Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
66,104
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

BERDEGUP kencang jantungku apabila hampir berlanggar dengan sekumpulan pelajar lelaki. Pantas aku terngadah untuk melihat siapa yang berdiri hampir benar di depanku kini. Hah? Dia lagi. Aduhai! Tak ada muka lainkah yang aku kena pandang awal-awal pagi begini? Buat hilang mood saja. Menyesal pula tidak rempuh saja mamat ini. Biar sakit badan dari sakit hati.

Aku dan Shark beradu pandang. Rakan-rakannya yang lain hanya memerhati.

"Eh! Kau buta, ke?" sergah Shark. Dia ingat aku 'goyang' ke bila kena sergah begitu? Silap oranglah.

'Eh! Dia yang nak langgar kita, kita pula yang dikata buta.'

Aku buat tidak faham sahaja. Malah aku sudah memulakan langkah untuk berlalu. Malas mahu melayan kerenah mamat kerek itu. Tapi, seperti sebelum ini langkahku terganggu. Selamba gila mamat kerek itu rentap lenganku memaksa dia untuk berhenti. Aku ketap bibir. Sakit hati bila mamat seorang ini tidak faham bahasa. Bukan aku tidak pernah mengingatkan.

"Jangan sesuka hati nak pegang-pegang ya. Kau tak ada hak nak sentuh aku," Aku merentap lengan dari pegangan lelaki itu. Terlepas dengan mudah. Telunjuk naik di depan muka Shark, tanda amaran.

"Kalau tak nak aku pegang, jaga sikit perangai tu. Jumpa atau terserempak dengan aku atau kawan-kawan aku, kau kena tegur. Kena hormat sebab kami ni senior kau. Faham?"

Aku pandang Shark dengan jelingan tajam.

"Ada aku kisah? Hmm?"

Aku terus berlalu dengan laju. Menyampah pula dengan perangai Shark yang berlagak bagus tu. Aku sedar mata Shark tajam memerhatikan aku tadi. Bukan itu sahaja. Mata pelajar-pelajar lain yang ada di sekitar situ pun turut memandangku. Bezanya bukan dengan pandangan tajam. Tapi, kagum agaknya sebab aku berani melawan cakap Shark. Aku peduli apa. Lantaklah! Memang tidak ada hati hendak berbaik dengan lelaki ini.

"Hei budak kecik!" laung Shark lantang.

'Dia panggil aku budak kecik?'

Aku tidak endahkan panggilannya itu.

"Biarlah dia, Shark. Kita dah lambat ni. Kelas dah nak mula."

"Tapi..."

"Let her be... perempuan kot."

Aku dengar salah seorang rakan Shark berbicara. Tidak pasti yang mana satu. Aku pun bukan mahu ambil tahu sangat. Sayup-sayup aku masih dengar mereka berbalas cakap. Hanya tersenyum sambil membelok ke arah blok kelasku. Aman bila tidak mendengar apa-apa lagi.

"HAI, Xandra. Morning!" sapa Hanis ceria. Inilah satu-satunya pelajar di kelasku yang mesra alam. Yang lain, jangan haraplah. Sekutu Shark agaknya. Pandang aku macamlah aku bukan manusia.

"Morning, Hanis. Apa hal bising sangat kelas kita ni?"

"Hmm... hari ni lecturer tak ada sampai waktu rehat. Ada mesyuarat tergempar. Kami pun baru dapat berita. Tu yang masing-masing buat hal sendiri."

"Apa bendalah sekolah ni? Penat-penat aku datang pagi-pagi buta, sudahnya tak belajar. Lecturer ganti tak ada, ke?"

Hanis hanya geleng kepala sambil tersenyum. Lambat-lambat aku duduk bersebelahan Hanis. Aku tebarkan pandangan sekali lalu ke arah sekitar. Geleng kepala aku dibuatnya. Sudah tahu tiada pensyarah yang akan mengajar, ulangkaji pelajaran sendirilah. Ini tidak. Buat bising pula. Sekolah berprestij sangatlah, kan?

"Hanis..."

"Hmm..."

Hanis yang sedang mencatit sesuatu di dalam buku notanya menoleh.

"Peninglah aku duduk dalam kelas yang bising macam ni. Boleh tak kalau aku keluar pergi library ke, mana-manalah yang aman sikit untuk aku belajar? Jadi kesalahan tak?"

"Boleh aje, Xandra. Malah ia digalakkan. Aku pun selalu jugak ke library. Tapi, hari ni aku tak laratlah nak jalan. Waktu kebocoran tenat." Ayat yang akhir itu Hanis sebut amat perlahan. Badan pula sudah disengetkan ke arahku agar mudah baginya berbisik.

Aku hanya ketawa mendengarnya. Faham.

"Kalau macam tu, aku pergilah, ya. Kau okey tak aku tinggalkan dalam pasar borong ni?"

Hanis gelak. Pasar borong dikatakannya. Yalah, bising sangat, kan? Siapa yang tahan.

"Okey aje. Dah biasa. Kau tu yang aku tengok tak okey. Tempat kau dulu tak macam ni ya?"

"Sama aje, Hanis. Cuma aku yang tak selesa."

"Tak apalah kalau macam tu. Kau pergilah. Aku okey aje."

"Okey... aku pergi dulu. Apa-apa hal, kau telefon ya."

Hanis hanya tersenyum dan angkat tangan membentuk huruf O, tanda okey. Melihat itu aku terus capai beg sandang dan berlalu pergi. Rimas berada dalam situasi yang mengalahkan pasar borong itu. Niat di hati memang mahu ke perpustakaan tetapi entah macam mana langkah dilencongkan ke arah bertentangan. Ada satu tempat yang menyapa mataku dan menggamit tiba-tiba. Yang nyata tempat itu pastinya lebih aman. Tanpa gangguan. Langkah dipercepatkan.

Aku naik ke tingkat dua. Di bangunan ini hanya ada dua kelas yang digunakan. Selain itu hanya bilik-bilik kemahiran yang digunakan mengikut masa tertentu. Aku kira inilah tempat yang sesuai untuk bersendirian. Aku menyusuri corridor tersebut hingga ke bahagian hujung berhampiran dengan tangga. Senang untuk turun nanti. Port di sini agak terlindung tetapi mempunyai permandangan yang luas. Aku boleh lihat seluruh kawasan kolej ini tanpa batasan. Nice port! Leka dia dibuatnya.

"Breathtaking view... Isn't it?"

Terkejut aku bila mendengar pertanyaan itu. Spontan aku menoleh ke arah sebelah kiri di mana seorang lelaki sedang berdiri hampir denganku sambil kedua tangan menyeluk saku. Terkedu sekali lagi bila dapat melihat wajah itu dengan jelas. Bukankah dia lelaki yang bertembung denganku di hari pertama dulu? Rakan Shark pastinya.

"Xandra, right?"

"Yes and you?"

Wajah yang serius tanpa senyum itu kutatap.

"Kris Adam."

Aku hanya mengangguk.

"Tak ada kelas ke sekarang ni?" tanya Kris.

"Ada tapi Cik Reen mesyuarat."

Giliran Kris pula mengangguk.

"You pun sama, ke?"

"Tak. I tuang kelas."

Jujurnya dia. Terus-terang cakap yang dia ponteng kelas. Selalu ke dia buat macam ni? Apa punya oranglah. Mak bapak hantar pergi kolej ternama macam ini, dia buang duit dan tuang kelas pula. Anak bertuah!

"So ini memang port you melepaklah kalau tak pergi kelas?"

Kris mengangguk.

Aku sudah capai beg sandang yang terletak di hujung kaki.

"It's okay, Xandra," tahan Kris sambil menaikkan tangan. "Kalau you suka lepak sini, anytime you boleh datang. Lagipun, tak ada tertulis nama I kat sini. Sesiapa pun boleh datang. Tapi rasanya selama ni I aje yang suka duduk sini. Agak sunyi," sambungnya kemudian tertawa kecil. Hmm, boleh pun ketawa. Ingatkan otot kat muka tu ketat sangat.

"Then you have accompanied. Betul ni okey?"

"Shark mungkin boleh jumpa you kat mana-mana tempat selain sini. So, the choice is yours," balas Kris terselit amaran halus.

Mendengar itu perlahan-lahan beg sandang aku lorotkan kembali ke lantai. Memang kalau boleh aku tidak mahu bertembung dengan Shark. Huru-hara hidupku. Memang tidak aman langsung.

"I nak minta maaf bagi pihak mereka jika ada perkara yang kami lakukan terhadap you agak keterlaluan."

Aku semakin ralit menatap sisi wajah Kris. Lelaki ini kelihatan dingin tapi dalam masa yang sama amat menghangatkan dengan bicara yang tidak dijangka. Namun langsung dia tidak menoleh ke arahku. Asyik pandang depan saja. Macamlah aku ada di depannya. Padahal hanya berdiri di sebelah saja.

"Memang selalu macam ni, ke?"

Barulah Kris pandang wajahku. Itu pun sekilas cuma.

"Maksud you?"

"Minta maaf lepas dah buli orang."

Kris tertunduk seketika sebelum dia mengubah kedudukannya. Kini dia berdiri mengadapku. Kedua tangan masih terseluk di saku. Suka berdiri macam tu. Tapi, ada karisma.

"This is the first time and I'm the only one, who willing to do that. They don't and they won't," akui Kris perlahan.

First time? Pelik. Tidak reti minta maaf? Manusia jenis apa mereka semua ni?  


Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin