Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
49,862
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Syakilamelambaikan tangannya. Kelibat dua jejakan yang memasuki Paragon Café tersenyummanis melihat dirinya yang sudah menunggu hampir setengah jam. Mulanya bengangjuga. Mahu saja Syakila batalkan temujanjinya. Tapi mengenangkan Sufian yangberia menyuruhnya menunggu sebentar, dia ikutkan juga.

            “Sorry lah Ila. Tadi ada accidentkat PJ. You taulah kalau dah tersekat dalam jem. Polis traffic. Teruk sangat,dua kereta dua lori… dua-dua melintang kat tengah jalan.”

            Tanpa diminta Sufian terus memberipenjelasan.

            “It’s okey… nak buat macam manakan.” Penjelasan yang membuatkan marah Syakila sedikit reda. “Eh, jemputlahduduk.” Syakila melemparkan senyumannya kepada lelaki yang masih berdiri disisi Sufian.

            “Owh.. ni kenalkan Ashriq. Kawanyang I ceritakan hari tu.”

            Ashriq menghulur tangan. Pantas disambut dengan Syakila. Sudah beberapa kali rasanya mereka berjanji untukberjumpa. Akhirnya Allah perkenankan pertemuan itu pada hari ini.

            “Jumpa juga kita akhirnya kan EncikAshriq.”

            Ashriq tersenyum lebar. Menampakkangiginya yang tersusun rapi. Orangnya memang kemas. Jauh berbeza dengan Sufianyang lebih selamba. Melihat saja penampilan Ashriq, Syakila seolah dapat menekakeperibadian Ashriq.

            “I really sorry about that… I selalubatalkan temu janji kita. But.. I nak ucapkan tahniah. Bapa I memang sukasangat dengan majlis yang you handle malam tu. Dia kata makanan memang sedap.Solute sangat. macam standart hotel. Pekerja you pulak memang baik… siap tanyakat I baki makanan tu nak simpan ke tak… biasanya katerer kalau ada baki diahangkut terus bawa balik. Hari tu, kebetulan family I datang. Dapat juga mereka bawa balik pudding dua tigajenis.”

            “Alhamdulillah… seronok dengar kalaucustomer puas hati dengan hasil kerjaI.”

            “Kan I dah cakap Syakila ni memangsuperb… syarikat I dah banyak kali ambil syakila ni kalau nak buat tempahanmakan. You tahu tak, dia pun dah banyak kali dapat tempahan dari artis-artisbelum lagi dari Datuk-Datuk… hari tu menteri.”

            “Dah lah tu Pian… tak payah nakpromot sangat…. baik you panggil waiter tu ambil pesanan, Kasihan dekat EncikAshriq, berbuih dah mulut tapi tak minum lagi.” Syakila memotong. Takut bilaSufian memuji melambung tinggi. Memang caterer dia terkenal. Tapi tidaklahhebat sangat. Ada lagi orang lain yang lagi hebat. Bukan selalu dia dapatmelayan menteri juga Datuk-Datin.

            Sufian tersengih. Lalu memanggil pelayanuntuk datang mengambil pesanan.

            “Ha, Ash.. nak order apa?” PandanganSufian beralih kepada Ashriq yang sedang menatap buku menu. “Ila…. I tahu youpasti nak order Mi bandung.”

            Syakila tersenyum lebar. Sufianmemang tahu apa yang dia mahu. Setiap kali ke Paragon Café, memang itu yangakan diminta bersama segelas tembikasi susu.

            “Macam biasa. I tahu you nak makanMi Ladna kan.”

            Ashriq sekadar mendengar. Nampaksangat mereka terlalu saling kenal. Sampai makanan pun boleh tahu apa yangdisukai.

            “I nak try mi bandung. Kalau pemilikcaterer selalu order, cornfirm sedap.”

            “I boleh jamin. Memang sedap. EncikAshriq pun suka Mi Bandung ke?” Syakila kelihatan teruja. Bukan senang jumpalelaki yang memiliki minat yang sama. Dia bukan ada kawan lelaki selain Sufian.

            “Dulu suka juga. Tapi selalu belitak sedap mana.”

            “Kalau macam tu bolehla masuk dalammenu nanti.” Sufian mencadangkan.

            “Hurmmm… elok juga tu. Cik Ila biasake buat tema melayu asli. I nak ada menu-menu asli. Seperti mi jawa, mibandung, rojak buah, pasembor. Sebab majlis tu sebelah petang. Tetamu dalam3000 orang. Bapa I nak raikan orang yang selalu sokong dia. ni kira untukkempen juga lah. You tahu kan empat bulan lagi ada pilihan raya?”

            Syakila menangguk. Banyak jugajemputan majlis kali ini.

            “Lepas tu I nak you buat gerai.Setiap menu ada gerai masing-masing. Majlis santai aje. Kali ini nak buat diPICC. Dalam perancangan jemputan akan dibahagikan tiga masa. Jam 2 petang, 3petang, dan empat petang. Maksudnya tak lah 3000 orang tu hadir sekali harung.Tapi untuk set VIP mula dalam jam 3 petang. Rasanya kalau taka da halanganTimbalan Perdana Menteri yang akan datang merasmikan majlis. Saya nak mejauntuk VIP dalam 10 meja.”

            Syakila mencatit butiran di ataskertas. Dia tidak mahu terlepas satu pun perincian majlis.

            “Sufian, kalau I nak tambah untukbuat buffet, you rasa banyak sangat ke?”

            “Kalau pilih buffet I rasa side dishtu you buat dua atau tiga jenis aje. And potion sikit-sikit je dalam semangkuk.You taulah, kadang-kadang orang just nak rasa, bukan nak makan sangat pun.”

