Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
758
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

BAB 1

4 tahun kemudian

Semuanya bukan mudah bila tanggungjawab yang selama ini digalas olehEncik Faiz dan Puan Afiyah ditanggung sepenuhnya oleh Mawar Elina. Gadis kecilmolek berkulit putih dan seiras pelakon Amelia Henderson itu rela melepaskanzaman remaja demi menjaga kebajikan adik – adiknya yang masih memerlukanpenjagaan dan perlindungan. Dari kos rumah sewa, makan dan minum semuanyadiusahakan sendiri oleh Mawar Elina.

“Faiq jangan pergi dekat jalan raya tu, sini.”

“Aik ni, aik”

Balas Faiq Izani sambil menunjuk ke arah selipar yang terkena tahi ayam.Mawar Elina meletakkan pengipas lalat di atas meja dan berjalan mendapatkanadiknya yang sedang berdiri di bahu jalan seberang rumah.

“Faiq ni, kan akak dah cakap jangan main jauh – jauh. Ni macam manaboleh terkena tahi?

Bebelan Mawar hanya di balas sengihan oleh Faiq Izani. Tutur katanya pelat,tidak seperti kanak – kanak lain walaupun usianya kini sudah mencecah 10 tahun.Namun begitu, Faiq Izani memahami arahan yang dikeluarkan oleh Mawar Elina.Sejak Fahim Iskandar melanjutkan pelajaran keluar negara setahun yang lalu,Faiq satu – satunya adik yang sentiasa menemani Mawar saat susah dan senang.

“Pin..pin…”

“Hish budak Ijat ni la, terkejut akak.”

Ijat tesengih melihat Mawar yang sedang membersihkan tahi ayam diselipar Faiq Izani.

“Ni kak, mak suruh bagi pisang tanduk. Orang amik dekat kebun semalam.Akak dengan Faiq sihat ke?”

“Sihat je. Ha, dah alang – alang kau dekat sini, tolong akak angkatbekas – bekas kuih akak tu letak depan rumah. Lepas tu, balance nasi lemak ada3 tu kau amiklah 2 tinggalkan akak 1”

Tanpa membuang masa, arahan Mawar terus sahaja dilakukan oleh Ijat.Motornya dipakrkir ditepi dan tangan lincah mengemas bekas – bekas kosong.

“Fahim dah call akak ke harini?”

“Belum lagi. Kenapa? Dia ada bagitahu apa – apa ke? Dia nak duit ke?”

Bertubi – tubi soalan yang keluar dari mulut Mawar. Ijat membalas dengansengihan. Sejak peristiwa yang berlaku di sekolah 4 tahun yang lalu, Ijat nekaduntuk membantu Fahim Iskandar sekeluarga disebabkan rasa bersalah menghinakeluarga rakan sekelasnya.

“Semalam Fahim ada bagitahu Ijat, dia nak exam katanya. Lepastu macambiasa lah kak, dia suruh Ijat tengok – tengokkan akak dengan Faiq. Akak janganrisau, duit dia cukup je kat sana tu”

“Yelah tu kau ni. Sejak dia pegi Amsterdam tu, semuanya cukup. Takpernah tak cukup. Risau akak, kut – kutlah dia jadi ‘anak ayam’”

“Hish akak ni, kesitu pulak”

Gelak tawa Ijat terhambur bila Mawar mula berfikir yang bukan – bukandengan adiknya. Setelah selesai membantu Mawar, Ijat kembali menaiki motor danpulang kerumah. Tinggallah Mawar Elina bersama dengan Faiq Izani.

Ingatan kembali pada 4 tahun yang lalu ketika Mawar mengambil alihmenjadi penjaga kepada Fahim Iskandar. Buat pertama kali dia harus pergi kesekolah sebagai penjaga. Mawar Elina mendapat aduan yang menyatakan adiknyabergaduh dan bertumbuk sehingga menyebabkan kecederaan pada pelajar.

Lemah kaki Mawar saat kaki masuk ke dalam kelas tingkatan 3 Delima.Fahim Iskandar berdiri dan menunduk, tangannya disilang kebelakang. Kelihatansepasang suami isteri turut hadir di dalam kelas tersebut dengan riak wajahyang tidak berpuas hati. Guru Kelas Fahim Iskandar menjadi orang tengah dalam permasalahanini. Mawar Elina berdiri disebelah adiknya.

“Mintak maaf pada mereka.”

Arah Mawar pada Fahim Iskandar. Namun arahan yang diberikan tidakdipatuhi. Kepalanya tetap ditundukkan. Sepasang suami isteri yang turut hadirdalam kelas tu dah tak senang duduk bila anaknya mengaduh sakit di bahagianperut. Bibirnya turut ada kesan darah kerana dipukul oleh Fahim Iskandar.

“Fahim Iskandar!”

Mawar mula meninggikan suara pada adiknya. Fahim Iskandar tetap membatu.

“Susah kalau orang degil macam ni. Saya nak cikgu berlaku adil pada anaksaya. Nampak ni semua lebam. Selama ini anak saya tak da buat masalah katsekolah ni. Tak pasal – pasal harini berdarah mulut dia”

Mendengar sahaja luahan dari mak kepada Ijat, Mawar Elina melutut kebumi. Masing – masing senyap. Pelajar – pelajar lain hanya memerhati adegantersebut. Guru Kelas Fahim Iskandar turut memerhati perilaku Mawar walaupun diatahu pergaduhan ini berpunca dari Ijat.

“Semuanya berlaku dengan tiba – tiba. Siapa sangka dalam sekelip mataAllah tarik umi dan abah kami. Bukan mudah untuk kami terima. Bukan mudah untukkami lupakan semua. Saya mintak maaf bagi pihak adik saya. Saya gagal untukdidik dia jadi insan yang baik. Saya gagal untuk menjadi kakak…”

Belum habis ayat yang ditutur oleh Mawar Elina, dirinya dipeluk olehguru kelas Fahim Iskandar.

“Bangun nak…”

Mawar Elina masih melutut.

“Dari situ saya belajar, yang hidup ini sementara, dan Allah boleh ambilsemuanya pada bila bila masa yang Dia nak. Saya kenal adik saya, dan saya tahuselama ini dia dibuli. Tapi saya sering marah dekat dia supaya terus cekaluntuk habiskan pelajaran. Saya bukan nak menuduh sesiapa, lagi sekali sayamintak maaf pada mak ayah Ijat, saya harap perkara ni dapat selesai di sini dansaya akan bayar kos rawatan Ijat”

Fahim Iskandar mula menitiskan airmata. Sedari tadi berdiri membatu kiniturut melutut. Tangan kakaknya dipegang dan ditarik supaya berdiri.

“Atak…atak….”

Lamunan Mawar Elina terhenti bila Faiq Izani menarik lengan bajunya.

“Jom atan”

Ajak Faiq seraya menujukkan nasi lemak yang berbaki sebungkus. Mawarmembukakan nasi lemak daun pisang untuk adiknya. Setelah itu Faiq menyua nasilemak ke mulutnya sendiri.

“Nasi jangan tumpah tau.”

“Ocey”

“Kakak nak masuk rumah kejap, nak basuh pinggan, bekas kosong ni semua.Faiq duduk dekat sini makan eh”

Faiq Izani menggangguk. Mawar meneruskan kerja – kerja di dapur. Jammenunjukkan pukul 1 petang, lantas Mawar membelek telefon bimbit miliknya.Aplikasi whats App di buka.

Fahim Iskandar : Assalamualaikum kak mawar, doakan ya, esok fahim nakfinal exam 2nd semester ni.

Mawar Elina : Ya akak doakan kau berjaya cemerlang  terbilang and jadi best student kat sana.Duit cukup tak?

Fahim Iskandar : Cukup je kak. Akak tak payah risau. Pandailah fahimnanti.

Mawar Elina : Kau jangan nak sembunyi2 dari akak fahim, akak ada duitsimpanan ni memang khas untuk kau belajar.

Fahim Iskandar: Mana ada kak, betul Fahim ada duit.

Mawar Elina : Yelah tu kau, jangan kau buat kerja bukan – bukan katsana. Kang akak luku kepala kau tu.

Fahim Iskandar: Hish akak ni, tahulah kita ni handsome macam SyafiqKyle. Tapi tak da lah terfikir nak buat bukan – bukan. Adalah kerja sikit Fahimbuat.

Mawar Elina : Kau buat kerja apa? Halal ke tidak? Tak berkat hidup kaukalau makan duit haram tau.

Fahim Iskandar: Halal lah kak. Fahim jadi waiter sambilan kat sini.Jangan risau lah. Kalau kenyit mata sikit dapatlah tips lebih.

Mawar Elina: Kau jangan macam – macam Fahim. Dah akak nak pegi tengokFaiq kat anjung rumah tu. Tak masuk – masuk dari tadi. Assalamualaikm,

Setelah membalas salam kakaknya, Fahim Iskandar melabuhkan badannya diatas katil. Matanya memandang syiling sambil memikirkan nasib Mawar Elina.Macam – macam perkara yang dia ingin lakukan untuk keluarganya. Tidak sabarrasanya Fahim Iskandar ingin menghabiskan pelajarannya walaupun baru sahajasetahun dia berada di luar Negara. Aplikasai whats App berbunyi lagi.

“Apa lagi lah si Ijat ni”

Omel Fahim Iskandar sendirian bila melihat Ijat membuat panggilan videopadanya.

“Ha kenapa?”

“Kak Mawar ada cerita apa -apa tak?”

“Cerita apa pulak? Baru je ni wassap dia. Tak da pulak cerita apa- apa.Kenapa?”

“Tulah serbasalah pulak aku nak cerita ni”

“Kenapa pulak kau ni jat? Baik kau cakap dengan aku.”

“Pak Seman tu lamar kakak kau”

“Yeke!”

Dari posisi baring, Fahim terduduk mendengar kabar dari sahabatnya.Sejak peristiwa 4 tahun lalu, mereka menjadi sahabat baik.

“Aku risau betulah Ijat. Habistu kakak aku jawab apa?”

“Jangan risau lah, kakak kau tu muka ayu tapi gangster. Hahaha. Tapi akutengok Pak Seman tu tak pernah give up tau. Hari – hari pegi beli nasi lemakkakak kau tu. Kak Mawar dah cakap baik baik dengan Pak Seman tu yang dia nak sambung belajar”

“Ala jat… Makin risau aku kat sini. Kau tolong lah tengok – tengok kankakak aku. Gangster – gangster dia pun, dia tu perempuan jat. Macam-macam bolehjadi kat dia. Dah lah malam2 dia berdua je dengan Faiq”

“Bapak aku dah bagitahu jugak dekat Pak Seman tu, jangan kacau KakMawar. Tapi itulah.. memang lah dia tak kacau, tapi hari2 dok menepek kat kedainasi lemak kakak kau. Yang kak mawar pulak layan jelah. Orang tua kan…”

Fahim Iskandar menggaru kepala yang tidak gatal. Baru setahun diaberjauhan dengan Mawar Elina dan Faiq Izani, macam – macam perkara yangterjadi. Memang tidak dinafikan kecantikan Mawar Elina di Kampung Sungai Linaumembuatkan ramai mata – mata yang meminatinya secara diam mahupun terang –terangan. Dari mata muda sampailah yang sebaya umur Pak Seman yang dah separuhabad tu.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.