Majlis
perkahwinan Arissa berlangsung dengan meriah sekali. Abie adalah antara orang
paling sibuk berada di sisi sahabatnya itu sebagai pengapit. Demi sahabat, dia
sanggup bermalam di situ selama dua hari. Keluarga Arissa dan dia seperti
keluarga sendiri. Adakalanya terasa lebih dari keluarganya sendiri. Itu yang
selalunya membuatkan dia terasa hati. Emak dan ayah Arissa melayannya seperti
anak sendiri. Tidak seperti kedua orang tuanya yang melayannya seperti orang
lain.
“Hai!”
Abie tersentak bila bahunya di tepuk
seseorang. Dia berpaling. Bunga di genggamannya hampir terlepas bila
pandangannya di sambut dengan senyuman Zulqarnain.
“Awak…. Buat apa awak kat sini?”
“Saya? Eh… awak ni merepek apa tanya
macam tu. Datang kenduri Arissa lah… mak dan ayah kirim salam kat awak. Dia tak
dapat datang”
Zulqarnain
hampir tergamam. Melihat Abie memakai baju bewarna putih di taburi mutiara.
Potongan kurung moden itu menampakkan sedikit tubuh gadis yang ramping itu.
Sekilas pandang, persis seorang model. Baru kali ini dia melihat Abie bersolek
cantik. Dengan lipstik bewarna merah. Sungguh menyerlah. Pastinya orang akan
tertanya-tanya siapa sebenarnya yang berkahwin. Jantungnya tiba-tiba laju, ada
dendangan lagu bersiul-siul dari hati.
“Kenapa awak pandang macam tu?”
“Oh!” Wajah putih Zulqarnain
bertukar kemerahan. Malu! “Tak…. Terkejut tengok awak!”
Abie menundukkan wajah. Ini semua
Arissa punya fasal. Pasti lelaki itu sedang mentertawakannya. Demi sahabat, di
hulur juga wajah polosnya di oles bedak. Tidak pernah seumur hidupnya berdandan
seperti ini. Patutlah hampir semua keluarga Arissa terlopong melihat wajahnya,
tetamu yang datang juga tidak berkelip memandang dia di atas pelamin. Ah..
malunya! Pasti hodoh….. kerja gila betul!
Hatinya menjerit geram.
“Qar….. sampai juga kat sini.
Ingatkan tak datang tadi”
Zulqarnain tersenyum lebar. Arissa
sungguh cantik dengan baju pengantin bewarna biru laut. Terbayang pula bila dia
akan jadi pengantin, tapi agaknya siapa pengantin perempuan? Adakah gadis di
sebelahnya sudi? Hish… ke situ pula melalut!
“Mestilah datang, orang dah jemput”
Sempat dia mencuri pandang ke arah Abie. “Mak dan ayah kirim salam. Juga ini” Kotak
berbalut kertas hadiah bewarna emas itu beralih tangan.
“Thank’s
Qar” Arissa memaut kemas lelaki di sisinya. “Bang, inilah kawan Abie yang Is
ceritakan tempoh hari tu”
“Oh…senyap-senyap awak ye Abie?”
Anand menghulurkan tangan. Kemas di sambut Zulqarnain. Pandangannya beralih ke
arah Abie semula. “Pergilah temankan boyfriend
you ni makan. Biar I yang jaga isteri I yang cantik ni. Lagipun you tak makan
lagi dari tadi, kasihan I tengok”
Abie
ternganga. Glurp!.. rasa tercekik tiba-tiba. Apa agaknya yang Arissa bagi tahu
laki dia ni. Siap kau Arissa…. Aku ganyang kau cukup-cukup nanti.
Arissa
tersenyum lebar. Bahagianya bila dipuji begitu. Berbunga mekar hatinya. “Haa..
kau temankan Qar makan, pasti kau lapar kan…. Aku dengan Anand nak jumpa kawan
dia di hujung tu” Arissa mengenyitkan matanya. Senyuman nakal dihadiahkan kepada
Abie. “Qar... jemput makan ye. Kami pergi layan tetamu dulu.”
Abie
bertambah geram. Grrrrr!!!! Beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua.
Rasa mahu saja pergi dari situ.
“Awak
tak nak makan ke? Takkan nak biar je saya kat sini berdiri… tak pun pelawalah
duduk ke?”
Abie
mendongak. Memandang wajah Zulqarnain yang sememangnya tinggi dari dia.
Huh..lelaki ni memang nak kena cili mulut dia tu! Eiiiiiii kalau boleh aku nak
ganyang sekali dengan Arissa.
“Awak
ni kan… pergi ajelah makan. Takkan nak makan kat meja VIP kut?” Abie mula
geram. Rasanya saki baki marah semasa di Nilai tempoh hari masih bersisa. Tidur
malam pun masih termimpi-mimpi.
“Takkan
awak nak biar saya makan sorang!”
Abie
memandang tajam ke arah Zulqarnain. Pandangan mata lelaki yang penuh menggoda.
Tidak segan lelaki di hadapannya tersenyum manis sambil menyambut panahan mata Abie.
Abie kalah. Pantas dia menundukkan wajah. Huh, dasar lelaki!
“Awak
ni kan!” Suaranya sedikit di tekan walau perlahan. tapi cukup jelas di telinga
Zulqarnain.
Zulqarnain
buat selamba. Sengaja menunggu Abie.
Abie
mengalah. Kalau ikutkan hati, mahu dijeritnya mamat di hadapannya ini. Tapi
mengenangkan di rumah orang, majlis orang pulak tu, dia akur. Dia melangkah ke
meja hidangan. Matanya sekadar mengekori Zulqarnain yang mengambil nasi dan
lauk. Kebetulan satu meja berdekatan dengan pelamin baru saja di kosongkan. Abie
membawa Zulqarnain duduk di situ sambil melihat aksi Arissa di hadapan juru
kamera.
“Cantik!”
“Ha…
apa dia?” Agaknya terlalu lama dia memerhati sahabatnya sampaikan tidak dengar
apa yang Zulqarnain cakap.
“Awak…
cantik!” Sengaja Zulqarnain mempermainkan Abie. Merah wajah gadis itu. Bukan
kerana malu, tapi marah.
“Awak
ni… nak saya tinggal ke?”
“Apa
pulak… orang cakap dia cantik marah pula. Saya kata kawan awak tu cantik.
Sesuai dengan Anand”
Abie
mengetapkan bibirnya. Geram betul!
“Awak
ni tak nak makan ke? Diet?”
“Tak…
tak lalu saya nak makan” Selamba saja Abie menjawab. Walhal perutnya lapar
minta di isi.
“Nak
saya suap ke?”
“Awak….
Boleh tak makan cepat. Jangan nak merapu boleh tak?”
“Apa
pulak merapu… saya betul nak suapkan awak. Tengok pengantin pun tengah makan
suap-suap. Awak yang sehari duduk di tepi Arissa tak lapar ke?” Sengaja dia
menduga gadis di sisinya. “Sedap tau… rugi awak tak makan”
“Hmmm…
awak makan ajelah” Abie bertambah geram. Semakin di layan, semakin gila
rasanya. Cepat dia makan cepatlah dia pergi. Rimas betul menghadap lelaki yang
menyakitkan hatinya.
“Awak
ni kalau tak muncung macam tu tak boleh ke?” Zulqarnain menyudahkan makannya
dengan segelas air sirap tembikai. Sedap betul, apatah lagi di minum ketika
panas terik begini. Nasi di atas pinggan licin. Masakan mereka sungguh
menyeleakan. “Awak…. Boleh tak awak tolong saya ambilkan pudding tu lagi. sedap
betul, tak puas saya makan tadi”
Abie
mendengus geram. Tapi dia bangkit juga menuju ke meja hidangan. Dia sebenarnya
juga ingin merasa puding itu sebelum kehabisan. Tekaknya juga haus, seharian
duduk di pelamin mengapit sahabatnya itu.
Tetamu
semakin ramai. Abie terpaksa beratur panjang menunggu di meja pencuci mulut.
Matanya melilau kiri dan kanan. Pengantin masih sibuk melayan tetamu yang
datang. Walau pun sudah jam 3.00 petang, tetamu datang semakin ramai. Suasana
di bawah khemah semakin rancak dengan gelak ketawa.
“Abie”
Abie
berpaling. Lembut suara pemanggil membuatkan dia berpaling 90 darjah. “Eh,
Encik Azfar. Baru sampai ke?”
“Haa…
baru lagi. ramai orang kan?”
“Tu
lah… tak putus lagi tetamu nya. Rasanya ramai yang di jemput” Tiba-tiba terasa
segan berhadapan dengan bosnya yang kecil molek itu. Hanya tinggi sedikit dari
dia. Wajahnya yang iras-iras Amir Khan membuatkan ramai rakan sepejabatnya
menaruh hati. Tapi sayang, yang dia tahu lelaki di hadapannya ini sudah pernah berkahwin
dan memiliki dua orang cahaya mata. Kegarangannya membuatkan semua staf
akhirnya tidak gemarkannya. “Encik Azfar dah makan ke?”
Azfar
menggelengkan kepala. “Saya kan baru sampai. Nampak semua meja penuh. Tak ada
yang kosong pun lagi”
Abie
mengangguk setuju. Matanya liar memerhati kalau-kalau ada meja kosong untuk bos
kesayangannya ini. Hurmmm sayanglah juga sebab bos ini yang bagi pinjam duit
masa dia susah tempoh hari.
“Apa
kata Encik Azfar ambil makanan dulu. Lepas tu Encik join saya makan di hujung
khemah tu…. Itu pun kalau Encik Azfar tak kisah. Oh lupa pulak, Encik Azfar
seorang aje ke?” Baru Abie perasan. Lelaki itu sendirian. Kalau dengan isteri
tak mungkin lelaki itu masih terpaku di sisinya.
“Seorang
ajelah sekarang ni Abie…. Nak buat macam mana”
Abie
tergamam. Ada maksud lain di sebalik kata-kata lelaki itu. Arghhh pedulikan!
“Ok… kalau macam tu jumpa Encik di
sebelah sana nanti ya”
Azfar tersenyum lebar. Sambil
kepalanya mengangguk perlahan. Hatinya berbunga-bunga menerima pelawaan Abie. Tiba-tiba
rasa tidak sabar untuk beratur mengambil makanan dan duduk di sisi Abie. Aduh
hati lelakinya!