya jatuh bertimpa-timpa.

Gadis ini perlukan seseorang untuk menariknya keluar dari lembah pahitan.

She needs someone.

Just like me.
Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.