“Ibu
kirim untuk awak”
Aby melongo. Bungkusan plastik
bewarna merah di tangan Zulqarnain sekadar dipandang. Beberapa penumpang mula
memandang ke arah mereka berdua kerana bas masih belum bergerak sedangkan semua
penumpang sudah naik ke dalam perut bas.
“Ambillah cepat… marah pulak
penumpang aku nanti!”
“Awak ni… tak reti nak bagi
elok-elok ke” Bungkusan dari tangan lelaki itu di ambil dengan kasar oleh Aby.
Seperti biasa Aby akan duduk di hadapan, pastinya di sisi Zulqarnain kerana
semua tempat duduk sudah penuh dan tempat duduk itu memang Zulqarnain reserve untuk Aby. Aby tersenyum sambil
menghidu bau aroma nasi lemat dari celah daun pisang yang terbungkus rapi.
“Kirim salam kat mak awak ye… terima kasih sebab buatkan saya nasi lemak ni…
sedapnye…. dah lama tak makan nasi lemak ni”
“Ye lah…. Sayang betul ibu saya kat
awak. Hari-hari tanya saya pasal awak. Macam lah saya ni driver awak tau. Nasi lemak ni siap ingat kat awak, awal pagi lagi
dia dah bungkuskan letak dekat beg sandang saya”
“Ala… awak jeles la tu. Lagipun ibu
awak kan tak ada anak perempuan, cepat-cepatlah awak kahwin, pasti senang hati
ibu awak nanti. Hmmm nasib baik saya turun lewat, macam tau-tau aje nak dapat
rezeki pagi-pagi ni”
“Pandai aje dia bercakap……”
Zulqarnain memandang Aby dari jelingan tajamnya “Suka hati aje suruh aku
kahwin…..kau ni macam mak nenek!”
Aby tersenyum sumbing. Dalam tutur
katanya memang sengaja mahu menyakitkan hati lelaki yang sedang memandu itu.
Pandangannya kembali ke atas jalan. Ramai betul orang hari ini. Kiri kanan
jalan penuh dengan pejalan kaki. Terutama warga Indonesia yang datang ke
Malaysia mencari rezeki. Rata-ratanya mereka bekerja sebagai tukang membersih
bangunan di Pejabat Kementerian di Putrajaya ini.
Sampai di Pejabat Aby terus
meletakkan sebungkus nasi lemak ke atas meja Arissa. Hanya ada beberapa orang
yang ada di situ. Pagi ini ada perhimpunan di dalam dewan. Dia tidak dapat
turut serta kerana ada beberapa tugasan yang harus di selesaikan. Baru saja
melabuhkan punggungnya di sofa, telefon binbitnya berbunyi. Aby mengeluh kecil
bila nama emaknya tertera di skrin telefon. Bukan tidak mahu menjawab panggilan
keramat tersebut. Tapi dia sudah tahu apa yang ingin di katakana oleh emak
kesayangannya itu. Semalam hampir dua jam emaknya mengadu pasal yuran sekolah
adiknya yang masih belum dijelaskan. Dia tidak berjanji untuk memberikan duit
itu hari ini, tapi dia pasti emaknya sudah menagih wang yuran tersebut.
Kepalanya berserabut memikirkan
bagaimana mahu mencari duit secepat itu. Apatah lagi gaji lambat lagi. Ada dua
minggu lagi. Agak geram kerana dia sudah memberikan emaknya duit yuran tersebut
awal bulan lepas. Tapi emaknya menggunakan duit tersebut untuk membeli barang
kemas. Mahu di marah emak sendiri. Tak di tegah dia juga yang susah. Sudah
beberapa kali emaknya melakukan hal tersebut. Dia terpaksa mencari sumber
pendapatan lain bila emaknya mendesak.
“Dari tadi aku dengar telefon tu
berbunyi. Tak nak angkat ke?”
Aby sekadar tersenyum Nipis di
sergah Arissa. “Malas aku nak angkat. Aku tak tahu nak cakap apa. Cepatnya
perhimpunan?”
“Ohh…. Ha’a…. Tak banyak yang nak
disampaikan. Kau tu apasal…. Bingit lah telefon tu. Bawak sini aku yang
angkat!” Arissa mencapai telefon bimbit di atas meja Aby. Lama dia memandang
skrin telefon tersebut. “Mak kau lagi?”
Aby mengangguk. Lesu wajahnya kurang
tidur semalaman.
“Dia nak duit lagi ke?”
Sekali lagi Aby menangguk. Malas
mahu bercerita panjang lebar. Hakikatnya anggukannya itu sudah menjelaskan
segala-galanya pada Arissa. Gadis itu sudah faham sangat dengan cerita
hidupnya. Sudah sebati dengan kesempitan yang di alaminya.
“Kau nak pakai duit ke? Aku ada
kalau kau nak pinjam”
Najam memandang Arissa lama. Lalu
dia menggeleng pula. Bibirnya mencebik sedikit. Bukan tidak mahu. Tapi dia
masih ada hutang dengan Arissa. Itu pun sekadar dapat membayarnya RM 50
sebulan. Arissa pun perlukan duit. Apatah lagi sahabatnya itu akan berkahwin
tidak lama lagi.
“Tak nak la… yang lama pun tak habis
bayar lagi. Aku try cari jalan lain”
“Kau nak cari kat mana lagi. Gaji
lambat lagi tau!” Geram Arissa bila Aby berkeras tidak mahu menerima
pertolongannya. “Gaji hari tu kan kau dah bagi emak kau semua…tak cukup lagi
ke?”
“Mak aku…macam kau tak kenal. Aku
suruh bayar yuran sekolah adik aku, dia pula pergi bayar kutu emas Mak Yong kat kampung tu. Mak
Yong tu memang suka tunjuk koleksi barang kemas kat mak aku. Mak aku pulak pantang
tengok barang tu semua.”
Arissa pula yang menggeleng kepala.
Ada juga emak yang suka susahkan anak sendiri. Asyik meminta sahaja. Pantang kalendar
25 hari bulan. Terus saja telefon si anak suruh kirim hari itu juga. Sedangkan
anaknya di sini makan pun susah. Apatah lagi tinggal di bandar besar begini.
Dia tahu setiap kali Aby berpuasa pastinya gadis itu kekurangan wang untuk
belanja. Tapi itulah Aby, cekal. Baginya elok juga dia tiada duit belanja.
Sekurang-kurangnya dia rajin berpuasa sunat.
“Kau ni manjakan sangat emak kau tu…
cuba kalau kau berhenti bagi dia duit. Biar dia rasa susah sikit. Barulah dia
ada ihktiar nak mencari. Kalau dah pandai mencari, pakai emas sampai ke siku
pun tak ada siapa nak larang”
Aby tersenyum kelat. Tidak terasa
langsung dengan kata-kata Arissa pasal emaknya.
“Tak apalah… nak buat macam mana.
Ayah aku pun tak berapa nak sihat. Lagipun dua tahun lagi habislah belajar adik
aku tu. Lepas dapat diploma aje aku suruh dia kerja.
“Aku laparla… jom kita makan dulu.
Kejap lagi lah kau sambung buat report tu”
“Ye lah…kau pergi dulu. Buatkan aku
Horlics tau!”
“Sebab kau dah belanja makan nasi
lemak, aku buatkan kau air…kalau tak jangan harap!”
Aby kembali tersengih. Giginya yang
putih tersusun rapi dipamerkan ke arah
Arissa. ‘Arghh! Apapun makan dulu. Pasal
duit kita fikir nanti’ Dia bergumam sendiri. Telefon bimbit yang berbunyi
dibiarkan saja bernyanyi merdu. Tidak lama kemudian telefon itu kembali senyap.
Pasti emaknya jemu mahu menghubunginya lagi. Aby tersenyum kecil. Langkahnya di
atur menuju ke Pantry.