BAB 8
3 minggu berlalu begitu pantas. Inai di jari Mawar Elina masih merahditangan. Kelihatan Ilyas Fakhri yang melayan kerenah Faiq Izani di bawah pokokrambutan. Tekun matanya memandang youtube cara – cara membuat layang – layanguntuk Faiq Izani.
Mawar tersenyum bahagia melihat mereka berdua sambil menyediakan minumpetang dan diletakkan di anjung rumah. Mawar mengambil gambar Ilyas Fakhribersama Faiq dan dihantar kepada Fahim.
Mawar Elina: InsyaAllah. Kalau dia boleh layan Faiq dengan baik, macamtu jugak lah dia layan kakak. Akak harap, Fahim dapat terima abang ipar Fahim.
Fahim Iskandar: Kalau itu dapat buat akak bahagia, Fahim doakan semoga cintaakak sampai ke syurga.
Mawar Elina: Thank you Fahim. Akak nak bagitahu ni, next week akak sambungbelajar dekat Kolej. Course event management.
Mawar Elina meletakkan telefon bimbitnya bila melihat Ilyas Fakhrimemanggil. Perbualan whats app Fahim Iskandar dihentikan dahulu.
Faiq Izani berlari kehulur kehilir untuk menaikkan layang – layangnyayang sudah jadi. Mawar Elina berjalan mendapatkan suaminya yang sedang duduk dibawah pohon rambutan. Dengan selamba, Mawar memeluk leher suaminya daribelakang.
“Mawar…. Tak manis kalau Faiq nampak.” Tegur Ilyas Fakhri
“Tapi Mawar rindukan abang.”
“Iya, abang faham. Tak lama pun abang pergi. 2 minggu je.” Ilyas Fakhrimencubit hidung Mawar Elina. Bahagia sungguh. Kalau nak diikutkan hati, naksaja dia bawak Mawar berjumpa dengan keluarganya, tapi keadaan belummengizinkan. Entah ada rebut petir apa lagi yang sedang melanda keluarganya.
“Abang sayang Mawar?”
“Mestilah sayang, Mawar anugerah terindah buat abang yang tak pernahabang rasa sebelum ni. Cuma…
Mawar menanti butir bicara seterusnya dari Ilyas Fakhri bila ayatnyaseperti ada titik noktah.
“Cuma abang tak sempurna Mawar. Abang takut Mawar tinggalkan abangdisebabkan ketidaksempurnaan abang.”
“Abang ni… kan Mawar dah cakap, Mawar terima semuanya, yang pentingabang kena jujur dengan Mawar.”
“Abang janji dengan Mawar, selesai je urusan abang dekat KL tu nanti,abang akan ceritakan semuanya pada Mawar. Dan pada masa tu, abang harap Mawarsetia dengan abang”
Mawar Elina menggenggam tangan suaminya dan dikucup lembut. Setelah itudia menarik Ilyas Fakhri kedalam pelukannya.
“Mawar terlalu sayangkan abang. Mawar tak nak lagi lalui rasakehilangan. Cukuplah umi dengan abah pergi dengan tiba – tiba. Mawar taksanggup nak hadap lagi rasa tu. Biarlah Mawar yang pergi dulu.
Ilyas Fakhri merenggangkan pelukan isterinya. Ada airmata yang tumpah dipipi Mawar Elina lantas dikesat manja oleh Ilyas Fakhri
“Ya Allah sayang, kenapa sampai menangis ni. Abang tak kan tinggalkanMawar. Dah – dah jangan nangis. Risau abang nak tinggal Mawar macam ni”
“Abang janji tau. Dua minggu je. Siap abang kalau lebih”
“Kalau lebih, Mawar nak buat apa”?
Mawar menjulingkan matanya ke atas. Lengan suaminya dicubit sehinggamembuatkan Ilyas Fakhri mengaduh kesakitan. Ilyas Fakhri menayangkan giginya.
“Berani la abang tinggal Mawar lama – lama. Mawar kunci pintu dari luar.Biar abang tak boleh masuk”
“Bukan ke abang dah dapat kunci hati Mawar”
Sengaja Ilyas memberi ayat kiasan kepada isterinya.
“Memanglah Mawar dah bagi kunci pintu hati Mawar pada abang. Tapi…
Ilyas Fakhri menanti jawapan isterinya.
“Mawar beli kunci mangga yang baru, biar abang tak boleh bukak. Werkkk!”
Mawar Elina menjelirkan lidahnya dan berlari mendapatkan Faiq Izani yangsedang ralit bermain layang – layang. Ilyas Fakhri turut bangun dan mengejarmereka berdua. Berbahagialah sebelum rebut taufan datang melanda.
Wajah Mawar Elina sentiasa terbayang – bayang di fikiran Ilyas Fakhri.Berat hatinya ingin meninggalkan Mawar demi menyelsaikan masalah keluarganya.Wajah Mawar yang sentiasa tersenyum menggoda membuatkan dia hanyut dalam cinta.Pemanduan tetap diteruskan sehingga kereta yang dipandu masuk ke perkaranganrumah banglo Datuk Muiz. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Suasana sunyi sepimemandangkan semua orang sudah larut dalam mimpi.
Perlahan kaki mula melangkah masuk dan menapak meniti anak tangga.
‘Ai apesal bilik ni macam ada orang je’
Bicara Ilyas di dalam hati bila melihat ada cahaya yang keluar di bawahpintu. Pintu biliknya dikuak perlahan dan ditutup. Ilyas Fakhri melihat LilaAmina sedang lena tidur di bawah selimut tebal. Hatinya terus meronta inginmerentap selimut tersebut dan menghalau Lila keluar, namun dia berusaha untuksabar.
Bunyi derapan tapak kaki membangunkan Lila Amina. Matanya digosok untukmelihat sosok tubuh yang ada dalam bilik tersebut. Ilyas Fakhri duduk di atasmeja bacaan sambil melihat telefon bimbit.
“Bila abang sampai”
“Baru je.”
Suara Ilyas Fakhri kedengaran dingin. Mata masih setia memandang telefonbimbit. Lila Amina bangun dan merapati suaminya.
“Jangan dekat – dekat dengan abang”
Marah Ilyas bila melihat Lila ingin memegang lengannya.
“Abang ni kenapa, kita ni masih suami isteri, bukannya dosa pun!”
Lila pula meninggikan suaranya. Ilyas Fakhri sudah bangun dari kerusidan memandang bengis muka Lila Amina.
“Kita dah bincang pasal semua ni kan. Yang Lila tiba – tiba tidur dekatsini kenapa? Bukan Lila dah duduk rumah papa mama Lila ke?”
Agak tegang suasana di bilik tidur Ilyas Fakhri dan Lila Amina. Masing –masing nak menang. Lila Amina menyilangkan kedua tanganya dihadapan.
“Abang jangan harap la yang abang boleh lepaskan Lila!”
“Kenapa pulak! Abang balik ni pun sebab nak selesaikan masalah kita”
Lila Amina hampir sahaja terlepas cakap. Datuk Muiz dah berpesan, biardia sendiri yang berdepan dengan Ilyas Fakhri untuk bercakap tentang masalahini.
“Abang tunggu jelah esok. Mama Papa Lila pun ada sekali nanti.”
Ilyas Fakhri serabut. Kakinya melangkah keluar dari bilik. Lila Aminahanya membiarkan suaminya keluar dari bilik. Ilyas meniti anak tangga dan pergike tingkat 3 bilik tetamu. Badannya yang penat memandu direbahkan di ataskatil. Aplikasi whats app dibuka.
Mawar menghantar gambar berpakaian seksi kepadanya membuat jiwakelelakian Ilyas Fakhri bergelora.
Ilyas Fakhri: Mawar dah tidur? Sorry abang baru sampai. Amboi pakai bajumacam tu, nak tunjuk kat sapa?
Mawar Elina: Belum tidur lagi. Rasa lain tak da orang kat sebelah. Nakpeluk suami, suami tinggalkan kita.
Sengaja Mawar membuat seolah olah sedang merajuk. Ilyas Fakhri tersenyummembacanya.
Ilyas Fakhri: Nanti abang balik, kita pergi bercuti macam haritu. Tapiada syarat dia.
Mawar Elina: Kenapa nak pegi bercuti ada syarat? Malas lah kawan denganabang.
Ilyas Fakhri: Pakai baju abang.
Mawar Elina sudah tergelak membaca whats app suaminya. Teringat sewaktubercuti, semua mata memandang Mawar Elina persis seorang model berjalan di tepipantai. Kalau jalan sorang – sorang siap ada yang bagi nombor telefon. Mawarmenaip sesuatu pada suaminya.
Mawar Elina: Kalau abang lambat balik, Mawar pakai semua baju2 cantikyang abang beli tu, lepastu Mawar makeup macam artis, lepastu Mawar naikbasikal keliling kampung. Werkkk!
Ilyas Fakhri pula jadi tidak tentu arah. Ada sahaja point Mawar inginmenyakat suaminya. Selesai berwhatsap dengan Mawar Elina, Ilyas Fakhri membuka dokumendi telefon bimbitnya.
Hasil medical check up dalam bentuk PDF dibuka dan di baca berulangkali. Pesanan mamanya terus masuk ke dalam hatinya. Selepas menikahi Mawar,baru dia terdetik untuk berubat. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Ketukanpintu mematikan lamunan. Ilyas membuka pintu dan melihat mamanya terjongol dihadapan pintu. Datin Salina memeluk tubuh anaknya dan duduk di birai katilsementara Ilyas Fakhri mula baring di atas riba Datin Salina.
“Iyas… nanti apa yang Papa nak cakap esok tu, Mama harap Iyas janganmarah terburu – buru.”
Pesan Datin Salina sambil mengusap kepala anaknya. Iyas malas untukberbicara, otaknya penat memikirkan apa yang keluarganya rancangkan. Yang dia tahusekarang ini, Mawar adalah keluarganya dan yang paling utama. Dia tak sabaringin berpisah dengan Lila Amina.
“Kalau Mama nak tahu, Iyas sekarang ni dah tak pandang dah harta Nek tokke, Nek Na ke. Terpulanglah share tu semua nak jatuh dekat tangan sapa. Kalauditakdirkan, Iyas tak dapat apa – apa share dekat Khaf Holding tu, Iyas redhasebab Iyas nak mulakan kehidupan baru yang Iyas cari selama ni”
Semakin pelik jawapan balas Ilyas Fakhri sejak kebelakangan ini. DatinSalina mengesyaki Ilyas Fakhri sedang dilamun cinta.
“Iyas kena jujur dengan Mama, sapa sebenarnya perempuan yang berjayamerebut hati anak mama ni?”
Ilyas Fakhri bangun dan menatap muka mamanya. Dia tahu Datin Salinaperasan perubahan dirinya sejak dia mula berkenalan dengan Mawar Elina.
“Iyas akan bawa dia jumpa Mama satu hari nanti”
“Jadi betul Iyas ada orang lain?”
“Orang lain apa pulak Ma, she is the one and only one. Tak da orang yangboleh tandingi dia. Dia dah duduk dalam hati Iyas.”
“Lila macam mana..
“Ma, Lila tu jodoh atas kertas yang bukan kerelaan Iyas. Iyas tahu, Iyasberdosa Ma. Sebab tu Iyas nak selesaikan secepat mungkin.”
Datin Salina menarik nafas panjang dan dilepaskan. Risau apa yang akanterjadi esok bila Datuk Muiz ingin memulakan starteginya. Semoga semuanya baik– baik sahaja.