Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
50,715
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Safuanmelihat jam tangannya. Sudah hampir setengah jam dia di Khatulistiwa Café yangterletak bersebelahan dengan pejabat Syakila. Tadi dia sudah meninggalkanpesan. Tapi nampaknya Syakila langsung tidak membaca pesanannya. Sudah lama diatidak bertemu dengan Syakila. Kebetulan dia lalu di situ, dia pun singgah. Minumandi dalam cawan pun sudah lama habis. Tapi Syakila nampaknya sibuk. Keretanyasaja yang terparkir di deretan kedai dua tingkat tersebut.

            Sufian malas mahu menunggu lama.Hari ini dia ada temu janji doktor. Kesihatan isterinya semakin menurun ketikaini. Kerap sangat demam. Doktor takut berlaku jangkitan dalam tubuhnya yanglangsung tidak boleh bergerak itu. Dia pasrah. Dia sudah berusaha seupayamungkin.

            “Sufian… dah lama ke you kat sini?”

            Sufian mendongak. Dia baru saja mahubangkit dan berlalu. Syakila muncul dengan senyuman lebarnya.

            “Dalam setengah jam tadi. I ada whatssap you tapi tak baca pun. You busy ke?”

            Syakila duduk di hadapan Sufian.Ketika pelayan lalu, dia sempat memesan segelas Honey Dew juga mee goreng basahkegemarannya. Seharian dia tidak menjamah makanan. Perutnya sudah berbuyi.

            “Busysangat. I baru aje balik dari Shah Alam. Jalan jem gile. Ada kemalangantadi.”

            Sufian kehairanan. Pandangannyaberalih ke arah kereta Honda yang terparkir.

            “Owh…. I naik kereta Aisyah. KeretaI problem lah. Bateri kut. Dah kalut tadi tak sempat nak tukar bateri pun terusaje suruh Aisyah hantarkan kereta Kelisa dia yang biru tu.”

            Sufian mengangguk. Tanpa soalanSyakila sudah memberi jawapan yang dia mahu. Mungkin sebab itu dia rasa senangberkawan dengan Syakila. Seolah memahami.

            “I baru aje nak balik. Tiba-tiba youmuncul pulak.”

            “Macam I boleh baca aje fikiran youkan. I terus terpacak kat sini.” Syakila tersengih. Mi basah dan air Honey Dew sudah sampai. Tidak sabarperutnya mahu merasa. “I lapar gile you tahu tak… dari pagi tadi I tak makan.”

            “Elok sangat lah tu. Kalau masukangin. You juga yang susah.”

            Syakila seolah tidak mendengar. Diasudah menghadap mi basah yang masih berkepul asapnya. Sudah basi nasihat yangdiberikan Sufian. Dari dia kenal lelaki itu. tapi apa yang boleh dibuat.Kerjayanya seolah lebih penting dari mengisi perutnya sendiri. Walaupunkerjanya menyediakan khidmat makanan. Tapi dia sendiri tidak sempat menjamahapa yang pekerjanya masak.

            “I ingat nak cari pekerja lah. Budakstor yang I cakap tu dah berhenti. Geram betul. Kalau dia ada, boleh juga diatolong tengokkan kereta I tu. You tahulah, bab-bab kereta ni memang nak kenabudak lelaki yang buat.”

            “Dari dulu I suruh you cari orang.Tapi tak nak. You kata boleh drive lagi. Payah nak pakai driver.” Sufianmengingatkan. Dulu berkali-kali juga dia menyuruh Syakila mengupah pemandu.Tapi tak nak.

            “I bukan nak cari driver. I nak cariganti budak jaga stor.”

            “You ni, stor tu bukan banyak sangatkerja. Rugilah kalau you nak bagi gaji 1500 semata-mata nak jaga stor. Upahlahdriver. Sambil tu keje jaga stor. Seminggu dua kali masuk stor kira barang dahokey. Lagipun memang lori yang ambil barang pun seminggu dua kali kan. So,dalam tiga hari tu you adalah driver. Taklah you pening nak ke hulu, ke hilir.Habis masa kat atas jalan aje.”

            Syakila mengangguk. Setuju dengancadangan Sufian. Lelaki itu memang banyak pandangan. Banyak pengalaman. Sudahlama dia menerajui bisnes. Sudah masak dengan dunia perniagaan yang ada turunnaiknya. Juga sudah lali dengan pekerja yang bertukar ganti.

            “Ye lah….. kali ini I terimacadangan you tu. thanks Sufian cozyou tolong I lagi kali ini.”

            Sufian  menggeleng kepala. Syakila ini memang agakdegil orangnya. Mungki sebab itu sehingga sekarang belum berumah tangga. Mahupening kepala suaminya kalau dapat isteri macam Syakila.

            “Kenapa you pandang I macam tu?”Syakila membalas renungan Sufian. Bukan tidak pernah ditenung begitu. Tapirenungan yang begitu pasti ada maksud yang tersembunyi.

            “Tak ada apa.. saje tengok youmakan. Lapar sangat ke?”

            “Alasan… you kutuk I kan… nak cakapI degil lah tu.”

            Ketawa Sufian lepas. Beberapapelanggan memandangnya. Ketawa yang agak kuat itu akhirnya berhenti. Maludipandang orang.

            “Tahu pun. Kalau dari dulu dengarcakap I tak lah you kebulur macam ni.”

            Syakila menghabiskan mi di mangkuk.Lalu menyedut minuman yang berbaki separuh di dalam gelas. Perutnya kenyang. Legarasanya dapat mengisi perut yang hampir saja terkena gastrik.

            “Okeylah.. I nak atas dulu. Banyaklagi kerja yang I kena buat.” Syakila mengemaskan beg tangannya. Handphone dan kunci kereta di campakmasuk ke dalam beg yang sarat isinya. Kalau boleh menjerit, beg tangannya itusudah menjerit kerana berat dan tidak berdaya lagi menanggung beban yang terusdisumbat ke atasnya.

            “Ye lah, I pun nak balik dah ni. nakbawa Sufi ke hospital.”

            “Owh… okey.. kirim salam dengan kakSufi ye. I tak sempat singgah tengok dia. Dah lama rasanya kan I tak tengok KakSufi.”

            “You sibuk sangat. Tu lah tak sempatmemanjang. Sufi sekarang tak berapa sihat. Asyik demam aje. I risau. Hari ni Inak hantar ke Hospital Pantai. You doakanlah dia kembali sihat.”

            Syakila mengangguk. Dia memangsentiasa doakan isteri kawan baiknya itu.

            “Eh, sebelum I lupa. Kawan you adacall I fasal nak tolong I hari tu. I ada buat temu janji. Tapi dia sibuksangat. Dah dua kali PA dia cancel.Maybe minggu depan dia free. Katanyadia akan call semula. Lagipun majlis tu taka da tarikh lagi.”

            “That’sgood. Dia ada call I juga fasal tu. Dia memang sibuk. Bapak dia tak lamalagi ada pilihan raya. Nak bertanding. Dia sibuk uruskan kompeni, uruskan bapadia lagi.”

            Syakila mengangguk. Tanpa menunggulagi dia terus menuju ke kaunter bayaran. Makanan Sufian pun dia bayarkansekali. Kalau tidak begitu, memang dia tak berpeluang membelanja lelaki itumakan.

            Sufian sekadar tersenyum. Matanyahanya memandang Syakila yang berlalu pergi. Dia juga harus cepat pulang kerumah. Isterinya sudah lama menunggu.  

            Dari kejauhan ada sepasang mata yangmemandang. Benci!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.