            Asriq mengangguk. Setuju dengancadangan Sufian.

            “Okey.. Cik Ila buat tiga kauntermi. lepas tu yang buffet tu I nak makanan ringan je, like sandwich, nasigoreng, pasta, and muffin. Hurmm… I nak tart yang comel-comel tu. Pudding duatiga jenis. Done!”

            Syakila mengangguk setuju. Sambiltangannya mencatit permintaan pelanggannya. Jarang dia berurusan dengan lelakimengenai perkara begini. Selalunya kalau syarikat besar, mereka akan mengupahPA atau AJK yang bertugas menguruskan hal-hal makanan. Sufian sendiri tidakpernah berbincang dengannya. Selalunya PAnya saja yang menghubungi dirinyaberbincang soal caterer.

            “Okey…. I akan uruskan. Kalau EncikAshriq nak tambah apa-apa just call I.make sure sebarang perubahan dua minggu sebelum majlis. Selepas itu kami takakan layan. Kecuali kalau Encik Ashriq minta menu tambahan. Coz, selalunya kamiakan get ready two weeks early.”

            “No hal. So, kira cornfirm la nikan.” Ashriq mengambil sesuatu dari poketnya.

“Inikad saya, please call.” Lembut suaraAshriq.

Ashriqmemandang tepat anak mata Syakila. Syakila tersentak. Entah kenapa terasa adarenjatan elektrik tiba-tiba saja mengalir membuatkan jantungnya berdegupkencang. Pantas dia larikan anak matanya. Kalut tersenyum sambil mengangguk.Cuba menutup rasa gugup yang baru saja menjelma.. oh, tidak! Tadi okey je,sekarang ni rasa macam mahu sorok muka bawah meja.

“Ehem…”Sufian berdehem. Sepasang manusia di hadapannya kini bagaikan hilang daripandangan. Atau mereka yang tidak sedar sebenarnya dia masih terpaku, terpacakdi sini sambil menikmati makanan tengah harinya. Heysh mereka berdua ni, kalauya pun ada rasa berdetik dalam hati, coverlah sikit. Aku ni depan mata korang kut.

Syakilabagaikan baru berpijak di bumi yang nyata. Terus berpaling ke arah Sufian. Lelakiitu senyum meleret. Aduh!

Ashriqkembali menyambung menikmati kesedapan mi bandung yang hampir saja sejuk. Huh,inikah dinamakan cinta? Oh tidak, setelah hampir 7 tahun menyepi tanpaperasaan, kini rasa itu kembali hadir mengetuk ruang hati. Ah, usianya bukanlagi muda. Sudah mencecah 33 tahun.

“Dahsetuju lah ni? So Ash, you kenalah bawa Syakila tengok dewan. Majlis you nibesar. Kalau you bawa Syakila tengok dewan dulu, dia boleh bagi idea nak letakmakanan kat mana, then nak letak meja VIP tu macam mana.”

Ashriqmengangguk sekali lagi. Sufian memang selalu memberi cadangan. Entahlah, diasendiri pening memikirkan setiap majlis yang harus dia set untuk bapanya. Dekatpilihan raya semakin banyak majlis makan yang harus dia uruskan. Dia ada kerjasendiri, tapi semenjak orang kanan bapanya mengkhianati mereka dan bapanyamemberhentikan lelaki itu, dia yang menjadi mangsa. Siapa lagi kalau bukan anakyang diharapkan.

“Youtahu I pening sangat. I baru aje dapat tender dekat Kencana Suria. Diaorangbagi I double job untuk siapkan projek di Semenyih tu. Urgent giler… you tahu… tapi bapa I ni sibuk juga suruh I uruskanmajlis dia ni. Lepas ni banyak lagi majlis yang dia nak buat. Heys.. I serabut.I dah suruh bapa I upah orang untuk handle,dia tak nak. Dia takut orang buat dajjal macam hari tu.”

Syakilasekadar mendengar. Tidak mahu memberi komen apa-apa tentang perkara yang diatidak tahu hujung pangkalnya. Kerjanya sudah siap. Kalau diminta pergi survey sendiri ke dewan yang dimaksudkanpun dia tidak kisah. Bukan tidak biasa. Pandailah dia waze tempat tu nanti. Bagi saja alamat tepat.

“Youtahukan, sudah ramai yang buat dajjal dengan bapak you tu. Memang patutla diatak percaya kat orang lagi. Orang politik ni memang macam tu kan… esok lusa youjuga yang senang. Nak dapat job pun senang. Orang kenal you anak siapa.”

“Huh….I tak pernah ambil kesempatan pun. Orang aje yang lebih-lebih.” Ashriqmenafikan.

“Dianak you dekat. Belajar dunia dia. esok lusa pasti you yang akan gantikan dia.kalau tak, siapa lagi? You aje yang ada.”

Ashriqdiam. Mengakui hakikat sebenar dunia keluarganya. Hubungan yang baik denganbeberapa syarikat besar membolehkan dia mengaut keuntungan. Tidak dinafikan,ada kaitan dengan hal politik bapaknya itu. lelaki itu memang suka perkenalkandia dengan orang. Sambil menyelam minum air, macam tulah agaknya perumpamaanyang harus diberi.

“Takapalah, Cik Ila… jauh dah melalut cerita kita. Nanti kalau I free I akan call. Boleh I bawa you pergi tengoktempat tu.”

Syakilamengangguk. Dia setuju saja dengan pelanggannya. Apa yang penting, dia jugadapat mengaut keuntungan!

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.