Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
1,343
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Bab 5 part 1


Suasana di dalam kelab malam agak riuh. Nazrul tersenyum melihat para pengunjung di situ. Matanya sesekali tidak mampu lari melihat gadis-gadis yang mengunjungi kelab pada malam ini. Dia mengambil tempat duduk dijadapan bar. Walaupun sering berkunjung ke bar, dia tidak pernah minum arak. 

"Lama tak datang sini," ujar Nazrul perlahan sambil memerhati para pengunjung yang sedang menari.

"Abang pernah datang sini ke?" Soal pekerja lelaki di situ.

"Huh?" Nazrul menganggukkan kepalanya. "Pernah datang masa study dulu."

"Owh... Patutlah saya tak pernah nampak abang?"

"Kebetulan ada seminar dekat area sini. Boleh lah singgah sekejap."

"Abang bukan orang sini ke?!" Soal Zafril agak kuat kerana suara mereka ditengelamkan oleh alunan muzik yang kuat.

"Bukan!" Jawab Nazrul lalu meneguk air Coke yang dipesannya. "Abang dari Terengganu."

Zafril angguk. 

"Esok abang balik dah."

"Okey," balas Zafril lalu meninggalkan Nazrul. Dia perlu melayani pengunjung lain.

Nazrul mengikut rentak muzik yang dialunkan. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat sesorang yang dikenalinya dari jauh. 

"Kau buat apa tu?" Soal Zafril marah apabila melihat Alex meletakkan sesuatu ke dalam minuman yang dipesannya.

Alex menarik kolar baju Zafril. "Kau jangan masuk campur!" Ujarnya lalu mendorong tubuh Alex ke belakang.

Nazrul hanya memerhati. Sudah menjadi kebiasaan agenda menjual barang terlarang di dalam kelab. Pihak polis juga terlibat dalam perkara ini. Dia mengeluh mengenangkan nasib anak muda yang menjadi mangsa dadah, pil kuda dan sebagainya.

"Hey bro!" Sapa Roy. 

"Hai," balas Alex sambil merenung ke arah gadis yang cantik tidak jauh dari tempat duduk mereka.

"Who next?" Soal Roy apabila melihat Alex mengacau air yang dipesannya. 

"Tu," Alex menunding jari ke arah gadis yang berpakaian warna merah hati. "That's girl will be mine."

Nazrul turut melihat gadis yang dimaksudkan. Riaknya agak terkejut apabila gadis itu adalah Syaza. 

"Sediakan bilik untuk kami enjoy," kata Alex lalu melangkah mendekati Syaza. Dia telah mencampurkan ubat peransang di dalam minuman Syaza.

"Temankan I jalan-jalan malam ni boleh," pinta Ravi.

"I nak release tension malam ni aje. I tak boleh temankan you," balas Syaza sambil tersenyum mengoda.

"Hai cantik," sapa Alex lalu menghulurkan minuman yang diambil buat Syaza. 

"Thanks," balas Syaza lalu minum air yag diberikan tanpa ada rasa curiga. 

"Jom dance," ajak Alex.

"Sure," balas Syaza lalu menari bersama Alex. Dia mahu melepaskan penat setelah berbulan-bulan menghabiskan masa dengan kerja. Kini dia ingin menikmati keseronokan malam tanpa memikirkan hal kerja. Dia baru sahaja selesai menghadiri Kursus Memantapkan Bahasa Melayu. Kini dia mahu menghilangkan rasa penatnya.


NAZRUL resah. Dia mula tidak senang duduk apabila berhadapan dengan situasi itu. Syaza adalah cinta pertama dia pada zaman sekolah dulu. Kini gadis itu telah berkawan dengan Haura. Dia tidak sanggup membiarkan gadis itu diperkosa oleh lelaki yang tak bertanggungjawab seperti Alex.

Kebiasaannya kes begini sering berlaku ketika dia masih belajar dahulu. Namun, dia sedikit pun tidak kisah akan perkara itu. Malangnya, pada kali ini dia tidak boleh menbiarkan perkara itu berlaku kepada seorang gadis yang pernah disukainya.

Syaza mula hilang pertimbangan. Nazrul berjalan mundar mandir di hadapan bar. Dia tidak tahu bagaimana cara ingin menyelamatkan Syaza tanpa adanya pergaduhan antara dia dengan Alex.

"Eh abang ni kenapa?"

"Huh?" Nazrul terkejut dengan sapaan Zafril.

"Kenapa abang nampak resah aje?"

Nazrul menunding jari ke arah Alex. "Siapa mamat tu?"

"Dia gangster kat sini?"

Nazrul menelan air liur mendengarnya. Melihat tubuh Alex yang agak sasa sudah digeruninya. "Macam mana nak selamatkan perempuan dengan dia?"

Zafril melihat Syaza berada dalam pelukan Alex. "Siapa perempuan tu?"

"Kawan abang?"

"Cuba abang cakap, yang perempuan tu wife abang," ujar Zafril memberi cadangan.

Nazrul cuba menenangkan dirinya. "Boleh ke?"

"Abang cubalah dulu. Jika ada masalah saya panggilkan security."

"Okey," ujar Nazrul lalu melangkah ke arah Syaza dan Alex. Dia berusaha bersikap tenang. Dia menoleh ke arah Zafril. Lelaki itu menyuruhnya teruskan rancangan.

Nazrul sengaja melanggar tubuh Alex. "Sorry bro," sapanya perlahan lalu melihat Syaza di dalam pelukan Alex. 

"Watch your step okay," marah Alex kerana berasa terganggu dengan kehadiran Nazrul.

"Watch your hand bro?!" Marah Nazrul lalu menarik Syaza daripada Alex.

"What?!"

"This is my wife!" Ujar Nazrul dengan tegas. Peluk di dahi mula merecik. Dia gerun dengan kemarahan Alex.

"Really?" Soal Alex tidak mempercayainya.

"Yes," kata Nazrul lalu menepuk-nepuk pipi Syaza bagi menyedarkan gadis itu. 

"Hai Naz," balas Syaza lalu memeluk Nazrul.

Nazrul menarik nafas lega apabila Syaza menyebut namanya. Pembohongannya tidak akan diketahui oleh Alex.

Wajah Alex terus mencuka mendengarnya. Dia mendengus marah lalu beredar dari situ. 

Nazrul senang hati melihat Alex berlalu meninggalkan mereka. Dia meleraikan pelukan Syaza. Namun gadis itu ingin jatuh menyebabkan Nazrul kembali merangkulnya. 

Syaza pegang kepalanya. "I pening,"

"Syaza jom I hantar you balik."

"I tak boleh nak drive," balas Syaza lemah. 

"I hantarkan," ujar Nazrul lalu memapah tubuh Syaza keluar dari kelab itu. 


SEBAIK sahaja tiba di lobi. Nazrul meminta pertolongan staf untuk mencarikan kunci bilik Syaza. Para guru yang terlibat dengan kursus Bahasa Melayu menginap di D'garden Hotel. Dia ada terserempak dengan Syaza di dalam dewan tetapi tidak berpeluang untuk bertegur sapa. 

"Bilik Cik Syaza sebelah sini," tunjuk Wani ke arah sebelah kanan lift.

Nazrul mengendong tubuh Syaza yang mula merapu. Laju dia membontoti langkah staf yang mencarikan nombor bilik yang Syaza gunakan. 

Wani membukakan kunci pintu. Dia membukakan pintu kepada Nazrul agar mudah membawa Syaza masuk ke dalam bilik. Kemudian dia membuka suis lampu dan penghawa dingin.

"Terima kasih. Awak boleh pergi?" Ujar Nazrul setelah membaringkan tubuh Syaza di atas katil.

