Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 11

            Pagi itu, aku ke pejabat dengan semangat baru. Aku dengan murah hatinya, menghadiahkan senyuman dan ucapan selamat pagi kepada hampir semua penghuni Everlast Design&Deco itu tanpa prejudis. Selepas meletakkan handbagku di tempat biasa, aku mencuri pandang ke dalam pejabat Haris. Seperti biasa dia datang lebih awal daripadaku.Tanpa membuang masa, aku mengetuk pintu biliknya dan tersengih apabila melihat dia memandangku curiga.

“Good morning boss. This is for you.” Ucapku ceria. Aku meletakkan Tupperware berisi karipap itu di depannya sambil tersenyum.

“Morning.” Balasnya, namun masih dengan pandangan skeptikalnya. Mungkin hairan melihat kecerianku yang jauh berbeza daripada sikapku padanya Jumaat lepas. Ya, hidup adalah pilihan. Jadi aku memilih untuk tidak meneruskan rajukku padanya kerana aku tahu itu perbuatan yang sia-sia. Ia hanya akan mengurangkan motivasiku untuk datang kerja dan membantutkan usahaku untuk mendapatkan gred yang baik apabila menamatkan latihan industri ini nanti. “What is this?” Soalnya sambil menunjuk pada Tupperware berwarna pink itu.

“Open it.” Gesaku dan melihat dia membukanya perlahan dan tersenyum kecil. “I bawakan you karipap. I minta my mom buatkan special for you.” Terangku lagi. “I sebenarnya nak minta maaf pasal last Friday. I know I act childishly.”  Akuiku. Aku memandangnya cuba melihat reaksinya. “I know it’s a very unprofessional thing to do and I promise it won’t happen again.” Janjiku lagi sambil mengangkat sebelah tangan seolah berikrar sambil memandangnya. Cuba menampakkan kesungguhanku. Dia memandangku dengan pandangan tidak yakin namun mengangguk setuju membuatkan aku tersenyum lega.

“You dah okay ke ni?” Soalnya dan aku mengangguk pantas. Aku memilih untuk menjadi diriku yang biasa. Membiarkan waktu menentukan bila waktu yang paling tepat untuk mengeluarkan dia sepenuhnya dari hatiku. Misiku kini adalah untuk meneruskan praktikalku yang hanya berbaki beberapa minggu sahaja ini sebaiknya. Mungkin selepas tidak bertemunya lagi selepas habis praktikal nanti, misi melupakannya akan menjadi lebih mudah.

“Enjoy it.” Tambahku sebelum keluar dari pejabatnya.

Memandangkan aku agak lapang selepas menyiapkan tugasanku, aku ke meja Ryan. Dia kelihatan begitu fokus dengan kerjanya ketika itu. Entah kenapa, dalam banyak-banyak bahagian di Everlast Design&Deco ini, aku lebih tertarik untuk mendalami ilmu hiasan lanskap. Mungkin juga kerana minatku pada bunga menjadikan aku lebih berminat untuk mengetahui cara mendekorasi laman berbanding hiasan dalaman.

“Reia, awak sampai tepat pada masanya.” Ucap Ryan sebelum sempat aku menegurnya. “Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Kejap yea.” Ujarnya lagi sambil membuka folder di desktop komputernya. “Tengok ni.” Arahnya selepas membuka salah satu pelan lukisannya. Lama aku memerhatikan pelan itu. Terkejut melihat hasilnya.

“Wow. Lebih cantik daripada apa yang saya bayangkan.” Pujiku. Hampir tidak percaya Ryan mampu menghasilkan rekaan itu seperti idea yang kusampaikan padanya minggu lepas.

Thank you sudi kongsi idea.” Balasnya sambil tersenyum lebar.

“Sama-sama. Awak rasa bos approve tak?” Soalku.

Saya ada 3 cadangan rekaan untuk projek deko taman Mr. Lam termasuklah idea awak ni. Tapi saya secara peribadi rasa pelan ni yang terbaik. Apapun kita kena tunggu bos cakap apa dan sama ada memenuhi citarasa Mr. Lam atau tak.” Ujarnya dan aku mengangguk sendiri. Sedar bahawa tugas arkitek lanskap ini adalah untuk menyediakan pelan serta membuat laporan perancangan lanskap mengikut permintaan dan kos yang ditetapkan oleh pelanggan. Jika pelanggan setuju dengan pelan yang dihasilkan barulah ia boleh direalisasikan.

“Reia!” Aku menoleh sejurus mendengar namaku dipanggil oleh Haris yang berdiri di depan pintu pejabatnya itu. Dia kelihatan seperti tidak puas hati. Apa masalah dia ni? Soalku dalam hati.

“Pergilah bos dah panggil tu.” Gesa Ryan. Aku menghantar pandangan bersalah pada Ryan dan berjalan terus ke arah Haris yang sudah pun masuk kembali ke dalam pejabatnya. Aku singgah sebentar di meja kerjaku untuk mencapai note pad sebelum turut sama membuntutinya.

“Yea bos?” Soalku, bersedia menerima arahannya.

“You are my PA right?” Soalnya dan aku mengerutkan dahi mendengar soalannya itu.

“Erm..yes?” Jawabku teragak-agak. Kurang pasti arah sebenar soalannya itu.

“Jadi kenapa setiap kali I cari you, you sentiasa ada dengan Ryan?” Soalnya serius. Tiada riak mesra di wajahnya. Sudah lama rasanya aku tidak melihat Haris seperti itu.

“I dah siapkan tugasan I. Sementara I free, I ingat nak belajar sesuatu daripada landscape team. You cakap I boleh belajar hal kerja daripada semua staf kat pejabat ni kan.” Balasku cuba mengingatkannya.

“Ya, tapi kenapa dengan Ryan je. Kita ada banyak staf lain.” Komennya membuatkan aku mengerutkan dahi.

“Untuk pengetahuan boss, I belajar something from each staff kat pejabat ni. Tapi I lebih berminat dengan hiasan lanskap.” Terangku dengan nada geram yang cubaku tahan.

“Atau you sebenarnya minat dengan Ryan?” Duganya membuatkan mulutku ternganga tidak percaya.

“What?” Soalku sedikit keras. Sungguh aku terkejut mendengar andaiannya itu. “That its. Fikirlah apa you nak fikir. I’m not going to answer to that.” Ucapku geram. Pantas aku mengatur langkah untuk keluar dari pejabatnya. Namun langkahku terhenti apabila aku sedar yang aku belum menerima apa-apa arahan kerja daripadanya. “WhatsApp me if you need anything. My Friday mood is on.” Ucapku geram kepada Haris yang terkebil-kebil memandangku itu.

“I hope you still remember that I’m your boss, not the other way around.” Ucapnya lagi menambahkan rasa panas di hatiku.

“Not for another 3 week.” Balasku cuba mengingatkannya yang tarikh praktikumku akan tamat 3 minggu sahaja lagi.

“You ingat tak janji you pagi tadi? You promise to not act like a baby anymore.” Ujarnya mengingatkan aku tentang janjiku pagi tadi.

“You make me act like this.” Ujarku dan berlalu pergi.

“You make me act like this too.” Balasnya membuatkan aku tersentak. Tertanya-tanya sendiri apa maksud di sebalik kata-katanya itu. Seolah mempunyai maksud tersirat. Aku memandangnya meminta penjelasan, namun dia hanya terdiam seolah terkejut mulutnya melontarkan kata-kata itu.

“Whatever.” Putusku. Rasa geramku padanya membuatkan aku tidak mahu menunggu lama di situ untuk mendengar penjelasannya. Dan seperti Jumaat lepas, tepat jam 12.00 tengah hari aku bergegas keluar dari pejabat untuk rehat bersama Hana. Sekembali ke pejabat aku melihat bekas Tupperware pink itu sudah kembali di atas mejaku. Aku membukanya apabila merasakan Tupperware itu tidak kosong. ‘Dia tak makan ke?’ Soalku dalam hati. Namun aku terkejut apabila melihat isi Tupperware itu bukanlah karipap pagi tadi sebaliknya 1 pek pen jenama Pilot berwarna pink di dalamnya. Aku tersenyum sendiri apabila melihat emoji yang dilekatkan di tengah-tengahnya. Emoji dengan muka seolah termenung dengan wajah menyesal itu dilengkapkan dengan perkataan ‘Sorry’ dengan tulisan tangan. Aku tersenyum sendiri. Rasa geramku padanya pagi tadi hilang serta merta. Aku menoleh ke dalam pejabatnya namun biliknya masih kosong. Ketika jam menunjukkan pukul 3 petang aku menerima WhatsApp daripadanya.

Haris-da-bosz: Got impromptu meeting outside.  3.12pm

Haris-da-bosz: Won’t be back to the office.  3.13pm

            Lama aku merenung pesanannya itu. Berharap di dalam hati yang dia benar-benar ada urusan kerja di luar ketika ini dan bukannya ada perjumpaan peribadi dengan Yasmin seperti yang sempat aku fikirkan. Aduhai hati, bilakah kau akan mengikhlaskan hubungan mereka? Ingin sekali aku bertanya di mana perjumpaannya? Perlukah aku turut ke sana? Mujur masih ada sedikit nilai professional di dalam diriku maka aku menjawab dengan ringkas pesanannya itu.

Reia: Noted boss.  3.20pm

 

************************************

            Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku dan Hana masih berbaring menghadap jendela yang sengaja kami biarkan langsirnya terbuka itu. Memerhatikan keindahan langit di waktu malam. Begitulah kebiasaan kami setiap kali berbincang mengenai topik hangat. Mengupas segala persoalan yang timbul dan mencari idea sambil mencuci mata melihat langit. Pemandangan yang cukup indah dan mampu mendamaikan emosi yang sedang galau.

“I sebenarnya pelik dengan korang berdua ni tau.” Komen Hana, selepas aku selesai menceritakan apa yang berlaku di antara aku dan Haris beberapa hari kebelakangan ini. Aku memandangnya meminta penjelasan. “Yelah, korang tak ada hubungan istimewa pun, tapi cemburu mengalahkan orang bercinta.” Jelas Hana.

“I tak boleh nak kawal perasaan I Hana. Maybe sebab I dah lama menaruh perasaan pada dia so I cepat cemburu apabila tahu dia dah ada girlfriend. Dan sekarang ni I cepat terasa dengan dia. Mungkin sebab I tahu pegangan I padanya makin rapuh. I rasa apa I buat selama ni sia-sia je, so I cepat naik geram dengan dia. Geram sebab lepas I cuba macam-macam untuk tarik perhatiannya, dia masih tak nampak I. I geram dengan diri I sebab walau I cakap I nak undur diri, I masih tak mampu mulakannya. Perasaan kecewa yang I rasa ni I tak tahu sampai bila akan kekal ada.” Luahku sayu.

“Bukan you je. Haris pun sama.” Ucap Hana membuatkan aku keliru. “Kalau apa you cerita dekat I tadi betul. Maksud I tak ada unsur hiperbola macam you selalu buat. You tak rasa ke Haris mungkin cemburukan hubungan rapat you dengan Ryan. Lepas tu bila you merajuk, dia bawakan you kek, belikan you pen. You tak rasa ke itu tanda-tanda dia nak pujuk you?” Soal Hana membuatkan hatiku berbunga-bunga kembali.

“You think so?” Soalku tidak percaya.

“Untuk orang yang cakap dia kenal Haris, you macam clueless sangat, Reia.” Ujar Hana. Mungkinkah? Soalku dalam hati. “Pada I semuanya nampak jelas dah.” Tambahnya.

“Kalaupun itu benar, dah terlambat dah. Dia mungkin sedang seronok bercinta sekarang ni. Sedangkan I hanya mampu bergosip je dengan you. Kesian kan?” Ujarku lirih.

“You tak terfikir ke kalau-kalau Aunty Mel salah anggap? Mungkin you pun salah anggap tentang Yasmin?” Soal Hana. “Sebab kalau ikut apa you cerita, you dan Aunty Mel buat andaian sendiri. Rich pun cakap dia tak tahu tentang ni kan?” Tambahnya lagi membuatkan mindaku ligat berfikir kembali.

“You rasa ada kemungkinan ke I salah anggap?” Cepat Hana mengangguk.

“Selagi Haris belum beritahu yang dia dah berpunya, kita anggap jelah dia belum ada siapa-siapa.” Ulas Hana. Aku mengangguk mengakui kebenaran kata-katanya itu.

“Thank you Hana. Bincang dengan you buat I rasa positif balik.” Ucapku sambil tersengih.

“No problem Reia. I tak nak tengok you sedih-sedih. I akan selalu jadi suara positif you.” Jawab Hana sambil tersenyum lembut.

“Apapun I kena sediakan diri I dengan sebarang kemungkinan. Jadi sekiranya andaian I betul dan Haris benar-benar dah ada girlfriend, I takkan rasa terlalu kecewa seperti apa yang I rasa sekarang ni. Kata orang, kalau kita agak yang kita akan dikecewakan, kemungkinan untuk rasa kecewa tu mungkin kurang sebab kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Lagipun tinggal dua minggu lebih je lagi kita praktikum kat sana. I tak nak terlalu berharap dah.” Ucapku cuba menyakinkan diriku.

“Baguslah kalau you fikir macam tu. Mungkin lepas habis praktikum ni, you cuba buka hati you untuk orang lain pula.” Ucap Hana seolah menyampaikan sesuatu.

“Orang lain? Like who?” Soalku sekadar ingin tahu.

“Isaac.” Jawabnya pantas. “You tahu dia ada hati dengan you kan?” Soalnya kembali.

“Isaac?” Soalku tidak percaya. “I rasa you salah faham ni. I tengok dia layan kita sama je.” Sangkalku.

“That’s because you choose to not see it.” Ucap Hana. “Maklumlah dalam hati you cuma ada Haris je.” Omel Hana membuatkan aku tersengih. Benar aku tidak menduga bahawa Isaac mempunyai perasaan istimewa terhadapku. ‘Isaac? Not bad.’ Detik hatiku mula memikirkan kemungkinan itu. Namun sebelum aku terlena, masih juga wajah insan yang sama datang menerpa. Hmmm…

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya