Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
36,914
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

“Alhamdulillah doc. Setakat ni tak datanda-tanda yang ‘dia’ muncul. Saya boleh berhadapan dengan perempuan. Cuma…”

Ayat yang ditutur oleh Syed Faliqtidak habis. Fikirannya masih lagi resah. Doctor Jamil sedari tadi setiamendengar cerita pesakitnya.

“Cuma?”

Soal Doctor Jamil. Syed Faliq meraubwajah.

“Cuma perkara tu masih lagi menjadiigauan dalam mimpi saya”

Doctor Jamil bangun dari tempat dudukdan berdiri di sebelah Syed Faliq. Bahu Syed Faliq di picit.

“Hanna?”

Soal DoctorJamil. Syed Faliq mengangguk.

“Sebab kamu masih lagi takut denganbayang-bayang hitam kamu. Selagi kamu tak nak hadapi ‘dia’ selagi tu kamu akanmerasa dihantui.”

Balas Doctor Jamil. Masih lagi kurangjelas. Siapakah si ‘dia’ yang Syed Faliq dan Doctor Jamil maksudkan. Syed Faliqmeraub wajahnya.

“So doc nak saya buat apa? Kejutkandia lagi?”

Soal Syed Faliq. Kepalanya disandarkan di belakang kerusi. Doctor Jamil kembali ke tempat duduknya yangberhdapan dengan Syed Faliq.

“Macam biasa. Kita akan kejutkan dia. Itu je caranya. Ataupun cara lainnya,kamu kena bernikah.”

Balas Doctor Jamil. Syed Faliqmenegakkan tubuhnya. Rasa macam tak percaya dengan apa yang baru sahajadibicarakan oleh Doctor Jamil.

“No doc… Pernikahan terlampau banyakrisiko.”

“Ok saya faham. Kalau macam tu kitakena guna cara yang selalu kita guna. Mungkin lepas ni kamu boleh uji sendiridekat rumah.”

Syed Faliq meraub wajahnya lagi.Takut.

“Ok…”

Doctor Jamil mengunci tangan SyedFaliq di atas kerusi tersebut setelah mendapat persetujuan darinya. Laptop diatas meja di buka oleh Doctor Jamil. Fasa pertama dijalankan. Doctor Jamilmenunjukkan beberapa video perempuan biasa yang menutup aurat.

Syed Faliq masih lagi tenang. Videoberalih kepada fasa kedua di mana video perempuan yang menayangkan rambutnyadengan penuh godaan. Hati Syed Faliq mula resah. Degupan jantungnya makin lajubila di lihat di atas mesin yang di pasang pada tubuhnya. Doctor Jamil masihlagi menanti.

Video fasa ketiga pula ditunjukkan.Kelihatan seorang wanita yang tiada Seurat benang di badannya menggoda seoranglelaki dengan adegan penuh nafsu.

“Stop!”

Lantang jeritan Syed Faliq. Jantungnyaberdegup kencang. Dadanya berombak laju. Peluh mula membasahi dahi. Matanyadirapatkan. Bibir mula beristighfar. Doctor Jamil menekan butang pause sekejap.Keluar urat-urat lengan Syed Faliq saat dia menggenggam penumbuk.

“Bukak mata Fal. You must faced it!”

Semangat dan kekuatan diberikan padaSyed Faliq. Dengan dada yang masih berombak, Syed Faliq membuka matanya secarapaksa. Adegan mesra di dalam video itu dilihat dengan perasaan marah yangmembuak-buak.

“Bodoh! Perempuan bodoh! Argh!!!!!”

Jerit Syed Faliq. Tangan yang dikuncidigegar kuat. Yes! He’s back! Inilah Syed Faliq yang sebenar.

“Lepaskan aku!”

Jerit Syed Faliq lagi. Syed Faliqmeronta-ronta supaya dia dilepaskan. Doctor Jamil menekan butang pause dilaptopnya.

“Kamu kena kuat Fal! Kuat! Kamu kenalawan!”

Semangat tetap disalurkan. Syed Faliqsudah tersenyum sinis. Bengis mukanya.

“Argh!!!! Bodoh!!! Lepaskan aku!”

Jerit Syed Faliq lagi. Doctor Jamilmenunjukkan jarum di hadapannya pada Syed Faliq. Syed Faliq senyap sekejap.

“We need to discuss Fal”

Syed Faliq memandang tajam mukaDoctor Jamil. Selepas itu bibir menguntum senyuman sinis.

“Diam! Kau tak tahu apa yang akurasa!”

Syed Faliq semakin mengganas. DoctorJamil masih berwajah tenang. Laptop di hadapan Syed Faliq di tukar pada videolain. Catatan masa di ambil untuk melihat berapa minit pula Syed Faliq bolehkembali tenang tanpa ubat.

“Ok sekarang ni cuba kamu tengok ni.”

Video keluarga bahagia ditunjukkanpada Syed Faliq. Terdapat seorang anak yang memeluk ibunya. Agak lama juga masayang diperlukan untuk Syed Faliq menghilangkan rasa marah yang membuak. SyedFaliq kembali tenang.

“Astaghfirullah. Astaghfirullah.”

Bibir Syed Faliq kembali mengucapkankalimah Allah. Sejurus selepas itu airmata mula mengalir. Tangan kembalimenggigil. Syed Faliq seolah-olah kembali dalam dunia reality. Ingatan masihlagi teringat saat dia menjadi pemarah. Seolah-olah ada manusia lain yang hidupdalam dirinya.

Doctor Jamil membuka semula tanganSyed Faliq yang dikunci di atas kerusi. Pantas Syed Faliq meraub wajahnya yangbasah dengan airmata. Doctor Jamil menepuk-nepuk bahu anak muda itu.

“Mungkin lepas ni kita tak payahkunci tangan tu. Fal kena kuat! Fal kena cuba stabilkan emosi dan minda.”

Arah Doctor Jamil lagi. Syed Faliqmasih menekup muka dengan tangannya.

“Tak kan berhasil doc. Saya akan mulamengganas. Hah!”

Keluh Syed Faliq. Nafas ditarikpanjang..

“Oh, by the way doc. Ubat saya dahhabis”

Sambung Syed Faliq. Doctor Jamilmasih lagi menulis laporan kesihatan Syed Faliq untuk hari ini.

“No Fal! Untuk hari ini kamu hanyaperlu masa 10 minit untuk redakan kemarahan kamu. Ubat hanya membuat ‘dia’tidur. Tapi diri kamu yang membantu untuk menghilangkan ‘dia’.”

Jelas Doctor Jamil. Melihat muka SyedFaliq runsing. Doctor Jamil mengeluarkan juga satu botol ubat di dalam lacinya.

“Try to avoid this pill. You mustface the reality because you are you and ‘he’ is you. Lusa kita buat lagi.”

Lagi sekali Syed Faliq meraub wajah.Runsing benar hatinya. Kepalanya digaru berkali-kali. Masalah yang membuatkanSyed Faliq berjauhan dari wanita. Sejenis penyakit psikologi yang dinamakanGenophobia. Takut kepada hubungan kelamin. Dan apa yang lainnya, Syed Faliqakan mula mengganas bila dia jadi benci pada wanita disebabkan ada trauma yangmenghantui diri. Sejarah silam yang mengubah diri Syed Faliq menjadi orang laindalam masa sesaat.

….…………………………………………………………

“What? Like seriously!”

Jerit Qisya Atirah. Email yang barusahaja masuk di telefon bimbitnya di baca berulang-ulang kali.

“Woi kau kenapa?”

Soal rakan sekerja Qisya yangsama-sama bekerja di kedai alat tulis. Nadia datang mendekat pada rakannya yangmenjaga di kaunter.

“Cuba kau baca ni beb. Betul tak? Akutakut aku rabun je ni”

Balas Qisya. Masih lagi teruja denganemail dari Syed Faliq. Belum sempat Qisya ingin memberi telefon bimbitnya padaNadia, telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali terpampang di screentelefon.

“Hello”

Ucap Qisya setelah menekan butangpanggilan.

“Assalamualaikum. Boleh saya bercakapdengan cik Qisya Atirah?”

Soal si pemanggil.

“Ye. Qisya bercakap. Ada apa ye?”

“Saya Syed Faliq dari ShadadHoldings. Tahniah awak terpilih sebagai setiausaha di syarikat saya. Boleh mulakerja esok”

Melopong mulut Qisya Atirah bilamendengar nama Syed Faliq. Hujung ayatnya tak sampai pun ke telinga.

“Hello..Hello… Cik Qisya ok? Adamasalah ke?”

Qisya Atirah masih lagi terdiam.Berangan sekejap. Dirinya seolah-olah terbang di awang-awangan.

“Assalamualaikum… Cik Qisya.. Awakmasih dekat situ?”

Sedikit tegas suara Syed Faliq dihujung talian. Qisya Atirah mati dari lamunan.

“Ha ye.. Boleh boss boleh. Esokpagi-pagi saya datang. Terima kasih boss”

Balas Qisya Atirah laju.

“Ok kalau macam tu jumpa awak esok.Assalamualaikum”

‘Mak ai! Kejap gila dah nak letakphone. Fuhh!!

“Errr.. Waalaikumsalam.”

Balas Qisya Atirah. Telefondimatikan.

“Yeay!!!!!!”

Jeritan Qisya membuatkan pelanggandan juga rakan sekerja Qisya terkejut. Semuanya memandang Qisya yang sedangmengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Qisya masih lagi dibuai lagu cinta. Macamtak percaya bila Syed Faliq yang call sendiri.

….………………………………………………………………..

“Janam..janam..janamm”

Mulut riuh menyanyi laju Dilwali.Qisya memarkir motonya di hadapan rumah. Bibir menguntum senyuman bahagia. Kakimula melangkah masuk ke dalam rumah. Si Laila Qassandra tu tak habis-habisberposing baju yang nak di pakai esok. Sapa lagi penontonnya kalau bukan EncikQhalif dan Puan Juriah.

“Babah guess what?”

Masuk tak bagi salam dah suruh mainteka-teka. Encik Qhalif menggelengkan kepalanya di ruang tamu sambil menikmatikopi panas. Soalan Qisya masih belum dijawab oleh Encik Qhalif. Kuat derapankaki Laila Qassandra menuruni tangga.

“How about this?”

Soal Laila. Baju skritnyadipusing-pusingkan ala-ala Cinderella.

“Kamu ni Laila! Mana ada cleaner pakaibaju cantik macam ni!”

Marah Puan Juriah. Qisya Atirahtergelak kecil mendengar ayat ibu tirinya. Laila memandang geram muka Qisya.

“Hoi! Kau diam eh! Kau tu dah lah taklayak kerja dengan Syed Faliq. Jangan nak menyibuk”

Start dah! Encik Qhalif dan PuanJuriah menghela nafas panjang. Masing-maing menghirup kopi di ruang tamu. Qisyamasih lagi berdiri di sebelah Babahnya.

“Hah! Setaklayak aku ni lah kan. Akudapat duduk dekat dengan Syed Faliq tu. Nak buat macam mana, rupanya Syed Faliqlebih suka pada perempuan yang ayu macam aku ni”

Masing-masing pelik mendengar ayatdari Qisya Atirah.

“Babah tak faham. Apa maksud Qisya?”

Soal Encik Qhalif.

“Sebab Syed Faliq tu ada matalah, diapilih Qisya as a new secretary in Shadad Holdings!”

Pap! Bergegar jantung LailaQassandra. Qisya Atirah tersenyum bahagia. Encik Qhalif pula meminta Qisyamengulang semula ayatnya. Fuhh!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.