“
Harraz, kau serius?” Herman membetulkan duduknya. Ingin mendengar dengan lebih
jelas apa yang terkeluar dari bibir kawannya.
“
Yup! Dah seminggu tapi aku masih terbayang-bayang lagi wajah dia. Rasa macam
tak puas tengok wajah dia yang kalut tu. Aku pun tak pernah sangka yang aku akan
ada perasaan macam ni bro.”
“
Pulak tu dengan orang yang aku langsung tak kenal. Nama dia aku tak tahu. Dia study courseapa, tahun berapa, tinggal
kat mana, orang mana. Pointnya dia
sangat cantik bro. Dan dia dah curi hati aku ni masa dia curi spek aku tu.”
“
Kau jangan kalut sangat bro. Entah-entah dia dah ada pakwe. Habis study bertunang, then kahwin.”
“
Dengan aku lah tu kot.” Azim Harraz menyambung. Herman menepuk belakang badan
lelaki itu. Masih sempat berangan.
“
Jangan nanti kau yang merana bro. Orang cantik ni biasanya dah ada yang booking.”
“
Kalau belum booking dengan tok kadi
maknanya aku masih ada peluang kan?”
“
Macam-macam lah kau ni. Baik kau pastikan dulu apa sebenarnya yang kau rasa.
Hati ni kadangkala banyak buat kita keliru.”
“
Dah seminggu bro. Hati ni cakap yang aku perlu cari dia. Tanya nama dia. Dia
study apa. Tahun berapa. Dan semua maklumat yang aku perlu tahu tentang dia.
Lepas tu boleh la aku masuk jarum. Apa yang penting hati aku ni ikhlas bro.”
“
Ceh! Sejak kau turutkan permintaan minah kalut tu treat semua student kat
kafe hari tu dah pandai cakap pasal ikhlas kan? Baik-baik bro. Nanti ikhlas
jadi lain.” Sengih Azim Harraz memanjang.
“
Bro, kau tengok muka aku. Cukup hensem kan untuk jadi kegilaan gadis-gadis
cantik. Entah-entah minah kalut tu sanggup tinggalkan pakwe dia kerana aku.
Itupun kalau dia ada pakwe. Mungkin dia kalut hari tu pun sebab tak tahan
tengok kehenseman aku bila dia buka spek aku.”
“
Ah! Berlagaklah kau.” Herman menumbuk perlahan bahu kawannya. Mereka berdua
ketawa. Seketika kemudian, sepi tatkala sesi pembelajaran akan bermula apabila
pensyarah yang ditunggu sudah menjejakkan kaki ke bilik kuliah. Fokus.