‘’HAI,tak sangka
dapat jumpa awak lagi kat sini.About the
other day,sorry sangat-sangat.’’ Firdaus datang kepadaku dan menghulurkan
tangannya. ‘’Anyways,hari tu kita tak sempat berkenalan kan.I’m Tengku Firdaus Amsyar.You can call me Firdaus,Amsyar ,or anything
you want,as long as I like it.’’
Aku terpinga-pinga.Nampaknya dia masih
tidak tahu siapa aku,detik hatiku.
‘’A…Ariana.’’ Aku menyambut huluran
tangannya.Tanpa disedari,tanganku terketar-ketar apabila bersalam dengan
Firdaus.
‘’Amboi,sejuknya tangan.Apa yang kau
dah buat dengan Cik Ariana ni sampai dia jadi macam ni,Nazrul?’’ Soal Firdaus
secara bergurau kepada Nazrul.
‘’Mestilah dia takut,sebab sekarang ni
tembelangnya dah pecah.Kecut perutlah bila tahu yang kau akan membongkarkan
rahsia dia sekejap nanti.’’ Ujar Nazrul sinis.
‘’Rahsia? What do you mean? Aku tak fahamlah.’’ Firdaus mengerutkan dahinya.
‘’Perempuan yang kau nampak kat Dubai
bersama papa aku tu adalah dia,kan?’’ Soal Nazrul tanpa menjawab pertanyaan
Firdaus.
Firdaus menoleh ke arahku dan
memandangku seketika.Aku menundukkan wajah.Rasa tidak mampu untuk menatap
mukanya kala itu.
‘’It’s
not her,Nazrul.’’
Nazrul
terkejut mendengar jawapan Firdaus.
‘’Are
you sure,Daus? Tengok muka dia ni betul-betul.’’ Nazrul tak berpuas hati
dengan jawapan Firdaus.
‘’Yes,I’m
really sure.Plus,kan aku dah pernah kata tak payahlah nak risau sangat
pasal papa kau dan perempuan yang aku nampak kat Dubai tu. They are just walking together,that’s all.It doesn’t mean that they
have that kind of relationship that you should be worried about.Maybe she’s
just Pak Long’s business partner.Be positive,Nazrul.’’
‘’Business partnerapanya sampai masuk
kedai beli cincin semua?’’ Nazrul mencebik.
‘’We don’t know what actually
happened,Nazrul.So we have no right to simply judge something without knowing
the truth.I suggest if you are still in doubt regarding this matter,you can ask
directly to Pak Long.I think it will be easier,right?’’
Nazrul terdiam mendengar kata-kata
Firdaus itu.Aku semakin tidak selesa berlama-lama di situ.Aku bangun dari
dudukku.
‘’Maaf Encik Nazrul,saya keluar dulu kalau
tak ada apa-apa lagi.’’ Setelah berkata demikian,aku segera menuju ke pintu
masuk.Saat aku mahu membuka tombol pintu,tiba-tiba Firdaus memanggilku.
‘’Ariana!’’
Tanganku terhenti.Aku memalingkan
wajahku perlahan-lahan.
‘’See
you again next time,yah!’’ Ujar Firdaus seraya mengukir senyuman
untukku.Aku menarik nafas.Dadaku terasa sesak apabila mendengar kata-katanya
itu.
‘’Hope
there is no more next time.’’ Tanpa disedari aku mengungkapkan ayat itu.Dan
serasanya Firdaus juga mendengarnya apabila dia mengerutkan dahi,tanda tidak
mengerti akan maksudku.Tanpa menunggu lagi,aku terus keluar dari situ.
‘’What?
Kau jumpa dengan Nazrul dan Firdaus tadi? Dua-dua sekaligus?’’ Seperti yang
kujangka,Nadia juga terkejut mendengar ceritaku mengenai apa yang berlaku
petang tadi.
‘’And
for your informationjuga,that crazy
guy is my boss! Macam tak percaya kan?’’ Keluhku.
‘’You
mean,Nazrul?’’ Soal Nadia dengan mata yang terbuka luas.Aku mengangguk.
‘’And
then,Firdaus?’’ Nadia terus menyoal siasatku.Nampaknya dia tak akan berpuas
hati selagi tidak mengetahui keseluruhan cerita.
‘’Dia tak kerja kat situ.Thank God
sangat-sangat.Kalau tak,aku tak tahulah macam mana nak handle dua puting beliung yang datang menyerang dari arah
berlainan.Hah,lagi satu! Kau ke yang bagitau Firdaus nama aku? Memandai saja
kau ni.Kau tahu tak macam mana aku rasa nak pengsan tadi bila dia sebut nama
aku? Mati-mati aku ingat dia dah tahu siapa aku tahu tak.’’ Sempat lagi aku
mengambil kesempatan itu untuk memarahi Nadia.
Nadia tersengih-sengih. ‘’Dah hari tu
dia tanya,aku jawablah.Lagipun,manalah aku tahu yang kau akan jumpa lagi dengan
dia nanti.Kuat betul jodoh korang ya.Si Hitler Nazrul pula tu sebagai orang
tengah yang mempertemukan korang.’’ Nadia ketawa.
Aku berasa geram lantas mencubit
pinggangnya.Nadia mengaduh kesakitan.
‘’Jangan nak perli aku sangatlah.Kalau
dia tahu yang aku ni Ria yang dia pernah kenal dulu,dengan kau-kau sekali
kena.Faham!’’
‘’Yalah,yalah.Tak payahlah nak risau
sangat.Lagipun kau sendiri cakap dia tak kerja situ kan.Kebetulan saja tadi dia
singgah.Dengan sekali dua jumpa,dia tak akan tahu punyalah.’’ Nadia cuba
meyakinkanku.Ketika Nadia sedang bercakap itu,tiba-tiba telefonnya
berdering.Melihat dari riak wajah Nadia yang tersenyum miang itu pun aku dah
tahu si pemanggil itu adalah Adnan.
‘’Ary,aku masuk bilik dulu ya.’’ Kata
Nadia seraya bangun dari sofa.
‘’Yalah.Pergilah berbual dengan Abang
Adnan kesayangan kau tu.’’ Perliku.
Nadia menggeleng. ‘’Entah apalah yang kau benci sangat dengan
Adnan tu Ary ooii…’’ Ujar Nadia sebelum masuk dan menutup pintu biliknya rapat.
Aku mengeluh.Sebab aku lebih mengerti
akan sandiwara manusia di dunia ni jika dibandingkan dengan kau,Nadia,desisku
sendirian.
PAGI itu,aku pergi
ke pejabat agak terlambat dari kebiasaan.Sejak apa yang terjadi
semalam,semangatku terasa mulai merudum.Apatah lagi apabila aku mengetahui
bahawa Tengku Nazrul yang merupakan bosku sekarang adalah Nazrul yang sama yang
pernah memaki hamunku dulu,mulalah aku rasa macam nak berhenti kerja
saja.Semalam pun dia dah menuduhku yang bukan-bukan.Entah apalah yang akan
dilakukannya kalau dia tahu bahawa aku ini adalah orang sama yang pernah mesej
dengan Firdaus dulu.Mahu naik hantu agaknya lelaki gila itu.
‘’Awak ni tahu buat kerja ke
tak,hah?!’’ Tengkingan itu mengejutkan aku.Tidak jauh di hadapanku,Nazrul
sedang berdiri di hadapan meja Marlia dengan wajah menyinga.Marlia pula
tertunduk wajahnya.Tidak berani mahu menentang wajah Nazrul.
‘’Atur appointment yang sikit punya senang ni pun tak boleh buat! Siapa
yang bodoh sangat ambil awak kerja dekat sini dulu hah? Buang duit syarikat
saja bayar gaji awak kalau macam ni!’’
‘’Maafkan saya,Tengku Nazrul.Saya
tak….’’
‘’Apa dia? Tak sengaja? Itu sajalah
alasan yang perempuan tahu bagi.Asal buat silap saja,cakap tak sengaja,tak
sengaja.Lepas tu ulang balik kesilapan yang sama.Boleh musnah syarikat
dibuatnya kalau macam ni.Lingkup tau tak! Lingkup!’’ Nazrul masih terus
menghamburkan kemarahannya.
‘’Saya minta maaf.’’ Marlia sudah
mula menitiskan air mata.
‘’Hah tengok! Cakap sikit keluar air
mata.Orang tegur sikit dah nak tersentap.Lepas tu hantar surat resign,tunjuk protes sana-sini.Bagus sangatlah
tunjuk perangai macam ni.Elok sangatlah.’’ Sindir Nazrul.Sedikitpun dia tidak
menunjukkan rasa bersalah.
Aku menggelengkan kepala.Memang mamat
ni betul-betul hati kering.Malas aku nak terus melihat drama di hadapanku
itu.Aku siapkan kerja aku lagi bagus.Tetapi belum sempat aku masuk ke dalam
bilikku,tiba-tiba Nazrul memanggilku.
‘’Nur Ariana Abdullah!’’
Aku menarik nafas.Apa lagilah yang dia
tak puas hati ni,rungutku.Aku memalingkan badanku dalam keterpaksaan.
‘’Yes?’’
Ringkas soalanku,tetapi dalam nada yang cukup dingin.
‘’Masuk pejabat saya sekarang!’’ Arah
Nazrul dengan tegas.Dia masuk dahulu,diikuti dengan aku
kemudiannya.Sambil-sambil itu aku mengerling kepada Marlia yang sedang mengesat
air matanya.Kasihan pulak budak ni,desis hatiku.
‘’Duduk!’’ Nazrul berkata.Aku duduk
di kerusi di hadapan meja dan menunggu kata-kata Nazrul yang selanjutnya.
‘’Macam mana dengan projek dekat Damansara tu?’’ Soal Nazrul
kasar.
‘’Alhamdullillah,so far berjalan dengan lancar.’’ Balasku
pendek.
‘’Really? Tapi dari apa yang saya dengar berkata sebaliknya.Dengar
kata semalam seorang pekerja ditimpa kemalangan di sana.’’
Dapat aku dengar kesinisan pada
nada suaranya.Macam nak kenakan aku saja dia ni!
‘’Pekerja tu hanya cedera ringan
saja,Encik Nazrul.Lagipun dia terjatuh atas kecuaiannya sendiri. Bahkan hari ni
pun dia dah boleh mula bekerja.Jadi saya tak rasa perkara ni boleh mengganggu
kelancaran projek kita ni.’’ Aku cuba menjawab sebaik mungkin.Malas aku nak
bertekak dengannya lagi.
‘’Macam mana pula awak boleh kata
tak ganggu? Awak tahu tak,hal keselamatan pekerja adalah sangat
penting.Takkanlah awak sebagai pengurus projek langsung tak titikberatkan benda
ni.Tu pun nasib baiklah dia cedera ringan saja.Kalau dia cedera teruk dan nak
saman syarikat kita,siapa yang nak tanggung? ’’
Aku rasa alasan yang Nazrul berikan
langsung tak berasas.
‘’Encik Nazrul,sekali lagi saya cakap,dia
terjatuh secara tak sengaja.Biasalah jalan kat tempat pembinaan macam tu,dengan
permukaan jalan tak rata semua.Tiada apa-apa pun yang boleh dijadikan isu di
sini,Encik Nazrul.’’ Balasku tidak senang.Lelaki ini bagaikan sengaja nak
mencari pasal denganku.
‘’Mana file projek kita dekat Damansara tu? Saya nak tengok.’’ Nazrul
masih tidak berpuas hati denganku.
‘’Ada dalam bilik saya.Kalau Encik
Nazrul nak tengok saya boleh pergi ambil.’’
‘’Haih,baru nak pergi ambil? Tadi tak
reti nak bawak datang sini siap-siap ke?’’
Aku mengeluh. ‘’Manalah saya tahu yang
Encik Nazrul nak bincangkan tentang projek dekat Damansara tu dan nak tengok file projek tu.’’
‘’Takkanlah awak tak dapat nak agak?
Sekarang kan awak tengah uruskan projek dekat Damansara.Jadi mestilah saya nak
jumpa awak sebab nak bincang pasal projek tu.Takkan saya nak bincang pasal
benda lain pula.’’ Nazrul masih tak mahu mengalah.
‘’Manalah tahu Encik Nazrul nak bincang
pasal benda lain kan.Contohnya macam semalam.Bukannya Encik Nazrul bincang
pasal projek dengan saya ,tapi cakap pasal saya yang konon-kononnya ada skandal
dengan ayah Encik Nazrul.’’ Akhirnya tersembul juga kata-kata hikmat itu dari
mulutku.Dapat kulihat perubahan pada wajah Nazrul.Haha padan muka,ketawaku
dalam hati.
‘’Oh,jadi awak nak salahkan saya
pulalah sekarang?’’ Tanya Nazrul dengan wajah yang merah.
‘’Saya tak maksudkan macam tu
pun.Tapi pandai-pandai fikir sendirilah kan.Kita sama-sama dah dewasa,dah tahu
membezakan yang mana betul yang mana salah.’’
Aku bangun dari dudukku. ‘’Dahlah
Encik Nazrul,saya nak ke bilik saya dulu,ambil file projek yang Encik Nazrul nak tu.’’
Nazrul terdiam.Sangkaku dia dah
berhenti.Tetapi ternyata tidak.Baru saja aku mahu membuka pintu,sekali lagi dia
memanggil namaku.
‘’Ariana!’’
Aku mendengus perlahan seraya
memalingkan muka.Nazrul berjalan menghampiriku dan berdiri di hadapanku.Aku dan
Nazrul bertentang mata buat seketika.
‘’Aku takkan minta maaf atau menarik
balik apa yang aku kata semalam.’’ Kata Nazrul dengan wajah serius.
Aku tersenyum sinis.Sudah kujangka
jawapan itu daripadanya.
‘’Saya pun tak pernah mengharapkan
apa-apa permohonan maaf daripada Encik Nazrul.Lagipun saya tak terasa
sedikitpun dengan kata-kata Encik Nazrul sebab saya memang tak buat apa yang
Encik Nazrul cakap tu.Jadi buat apa saya nak takut.’’
Nazrul tersenyum.Sinis sekali. ‘’Berani betul kau ni ya? Kau sedar tak kau
tengah bercakap dengan siapa ni?’’
‘’Sebab saya sedarlah saya tak
kisah.Sebab saya dah kenal dah macam mana perangai Encik Nazrul dan bagaimana
hebatnya kelancangan mulut Encik Nazrul untuk menyakitkan hati orang lain.Saya
dah lali sangat dah.’’ Sengaja aku menyelitkan maksud yang tersirat di sebalik
kata-kataku itu.
‘’Hah?’’ Nazrul mengerutkan dahi.
‘’Saya pergi ambil file dulu ya.’’ Aku terus meninggalkan Nazrul dalam tanda
tanya.Kali ini tidak akan kubiarkan Nazrul memperlakukan aku seperti mana yang
pernah dia buat sembilan tahun yang lalu.Aku takkan biarkan dia melemparkan
tuduhan sewenang-wenangnya kepada aku lagi,sebab aku akan membalasnya kembali!
‘’ARIANA!’’ Ketika
aku sedang menunggu Nadia untuk makan tengah hari di lobi,tiba-tiba suara yang
sangat kukenali itu menyapa. Darahku menyirap. Terkejut aku melihat Firdaus dan
seorang perempuan cantik yang berdiri di sebelahnya. Sejak bila mereka ada di
situ pun aku tak sedar. Firdaus tersenyum kepadaku. Berlainan dari semalam,hari
ini dia kelihatan segak dengan kemeja dan tali leher yang berwarna biru.
‘’Apa yang kau buat kat sini?’’ Terpacul
soalan itu dari mulutku.
‘’Saya nak pergi jumpa sepupu saya
tulah. Tak sangka pula saya akan bertembung dengan awak kat sini.’’ Jawab
Firdaus. Entah kenapa nadanya bagai gembira apabila bertemu denganku.
‘’Ohh…’’ Aku menjeling perempuan
berkulit cerah yang bersamanya. Cantik. Dan juga seksi. Macam model pun ada.
Mereka kelihatan sebaya.
Bagai mengetahui apa yang bermain di
fikiranku,Firdaus berkata. ‘’Oh,lupa nak
perkenalkan. Ariana,this is Alia,my….’’
‘’Firdaus!’’ Sebelum sempat Firdaus
menghabiskan ayatnya,Nazrul tiba-tiba datang. Dan semestinya kehadiran aku di
situ tidak menyenangkannya. Dia memandang aku dari atas ke bawah. Macam nak
telan aku pun ada.
‘’Dah lama aku tunggu kau kat atas.
Rupa-rupanya kau ada kat sini.Apa yang kau sibuk bualkan sangat dengan dia ni?’’ Ujar Nazrul kurang senang.
‘’Tak ada apa pun. Kebetulan terserempak
dengan Cik Ariana ni. Jadi aku pun tegurlah.’’ Jelas Firdaus.Dia sepertinya
perasan dengan ketidaksenangan Nazrul terhadapku.
‘’Ajaklah Alia ni naik pejabat aku.
Kasihan kat dia kena berdiri lama-lama pula kat sini.Nak melayan orang yang tak
penting buat apa.’’ Nazrul menjeling kepadaku. Tahu sangat aku kata-kata
terakhirnya itu ditujukan kepadaku.
‘’Nazrul!’’ Firdaus mula tak senang
dengan keceluparan mulut Nazrul.
‘’Tak apalah. Lagipun saya pun tak ingin
nak berlama-lama kat sini.Pergi makan lagi bagus dari melayan orang yang
perasan bagus. Buang masa saja.’’ Aku pantas membidas kata-kata Nazrul. Dapat
kuperasan perubahan wajah Nazrul apabila aku memalukannya di hadapan Firdaus
dan kawan perempuannya yang dipanggil Alia itu.
Tanpa menunggu lebih lama aku terus
keluar dari situ. Puas hatiku dapat mengenakan Nazrul sebanyak dua kali hari
itu.Pasti Nadia akan teruja apabila mengetahui apa yang telah aku lakukan pada
lelaki yang berlagak itu.