BAB 2
“Kita kena teruskan projek kita dekat Segamat tu. Papa nak Iyas denganAdam turun survey dekat sana. Nanti Papa bagi contact number orang dekatsana yang korang boleh jumpa. Mungkin kita kena beli sikit lagi tanah dekatKawasan tu untuk luaskan Kawasan parking Mall tu nanti. Haritu papa dahbagitahu tuan tanah kat situ. Apa- apa boleh roger dia”
Datuk Muiz memberi arahan kepada anak dan pekerjanya. Masing – masingmenggangguk faham.
“Bila tu Datuk?
“Hujung minggu ni dah boleh pergi. Kalau boleh tak nak lambat – lambat.Kita kena tunjuk pada syarikat – syarikat yang dah invest untuk projek ni. Kitakena makesure semuanya okay”
“Papa dah pernah contact dengan tuan tanah kat sana kan? Whynot Papa join kami sekali”
“Tak boleh, Papa ada urusan lain. Ada apa – apa lagi?”
Masing – masing menggeleng.
“Iyas tunggu sekejap. Ada benda yang Papa nak bagitahu”
Adam Mikail keluar dari pejabat Khaf Holding untuk memberi ruang padaanak beranak itu berbincang.
“Yes Pa..
“We have problem…”
“Apa dia?”
“Lawyer arwah Nek tok ada inform dekat Papa yang 20% share Khaf Holdingmilik Nek tok, dia serah pada adik dia dekat Amsterdam”
“Nek Na ke?”
Datuk Muiz menggangguk.
“Sekarang ni share Khaf Holding kita hanya pegang 80%. 40% share padapapa. 20% share ada pada kamu, dan 10% share pada Lila Amina dan 10% share lagipada aunty ngah kamu”.
“So apa problemnya sekarang?”
“Problemnya, Nek Na kamu tak nak jual share dia. Susah papa, sebab apa-apa decision Papa kena dapatkan permission dia”
“Kita pun bukannya bermusuh dengan Nek Na tu Pa, Iyas yakin yang diaakan jual jugak share dia tu. Lagipun dia mana ada pewaris, kan anak perempuantunggal Nek Na dah meninggal. Husband Nek Na pun dah meninggal 2 tahun lepas.Kita je keluarga yang dia ada”
“Memang betul apa yang kamu cakap tu, Papa pun bukannya tak suka denganNek Na kamu tu, cuma susah sikit kerja Papa. Lagipun dia dah ada syarikat diasendiri dekat Amsterdam tu. Cawangan kat Malaysia pun dia dah buka dah. Papapun tak faham kenapa dia nak sangat share tu”
“Anggaplah tu pemberian Nek tok pada dia. Okaylah Pa, Iyas nak nak balikdah ni. Papa nak ikut sekali tak?”
Datuk Muiz memberi laluan pada anaknya untuk pulang dahulu. Jam sudahmenunjukkan pukul 6 petang. Deruman enjin kereta Ilyas Fakhri masuk keperkarangan rumah banglo Datuk Muiz. Kelihatan Lila Amina dan juga Datin Salinasedang berborak dan minum petang di halaman rumah yang ditemani dengan hiasanair terjun buatan tangan.
“Iyas, meh lah sini, jamah kuih ni sikit”
Panggil Datin Salina pada putera tunggalnya. Ilyas Fakhri bergerak kearah mereka berdua dan tangan mula menyapai ke arah donut dan disua ke mulut.
“Kalau iya pun duduk lah dulu”
“Takpelah Ma, Iyas nak cepat ni. Malam nanti ada discussion sikit denganAdam”
Langkah Ilyas Fakhri yang masuk semula ke dalam rumah dibuntuti olehLila Amina.
“Abang.”
“Apa dia?”
Ilyas Fakhri melajukan langkah meniti anak tangga dan masuk ke bilik ditingkat 2. Lila Amina terus membuntuti suaminya masuk ke dalam bilik.
“4 tahun dah kita nikah, layanan abang pada Lila tak pernah berubah.Lila dah bukak seluas – luasnya pintu hati Lila pada abang. Tapi sikit punabang tak pandang”
Ilyas Fakhri tidak melayan bebelan isterinya. Tali leher dilonggarkandan tubuh dihenyak di atas kerusi rehat sambil membuka tab di atas meja.
“Kita memang dah dijodohkan bersama. Tapi abang tak pernah nak layanLila macam isteri. Yang abang tahu kerja je memanjang”
Leteran Lila Amina makin berpanjangan. Ilyas Fakhri menutup tabditangannya. Isterinya yang duduk di birai katil dipandang.
“Benda ni kita dah setuju 4 tahun yang lalu Lila.Abang anggap Lila macam adik abang sendiri. Abang tak boleh nak ubah mindsetabang yang abang hanya anggap Lila sebagai adik dan tak lebih dari tu”
“Tapi itu dulu abang. Lila dah sah jadi isteriabang. Lila berhak dapat apa yang seorang isteri dapat. 4 tahun Lila tungguabang tapi abang buat Lila macam tunggul.”
“Dari sebelum kita nikah lagi, abang dah cakap pasal benda ni kan? Lilasetuju semuanya. Lila sendiri bagitahu abang yang Lila buat semua ni sebabharta Nek tok. Selesai je urusan harta tu, Lila akan cari kehidupan baharu.Tapi sekarang lain pulak ceritanya”
Muka Lila Amina kelihatan sebak. Namun hati sibuk memikirkan cara untukmendapatkan kepercayaan daripada Ilyas Fakhri.
“Sebab Lila dah mula sukakan abang…
“Tapi abang tak sempurna untuk Lila. Lila berhak bahagia”
“Siapa abang nak tentukan bahagia. Sekarang ni Lila bahagia bila abangyang jadi suami Lila”
Ilyas Fakhri meraub wajahnya. Rambutnya sedikit kusut. Pernikahan yangdulunya dirancang kini sudah bertahan selama 4 tahun walau hakikatnyapernikahan itu hanyalah di atas kertas dan kehidupan Lila Amina dan IlyasFakhri tidak ubah seperti adik beradik sepupu.
“Maafkan abang Lila, hati abang tak terbuka lagi untuk Lila dan mana –mana perempuan. Lila bagitahu abang kalau Lila rasa dah tak sanggup dengankehidupan macam ni. Abang pun tak nak dituduh dayus”
Ilyas Fakhri bingkas bangun dari kerusi rehat dan menuju ke bilik air.Lila Amina menggenggam cadar katilnya dengan perasaan geram.
“Susah betul aku nak genggam kau dalam tangan aku! 4 tahun Ilyas akutunggu kau” Omel Lila Amina perlahan. Aplikasi whats app nya berbunyi. Nomboryang tidak dikenali masuk.
Unknown number: Lambat lagi ke sayang.
Lila Amina: You sabar lah kejap. Susah betul I nak pikat mamat hati batutu. Puas dah I goda dia. Tak habis – habis dengan perkataan yang I ni hanyalah adiksepupu je.
Unknown number: I tetap sokong you sayang. I doakan yang you akan dapat semuashare Ilyas dekat Khaf Holding. Malam ni kita jumpa kay. Love you.
Lila Amina memadam semua perbualan bersama kekasih gelapnya di AplikasiWhats App. Dia harus menggoda Ilyas Fakhri supaya semua share Ilyas beradadalam genggamannya. Ilyas Fakhri keluardari bilik air dengan tuala yang dililit di pinggang. Lila Amina memandangsuaminya dengan pandangan penuh ghairah. Kaki mula melangkah dan mendekat kearah suaminya yang sedang membuka almari baju. Jarinya yang runcing dilarikandibelakang badan suaminya. Ilyas Fakhri berpaling dan menepis tangan LilaAmina.
“Lila godalah abang macam mana sekalipun, kalau hati abang tak terbukauntuk Lila, abang tak kan sentuh Lila.”
“Tapi Lila berhak abang!”
“Bukan abang orangnya. Abang mintak maaf.”
Lila terdiam sejenak. Ilyas Fakhri mengeluarkan semua baju – baju nya dialmari.
“Abang nak keluar dari bilik ni ke?”
Soal Lila bila melihat suaminya menyusun baju seolah – olah inginberpindah.
“Abang ada kerja luar dekat Johor. Dalam seminggu macam tu. Nanti suruhMak Senah lipat semua baju – baju yang abang dah keluarkan ni, lepastu masukdalam luggage.”
Peluang! Ya peluang untuk Lila Amina untuk berasmaradana bersama dengankekasih gelapnya.
“Kalau macam tu, Lila nak balik rumah mama dengan papa”
“Abang izinkan”
Ilyas Fakhri tidak bercakap banyak. Bila hati tiada rasa cinta dankasih, apa yang Lila Amina minta semuanya diizinkan. Usai sahaja solat maghrib,Ilyas Fakhri mengambil kunci kereta yang tersangkut di belakang pintu. Kakilaju menuruni anak tangga.
“Balik lewat ke Iyas?”
Sapa Datin Salina pada puteranya. Ilyas Fakhri berjalan beriringansambil berborak dengan mamanya sehinggalah ke beranda luar.
“Bila kamu nak start berubat? Tak ada sakit yang tak boleh ubat.InsyaAllah, Mama yakin yang sakit kamu ni ada ubatnya, ada jalanpenyelesaiannya”
Ucap Datin Salina sambil menggenggam tangan Ilyas Fakhri. Ayat mamanya yangsering dia dengar sejak 4 tahun lalu, namun semuanya tidak diendahkan sejak diamenerima ujian saringan tersebut.
“Nanti – nantilah Ma….
“Mama yakin akan ada keajaiban untuk kamu. Mama tak pernah berhentiberdoa supaya Allah sentiasa merahmati hidup kamu dan diberikan kemudahan dalamsemua urusan”
Ilyas Fakhri mengaminkan doa Mamanya. Sebelum pergi dia bersalaman danmencium pipi Mamanya.
“Tolong fikir tentang Lila Amina. Dia tanggungjawab Iyas. Dia amanahIyas. Walaupun Iyas rasa semuanya hanyalah di atas kertas. Tapi dalam agamakita, tiada istilah pernikahan atas kertas. Kalau Iyas terus buat Lila macamni, Mama rasa sangat berdosa sebab bersubahat dalam pernikahan kamu. Iyas buatkeputusan baik – baik. Baik kita lepaskan cara baik daripada menanggung dosa.”
“Iyas faham Ma. Tapi Lila tak nak berpisah.”
“Kalau macam tu, layan dia macam isteri bukan macam adik”
“Mama pun tahu kan, Iyas tak boleh nak anggap Lila tu macam isteri dansemuanya Iyas buat sebab share Nek tok dan Khaf Holding.”
Datin Salina menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Sungguhrumit masalah yang hadir dalam keluarganya.
“Mama jangan risau, Iyas akan selesaikan jugak masalah Iyas dengan carabaik. Mama doakan kebahagiaan Iyas”
Ilyas Fakhri meninggalkan Datin Salina dengan muka yang risau memikirkanmasalahnya bersama dengan Lila Amina. Kereta yang dipandu oleh Ilyas Fakhrimeluncur laju keluar dari perkarangan rumah. Tidak sampai 10 minit, Lila Aminajuga keluar dari rumah dan keluar dari rumah untuk berjumpa dengan kekasihgelapnya.