Nazrul membuka peti ais mini yang disediakan di dalam bilik tersebut. Air mineral kecil segera diteguknya dengan rakus. Dia melepaskan kelelahan setelah mengendong tubuh Syaza yang agak berat.

Syaza mengeliatkan tubuhnya. Selimut yang menutupi badannya dibuka. Dia mula berasa panas secara tiba-tiba. Syaza memegang kepalanya yang berasa pening. Dia merasakan ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Dia bangkit dari tempat pembaringan lalu mendekati Nazrul yang hampir terlena di atas kerusi.

"Hai handsomen," sapanya lalu memeluk tubuh lelaki itu.

Nazrul kaget dengan tindakan Syaza. Niatnya ingin berehat seketika melepaskan lelah setelah berjaya menyelamatkan Syaza daripada Alex. Dia tidak pernah menduga Syaza akan memeluknya begini.

Nazrul menolak tubuh Syaza sehingga gadis itu jatuh di atas lantai. "I balik dulu. You rehatlah," pesannya.

Syaza tidak dapat mengawal dirinya kerana masih dibawah pengaruh ubat yang diminumnya tadi. Tubuh Nazrul terus dipeluk dengan erat. Dia memeluk lelaki itu sehingga jatuh diatas tilam. Syaza semakin bertindak liar dengan mencium leher dan bibir Nazrul.

Tindakan Syaza mula menaikkan nafsunya. Namun bayangan wajah tunangnya Haura Fathonah terlintas pada ruangan mata. Dia terus menolak tubuh Syaza menjauhinya. "Tak boleh," katanya lalu melangkah Ingin meninggalkan Syaza.

"Aku dah ada Fat," kata Nazrul sambil menepuk kedua-dua pipinya. 

Syaza memeluk Nazrul dari arah belakang. "I tak tahan," rayunya.

Nazrul meleraikan pelukan Syaza. Dia merebahkan badan gadis itu ke atas tilam semula. "I carikan you ubat." 

"I nak you, please," kata Syaza lagi mula membuka bajunya.

Nazrul segera menoleh ke arah lain. Dia menelan air liur apabila melihat sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia berusaha mengawal godaan syaitan ketika ini. Tanpa melengahkan masa dia terus meningalkan Syaza. Dia mahu membelikan ubat kepada gadis itu agar dia kembali sedar.

Syaza mula bertindak agresif apabila kemahuannya tidak dituruti. Dia menghalang Nazrul dari meninggalkannya. Tubuh lelaki itu ditarik dengan kuat ke katil. Dia menindih tubuh Nazrul. Syaza sudah hilang pertimbangan diri kerana di bawa pengaruh ubat peransang.

Syaza mula mencium wajah Nazrul. Bibir mereka bertaut. Mereka berpelukan. Syaza sudah melepaskan pakaiannya. Kehangatan tubuh Syaza mula dirasai. Akhirnya Nazrul gagal menahan nafsunya apabila dilayan begitu.

Kring!!! Deringan telefon menyedarkan Nazrul daripada lamunannya yang panjang. Dia meraup wajahnya. Dia mengeluh apabila melihat nama pemanggilnya. 

"Assalamualaikum, Naz," ujar Haura dengan ceria di hujung talian.

"Waalaikumussalam," jawab Nazrul dengan lemah. Dia berasa bersalah terhadap Haura.

"Kenapa Fat dengar suara Naz macam sedih aje?"

"Naz okey. Naz baru bangun tidur masa Fat call ni?"

"Oh ya ke? Fat ganggu ke?"

"Tak ganggu pun Syaza."

"Syaza?" 

"Fat!" Ujar Nazrul dengan segera apabila dia menyedari telah tersasul menyebut nama Syaza.

"Naz kenal Syaza ke?"

"Tak. Eh kenal sebab dia kawan Fat kan," ujar Nazrul cuba menghilangkan rasa curiga di dalam hati Haura. "Kenapa call?"

"Good question. Esok jangan lupa mbil borang nikah dekat pejabat agama."

