Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,919
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

“Eh boss laju nya? Nak gi mana?”

Soal Qisya Atirah sejurus dia melihatSyed Faliq keluar tergesa-gesa dari pejabat. Syed Faliq berhenti sekejap dimeja setiausahanya.

“Oh saya nak solat kejap. Awak takturun café ke? Kan waktu rehat ni”

Makin jatuh hati QIsya Atirah bilamendengar Syed Faliq mahu mengerjakan solat. Padahal baru je masuk waktu.

“Saya tengah tunggu boss”

Balas QIsya bersahaja, Syed Faliqmenggelengkan kepalanya.

“Ha, jomlah.”

Balas Syed Faliq seraya melangkahlaju meninggalkan Qisya. Qisya berlari membuntuti langkah Syed Faliq daribelakang.

‘Rugi aku kalau aku lepaskan lelakimacam ni’

QIsya mula berkata-kata dalamhatinya. Syed Faliq masuk ke tempat lelaki manakala Qisya masuk ke bahagianperempuan. Hanya tirai langsir yang menjadi pemisah saf lelaki dan perempuan.Sempat lagi Qisya menjengah Syed Faliq duduk di saf nombor berapa.

‘Hari ni kita berjemaah bersama.Mungkin esok awak imam saya’

Ucap Qisya sendirian. Solat zuhurpertama yang dilakukan oleh Qisya Atirah. Terdetik pulak harini nak tunggu SyedFaliq. Patutlah tak pernah nampak dekat café. Salam terakhir, seperti biasaUstaz saiful akan memberi sepatah dua kata sebagai tazkirah harian. Qisyakhusyuk mendengar.

“Ni anak-anak teruna yang duduk dihadapan saya ni, jangan malu-malu. Kalau kita nampak perempuan tu baikakhlaknya, keturunan baik-baik. Buat apa tunggu lama-lama. Jadikan terus milikkita. Begitu juga dengan perempuan. Kalau kita ada jumpa lelaki yang baik, takde istilah perigi mencari timba lagi dah. Contoh di zaman Rasulluallah dahjelas. Sepatutnya tak ada istilah perigi mencari timba tu.”

Qisya tersenyum mendengar.

“Haah betul apa ustaz tu cakap.” UcapQisya sencirian.

Ustaz Saiful menyambung tazkirahnya.

“Yang perlu kamu jauhkan sifat melengah-lengahkanpernikahan. Duduk sambil lewa. Main-main mata. Kumpul dosa banyak-banyak. Kalaumemang dah suka, nikah terus.”

Syed Faliq hanya menunduk bilamendengar tazkirah dari Ustaz Saiful. Hatinya berdetik. Sepatutnya perkara ituyang perlu dilakukan pada Hanna Karina dulu. Tapi… Syed Faliq meraub wajah.Tidak sanggup dia mengimbau kembali peristiwa itu semula.

Ustaz Saiful datang mendekat bilasemua makmum sudah keluar dari surau.

“Macam mana Fal?”

Soal Ustaz Saiful seraya memberikansenyuman pada anak muda itu.

“Macam tulah ustaz. Rumit masalahnya.Untuk berhadapan dengan masalah tu, saya terpaksa berhadapan dengan orang lainyang menumpang dalam diri saya”

Jelas Syed Faliq.

“Maksud kamu, double personality?”

Syed faliq menggelengkan kepalanya. Adakeluhan kecil dalam diri Syed Faliq.

“Genophobia.”

Syaed faliq meraub wajah sebelummemulakan bicara lagi.

“Saya ada sakit di mana saya akanberubah menjadi ganas ustaz. Dan selepas itu saya dapat ingat semula apa yangsaya buat ketika saya menjadi marah dan ganas. Emosi saya tak stabil”

 

Jelas Syed Faliq lagi. Ustaz Saifulsemakin memahami apa masalah yang memebelenggu dalam diri Syed Faliq. Hampirsetahun lebih dia menjadi ustaz di sini, baru harini Syed Faliq membuka cerita.

“InsyaAllah akan ada jalanpenyelesaian. Kamu jangan putus asa. Kalau kamu rasa sakit kamu ini teruk,fikir orang yang lebih teruk dari kamu. Dari situ kamu akan rasa bersyukur danmula berfikir, apalah sangat dengan ujian yang Allah beri padaku sedangkan adainsan yang di uji lagi teruk dari aku”

Nasihat demi nasihat di berikan padaSyed Faliq.

“Saya mintak ustaz…

“InsyaAllah… Sekiranya kita tutup aiborang, Allah akan tutup aib kita di akhirat. InsyaAllah rahsia kamu selamat”

Balas Ustaz Saiful. Syed Faliq danUstaz Saiful keluar bersama. Si QIsya Atirah lagi tadi mengomel sendirian.Bilalah agaknya Syed Faliq nak muncul.

“Eh, kenapa Cik Qisya tak masuk ofislagi?”

Soal Syed Faliq. Ustaz disebelahhanya memberikan  senyuman nipis padaQisya Atirah yang menunggu di luar surau.

“Eh tak lah, saya tak tunggu boss.Saya tunggu ustaz”

Balas Qisya bersahaja. Saja carialasan lah tu! Ustaz Saiful memandang pelik.

“Saya?”

Soal Ustaz Saiful. Umur pun dah dekatseparuh abad dah. Dah macam Babah Qisya. Qisya tersengih. Syed Faliq menantiapa soalan yang ingin ditanya oleh QIsya Atirah

“Macam ni ustaz, tadi saya sempatdengar ceramah ustaz. Saya ada jumpa seorang lelaki yang saya yakin baik. Kalauazan cepat je masuk surau. Kalau jumpa perempuan mesti tundukkan pandangan.Saya rasa saya nak melamar orang tu. Boleh ustaz jadi orang tengah?”

Pergh! Statement berani mati. SyedFaliq kaku. Rasa macam Qisya maksudkan dirinya. Ustaz Saiful tergelak kecilmelihat soalan dari gadis yang berbaju biru dan bertudung kuning ni.

“Boleh. InsyaAllah. Awak bagi namadia, alamat dia. Nanti saya pinangkan”

Balas Ustaz Saiful bersahaja. SyedFaliq masih tenang. Kenapa dia tak rasa takut? Hatinya tenang je.

“Alamat dia saya tak tahu ustaz.Senang cerita orangnya kat sebelah ustaz ni”

Terbatuk terus Syed Faliq mendengar.Pantas UStaz Saiful menepuk bahu anak muda itu. Qisya Atirah tersenyum danberlalu pergi. Direct je budak si Qisya ni.

“Kalau dia baik apa salahnya. MungkinAllah yang hantar dia dekat sini supaya kamu berdua dapat berkenal-kenalan.”

Syed Faliq hanya memberikan keluhanbila mendengar butiran dari mulut UStaz Saiful.

….……………………………………..

“Hah tu bunyi lagi. Confrim EncikAziz Zafran.”

Ucap Raisyah pada Najihah yang sedangduduk di dalam bilik pantry. Najihah turut mengiyakan kata kawannya.

“Ya bilik pantry”

Balas Raisyah.

“Boleh pass phone dekat Cik Najihah”

Kedengaran suara Aziz di hujungtalian. Raisyah terus memberi telefon pada rakannya. Sah si Aziz ni angau. Taktahulah angau dengan air Najihah atau dengan orangnya. Najihah meletak semulaganggang telefon.

“As usual. Milo tabur”

Ucap Najihah. Raisyah tergelak kecil.Lincah tangan Najihah membuatkan milo tabur untuk Aziz. Setelah itu kaki mulamelangkah keluar dari bilik pantry dan menuju ke tempat Aziz Zafran.

“Allah!”

Teriak Najihah. Langkah Aziz yangterkocoh-kocoh sambil memegang fail di tangan melanggar tubuh Najihah yangmembawa air ke tempatnya. Basah baju Najihah. Aziz Zafran menggaru kepala.

“Eh sorry Cik Najihah. Saya takperasan tadi”

“Oh tak pe-tak pe. Nanti saya buatkanlain.”

“Sorry eh, mintak tolong cleanerbersihkan ni”

Arah Aziz bila melihat Najihahkembali ke bilik pantry. Aziz mula meluru masuk ke bilik Syed Faliq. QisyaAtirah hanya menjadi pemerhati sahaja kejadian yang berlaku dua meter darimejanya.

Laila Qasandra datang dengan mop ditangan. Qisya tergelak kecil. Kat rumah tak pernah pegang mop. Tak pasal pegangmop kat sini sebab nak kerja dengan Syed Faliq je.

Qisya berpura-pura tidak melihatLaila yang sedang membersihkan lantai.

“Cantik baju”

Sindiran sengaja. Saja nak carigaduh. Laila yang terdengar sindiran kakak tirinya terus bergerak laju. Comelje muka laila bertudung dengan pakaian t-shirt muslimah ni. Pandai betul Azizni plan baju.

“Kau nak ke mop ni masuk dalam mulutkau?”

Jerit Laila Qassandra. Qisya tersenyummengejek. Suka betul dia melihat adik tirinya yang marah-marah macam tu.

Tiba-tiba Qisya mendapat panggilandari Syed Faliq. Telefon pejabat pantas di angkat.

“Ok boss, saya masuk sekarang”

Qisya tersenyum mengejek lagi.

“ Kau nak suruh aku ciumkan SyedFaliq tak?”

Sengaja matanya dikelip berkali-kalisupaya Laila geram. Laila menenyeh-nenyeh mop di lantai. Kalau kat rumah ni,memang dah kena dah mop tu dekat muka Qisya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.