BAB 10
2 minggu sudah berlalu tapi masalah kian berlarutan. Sesi ugut mengugutjuga berlaku antara Ilyas Fakhri dan juga Papanya. Sedari tadi Datin Salinamengurut dadanya dan cuba menenangkan Ilyas Fakhri.
“Ini keputusan muktamat Iyas! Iyas tak nak terlibat untuk dapatkan 20% sahamtu. Cukuplah Iyas dah setuju untuk nikah dengan Lila demi saham Nek tok.”
“Kamu jangan nak jadi derhaka Iyas!”
Datuk Muiz tidak mahu mengalah. Ilyas Fakhri tersenyum sinis.
“Derhaka papa cakap. Papa tak fikir hukum hakam ke? Anak angkat tu nantipapa nak suruh ber bin kan Iyas. Yang dapat dosa Iyas”
“Tapi itu semua atas kertas. Lepas kita dapat saham tu, terpulang lahIyas nak buat apa”
“Lepas kita dapat saham tu, kita buang pulak budak tu? Macam tu ke Pa?”
Datuk Muiz diam sejenak. Memang itu pun motifnya. Semua disebabkan sahamKhaf Holding.
“Sudah lah tu you, jangan disebabkan saham ni, kita anak beranakberpecah belah. Sanggup you nak ketepikan kebahagiaan anak kita? Benda ni semuatak bawak mati pun. Dah – dah lah tu”
Datin Salina mula bersuara. Datuk Muiz masih ingin mempertahankanstarteginya.
“Semua ni tak kan jadi kalau Iyas tu tak mandul!”
“Astaghfirullah… You! Buat mengucap boleh tak? Sampai hati you cakapanak kita macam ni? Dia tak mintak pun sakit tu!
Dada Datin Salina mula berombak, manakala Ilyas Fakhri sudah bangun darikerusinya dengan perasaan marah dan kecewa. Papanya sendiri tidak boleh terimayang dirinya mandul.
“Sudahlah Pa, Iyas dah feed up dengan semua ni. Iyas tetap dengankeputusan Iyas. Iyas akan selesaikan masalah Iyas dengan Lila dekat mahkamah.Iyas nak cari kebahagiaan Iyas. Iyas nak hidup dengan orang yang boleh terimaIyas. Terpulang kalau Papa Iyas sendiri nak buang Iyas. Assalamualaikum”
Langkah Ilyas Fakhri laju meninggalkan Mama dan Papanya. Datuk Muiztidak berpuas hati dengan jawapan anaknya dan masih mengatur strategi supaya20% saham itu akan menjadi miliknya.
“Suka lah you kan? Macam ni yang you nak? Disebabkan saham, you denganIyas bergaduh.”
Datuk Muiz diam tidak menjawab leteran isterinya. Otaknya ligatmemikirkan cara seterusnya.
PESANAN voicenote aplikasi Whats App dari Mawar Elina dibuka oleh IlyasFakhri. Suara manja dan menggoda Mawar kedengaran di dalam kereta. PemanduanIlyas untuk pulang ke kampung Sungai Linau dirahsiakan daripada pengetahuanMawar Elina. Butang panggilan di tekan. Mawar dihujung talian sudah tergelakbila suaminya menelefon sejurus mendengar voicenote menggodanya.
“Amboi dia, suka betul gelakkan abang. Siap Mawar nanti”
“Tu padahnya untuk orang yang kata nak balik cepat, tapi tipu”
“Ala… sorry lah sayang. Abang betul – betul ada urusan emergency”
“Habistu, Mawar tak penting la?”
“Sapa cakap Mawar tak penting. Mawar kan cinta hati intan payung abang”
Mawar Elina tergelak kecil dihujung talian.
“Yelah tu abang… Ni abang dah call ni, Mawar nak bagitahu, Mawar nakkeluar dengan Faiq kejap. Ambil angin dekat sungai”
Ilyas Fakhri memberi izin kepada Mawar Elina untuk bersiar – siarbersama dengan Faiq Izani walaupun perjalanannya sudah hampir sampai di rumahMawar Elina.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, Mawar dan Faiq sudah tiada di rumah.Ilyas Fakhri turun dari kereta dan menuju ke rumah. Tangannya mencapai danmenggoncang beberapa kasut di rak.
‘Dah agak dah. Mawar… Mawar.. berapa kali abang cakap, kunci janganletak dalam kasut’
Ilyas Fakhri menggelengkan kepalanya. Sejurus selepas itu, Ilyas Fakhrimelangkah masuk ke dalam rumah yang ditinggalkan hampir 2 minggu lebih. Emosi IlyasFakhri kembali tenang melihat keadaan rumah Mawar. Rindu pada isterinya yangtidak tertanggung. Ilyas Fakhri melihat kelendar yang ditandai Mawar yangmenanti kepulangannya. Hati menjadi sayu kerana tidak menepati janji. Sejurusselepas itu, kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Haruman minyak wangi MawarElina menusuk ke hidunnya.
Baru sahaja 15 minit dia sampai di rumah, namun hati tidak sabar inginmembuat kejutan pada Mawar Elina yang masih belum pulang dari sungai bersamaFaiq. Kaki bingkas bangun dari katil, namun mata tertangkap pada box di atasmeja kecil yang diletakkan bersebelahan katil.
Ilyas Fakhri mengambil dan membuka kotak tersebut. Mukanya terus berubahmerah menahan geram. Penumbuknya dikepal.
Mawar Elina memanggil adiknya untuk menyalin pakaian bila melihat cuacayang cerah tiba – tiba menjadi gelap.
“Faiq cepat sini. Kang hujan nanti.”
Faiq Izani menuruti arahan kakaknya. Sejurus selepas itu dia mengayuhbasikal dengan membonceng Faiq Izani di belakang. Lebar senyuman Mawar bilamelihat kereta yang terpakir di halaman rumah. Dari jauh dia melihat IlyasFakhri berdiri di hadapan pintu. Hujan renyai – renyai mula jatuh. Usai sahajamemakir basikal Mawar berlari anak mendapatkan suaminya.
“Abang…”
Mawar menjerit manja sambil memeluk suaminya. Ilyas Fakhri tidakmembalas pelukan Mawar, namun meleraikan pelukan Mawar yang semakin erat.
“Apa semua ni Mawar?”
Keras nada Ilyas Fakhri sambil menunjukkan ujian kehamilan bergaris 2line yang menunjukkan positif mengandung. Mawar tersenyum bahagia. Sekali lagidia memeluk suaminya ingin mendapatkan perhatian.
“Inilah surprise yang Mawar nak bagitahu abang. Tapi abang…
Ilyas Fakhri menolak kasar tubuh Mawar hingga hampir terjatuh. Mawarterkesima sekejap. Faiq Izani hanya memerhati tindak tanduk abang dan kakaknya.
Mawar membetulkan posisi semula manakala Ilyas Fakhri sudah menggenggampenumbuknya menahan marah.
“Mawar mintak maaf sebab tak bagitahu abang awal – awal, sebab Mawar..
“Kau cakap dengan aku anak sapa dalam perut tu!?”
Mawar mengerutkan dahi. Sungguh lain dari sangkaannya bila ingatkanIlyas Fakhri akan melompat bahagia bila tahu dirinya mengandung. Hujan mulaturun dengan lebat.
Mawar cuba lagi mendekati suaminya. Tangan suaminya ditarik dandiletakkan di perutnya.
“Ni anak kita abang, anak yang terhasil dari pernikahan kita. Kenapaabang jadi macam ni? Kenapa abang pertikaikan Mawar?”
Ilyas menolak perut isterinya sehingga membuatkan Mawar Elina mengaduhkesakitan.
“Abang!” Mawar terjerit bila dirinya hampir terduduk. Faiq Izani yangmelihat kejadian di hadapannya menutup mata.
“Aku setia dengan kau, macam ni rupanya kau balas dekat aku kan Mawar…
“Abang… sumpah demi Allah, ye memang sejak nikah dengan abang Mawar takperiod, tak sangka yang Mawar bunting pelamin…
“Shut up Mawar! Kau jangan nak bohong dengan aku! Baik kau cakap denganaku kau mengandung anak sapa!?”
Esakan kecil mula kedengaran. Airmata Mawar mula laju seperti hujan yangturun di luar. Apa lagi ujian yang bakal dia hadapi. Mawar sudah terduduk dianjung rumah, namun sedikitpun Ilyas Fakhri tidak ada perasaan belas ihsanpadanya.
“Sampai hati abang buat Mawar macam ni, ni anak kita…
Tangisan Mawar bersambung. Ilyas Fakhri sudah tidak mampu menahan marahdan sakit hati. Tak sangka yang isterinya selingkuh. Belum sempat dia beritahuyang dirinya disahkan mandul, Mawar Elina sudah mengandung anak yang bukan daribenihnya.
Ilyas Fakhri memicit kedua belah pipi Mawar Elina dengan kasar. Matabasah Mawar Elina bersatu dengan mata bengis suaminya.
“Kau tak payah nak belakon suci lah Mawar! Aku benci tahu tak benci! Kaubgitahu aku siapa bapak pada budak ni”
Esakan Mawar bertambah deras. Suaranya tersekat – sekat ingin membalaspertanyaan suaminya.
“Demi….Allah…
“Diam Mawar!” Mawar memeluk Faiq Izani yang duduk disebelahnya. Takutbila dengar suara Ilyas seperti singa lapar. Hilang dah suara romantis danmanjanya selama ini. Ilyas mendengus geram. Melihat Faiq sedang memeluk Mawar, IlyasFakhri berundur ke belakang.
“Kau jangan nak main – main dengan nama Allah!Jangan nak gunakan aku untuk tutup malukau tu!”
Hanya esakan Mawar yang kedengaran. Dia buntu harus menjawab apa lagi.Dan apa yang dia pelik, kenapa Ilyas Fakhri tiba – tiba berkelakuan begini.Ilyas Fakhri melangkah keluar dan meredah hujan yang lebat.
Mawar Elina kejar suaminya dari belakang dan membiarkan dirinya basahdalam hujan.
“Abang…. Mawar mintak maaf dengan abang. SumpahMawar tak pernah duakan abang. Mawar ingat janji kita. Mawar pun tak faham apayang berlaku sekarang ini.”
Ilyas Fakhri menolak keras tubuh Mawar yang memeluk kakinya sehinggaterjelopok di atas tanah yang penuh dengan lecak air hujan. Faiq Izani yangturut basah kerana memeluk kakaknya dari belakang bingkas bangun dan menggigitlengan Ilyas Fakhri sehingga membuatkan Ilyas tertolak tubuh kecil itu lalu terjatuhdan terkena pasu bunga dikepalanya.
“Abang!!!!”
Mawar mengesot mendapatkan Faiq Izani dan memeriksa kepala adiknya. Adasedikit luka pada dahi Faiq.Teriakkan Mawar bersambung bersama tangisan. Hujanpula tiada tanda untuk berhenti.
“Dah lah abang, cukup lah abang tuduh Mawar. Mawar dah tak sanggupdifitnah suami sendiri! Lepaskan je Mawar biar puas hati abang!”
Tidak ada sedikit perasaan belas ihsan Ilyas Fakhri pada Mawar yangsedang memeluk tubuh Faiq Izani yang sudah menggigil kesejukan. Ilyas Fakhridatang mendekat, sekali lagi kedua belah pipi Mawar direntap kasar.
“Tak payah tunggu kau mintak untuk aku lepaskan kau Mawar. Hey, kaudengar sini!
Mawar Elina membiarkan tubuhnya dikasari Ilyas Fakhri. Airmata yangturun deras tidak kelihatan bila hujan yang turun turut lebat. Ilyas Fakhrimemandang muka isterinya yang basah lencun. Satu persatu dia menilik mukaisterinya yang sedang pejamkan mata kerana menanti ayat seterusnya.
“Mawar Elina binti Ahmad Faiz, aku ceraikan kau dengan talak 1. Akuhalalkan segala- galanya yang aku beri pada kau”
Usai sahaja lafaz cerai yang dilafazkan oleh Ilyas Fakhri, kakinyamelangkah masuk dalam kereta. Kereta yang dipandu, terus memcut laju keluarmeninggalkan Mawar yang masih lagi terduduk di atas lopak air hujan bersamaFaiq. Matanya tidak lepas memandang cermin sisi di kereta sehingga Mawar Elinahilang dari pandangannya.
READY FILE! BOLEH DM FACEBOOK AIRA EDDY UNTUK DAPATKANFULL VERSION. 637 PAGES BERHARGA RM 5 SAHAJA!