Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 9

          Sesampai di pejabat, jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aku melirik ke dalam pejabat Haris, dia kelihatan sedang leka membelek telefon bimbitnya. Entah mengapa, melihatnya tersenyum sendiri seperti itu membuatkan rasa sayu menerjah dadaku. Selepas mendengar spekulasi daripada ibunya bahawa Haris berkemungkinan sedang bercinta ketika ini, aku tidak lagi dapat lari daripada melihat perubahannya itu. Ya benar, aku sudah berjanji untuk mula cuba mengundurkan diri sebentar tadi. Namun, mungkin kerana misiku itu masih terlalu baru maka aku masih merasa cemburu melihat dia sedang bergembira ketika ini. Aku mengangkat beg laptop bersama tupperware berisi kuih tadi dan menuju ke biliknya. Mengetuk beberapa kali dan melihat dia menganggukkan kepala membenarkan aku masuk ke ruang pejabatnya. Aku meletakkan beg dan tupperware itu di depannya tanpa berkata apa-apa dan mula mengatur langkah keluar.

“Apa ni?” Soalnya mematikan langkahku. Aku mula berfikir bagaimana cara untuk memberitahu tanpa perlu berbicara dengannya. Mataku melilau pada meja kerjanya cuba mencari idea. Pandanganku jatuh pada sticky note yang terletak kemas di sudut kiri mejanya, pantas aku mengapai dan mula menulis pesananku di situ sebelum kertas itu aku lekatkan pada Tupperware di depannya. Aku membiarkan Haris membacanya tanpa gangguan. Pantas dia membuka penutup tupperware itu dan aku melihat dia tersenyum kecil. Gembira melihat isinya.

“Nak?” Soalnya dan aku hanya mengeleng dan mula mengatur langkah keluar. “Are you okay, Reia? Kenapa diam je ni? Sakit gigi?” Soalnya bertalu seolah benar-benar peduli. Menambahkan rasa pilu di dalam dadaku. Enggan air mataku mengalir di depannya, aku pantas mengangguk, mengiyakan tekaannya dan bergegas kembali ke meja kerjaku. Benar aku ingin dia gembira, namun entah kenapa hatiku masih belum mampu menerima jika dia bergembira dengan insan lain. Terkadang aku juga tidak faham dengan diriku ini.

            Ketika jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari, aku cepat mengambil handbagku dan keluar dari situ, tidak sabar bertemu dengan Hana sekaligus berehat sebentar daripada Haris. Mungkin hari ini aku perlu mula membataskan pergaulanku dengannya. Tidak lagi berbicara dengannya jika bukan soal kerja seperti kebiasaan yang kulakukan. Langkah yang kecil, tapi sekurang-kurangnya aku sudah mahu memulakannya. Kata orang mencintai tidak bererti harus memiliki. Jika difikirkan lucu juga merajuk padanya secara tiba-tiba, sedangkan kami langsung tidak mempunyai hubungan istimewa. Namun, jika hatiku memilih untuk bertindak begitu aku hanya boleh menurutinya. Siapa lagi yang akan menjaga hatiku selain daripada diriku sendirikan?

            Aku menunggu Hana di lobi pejabat. Katanya dia ingin makan laksa hari ini, jadi kami akan ke Siang Siang Corner, kedai makan yang terletak di seberang jalan dan bertentangan dengan bangunan Everlast Holdings. Isaac yang datang bersama Ethan, salah seorang rakan sekerjanya dari jabatan IT memandu kami ke destinasi. Mujur aku dan makanan memang tidak dapat dipisahkan, jadinya walaupun jiwaku bergelora, perutku kekal kenyang seperti biasa. Namun selesai menghabiskan makananku, aku kembali menghantar pandanganku ke pejabat di depanku. Mindaku kembali kepada seorang penghuni di dalamnya.

“You okay tak ni?” Soal Hana sambil menyikuku, mematikan lamunanku. “Isaac tanya tu.” Tambahnya dan aku menoleh kepada Isaac yang sedang memandangku menunggu jawapan.

“Sorry, you tanya apa tadi?” Soalku padanya.

Nak ikut kami tengok wayang tak malam nanti. Hana cakap dia on kalau you pun join sekali.” Terang Isaac, sambil memandangku penuh harapan.

“Jomlah Reia, kita tengok Top Gun. You kan minat Tom Cruise. Inilah masanya cuci mata.” Pujuk Hana cuba membeli hatiku.

“Reia, you minat Tom Cruise?” Soal Isaac beria.

“Mestilah, siapa tak minat lelaki kacak dan berkarisma macam tu.” Jawab Hana bagi pihakku. Dan aku hanya mengangguk mengiyakan sambil tersengih kecil.

“Nampaknya I ada peluang ni. I pun kacak dan berkarisma macam Tom Cruise, kan Reia?” Seloroh Isaac membuatkan aku, Hana dan Ethan ketawa besar mendengar kenyataannya itu.

“Masuk bakul angkat sendiri ni.” Komen Ethan sambil ketawa.

“I selalu tengok cermin. Jadi I tau rupa I macam mana.” Balas Isaac mendabik dada. Namun aku tahu dia sekadar bergurau apabila melihat dia mengenyitkan matanya padaku. “So, nak ikut tak?” Soal Isaac.

“Okay.” Jawabku membuahkan senyuman di wajah Isaac, Ethan dan Hana. Mungkin itu yang aku perlukan ketika ini. Sedikit gangguan untuk mengalihkan perhatianku daripada sentiasa memikirkan Haris sahaja.

 

************************

            Sekembali ke pejabat, aku menarik nafas lega melihat pejabat Haris masih lagi kosong. Aku membuka note padku dan melihat yang dia tidak mempunyai agenda penting petang ni. Jadi aku mengandaikan dia mempunyai urusan peribadi di luar. Setelah menyelesaikan tugasanku, aku mengambil peluang untuk belajar sesuatu daripada staf lain dalam pejabat itu. Hampir kesemua mereka mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu denganku.

             Everlast Design&Deco merupakan anak syarikat yang dibangunkan oleh Haris sendiri dibawah naungan syarikat besar ayahnya. Buat masa ini, pejabat Haris hanya menempatkan 10 orang pekerja yang terdiri daripada pereka hiasan, pengurus projek, pereka lanskap dan pasukan kreatif. Bahagian pengurusan, pemasaran dan sebagainya masih menggunakan kemahiran pekerja dari syarikat Induk iaitu Everlast Holdings.

“Biasanya student macam you ni banyak idea yang fresh-fresh. Awak ada cadangan tak?” Soal Ryan, salah seorang daripada Lanscape Designer di situ.

“Äwak cakap tadi, tuan rumah dah tak nak guna swimming pool tu kan?” Soalku dan melihat Ryan mengangguk. “Apa kata awak buat konsep taman bunga terapung kat sana. Lepas tu letak ikan koi kat dalam kolam tu. Mesti cantik. Lepas tu kan, awak buat jambatan kecil melintasi kolam tu.” Ujarku menyuarakan pandanganku padanya.

“See, kan saya dah cakap idea fresh lagi ni, cuma kita tak tahulah realistik ke tidak.” Usik Ryan sambil ketawa.

“Kalau awak boleh jadikannya kenyataan, mestilah realistik.” Jawabku mempertahankan idea itu sambil ketawa kecil.

“Reia, masuk office I kejap.” Spontan suara itu menghentikan tawaku. Laju aku menoleh ke belakang melihat Haris yang kelihatan serius itu.

“Talk later.” Bisik Ryan sambil tersenyum. Aku membalas sebelum mencapai note padku dan mengekori Haris ke dalam officenya. Berdiri di depannya sambil menjingkitkan kening sebagai isyarat bertanya.

“I nak you buat research tentang modern house interior design dalam internet.” Arahnya dan aku mengangguk. “Lepas tu I nak you pergi marketing department, jumpa Linda. Ambil proposal produk baru daripada dia.” Aku terkejut mendengar permintaannya itu, namun kerana masih enggan bercakap dengannya aku hanya mampu mengangguk lagi sambil menulis di note padku. Lama dia berdiam seolah sedang menunggu reaksi dariku.

“Can I ask you something?” Soalnya kemudian, aku menjingkitkan keningku sekali lagi sebagai tanda mendengar soalannya itu. “I saw you chatting with the team just now. You tak sakit gigi kan?” Soalnya dan aku hanya memandangnya tanpa menjawab. ‘Dah tahu, buat-buat tanya pula.’ Desis hatiku bermonolog sendiri. “Atau you cuma tak nak cakap dengan I? You okay je pagi tadi. I notice you start ni lepas balik dari rumah parents I. Did my mom say something to you? Ibu I cakap apa?” Tekanya. Namun pantas aku mengeleng enggan memberikan dia sebarang petunjuk.

“I actually have this for you.” Sambungnya sambil menghulurkan kotak kecil bertulis Secret Recipe di atas mejanya kepadaku. You want?” Soalnya dan seperti biasa aku kalah dengan kek. Pantas aku mengangguk dan cuba mencapainya namun cepat Haris mengalihkannya. “You can have it only if you say something.” Ujarnya mematikan niatku. “Come on, you can do it.” Usiknya memberikan kata-kata semangat membuatkan aku menjelingnya geram.

“I don’t like you today.” Ucapku akhirnya sambil menarik kotak kek itu daripadanya.

“What? Why?” Soal Haris serius ingin tahu. Keningnya berkerut cuba berfikir.

“Just because.” Balasku.

“Tell me.” Gesanya bersungguh.

“Nothing.” Jawabku.

“You bagi I ‘silent treatment’ ke tadi?” Soalnya kemudian membuatkan aku tersentak. Tidak menyangka dia faham tindakanku itu. “You know this is a very childish behaviour, right?” Tambahnya lagi.

“Whatever.” Balasku pendek.

“I will find out.” Tekadnya.

“Whatever.”

“You’re such a baby.” Ucapnya sambil mengeleng-gelengkan kepala. “Go enjoy your cake. You don’t have to see Linda, I know you don’t want to.” Tambahnya membuatkan hatiku tersenyum sendiri, namun aku cepat menghentikannya selepas mengingati yang aku sedang merajuk padanya ketika ini.

            Aku tersenyum saat membuka kotak berisi kek itu. Gembira melihat Hokaido Triple Cheese Chocolate Cake di dalamnya. Aku melirik ke dalam pejabat Haris dan melihat dia sedang merenungku sambil tersengih. Spontan aku menjelirkan lidah dan mencebik padanya dan melihat mulutnya ternganga melihat reaksiku itu. Aku mengalihkan posisi, membelakanginya enggan dia melihat betapa aku gembira menikmati kek pemberiannya itu. Ya kebudak-budakkan, tapi esok lusa sahajalah aku memohon maaf padanya. Yang penting hari ini adalah hari untukku merajuk. Aku tidak mahu dia merosakkannya.

 

***********************

 

            Malam itu tepat pukul 7.30 malam, aku dan Hana bertolak ke TGV Cinema dan bertemu Isaac dan Ethan di sana.

“Berapa?” Soalku sambil mencapai dompet selepas Isaac menyerahkan tiket wayang kepada kami.

“I belanja.” Jawab Isaac. “I takkan bagi you bayar masa first date kita.” Tambahnya membuatkan aku membesarkan biji mata memandangnya dan mendengar dia ketawa.

“First date?” Soalku keliru.

“Abaikan. Dia tengah berangan tu.” Komen Hana disambut tawa dari Ethan.

“Tak salah berangan kan Reia?” Soal Isaac lagi. “Mana tau, lama-lama akan jadi kenyataan.” Tambahnya dan aku perlahan-lahan mengangguk mengakui kebenaran kata-katanya itu. Aku juga selama ini tidak pernah berhenti berangan untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Haris namun aku juga telah berjanji pada diriku yang aku akan berhenti mendekati dan menaruh harapan padanya jika dia sudah bertemu dengan orang yang mampu membahagiakannya. Aku tahu sekaranglah masanya aku mula belajar untuk menunaikan janjiku itu.

“Jom Reia.” Ajak Hana, mematikan lamunanku. Dia menarik tanganku ke arah kaunter menjual popcorn. Aku membiarkan Hana membuat pembelian sementara aku membaca pesanan WhatsApp daripada Rich di telefonku.

Not-so-Rich: Dinner jom.     8.15pm

Reia: Sorry you lambat buat appointment.   8.16pm

Reia: I dah kat luar.     8.16pm

Reia: Movie date.        8.17pm

Not-so-Rich: Date?      8.17pm

Not-so-Rich: Dengan siapa? Kat mana?  8.17pm

Reia: Chill bro...It’s just me, Hana, Isaac and Ethan at TGV.    8.20pm

Not-so-Rich: Jangan balik lewat.   8.20pm

Not-so-Rich: I’ll be checking on you again later.  8.21pm

Reia: hmmm..   8.21pm

“Dah? Isaac dah tunggu tu.” Tegur Hana.

“Sorry, it’s Rich.” Terangku dan Hana mengangguk sambil tersenyum mengerti. Kami jalan beriringan ke arah Isaac yang sabar menunggu sedari tadi dan seterusnya sama-sama memasuki panggung wayang kerana tayangan akan bermula sebentar lagi. Dan ya, aku tidak menyesal bersetuju menerima pelawaan Isaac pagi tadi. Menonton cerita itu di panggung wayang memberikan kepuasan yang jauh lebih hebat berbanding jika hanya menontonnya di kaca TV. Selain daripada kepuasan mencuci mata memandang wajah kacak Tom Cruise jalan ceritanya juga menarik ditambah dengan adengan aksi yang sangat mendebarkan. Paling penting, ia dapat melarikan mindaku sebentar daripada terus memikirkan tentang Haris dan membuat andaian tentang siapakah wanita misteri yang telah berjaya membuka kembali pintu hatinya itu.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya