BAB 5
Kepala yang terasa begitu berat membuatkan Mawar Elina masih lagi baringdi atas katil. Faiq pula sedari tadi mengambil tuala basah dan diletakkan diatas kepala Mawar sepertimana Mawar lakukan kepadanya sewaktu dia demam.
“Faiq lapar ya. Nanti kakak order foodpanda kay”
“Tanak akan, iyan atak atit”
“Akak sakit sikit je, nanti baiklah. Akak dah order ayam goreng ni. Faiqkan suka ayam. Kejap lagi kalau org bagi salam Faiq bukak pintu tau”
“Ocey…
Balas Faiq Izani. Mawar Elina mula melelapkan semula matanya yang terasapanas. Faiq Izani menurut pesan kakaknya. Setelah memdengar ada orang memberisalam, Faiq berlari anak menuju ke pintu rumah.
Ilyas Fakhri melihat tubuh kecil Faiq Izani membuka pintu.
“Ai, ayam aiq ane?”
“Faiq nak ayam ke? Nak abang belikan?”
Soal Ilyas Fakhri bila perkataan ayam keluar dari mulut Faiq Izani.Melihat Faiq yang masih menunggu kehadiran foodpanda membuat Ilyas tertanya –tanya kenapa Mawar Elina tidak muncul dan membiarkan Faiq menunggu di hadapanpintu.
“Kakak Mawar mana?”
“ido. Atak atit”
“Kakak sakit?”
Soal Ilyas inginkan kepastian. Faiq menggangguk.
“Boleh abang masuk tengok kakak?”
Sekali lagi Faiq menggangguk dan beri laluan pada Ilyas Fakhri. FaiqIzani berlari masuk ke dalam bilik kakaknya.
“Atak…atak.. abang atang”
Terpisat – pisat mata Mawar membuka mata dan terperasan kelibat IlyasFakhri yang berselindung disebalik langsir bilik. Cepat – cepat Mawar menyarungtudung bawalnya yang tersangkut dikepala katil.
“Mawar okay ke ni? Kalau tak sihat abang boleh bawak pergi klinik”
“Mawar okay, abang keluar dulu.Tak manis kalau orang nampak abang masuk rumah Mawar”
IIlyas mula berundur dan keluar dari rumah. Pesanan foodpanda yangdipesan Mawar telah pun sampai. Faiq juga turut belari mendapatkan ayamgorengnya.
Dengan langkah yang lemah, Mawar keluar dari bilik dan keluar darirumah.
“Atak nak ayam?”
Soal Faiq pada Mawar yang baru sahaja keluar. Ilyas Fakhri melayan FaiqIzani makan tengah hari di anjung rumah. Mawar mengambil tempat duduk disebelah Faiq.
“Nampak pucat muka Mawar. Jomlah abang bawak pergi klinik.”
Nada kerisauan mula terbit dalam hati Ilyas Fakhri. Tidak senang dudukbila pagi tadi Mawar tidak berniaga.
“Esok – esok okay lah ni bang. Sikit je ni…huk…huk…”
“Tapi teruk sangat muka Mawar ni. Dah jom2 abang bawak pegi klinik.”
Mawar masih enggan menerima ajakan Ilyas Fakhri walaupun mata sudahterasa begitu berat dan panas. Sesekali kepalanya ditekan untuk menghilangkanrasa pening.
Beberapa minit kemudian tubuhMawar yang sedang duduk atas kerusi hilang keseimbangan bila kepalanya terlampauberat. Nasib baik Ilyas Fakhri sempat menyambut tubuh kecil molek itu dan terusdibawa masuk ke dalam kereta.
“Faiq jom cepat”
Faiq yang belum sempat menghabiskan ayam goreng kfc nya turut bergegasmasuk ke dalam kereta.
Hampir 2 jam Ilyas Fakhri dan Faiq Izani menunggu Mawar Elina yangsedang di beri rawatan. Ilyas Fakhr juga nampak tidak kekok melayan Faiq Izani.Siap membiarkan kepala Faiq baring di atas ribanya.
Mawar Elina pula diberi ubat drip oleh doktor dan masih tidaksedarkan diri kerana tekanan darah yang rendah.
“Faiq sayang abang tak?”
Soal Ilyas kepada Faiq sambil mengusap kepalanya. Faiq nampak sedikittenang bila Ilyas menyogoknya dengan cerita didi and friends.
“ayang. Api aiq ayang atak Awar”
Ilyas Fakhri cuba untuk faham ayat pelat Faiq.
“ Kalau abang sayang Kak Mawar jugak, Faiq marah tak”
“Tak ayah”
“Betul ke tak marah? Kalau abang Iyas kawen dengan Kak Mawarlepastu kita duduk sama – sama, Faiq nak tak?
“Nyak..nyak… anti alan – alan naik ete abang. Wuuu aiq uka”
Mawar yang sudah sedar berselindung disebalik dinding. Semua perbualanIlyas dan Faiq dapat didengari dengan jelas. Hatinya sangat tersentuh kerana nampakkeikhlasan Ilyas Fakhri melayan adiknya. Mawar berjalan mendekati merekaberdua.
“Eh atak… atak atit agi?”
Faiq berlari dan memeluk Mawar Elina. Mawar menunduk dan mencium keduabelah pipi Faiq.
“Akak dah sihat. Faiq dah makan?”
“Dah. Abang agi. Atak…atak…”
“ Apa dia?”
Ilyas Fakhri hanya memerhati gelagat dua beradik itu sambil tersenyum.
“Abang…atak…awen. Alan – alan”
Mawar mengerutkan dahi dan memandang muka Ilyas Fakhri. Ilyas Fakhrimengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang terjadi. Mereka bertiga berjalanmasuk semula ke dalam perut kereta. Mawar hanya senyap sepanjang perjalanan.Sepatah ditanya sepatah dijawab. Kereta yang dipandu Ilyas Fakhri meluncur lajudan tiba di perkarangan rumah Mawar Elina.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Faiq Izani yang kepenatan menungguMawar semasa dihospital sudah tertidur di dalam kereta. Sampai sahaja di rumah,Ilyas Fakhri mengangkat tubuh Faiq dan diletakkan di ruang tamu. Setelah ituIlyas keluar semula mendapatkan Mawar yang duduk di anjung rumah.
“Mawar dah okay ke? Ke Mawar nak apa – apa? Ada apa – apa yang bolehabang tolong?
Bertubi – tubi soalan Ilyas Fakhri. Nampak riak mukanya begitu risaukanMawar Elina.
“Mawar okay je. Mawar ada sesuatu nak cakap dekat abang”
“Apa dia Mawar?”
Ilyas Fakhri membetulkan kedudukan dan fokus kepada Mawar Elina. Mawarpula menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan.
“Mawar sangat – sangat berterima kasih dekat abang atas apa yang abangbuat pada Mawar dan Faiq. Mawar tak mampu nak balas jasa abang. Abang layanMawar dan Faiq baik sangat. Selalu belikan Faiq hadiah sampai Mawar sendirisegan dengan abang.”
“Abang ikhlas buat semua tu Mawar. Tak pernah terdetik pun nak mintabalasan apa – apa dari Mawar dan Faiq.”
“Tapi, Mawar rasa, cukuplah perkenalan kita sampai sini. Jujur Mawarcakap yang Mawar tak boleh lagi lawan perasaan suka Mawar pada Abang.”
Berdegup kencang jantung Ilyas Fakhri saat Mawar Elina membuat pengakuansuka pada dirinya. Peluh didahi mula kelihatan kerana terlalu terkejut.
“Kenapa pulak Mawar nak putus berkawan dengan abang kalau cinta Mawartidak bertepuk sebelah tangan.”
Mawar Elina menggangkat muka dan menahan rasa malunya. Muka Ilyas Fakhridipandang dan diteliti satu persatu. Dari alisnya yang lebat, kulitnya yangcerah serta jambangnya yang halus dan menyucuk. Segak!
“Abang betul – betul suka kan Mawar ke? Abang sayang Mawar?”
Ilyas Fakhri menggangguk seolah -olah lupa yang dirinya sudah berkahwindan lupa akan masalah kesihatannya yang disembunyikan dari pengetahuan umum.
“Tapi pernikahan bukan lagi matlamat Mawar buat masa ni. Banyak lagiimpian Mawar yang Mawar nak kejar, Mawar nak masuk U, Mawar nak kejar matlamathidup Mawar..
“Mawar….Mawar….Abang tak pernah halang apa yang Mawar nak buat,sekalipun esok Mawar jadi isteri abang. Even sekarang pun, kalau Mawar nakdaftar masuk U, abang orang pertama yang akan sokong seratus peratus. Faiq punabang akan uruskan pasal sekolah dia.”
Mawar Elina terharu. Betul ke lelaki ini yang akan menjadi peneman dalamhidupnya. Dengan usianya yang masih mentah, terkadang dia sendiri takut dengan keputusanyang bakal dia lakukan.
“Mawar tak pasti dengan keputusan Mawar ni betul atau tak. Mawar rasatakut. Mawar…
“Abang tak kan paksa Mawar untuk terima abang pun. Cuma lebih mudahabang nak sokong apa yang Mawar buat sekarang ni kalau abang jadi suami Mawar”
Mawar Elina terdiam. Memikir sejenak masa hadapannya dengan lelaki yangbaru sahaja dia kenal tidak sampai 2 bulan. Tapi kenapa lelaki ini selalumuncul dalam mimpinya. Dan yang paling tepat, adakah dia jodoh istikarahnya.Mawar masih dalam dilema