Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
50,703
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Syakilabersiap lebih awal. Sepelas beberapa kali temujanji yang dibuat dibatalkan,akhirnya mereka sudah sepakat akan bertemu tengah hari ini. Sufian juga sudahmenghubunginya. Mengingatkannya tentang janji tengah hari ini. Seperti bertemudengan bakal suami pulak. Takut sangat kalau dia tidak jadi datang.

            “Lawa anak emak hari ini. Nak datingke?”

            Syakila mencium pipi emaknya. Wanitaitu sedang menghidangkan lempeng kegemarannya yang dipadankan dengan sambalikan bilis.

            “Sedapnya emak masak. Mana Angahdengan Alang? Tak turun lagi ke?”

            “Diaorang cuti katanya. Kejap lagiturunlah tu.”

            “Cuti?” Dahi Syakila berkerut. Cutiapa pulak?

            “Si Angah nak ajak Alang keluar.Adalah halnya tu. Pening mak tengok diaorang berdua tu.”

            “Kenapa pulak mak nak pening.Diaorang tu dah besar lah mak. Pandailah jaga diri.”

            “Sebab dah besar tu lah mak pening.Memanjang keluar. Si Alang tu. belajar pun tak habis lagi. Duk berkepit aje.”

            “Tu lah mak. Bagi ajelah dia orangtu kahwin. Kan senang. Tak lah mak pening kepala lagi. Pandailah laki dia orangjaga.”

            “Sedap mulut kamu aje bagi cadangan.Mak nak tengok kamu tu bersanding dulu. takkan adik kamu pulak yang nak kahwin.Langkah bendul. Kalau seorang tak apalah juga. Ni dua orang. Nanti lagi orangtak nak masuk meminang kamu.”

            “Mak… tak payahlah nak fikirkanfasal Ila. Ila pun malas lah mak nak fikir semua ni. Ada jodoh adalah mak. UmurIla baru nak masuk 32 tahun. Banyak masa lagi mak nak fikir.”

            “kamu ingat kamu tu muda lagi ke?Dah taraf andartu tau tak? Orang mengata aje sekarang ni sebab kau denganSufian.” Geram pulak Puan Aini. Syakila ingat umur 32 itu muda lagi. Kalauorang lain sudah beranak pinak agaknya.

“Apakata mak carikan jodoh untuk kamu. Ada dah dua tiga orang kawan mak bertanyafasal kamu.”

            “Mak… kan Ila dah cakap. Ila tak naklah mak.”

            Wajah Puan Aini mula berubah.

            “Ila… kamu tak  faham perasaan mak.”

            Syakila meletakkan cawan ditangannya. Ini yang dia lemah. Berbicara soal jodoh dengan emaknya. Hujungnyawajah tua itu akan mencuka. Rajuknya membawa ke hari.

            “Mak… Ila faham. Tapi Angah pun adahak nak kahwin mak. Dia dan Iman tu dah lama sangat berkawan mak. Tak manisorang pandang. Bukan sekali dua dia jemput Angah kat rumah ni. Mak nak bendatak elok jadi kat dia orang ke?”

            Puan Aini diam. Dia ada jugaterfikir perkara yang sama. Tapi hatinya tetap berkeras mahu Syakila kahwinterlebih dahulu.

            “Mak, Imani dengan Zaki tu. lagilahlama berkawan. Dari sekolah menengah lagi. Zaki tu dah lama kerja mak. Merekatunggu kita aje tetapkan tarikh untuk masuk meminang.”

            “Imani tu belajar tak habis lagiIla. Dua tahun lagi.”

            “Tapi mak, kasihan kat Zaki. Dia dahlama mengajar mak. Lagipun Zaki tu elok orangnya. Takut nanti melepas pulaksebab dah terlalu lama menunggu. Biarlah mak, asalkan lepas kahwin Alang tusambung belajar tak ada masalah pun.”

            Puan Aini memandang Syakila. Memangkedua-dua lelaki yang kini mendampingi anaknya adalah lelaki yang baik. Darikeluarga yang baik. Kalaulah lelaki begitu ada untuk Syakila kan bangus. Keluhhatinya lagi.

            “Mak, jodoh ni urusan Allah. Takkanmak nak melawan takdir. Kalau ALLAH dan takdirkan esok Ila berkahwin, kahwinlahIla mak. Tapi kalau ALLAH kata jodoh Ila memang tak ada, apa yang Ila bolehbuat. Mak, bawalah Angah dengan Alang berbincang. Ila ikut aje tarikhnya. Yemak.”

            Mata Puan Aini berkaca. Diaterkilan. Tapi apa yang Syakila katakan semua benar. Sampai bila anakperempuannya yang lain mahu menunggu.

            “Habis tu kalau tak jumpa jugak,kamu nak salahkan takdir ke? Memanglah jodoh itu ketentuan DIA. Tapi kita nikenalah usaha. Kalau kamu sendiri tak nak usaha, macam mana nak dapat hasil.Ada tak kamu keluar dengan lelaki…. Lelaki selain Sufian tu.”

            Syakila menggeleng. Memang dia hanyaada Sufian. Sungguh jauh di sudut hati dia berharap Sufian itu bujang. Taksusah mencari yang lan. Kalau Sufian tak melamar dia, biar dia aje yang melamarSufian. Senang!... tapi Sufian suami orang. Dia juga tidak mahu merampas suamiorang. Lagipun dia dan Sufian tiada perasaan cinta. Mereka hanya berkawan saja.

            Sukarnya…..

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.