"Untuk apa? Kita dah isi semua maklumat kan?"

"Sebab itulah kena ambil semula. Fat nak serahkan dekat jurunikah kita nanti. Jangan lupa pulak!""

"Okey Fat."

"Jangan lupa tau. Hari selasa nanti Fat ambil dekat butik."

"Butik?"

"Jangan cakap Naz lupa?"

Nazrul garu kepala yang tak gatal. Banyak perkara dia lupa sejak akhir-akhir ini. "Apa?"

"Naz ni banyak sangat makan semut ke?!" Nada suara Haura mula tinggi.

"Sorry. Naz lupa."

"Hari Jumaat lepas kan Fat dah bagi tau. Kenapa Naz macam tak serius aje sekarang!"

"Okey Fat. Kita jumpa dekat butik nanti."

"Pukul empat petang," ujar Haura mengingatkan masa yang telah dijanjikan. "Jangan tak datang pulak!"

"InsyaAllah sayangku."

"Jangan nak bersayang sangatlah! Kalau masa nak jumpa Fat pun lupa. Esok-esok dengan Fat sekali dilupakan," ujar Haura dengan Nada sedih.

"Abang janji akan tepati masa."

"Esok jangan lupa pulak ambil borang nikah tu?!" 

"Okey Fat," balas Nazrul lalu mematikan talian telefon.

Nazrul mengeluh kecil. Borang nikah telah selesai dua bulan lepas. Mereka perlu mengambilnya semula di pejabat agama dsn menyerahkan kepada jurunikah yang berdekatan. Itulah prosedur bagi mendaftarkan pernikahan.


TELEFON bimbit diletakkan diatas meja. Haura mula panas hati apabila Nazrul mematikan talian telefon sebelum dia menghabiskan bicaranya. Dia kehairanan dengan sikap Nazrul sejak beberapa hari ini. Banyak perkara yang diatur bersama dilupakan. 

"Kenapa muncung aje ni," sapa Maisarah lalu menghulurkan segelas air kopi yang dibancuhnya kepada Haura.

"Thanks."

Maisarah mengambil tempat duduk. "Best ke filem ni?"

"Bestlah jugak," ujar Haura sambil menonton Polis Evo 2. Dia membuka cerita itu melalui telefon dan disambungkan pada televisyen.

"Haura okey tak?"

"Okey aje," balas Haura lalu meletakkan cawan ke atas meja setelah menenguk air kopi beberapa kali. "Kenapa?"

"Muka tu nampak tak ceria pun."

"Mesti gaduh dengan encik tunanglah tu," celah Syaza yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Haura memandang ke arah Syaza. Dia membetulkan kedudukannya. "Kau dah lama ke kenal Nazrul?" Soal Haura menginginkan kepastian. Dia berasa hairan mengapa Nazrul tetiba menyebut nama gadis itu.

"Aku kenal dia sebagai tunang kau lah?"ujar Syaza tidak mahu berterus terang bahawa dia sudah lama mengenali Nazrul sebelum ini.

"Bukan kau pergi seminar yang sama dengan Naz minggu lepas?" Soal Maisarah sambil menikmati karipap segera yang baru digorengnya.

Tersedak Syaza mendengarnya. "Ya kenapa?"

Haura agak terkejut mengetahuinya. "Kau ada jumpa Naz ke dekat sana?"

"Ramai sangat yang hadir. Aku tak perasan pun Naz ada sekali masa seminar tu."

"Okey," balas Haura sepatah lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia meniti anak tangga ke tingkat atas. Laju kakinya menapak masuk ke dalam bilik. 

Badannya direbahkan di atas tilam. Dia merasakan ada sesuatu yang telah terjadi kepada Nazrul. Sikap tunangnya itu berubah setelah pulang dari seminar yang berlangsung di Kuala Lumpur. Akhirnya dia terlena dengan penuh persoalan yang bermain di dalam benaknya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu