‘’ARIANA,awak tak
apa-apa ke?’’
Soalan Tengku Yusrizal itu membuatkan
aku tersentak.Aku memandang ke wajah bosku itu.
‘’ Kenapa Tengku tanya macam tu?’’
Soalku,walhal aku sendiri tahu jawapan kepada soalanku itu.
‘’Tak adalah.Semenjak beberapa hari ni
saya tengok awak asyik mengelamun saja.Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak sampai awak tak boleh
tumpukan perhatian pada kerja.Awak ada apa-apa masalah ke?’’ Soal Tengku
Yusrizal prihatin.
Aku tersenyum pahit.Penuh
kepura-puraan. ‘’Saya tak ada apa-apa
masalah,Tengku. Cuma sejak kebelakangan ni saya kurang tidur sebab banyak
sangat kerja kat pejabat,itu yang Tengku tengok saya asyik tak bermaya saja.’’
Aku cuba memberikan alasan yang paling munasabah yang dapat kufikirkan.
‘’ Janganlah asyik fikirkan kerja
sangat.Kesihatan tu awak kena jaga juga.’’ Nasihat Tengku Yusrizal.Aku hanya
mengangguk.
Setelah selesai urusanku dengan
Tengku Yusrizal,aku kembali ke bilikku dan duduk bersandar di atas kerusiku.Aku
mengeluh.Peristiwa tempoh hari masih menghantui fikiranku.Aku tidak
menyangka,setelah beberapa tahun berlalu,aku akan dapat bersua muka dengan
Firdaus dalam situasi yang langsung tidak dapat kuduga.
Aku menutup mataku rapat.Diriku
teringat-ingat akan situasi yang berlaku di kedai makan itu.Setelah aku
mengetahui lelaki itu adalah Firdaus,tanpa berlengah aku terus beredar dari
situ.Aku meredah hujan yang turun semakin menggila.Panggilan Nadia langsung
tidak kupedulikan. Aku masuk ke pejabat dalam keadaan baju yang basah kuyup dan
menghempaskan pintu kasar sehingga menarik perhatian semua pekerja ketika
itu.Tubuhku menggigil dan keadaan persekitaranku terasa begitu dingin
sekali.Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika
itu.Takut,terkejut,gemuruh,semuanya bercampur baur menguasai diriku.
‘’Disebabkan perangai bodoh sombong
kau tu Firdaus sedang berada dalam koma,bahkan nyawanya pun sedang berada di
hujung tanduk. Dan semuanya berlaku disebabkan perempuan tak sedar diri macam
kau.Dasar pembawa malang!‘’
Kata-kata sepupu Firdaus itu
terngiang-ngiang kembali di telingaku.Aku menekup telingaku rapat.Tak,aku bukan
pembawa malang! Aku bukan! Jeritku di dalam hati.
Tak,Ariana! Kau memang pembawa
malang.Kau tak layak untuk menerima atau memberi kasih sayang kepada sesiapa
pun,kerana kau hanya akan membawa kesusahan kepada orang yang kau sayangi.
Tiba-tiba suatu suara berbisik di
telingaku.Aku tidak tahu dari mana suara itu datang.Puas aku
menafikannya,tetapi hatiku terlalu lemah untuk menolaknya.Jeritan terakhir
Firdaus semasa kemalangan itu bagaikan masih bergema di cuping telingaku.Bunyi
kereta yang dinaikinya terbabas juga masih dapat kuingat dengan jelas.
Air mataku mengalir.Kalaulah masa boleh
diputar,aku takkan sesekali memilih untuk kenal dengan Firdaus.Bahkan aku juga
tidak akan menerima tawaran Nadia.Biarlah aku gagal dalam peperiksaan.Biarlah
Abang Haikal tidak mendapat modal untuk perniagaannya. Kerana dari situlah
segala masalah timbul,sehingga ke tahap nyawa lelaki yang tidak bersalah hampir
hilang kerana aku!
‘’PERKENALKAN,Ariana.
Ni anak lelaki saya,Tengku Nazrul Hakimi,bakal pengarah urusan baru syarikat
ni. Nazrul,ni pula Ariana. Pengurus projek di syarikat kita.’’
Tengku Yusrizal memperkenalkan anak
lelakinya kepadaku.Lelaki kacak yang segak berkot dan memakai tali leher
berwarna biru laut itu hanya mengangguk-nganggukkan kepala. Aku tersenyum nipis
seraya menghulurkan tangan kepadanya,mahu bersalaman. Tetapi wajah aku berubah
apabila Nazrul tidak menyambut huluran tanganku,sebaliknya berpura-pura
meliarkan pandangannya ke sekeliling pejabat. Aku pantas menjatuhkan tanganku.
Malu betul aku diperlakukan seperti itu.
‘’Nazrul,lepas ni kalau kamu perlukan
apa-apa bantuan atau nak tanya perkara berkenaan syarikat,kamu boleh rujuk
kepada Ariana. Papa telah meminta pertolongannya untuk membantu kamu sementara
kamu nak biasa dengan keadaan di syarikat ni,sebab dia adalah pekerja yang papa
paling percaya sekali.’’
‘’Orang yang paling papa percaya?’’
Tengku Nazrul tersenyum. ‘’I see!’’
Entah kenapa,aku dapat mendengar
kesinisan dalam nada suara lelaki itu. Macam nak isytihar perang dengan aku
saja lelaki ni,desis hatiku.
KETIKA aku sedang
membuat kerjaku,tiba-tiba interkom di hadapanku berbunyi.
‘’Helo.’’ Kataku.Panggilan itu
daripada bilik pengarah.Yakni daripada Tengku Nazrul.
‘’Sila datang ke bilik saya
sekarang.’’ Tanpa menunggu sebarang jawapan daripadaku,talian dimatikan.Aku
segera bangun dari dudukku dan bergegas ke bilik pengarah urusan.
‘’Ya Encik Nazrul,ada apa-apa yang
boleh saya bantu?’’ Soalku setelah duduk berhadapan dengan lelaki itu.
Tengku Nazrul tidak menjawab
pertanyaanku.Dia hanya memandangku dari atas ke bawah.Aku mula berasa tidak selesa apabila dia
merenungku sebegitu.Aku berpura-pura berdehem,tetapi dia masih memandangku
dengan cara yang sama.Ah,ini tak boleh jadi!
‘’Maafkan saya.Kalau Encik Nazrul tak ada
apa-apa yang penting untuk dikatakan,boleh tak saya keluar sekarang? Sebab saya
ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat.’’ Ujarku kurang senang.
Tengku Nazrul mengangkat
keningnya. ‘’Oh ya? Bukankah tugas awak
sekarang adalah membantu saya dalam syarikat ni?’’
‘’Memanglah.Tetapi itu bukan bermakna
saya perlu duduk dalam bilik ini sepanjang hari,berhadapan dengan Encik Nazrul
yang asyik memandang saya dengan pandangan macam saya ni dah buat salah
besar.’’ Akhirnya aku meluahkan isi hatiku.Selama tiga hari lelaki itu memegang
jawatan pengarah urusan di Cemerlang Holding,aku sudah cuba sebaik mungkin
untuk bertoleransi dengannya,mengenangkan dia adalah anak kepada Tengku
Yusrizal.Juga bosku.Tetapi apabila melihat Tengku Nazrul asyik melayanku dengan
dingin,aku rasa aku juga mempunyai hak untuk mempertahankan diriku.
‘’Wah,nampaknya betullah seperti apa
yang dikatakan oleh papa saya.Awak ni memang seorang yang outspoken,berani juga I guess.Tak
hairanlah papa kata awak ni adalah pekerja kesayangan dia.’’Tengku Nazrul
bangun dari kerusinya lalu berbisik di telingaku.
‘’Itupun kalau memang betul yang awak
ni sekadar pekerja dia sajalah kan.’’
Wajahku berubah apabila mendengar
tuduhan itu. ‘’Apa yang Encik Nazrul
maksudkan ni? Jangan nak tuduh saya yang bukan-bukanlah.Saya tak suka.’’
‘’Oh,pandai pula kau kata yang kau
tak suka bila aku cakap macam tu? Habis tu,kau ingat aku sukalah bila tahu yang
kau tu ada skandal dengan papa aku?’’ Ujar Tengku Nazrul sinis.Bahasanya juga
sudah berubah menjadi kasar.
‘’Dari mana Tengku dapat tahu pasal
semua ni? This is all nonsense!’’ Aku
sudah mula naik marah dengan tuduhan Tengku Nazrul itu.
‘’Tak payah nak nafikanlah.Aku dengar
cerita daripada pekerja kat sini,kau dengan papa bukan main rapat lagi masa kat
pejabat.Kau ingat aku tak tahu ke yang kau dan papa pergi bercuti sama-sama ke
Dubai dua bulan lepas.Siap pergi beli cincin segala lagi.Jangan-jangan dah
kahwin dekat Selatan Thailand tu.’’
‘’Siapa yang pandai-pandai buat
cerita ni?’’ Tahap kesabaranku sudah hampir sampai ke puncak.Kalaulah aku tahu
siapa yang pandai-pandai buat cerita itu,memang nahas orang itu aku kerjakan!
‘’Kau tak perlu tahulah siapa yang
bagitau aku cerita ni.Lagipun,yang nampak kau dengan papa kat Dubai tu pun
sepupu aku sendiri.Takkanlah dia nak menipu aku pulak.’’
‘’Encik Nazrul,seriously saya cakap yang saya tak tahu apa yang terjadi.Ya,memang
Tengku Yusrizal ada pergi ke Dubai dua bulan lepas,tapi bukan dengan saya.Kalau
Encik Nazrul tak percaya,Encik Nazrul boleh check
dengan Marlia.Saya memang datang kerja sepanjang Tengku Yusrizal berada di
Dubai.Jadi macam mana orang yang sama boleh berada di dua tempat yang
berlainan,in the same time?’’
‘’Whatever,I
don’t care.Sekarang ni aku bagi kau kata dua.Kau pilih.Kau nak berhenti
secara sukarela ke atau kau nak aku yang pecat kau?’’
Kata-kata Tengku Nazrul itu
betul-betul mengejutkan aku.
‘’Are
you crazy? Encik Nazrul tak berhak nak pecat saya tanpa alasan yang
munasabah macam ni!’’ Aku terus menjerkah dengan nada suara yang
tinggi.Kesabaranku memang betul-betul telah hilang ketika itu apabila Nazrul
mahu memecatku kerana alasan yang bodoh.
‘’Aku berhak untuk pecat kau sebab
aku adalah pengarah urusan syarikat ni! And
you want a reason? Because you have
an unforgivable scandal with my father!’’
‘’Kalau saya betul-betul buat benda
tu,tunjukkan bukti! Bawa orang yang konon-kononnya ternampak saya dengan Tengku
di Dubai tu dan suruh dia cakap sendiri depan saya.Kemudian saya sendiri akan
keluar dari syarikat ni secara sukarela.’’ Cabarku.
‘’Okay,fine.As
you wish!’’ Tengku Nazrul mencapai telefon pejabat dan mendail nombor
seseorang.
‘’Daus,come
to my office now.I need your confirmation about something.Very urgent.’’
Tengku Nazrul berkata kepada orang yang dipanggil Daus itu.Setelah selesai
bercakap,Tengku Nazrul meletakkan telefon dan memandangku dengan pandangan
sinis.
‘’We
will see!’’
Kemudian aku pula membalas dengan
kata-kata yang sama. ‘’We will see!’’
Tak sabar-sabar aku mahu melihat
wajah orang yang cuba menganiayaku itu.Dua puluh minit berlalu,akhirnya
penantianku tiba ke penghujungnya.
‘’Encik Nazrul,ada seseorang nak
jumpa.Dia kata dia adalah sepupu Encik Nazrul dan Encik Nazrul yang panggil dia
ke mari.’’ Suara Marlia,setiausaha Nazrul kedengaran melalui interkom.
‘’Ya,benarkan dia masuk.’’ Arah
Tengku Nazrul.Seketika kemudian,pintu bilik itu dibuka.Aku mengalih pandang ke
arah pintu itu,dan aku rasa macam tak percaya dengan apa yang kulihat di
hadapan mataku kini.
‘’Yo,Nazrul! What’s up? Apa yang urgent
sangat sampai panggil aku datang office
kau ni?’’ Tegur Firdaus dengan ceria.Dia masih tidak menyedari akan kehadiranku
di situ.
Aku berasa jantungku bagai bergegar
apabila mendengar suara Firdaus.YA-ALLAH,apa
yang dia buat kat sini?
‘’Daus,aku nak tanya kau.Perempuan ni
kan yang kau nampak bersama papa aku kat Dubai dulu?’’ Nazrul menudingkan
jarinya ke arahku.Wajahku menjadi pucat apabila Firdaus memandangku.Dia
memerhatikanku buat tempoh yang agak lama.
‘’Ariana,right?’’
Aku terkedu apabila Firdaus menyebut
namaku.Habislah,dia sudah tahu siapa aku yang sebenarnya!