BEBERAPA hari
berikutnya,Nadia kembali menjadi ceria melebihi tahap kenormalan manusia
biasa.Sepanjang masa senyuman sentiasa menguntum di bibirnya,terutama apabila
mesej baru masuk,petanda senior kesayangannya itu menghantar pesanan baru.
Telefon bimbitku juga tidak lepas dari pegangannya,sampai aku rasa macam nak
saja jual telefonku itu kepada Nadia. Biar telefon bimbitku itu menjadi hak
miliknya yang mutlak dan bolehlah mereka berkepit puas-puas.
Aku tekun menelaah notaku.Sesekali
aku menjeling ke arah Nadia yang sedang tersengih sorang-sorang di atas
katil.Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.Nampaknya Nadia dah kemaruk sangat
bermesej dengan seniornya itu.
Tapi tiada apa yang mampu kukatakan
kerana Nadia adalah seorang yang bijak. Tanpa perlu bersusah payah belajar
seperti yang aku lakukan sekarang pun,dia mampu mendapat CGPA yang lebih tinggi
daripadaku.Mungkin kerana kedua-dua ibu bapanya adalah doktor,jadi dia mewarisi
gen kepandaian mereka berdua.Bukan seperti aku.Mempunyai ibu bapa yang tak tahu
pun membezakan antara baik dan buruk,sehingga terlanjur melakukan dosa yang
besar dan hasilnya adalah aku!
Ah,apa yang kau fikirkan ni,Nur Ariana
Abdullah! Stop it,okay! Aku cuba
membuang jauh-jauh apa yang berada dalam fikiranku sebentar tadi dan berusaha
untuk menumpukan sepenuh perhatian semula ke atas ulangkajiku.Setelah satu
jam,aku mengemas nota-notaku dan menuju ke katilku.Baru saja aku mahu
melelapkan mata,tiba-tiba kedengaran suara Nadia memanggilku.Aku membuka mataku
semula.
‘’Kenapa kau ni,bangunkan aku
tengah-tengah malam? Aku mengantuklah.’’ Kataku dengan nada sedikit marah.
‘’Ary,aku ada hal penting sikit nak
cakap dengan kau ni.’’ Ujar Nadia kepadaku dengan nada sedikit berbisik. Aku
tak faham kenapa dia perlu bercakap dengan nada perlahan sedangkan hanya kami
berdua saja dalam bilik ni.
‘’Esok-esok tak boleh cakap ke? Mata aku
dah tak boleh nak buka ni.’’ Kataku sambil menguap.
‘’Tak boleh.Benda ni kena cakap malam ni
juga.Melibatkan hidup dan mati.’’ Ujar Nadia dengan bersungguh-sungguh.
Dengan rasa terpaksa,aku menuruti
kemahuan Nadia. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil. Nadia duduk di
sebelahku dan mengeluarkan telefon bimbitku dari poket seluarnya. Dia
menyerahkan telefon itu kepadaku. Aku mengambil kembali telefonku dengan rasa
gembira.
‘’Apa mimpi kau bagi balik telefon ni
kat aku? Senior kesayangan kau tu dah malas nak layan kau ke?’’ Sempat lagi aku
menyindir Nadia.
‘’Nope. Instead,aku nak kau call
dia sekarang.’’ Ujar Nadia dengan nada yang serius.
Riak wajahku berubah.
‘’What? Apasal pulak aku yang
nak kena call senior kau tu? Kau dah
tak tahu macam mana nak tekan punat
telefon ni ke?’’ Soalku dengan rasa tak senang.
‘’Memanglah aku tahu.Tapi masalahnya,kau yang akan cakap dengan dia
sekarang,bukan aku.’’
Aku rasa lehernya bagai hendak tercekik mendengar kata-kata Nadia.Kalau
aku sedang minum air sekarang pasti aku sudah tersedak-sedak.Aku memandang
Nadia dengan mata yang terbuka luas.
‘’Are you mad,Nadia? Kenapa
pula aku yang nak kena cakap dengan dia? Kau yang mesej dengan dia,kaulah yang
cakap dengan dia.’’
‘’Masalahnya sekarang,dia nak cakap dengan kau.Bukannya aku.’’
Dahiku berkerut. ‘’Dia nak cakap
dengan aku? Apasal pulak?’’
‘’Entah.Tapi nampak gaya macam dia marah saja.’’
‘’Apasal dia nak marah dengan aku pulak?’’
‘’Well,maybedisebabkan oleh
apa yang korang mesej hari tu agaknya.’’
‘’Mesej hari tu? Hello,mesej hari tu tak ada apa-apa makna okey.Aku rasa
aku pun tak cakap benda-benda yang buatkan dia sakit hati.’’
‘’Tapi manalah tahu,kan? Entah-entah kau ada cakap benda-benda yang buat
dia sakit hati tapi kau terlepas pandang ke.Kau pun bukannya jenis yang
sensitif perasaan orang sangat pun.Kadang-kadang kau rasa benda apa yang kau
cakap tu biasa saja,tapi tanpa sedar kata-kata kau tu buatkan orang lain sakit
hati.Ingat tak kes kau dengan Azlin dulu?’’
‘’Helo,bukan salah aku pun okey.Minah tu yang mengada-ngada.Nak
itulah,nak inilah.Buat macam asrama kat sekolah asrama penuh kita dulu tu bapak
dia yang punya.Layan kita macam kita ni orang gaji dia,suruh buat macam-macam. Sampai
nak seterika baju pun tak tahu.Lepas tu boleh suruh Madihah tu pulak yang buat
untuk dia.Kena jerkah dengan aku sekali,baru dia tahu langit tinggi ke
rendah.Terus telefon bapak dia cakap nak keluar dari asrama. Kalau apa kerja
pun tak tahu buat lebih baik tak payah duduk asrama.’’ Aku berkata dengan nada
yang jelik.
‘’Dalam hal ni,bukan aku nak persoalkan siapa betul dan siapa salah.Tapi ke-power-an kata-kata
kau tu yang berbisa tu.Kalau Azlin yang degil dan keras hati tu pun boleh
tunduk dengan kau,sekali sembur saja dah blah,inikan pula putera kacak aku yang
lembut hati tu.’’
‘’Okey! Okey! Sekarang ni kau nak aku buat apa? Telefon putera kau
tu,minta maaf dengan dia?’’ Malas aku nak bertelagah dengan Nadia malam-malam
macam ni.
‘’Yep.Tapi kau cakaplah elok-elok
dengan dia sebab dia…’’ Belum sempat Nadia menghabiskan kata-katanya,aku sudah
menekan punat telefon bimbit.
‘’Kau save nama dia apa?’’
‘’Err… Prince Charmingku.’’
Aku memandang Nadia dengan pandangan yang jelik. Nadia pula hanya
tersengih-sengih.Aku pantas mencari nama ‘Prince Charmingku’ di senarai nama
kenalanku dan setelah jumpa,aku menekan butang ‘dial’.
Dutt…dutt… Bunyi itu kedengaran.
‘’Kau bukalah loudspeaker,aku pun nak dengar juga.’’ Pinta Nadia.Aku pun menekan
butang loudspeaker.Kini,satu bilik itu
bergema dengan bunyi dari telefon bimbitku.Beberapa saat menunggu,akhirnya
panggilan itu dijawab juga.
‘’Helo….’’
Kedengaran suara garau dari talian di
sebelah sana.
‘’Helo,awak ni encik Prince Charming ke?’’ Tanpa berlengah aku segera
mengutarakan soalan.Nadia yang berada di sebelahku menjegilkan matanya.
‘’Oi,nama dia Firdauslah.Fir-da-us!’’ Nadia berkata perlahan sambil menyebut
satu persatu suku perkataan nama lelaki itu.Tetapi aku tidak mempedulikan
Nadia.
‘’Hah,Prince Charming?’’ Lelaki itu berkata dengan nada hairan.
‘’Apa-apa sajalah ya,Mr.Prince Charming.Nak dipendekkan cerita,tujuan
saya callawak ni kerana saya nak
minta maaf dengan awak sebab menurut kawan saya,saya dah berbuat salah dengan
awak walaupun saya sendiri tak tahu apa yang saya dah buat salah dengan
awak.Tapi memandangkan sekarang ni dah pukul satu pagi dan saya pun dah
mengantuk dan saya sendiri tahu yang kawan saya ni takkan biarkan saya tidur
dengan tenang selagi saya tak telefon awak,jadi sebab itulah sekarang ni saya
telefon awak untuk minta maaf dan saya berharap agar awak dapat maafkan saya
agar kawan saya ni dapat biarkan saya tidur dengan lenanya.’’ Kataku panjang
lebar.Mesti lelaki itu fikir yang aku sudah gila.Biarlah,yang penting aku sudah
dapat melaksanakan apa yang dipinta Nadia.Jadi tidak perlulah dia mengganggu
aku lagi.
‘’Wait,wait,wait. Aku tak
faham.Kau ni siapa? Dan apa yang kau cakap ni? Minta maaf untuk apa?’’ Soal
lelaki itu bertubi-tubi.
‘’Aku ni kawan Nad….’’ Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku,Nadia
mencubit pinggangku dengan kuat.Aku mengaduh kesakitan seraya menjegilkan
mataku kepada Nadia.Nadia merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda
meminta maaf kepadaku.
‘’Aida,Aida.’’ Nadia memberitahuku menggunakan gerak bibirnya. Barulah
aku teringat bahawa Nadia memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu sebagai
Aida,bukan Nadia.Aku mengeluh.Macam-macamlah!
‘’Helo,are you still there?’’
Soal lelaki itu melalui corong telefon.
‘’Yeah,I’m still here.’’
Jawabku sambil mengurut pinggangku yang masih kebas seraya menghadiahkan
jelingan tajam kepada Nadia.
‘’Siapa yang menjerit tadi tu? Dengar macam suara hantu mengerang je.’’
Hatiku berbara mendengar kata-kata lelaki itu.Kurang ajar betul,berani
samakan suara aku dengan suara hantu mengerang!
‘’Tak adalah.Tadi tu suara kucing aku.Dia baru nak beranak.’’ Balasku geram.
‘’Eh? Tak sangka pula yang suara kucing nak beranak boleh sama dengan
suara manusia menjerit kan?’’ Balas lelaki itu.Sinis sekali kedengaran nada
suaranya.
‘’Hai,tadi kau kata suara aku
macam suara hantu mengerang.Sekarang kata macam suara manusia pula.Yang mana
satu kau ni?’’ Giliran aku pula membalas kata-katanya.Puas hatiku!
Tiba-tiba lelaki itu ketawa berdekah-dekah.Aku dan Nadia berpandangan
sesama sendiri.
‘’Kau ni kelakarlah.’’ Ujar lelaki itu sambil terus ketawa.
‘’Hei,aku tak buat lawaklah.Kau ingat aku ni apa? Badut ke nak jadi
bahan ketawa orang?’’ Jerkahku dengan nada geram.Rasa bagai dipermain-mainkan
pula oleh lelaki itu.Nadia menepuk-nepuk bahuku perlahan,tanda menyuruh aku
bersabar.
‘’Sorry,sorry.Okey,kita serius
balik.Back to the topic.Tadi kau kata
kau kawan siapa? Nad?’’
‘’Err… tak,tak. I mean,aku ni
kawan Aida.Aku pernah sekali mesej dengan kau dulu,dalam beberapa hari lepas.’’
Lelaki itu mendiamkan diri buat beberapa ketika sebelum membalas.
‘’Ohh,ya aku ingat.Kau ni Ria,kan?’’
‘’Ria?’’ Aku menjeling ke arah Nadia. Nadia memberi isyarat kepadaku
supaya mengiyakan saja.Haih,dengan nama aku sekali dia nak tipu ke?
‘’Yalah,kau kan yang mesej dengan aku malam tu? Aida bagitau nama kau
Ria.’’
Aku menarik nafas panjang.
‘’Yalah,yalah.Apa-apa sajalah okey.Yang penting sekarang,aku dah minta
maaf kat kau. Kau nak maafkan aku ke tak ni?’’
‘’Minta maaf? For what?’’
‘’Yalah.Kau marahkan aku sebab something
yang kita mesej malam tu kan? Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang mengguris
sangat perasaan kau tu.’’
‘’Aik,bila masa pula aku marah
dengan kau? Mana ada.’’
Aku tersentak.Pantas aku menghadiahkan jelingan maut kepada Nadia.Nadia
menundukkan kepalanya,tidak berani menentang wajahku.
‘’Oh ya? Good for me then.Bye-bye.’’
Klik.Talian dimatikan. Aku merenung tajam kepada Nadia.Nadia tampak
serba-salah.
‘’Err…nampaknya hari dah larut malam kan.Aku pun dah mengantuk ni.Aku
pergi tidur dulu ya.’’ Nadia mula mengorak langkah perlahan ke katilnya.
‘’Tunggu dulu,Nadia!’’Mendengar suaraku yang tegas,langkah Nadia
terhenti.Namun dia masih tidak berani berpaling memandangku.Aku berjalan
menghampirinya.
‘’Kenapa kau tipu aku,Nadia? What’s
all this nonsense?’’ Soalku dengan nada yang agak tinggi.
‘’Sebenarnya,sebenarnya….’’
‘’Sebenarnya apa?!’’
‘’Sebenarnya aku nak cakap dengan dia,tapi aku tak berani.Sebab tulah
aku suruh kau yang calldia.’’
Akhirnya Nadia memberitahu perkara yang sebenar. Aku mengeluh mendengar
penjelasan Nadia itu.
‘’Kalau kau nak cakap dengan dia,kau cakaplah.Kenapa kau harus libatkan
aku.Kau tahu kan yang aku tak suka buang masa buat benda-benda macam ni.’’
‘’Yah,I know.But I had no
choice,Ary.’’
‘’But,why me?’’
‘’Sebab kaulah satu-satunya orang
yang pernah mesej dengan dia dan tahu pasal dia.Aku tak bagitau pun hal ni pada
orang lain selain daripada kau.Sebab tulah aku hanya mengharap kat kau sorang
je untuk tolong aku,Ary.’’ Kata Nadia dengan nada perlahan.
‘’Tapi kau kata kau mesej dengan dia,kan? Mesej boleh,takkanlah nak
cakap telefon tak boleh?’’ Aku betul-betul tak faham dengan sikap Nadia.
Nadia mengeluh. ‘’Mesej dengan cakap sendiri melalui telefon are two different things,Ary. Kau ingat
aku tak pernah ke cuba calldia
sendiri? Dua tiga kali aku cuba cakap dengan dia.Tapi entah kenapa,setiap kali
dengar suara dia,nafas aku ni bagaikan terhenti.Mulut aku pula macam dah jadi
bisu.But in the same time,aku nak
dengar suara dia,nak berbual-bual dengan dia.Sebab tulah aku perlukan
pertolongan kau.Kiranya kau ni jadi perantara antara kamilah.Kau cuma tolong
sampaikan apa yang aku nak cakap.At least
masa kau berbual-bual dengan dia,dapat jugalah aku dengar suara dia.’’
‘’Kau kata kau mesej dengan dia suka-suka
saja,kan? Apasal kau nak segan-segan pulak ni? Atau jangan-jangan…’’ Aku
mengecilkan mataku.
‘’Yes,Ary.Aku dah jatuh cinta
dengan dia.Again.Mula-mula tu
memanglah aku ingat yang aku mesej dia cuma untuk suka-suka saja.Tapi lama
kelamaan,barulah aku sedar yang aku masih sukakan dia.Dari zaman aku sekolah
sama dengan dia sampailah sekarang,perasaan ni masih tak berubah.’’
‘’YA-ALLAH,Nadia.Kenapalah kau boleh terlibat dengan benda-benda cinta
ni?’’ Aku menghempaskan keluhan berat seraya meraup rambutku.
‘’Kau ingat aku nak sangat ke ?
Tapi nak buat macam mana,perasaan ni dah nak datang kat aku,terima sajalah.Jadi
sekarang,dah jadi tugas kau untuk membantu aku. Never say never okey.’’ Nadia memandang aku dengan penuh harapan.
‘’Oh,no,no,no.Kalau dalam hal
ni,maaf sangat-sangatlah tapi aku memang tak boleh nak tolong aku.Aku tak nak
terlibat dalam hal feeling kau dengan
senior kesayangan kau tu.’’
‘’Alah Ary,tolonglah.Bukannya selalu aku minta tolong kau pun.Please…’’ Nadia terus merayu kepadaku.
‘’SorryNadia,tapi aku
betul-betul tak nak buat benda ni.Menipu memang bukan kepakaran aku.Kalau kau
nak,kau carilah orang lain. Sekarang ni aku dah mengantuk,aku nak masuk tidur.So,bye-bye.’’
Baru saja aku nak mengorak langkah,Nadia terus memintas jalanku.Dia
memegang tanganku erat sambil menunjukkan memek wajah simpati.
‘’Ary,tolonglah aku.Kaulah satu-satunya kawan aku yang aku boleh
percaya.Tolonglah aku.Please….’’
‘’Maaf Nadia.Keputusan aku muktamad.Lagipun sekarang aku sibuk,tak ada
masa nak tolong kau. Dengan tutorial lagi,kuiz lagi. Ingat senang ke nak hadam
semua benda alah tu.’’
‘’Aku tolong kau,Ary! Aku akan
tolong kau ulangkaji.Aku akan ajar kau benda-benda yang kau tak faham sampai
kau jadi pandai.Kalau kau tak faham-faham pun aku akan ajar juga sampai kau
faham.Kau sendiri tahu kemampuan aku macam mana kan. Kita belajar sampai tak
tidur pun tak apa,as long as you help me.’’
‘’Nadia….’’
‘’Lagi satu,kau kata abang sepupu kau ada beritahu kau yang dia nak buat
business,kan? Kalau soal tu,aku akan
tolong kau.Aku akan minta tolong ayah aku. Kau sendiri tahu kan yang ayah aku
memang suka tolong orang-orang Melayu yang nak berjaya ni. Aku akan usahakan
agar sepupu kau tu akan berjaya dapat modal untuk mulakan businessdia.’’ Ujar Nadia dengan bersungguh-sungguh.Terpancar
keseriusan pada raut wajahnya.
Aku terdiam apabila mendengar kata-kata Nadia.Kalau nak
diikutkan,keuntungan memang berpihak kepada aku dalam hal ini.Nadia seorang
yang bijak,jadi kalau dia tolong aku dengan cara macam yang dia cakap tadi,sudah
tentu aku pun akan jadi bijak macam dia juga.Tambahan pula,abang sepupu aku dah
janji yang kalau aku tolong dia dalam mengusahakan bisnesnya itu,dia akan
memberi aku komisen.Dapatlah aku menambah lagi duit dalam simpanan aku yang
sudah bertimbun itu.
Apa yang perlu aku buat cumalah meluangkan sedikit masa untuk bercakap
dengan lelaki bodoh itu dan menggembirakan hati Nadia.Selepas itu,masa hadapan
yang cerah sudah menanti aku di kemudian hari.Aku akan menjadi pandai,aku juga
akan menjadi kaya.
Ah,kau memang bijak Ariana!
‘’Baiklah,aku setuju.Tapi dengan
syarat,masa untuk aku bercakap dengan dia setiap kali tidak akan melebihi
sepuluh minit,dan selang empat hari sekali barulah kita akan call dia.Kau juga kena ajar aku setiap
apa yang aku tak faham,dan kau tak boleh merungut.Lagi satu,aku harap kau boleh
mengusahakan modal untuk sepupu aku tu secepat mungkin.Sebab lagi cepat sepupu
aku dapat modal tu,lagi cepatlah dia akan memulakan bisnes dia dan lagi
cepatlah aku akan dapat komisen aku.Macam mana,setuju tak?’’
‘’Syarat yang lain tu aku tak kisahlah.Tapi syarat yang pertama tu aku
ada masalah sikit.Takkan sepuluh minit saja,empat hari sekali pulak tu. Buatlah
20 minit ke,setengah jam ke.’’
‘’Kau nak ke tak nak? Kalau kau tak nak tak apa,aku tak rugi.’’ Aku
berkata dengan nada mengugut.
Nadia mengeluh.
‘’Okeylah,okeylah.Aku setuju.’’
Aku mengukir senyuman lebar. ‘’Ha,macam tulah.Deal!’’
‘’Dahlah,jom kita pergi tidur.
Entah apalah yang kita buat kat sini.Orang lain tengah lena tidur,kita sibuk
berbual pula.’’
‘’Hei,kau lupa ke yang PASUM ni macam heaven? Chillah kalau setakat baru pukul
dua tiga pagi. Malam masih mudalah.’’
Aku dan Nadia sama-sama ketawa.