Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 28

            Sudah seminggu berlalu. Selama itu juga aku tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada Haris. Ternyata pilihan yang aku buat, tepat. Haris memang tidak lagi menganggapku penting dalam hidupnya. Kehadiran semula Bia Natasha telah menutup segala ruang di hatinya untukku. Dia langsung tidak peduli lagi tentang kewujudan aku. Berkali-kali aku membelek telefon bimbit. Sunyi, tiada sebarang notifikasi. Langsung tiada sebarang mesej ataupun panggilan daripadanya. Hatiku digayut sayu. Aku tidak menghubunginya kerana aku juga punya ego sendiri. Dan itu pastinya tidak memberikan gambaran yang tepat, memandangkan aku sendiri yang telah bersedia untuk berpisah dengannya.

             Ternyata aku tidak bernilai sama sekali padanya. Pemergianku mungkin langsung tidak dia sedari. Atau mungkin juga dia sedang melompat kegembiraan kini setelah bebas daripada aku. Ya aku akui, sikapku dalam perhubungan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Clingy adalah antara istilah yang termasuk dalam senarai peribadiku. Mungkin kini Haris sedang bergembira bila tidak perlu lagi melayan karenahku yang merimaskan. Keputusanku pasti memudahkan tugasnya, dia tidak perlu bersusah payah meminta untuk dilepaskan.

            ‘Adakah dia sedang bahagia bersama Bia ketika ini?’ Soalku dalam hati. ‘Mesti Ibu happy dapat cucu’ Fikirku lagiTerlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiranku. Terlalu letih aku memikirkannya. Segala persoalan itu bergayut teguh di mindaku. Enggan menghilang dari mata fikirku. Tidak memberikan peluang padaku untuk menikmati percutian ini. Percutian dengan misi mencari pengganti, seloroh Hana. Namun aku yakin dia memaksudkannya.

             Kebanyakkan masaku juga kuhabiskan di dalam suite yang aku kongsikan bersama Hana. Duduk di buaian yang dipasang di balkoni suite sambil melayan emosi telah menjadi aktiviti mengisi masa lapangku sepanjang minggu ini. Hanya sesekali aku keluar seketika menemani Hana menerokai keindahan yang disajikan di resort ini. Namun apabila terserempak dengan pasangan kekasih dan menyaksikan kemesraan mereka, aku secara automatik akan teringatkan Haris. Membayangkan betapa indahnya jika hubungan kami masih seperti dulu. Ketika semuanya masih baru bermula. Ketika semuanya masih terasa manis. Tapi apabila menyedari bahawa aku karam lagi dalam memori lama, moodku akan kembali menghilang. Kesimpulannya, hanya suite ini sahaja yang masih bisa membawa sedikit ketenangan untukku. Sesekali Hana mengajak aku membincangkan tentang rancangan perniagaan yang bakal kami ceburi sekembalinya ke Kuching nanti sebagai usahanya mengalihkan tumpuanku.

            Namun begitu, walau apapun yang kulakukan gejolak rasa di dalam dada membuatkan ketenangan yang kucari belum juga kutemui. Rinduku padanya juga belum mahu berhenti. Wajahnya senantiasa bertandang di ruangan minda. Merenung tajam padaku dengan senyumannya yang menggoda. Membuat aku tersenyum sendiri dan kemudian rasa marah, sedih dan kecewa pula datang berlumba-lumba setelah menyedari itu hanyalah khayalanku semata. Mujur selera makanku tidak terganggu. Bahkan semakin bertambah. Memang kebiasaanya aku begitu, apabila merasa tertekan, nafsu makanku akan bertambah. Mujur metabolismku tinggi, jadi walau sebanyak manapun makanan yang kutelan, ia tidak menyebabkan kenaikan berat badan yang terlalu mendadak. Jadi Hana yang menjadi penjaga setiaku juga tidak terlalu risau melihat aku menjamah setiap hidangan yang ada dengan penuh berselera. Cuma kadang-kadang dia menegur apabila melihat aku menikmatinya sambil mengalirkan air mata.

“Jangan lupa tujuan kita ke sini, Reia.” Ujar Hana tiba-tiba. Monologku yang panjang terhenti seketika. “Don’t forget. This is your 'rebound' getaway. I belum nampak pun calon abang ipar baru I.” Tambahnya sambil merenungku tajam, seolah-olah itu kesalahanku yang terbesar. “I tahu susah, tapi I nak you try juga lupakan dia. He’s not worth all your tears. You deserved someone so much better than him. I tak suka tengok you macam ni. Ucapnya bersungguh. Aku tahu niat Hana baik, jadi aku hanya diam mendengar usahanya memberikanku motivasi. “This is so against our mission. So I have put it upon myself to find you one very suitable candidate.” Ternganga aku mendengar kenyataannya itu. Dia hanya tersengih puas hati melihat aku akhirnya memberikan perhatian padanya.

“I rasa I belum bersedia Hana.” Ucapku cuba menolak. “Lagipun I tak selesa berjanji temu dengan orang yang tak dikenali. Where did you find him? What if he’s serial killer? Did you hate me that much that you’re trying to get rid of me?” Soalku sambil cuba mencari alasan.

“I can’t believe you. You’re still as dramatics as ever.” Komen Hana sambil mengeluh panjang melihat reaksiku. “I promise, he’s a decent guy. I dah buat necessary background check. Plus I akan perhatikan korang dari jauh with pepper spray in hand. Trust me, you got nothing to worry about.” Tambahnya lagi sambil mengeluarkan botol pemedih mata dari tas tangannya untuk meyakinkanku.

“Hana, I belum tahu status I. Macam mana kalau I masih lagi isteri Haris sekarang ni? Dia tak hubungi I lagi untuk bincang semua ni.” Ujarku cuba menjelaskan logik yang nampaknya tidak disedari oleh Hana. “Lagipun you tak rasa terlalu awal ke untuk mula cari pengganti?” Soalku lagi. Mungkin Haris sudah tidak menganggap aku isterinya, tapi tidak salah rasanya untuk masih menaruh harapan. Sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit cahaya dalam diriku. Walaupun sinarannya tidak seterang yang kuinginkan. Namun, jauh dilubuk hati aku tahu hati, jiwa dan ragaku masih milik Haris. Bila sampai waktunya nanti, pastinya pintu hatiku akan terbuka untuk menerima orang lain. Tapi bukan sekarang.

“Jangan lupa apa Haris buat pada you. Dia tak tunggu pun korang berpisah sebelum dia skandal dengan ‘that women.’” Ucap Hana geram. “Bila I lihat you macam ni, I rasa nak je terbang balik ke Kuching serang Haris dan Bia tu.” Tambahnya beremosi.

“Bukan semuanya salah Haris, Hana.” Ucapku cuba mempertahankannya. “I pun salah juga sebab terlalu cintakan dia. I obsess sangat dengan dia, sampai I tak terfikir betapa pentingnya untuk pastikan dia rasakan yang sama sebelum kami berkahwin. I ingatkan lambat laun dia akan balas cinta I. Tapi I silap. I got no one to blame but myself. Mungkin cinta I buat dia rasa rimas. Who know kan? Tapi sekarang semuanya dah berubah, I akhirnya tahu rasanya bila tak dihargai. Dan tak nak terus hidup dengan orang yang tak hargai I.” Jelasku. Tiba-tiba merasa kasihan pada diri sendiri.

“Don’t say that, Reia. Sesiapa pun yang berjaya tawan hati you lepas ni adalah lelaki yang paling bertuah. You love so deeply. Any man would be lucky to be loved by you. Haris yang rugi sebab mensia-siakan cinta you selama ini.” Balas Hana cuba memujuk hatiku.

I know how first love work, Hana. He’s my first love too. Susah nak lupakan cinta pertama and I know that’s how he feel towards Bia. I make peace with it already. I want you to accept that too. Because I want him to be happy. Bia yang dapat membahagiakannya, bukannya I.” Terangku. Tidak mahu lelaki yang pernah merajai hatiku itu terus disalahkan. Hana memandangku simpati. Aku cukup berterima kasih apabila dia tidak memberikan sebarang komen. Aku tahu dia faham apa yang aku maksudkan dan turut bersetuju. “I cuma perlukan masa untuk sembuh dan siapa tahu along the way I will be able to find someone new. Just not now. You faham kan?” Tambahku cuba memujuk diri.

Whatever… You know I love you. But I still want you to meet this guy. Tak boleh cancel. I baru lepas confirmkan dengan dia tadi and he’s on his way. Siap cantik-cantik. You have dinner date at 8 tonight.” Tegas Hana. Bulat matanya memandangku. Nampaknya dia langsung tidak memberi peluang untukku menolak. Sudah terlalu banyak Hana membantuku. Dari misi mendapatkan Haris, bercinta, berkahwin…berpisah dan kini dia juga berusaha mengembalikan senyuman di wajahku dengan percutian ini. Tidak mungkin aku mampu menolak usahanya kali ini.

“Hana. You say you love me. Why can’t you understand me?” Soalku cuba menukar taktik. Cuba membuat Hana merasa bersalah.

“I buat semua ni sebab I sayangkan you, Reia. Why can’t you see? I want you to stop thinking about Haris and try to move on. Please, try for me. Only this one time.” Pujuknya melembutkan hatiku. Walaupun tidak bersetuju, namun aku tahu niatnya baik.

Okay, I will go.. But only because you force me to.” Ujarku akhirnya, dalam terpaksa.

“Yesss! I promised you won’t regret it.” Ucapnya gembira sambil bertepuk tangan. Aku hanya mengeleng kepala dan tersenyum kecil melihat reaksinya itu.

 

*************************************

           Tepat pukul 8 malam aku menyusun langkah menuju ke restoran yang dinamakan ‘The Pavilion’ itu. Beberapa mata menoleh, membuatkan aku yakin penampilanku mencapai standard seperti kata Hana. Kebiasaannya aku tidak suka diberi perhatian sebegitu. Namun situasi kini membuatkan aku mengubah persepsi. Sekurang-kurangnya untuk malam ini ianya membuatkan aku melangkah dengan lebih yakin. ’Embrace it’ kata Hana. Keyakinan diri yang perlahan-lahan menghilang sejak akhir-akhir ini telah memunculkan dirinya kembali. Sesiapa pun pasti akan hilang keyakinan apabila suami sendiri lebih memilih untuk bersama wanita lain berbanding dirinya. Pastinya kekurangan yang ada pada diri kita adalah sebab dia bertindak sedemikian. Aku benar-benar berharap keyakinan dalam diriku akan kembali. Mungkin jika itu terjadi, aku tidak akan terus merasa tidak bernilai seperti yang aku rasai kini.

            Untuk janji temu malam ini, aku memilih untuk bergaya santai. Aku mengenakan dress labuh berlengan panjang yang sedikit kembang di bahagian bawahnya. Gaun berwarna putih itu nampak sopan di bahagian depannya namun mempunyai potongan V yang agak dalam pada bahagian belakangnnya. Disebabkan itu, aku memilih untuk membiarkan rambutku yang panjang tidak diikat agar dapat menyembunyikan sedikit bahagian itu. Ditambah pula dengan belahan di bahagian tepinya membuatkan ianya kelihatan seksi. Gaun itu aku gandingkan bersama strappy heels berwarna silver.

             Gaun itu, gaun pemberian Haris. Dibeli dari sebuah butik terkemuka di Bali ketika bulan madu kami beberapa bulan yang lepas. ‘You look angelic in white, baby.’ katanya suatu ketika dahulu dan selepas itu rajin sekali membelikan dress atau blouse berwarna putih untukku. Bak kata Hana ‘best revenge ever’. Mengenakan gaun pemberiannya untuk berjanji temu dengan lelaki lain. Mungkin ada betulnya, kerana aku merasa lebih yakin selepas mengenakannya. Seolah mendapat kuasa baru. Walaupun dia tidak dapat melihatnya untuk merasa dikhianati namun ia sudah cukup untuk memberikan hatiku kepuasan. Aku bahkan turut berdandan rapi. Tiba-tiba merasa termotivasi untuk memulakan langkah pertama dalam usahaku melupakan Haris.

“You look stunning Reia. I’m feeling like a proud mama right now.” Bisik Hana sambil membuat gaya mengesat air mata. Membuahkan tawaku. Jadi, ya I feel stunning.

            Hana cuma memberikan kriteria ringkas tentang ‘calon abang ipar barunya’ iaitu seorang ‘Lelaki, bersuit navy blue, handsome’. Bersandarkan tiga ciri ringkas tersebut aku tahu, aku takkan menemuinya dengan mudah. Mujur Hana turut memberitahu kedudukan mejanya iaitu di bahagian balkoni. Jadi tanpa berfikir panjang aku mengatur langkah menuju ke bahagian balkoni restoran itu. Setibanya ke destinasi, aku terkejut melihat wajah yang sedang memandangku sambil tersenyum lebar itu. Seorang lelaki, bersuit navy blue dan handsome seperti kata Hana. Dan senyumanku mekar tanpa paksaan.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya