Home Novel Cinta Dear First Love
Dear First Love
Suhailah Selamat
7/2/2020 23:36:57
34,728
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Setiapkali dia menyelak halaman buku di hadapannya, pasti kepalanya akan mendongakmemandang ke satu arah. Dan pelajar perempuan itu pula cepat-cepat menundukkankepalanya ke bawah dan berpura-pura tengah baca buku!

Lelakiitu tersenyum sinis. Macamlah dia tidak perasan yang sepanjang masa ini dirinyatelah diperhatikan oleh sepasang mata milik pelajar perempuan itu.

            Buku di atas meja ditutup dengankasar. Alex Kim kemudian bangun bersama buku yang tidak sempat habis dibacanyatadi. Dia melangkah perlahan menuju ke bahagian rak yang menempatkan buku-bukufiksyen. Ketika dia melintasi meja pelajar perempuan itu, sekali lagi matapelajar perempuan itu mencuri lihat ke arahnya.

LangkahAlex Kim terhenti serta-merta di sebelah meja Myria.

            Myria yang tidak menjangkakantindakan Alex Kim terus terpempam.

            Segala alatan menulis di atas mejasegera dikemas termasuklah buku sekolahnya yang masih belum disiapkan. Naksiapkan macam mana kalau sepanjang masa matanya asyik mencuri pandang ke arahAlex Kim! Aura yang dimiliki lelaki itu terlalu kuat untuk dia tepis danabaikan.

            “Dah nak balik ke? Bukan ke kauselalu duduk dekat library aku sampai balik. Lepas aku balik, barulah kau pun balikjuga.” Alex Kim sudah bercekak pinggang di sebelah Myria.

            Myria senyum dalam terpaksa.

            “Errr… Yeker?”

“Dasarstalker… Macam stalker aku yang lain,” gumam Alex Kim dengan nada berbisik. Namunmasih jelas di pendengaran telinga Myria.

“Taktahu pula yang saya ni dah jadi macam stalker abang yang lain. Saya minta maafkalau dah buat abang rasa kurang selesa dan… Perasan.” Hujung perkataan itusengaja dia sebut perlahan.

“Perasan?”Berubah terus air muka lelaki itu.

            Belum sempat dia bangun, sepasangtangan muncul di sisinya lalu mengambil buku bertajuk ‘I See The Moon’ karyaAnnabella Watson di depannya.

            “Abang nak buat apa dengan buku tu?”

            Pantas Myria bangun dan tanpasengaja kepalanya terkena dagu Alex Kim yang berdiri betul-betul di sebelahnya.

            “Aduh!” Alex Kim terjerit kecil laluberundur beberapa langkah ke belakang. Dagunya yang terasa sakit diusap dengankasar.

            “Sorry, abang Alex!” ucap Myriadengan muka yang cemas. Ketika Myria ingin mendekati lelaki itu, Alex Kimpantas mendepakan tangan kanannya ke hadapan. Air mukanya tidak sekeruh tadi.Tapi nampak macam tengah… Pelik?

            “Sekejap, macam mana kau tahu namaaku, ha! Siapa yang beritahu dekat kau?” Raut wajahnya bertukar tegang. Dirinyapantang betul bila orang asing seperti Myria memanggil namanya sesuka hati.Walaupun Alex Kim sendiri tidak suka dengan nama panggilannya itu.

            “Dulu… Abang pernah beritahu dekatsayalah…” Muka Myria mula bertukar merah. Cepat-cepat dia berlari melepasilelaki itu.

            Alex Kim membiarkan sahaja gadis itupergi tanpa ada niat untuk mengejar. Dia sempat menilik kulit muka hadapan bukusebelum membuka halaman pertama. Patutlah dirinya berasa seperti pernah membacabuku itu. Ada namanya yang tertera pada kad pinjaman berwarna kuning yangdiselitkan di situ. Di bawah namanya pula tertera nama ‘Mia Bella.’

            “Mia Bella?” Dahi Alex Kim berkerutselapis sambil mulutnya tidak henti-henti menyebut nama itu. Kakinya mulabergerak ke kawasan buku yang tergantung tanda buku kategori fiksyen. Buku yangpernah dia baca diambil sehingga tangannya penuh. Setelah berpuas hati, AlexKim membawa buku tersebut di atas meja yang digunakan Myria tadi lalu duduk disitu.

            Nama yang tertera pada kad pinjamantersebut dibaca sebelum dimasukkan pada sampul kecil di situ. Kesemuanya telahdilihat. Dan ternyata hasilnya seperti yang dia jangkakan. Nama Mia Bella adapada setiap buku yang dia pernah baca dan pinjam. Ternyata pelajar perempuanitu rupanya benar-benar seorang stalker!

            Alex Kim tergelak sinis.

            “Apa yang kamu tergelak-gelaksendiri tu, Alex,” tegur Cikgu Gayatri yang tiba-tiba muncul di belakangnya.

            “Mana ada saya gelak, cikgu.” AlexKim cuba menafikan walaupun mulutnya masih mengeluarkan bunyi ketawa.

            “Habis tu, suara siapa yang cikgutengah dengar sekarang ni kalau bukan suara kamu?” Cikgu Gayatri menggelengperlahan. Dah jelaslah hanya mereka berdua yang berada di dalam perpustakaanini. Pelik juga rasanya. Selalunya ada mereka bertiga iaitu dia, Alex Kim danMyria. Empat orang jadinya kalau termasuk pengawas perpustakaan yang agak pendiamitu.

            Tetapi hari ini dia tidak nampak pulabatang hidung Myria di mana-mana sudut perpustakaan ini. Mungkin Myria pulangawal sebab penat agaknya. Kebetulan, hari ini dia masuk lambat kerana ada buatkelas tambahan lepas waktu sekolah tadi.

            “Betul cikgu nak tahu ni?” Alex Kimmendongak ke atas sambil matanya dijegilkan ke arah wanita itu.

            “Errr… Tak payah beritahu pun takapalah, Alex. Cikgu duduk dulu, ya.” Cikgu Gayatri bergegas ke kaunter lalududuk di situ dengan muka pucat. Nak tulis dekat buku laporan pun payah sebabtangannya tengah menggigil macam orang terkena parkinson.

            “Cikgu.” Panggilan Alex Kim sedikitmengejutkan wanita itu.

            “Ya… Ya… Ada apa-apa yang kamu nakdari cikgu ke, Alex?”

            “Pelajar perempuan yang selaludatang ke sini tu nama dia Bella ke? Dia dari kelas mana?”

            “Bella?” Berkerut-kerut dahi CikguGayatri cuba mengingati wajah pelajar yang bernama Bella.

            “Setahu cikgu, Bella dari kelas 6-Catas. Dia tua setahun daripada kamu. Tahun ni Bella bakal menghadapipeperiksaan STPM,” terang Cikgu Gayatri.

            “Okay, thanks, cikgu. I reallyappreciate your help!”

            “Errr… Sama-sama.” Entah apapertolongan yang Alex Kim maksudkan sampaikan pelajar lelaki itu beria-riaucapkan terima kasih padanya.

 

Myria berlarisambil tercungap-cungap macam orang tak cukup nafas. Dia terus tersandar dipintu kelas dalam keadaan mata yang terpejam rapat.

YaAllah, penatnya dia. Mana tidaknya. Tadi, Myria berlari macam orang kena kejardengan hantu!

            “Apa kau buat dekat sini?” Kerassatu suara menegurnya.

            Myria buka mata sekilas sebelummemejamkan matanya semula.

Emmm…Mamat mata coklat rupanya yang tegur dia tadi. Ingatkan siapalah yang menyibuksangat nak bertanya bagai…

            “Hei, kenapa muka kau nampakberpeluh-peluh ni?” soal Nas lagi dengan muka tidak puas hati. Sikap tidak acuhMyria itu sudah cukup membuatkan hatinya jadi panas. Tapi mulut Nas tetap mahubertanya itu dan ini lagi. Itu yang buat Myria tidak faham. Mereka dah berkawanlama pun sampai sekarang dia masih tidak mampu menebak apa yang difikirkanlelaki itu sepenuhnya.

            “Abang pula kenapa tak balik kerumah lagi? Kan waktu sekolah dah lama tamat. Selalunya abang balik ke rumahterus…” Myria tiba-tiba terdiam. Matanya galak memandang ke arah satu sudutsebelum dia tiba-tiba berpaling ke sebelah kanan.

            “Hei, kenapa ni? Kau betul-betulnampak hantu ke?”

            Myria terkejut. Nas tengah cuba buatlawak ke? Jarang sekali lelaki itu nak ber ‘gurau-sendu’ dengan dia dekatsekolah. Selalunya pengawas muda itu akan buat muka ketat dan melayan dia samaseperti pelajar lain. Dingin dan beku. Konon-kononnya mereka tidak pernahkenal. Takut kena gossip kut. Takkanlah setakat berbual kosong sampai bolehkena gossip, itulah ayat yang selalu Myria lontarkan setiap kali dirinya terserempakdengan lelaki itu. Tidak logik langsung!

            “Siapa hantu?” celah Alex Kim yangsudah pun tercegat di sebelah Nas. Dari jauh dia sudah mendengar suara Nas sedangberbual dengan seseorang. Boleh tahan kuat suara Nas bila tengah bercakap.Seolah-olah tengah bercakap guna speaker.

            Nas memandang lelaki itu dengan mukayang berkerut. Kemudian, bersilih ganti memandang Myria sebelum memandang kearah Alex Kim semula.

            Gadis itu mula meramasjari-jemarinya bagi menghilangkah perasaan gugup. Kepalanya sudah ditundukkanke bawa.

            “Siapa dia?” Kini, mata tajam AlexKim merenung ke arah Myria.

            “Saya…”

            “Dia…”

            “Bella?” teka Alex Kim sedikitkeras.

            “Ha?” Myria terpinga-pinga sambilberbalas pandangan dengan Nas.

            “Bella?” Kali ini, Nas pula yangterkejut. Siapa Bella? Setahu dia, gadis bertubuh genit di depannya ini namanyaMyria!

Kedua-duakening Nas mula bergerak-gerak meminta jawapan dari gadis itu.

Myriasekadar mengangkat kedua bahunya ke atas tanda dia tidak tahu. Atau pura-puratidak tahu…

            “Awak ada sebut nama saya ke tadi?”Seorang pelajar perempuan tiba-tiba muncul lalu mencelah perbualan mereka. Diasudah pun tercegat di hadapan pintu kelas… 6-C atas!

            “Aku tak tanya kau… Tapi dia!” Jaritelunjuk Alex Kim laju menunjuk ke arah Myria.

            “Tapi nama saya Bella. BellaAstillah.”

            Bella menoleh ke sisi, memandangtepat ke arah Myria.

            “Dia pula… Saya rasa nama dia bukanBella. Tapi…” Matanya menjeling pada tanda nama yang melekat pada tudung Myria.

            Bagaikan mengerti maksud di sebalikpandangan seniornya itu, Myria cepat-cepat menutup tanda namanya dengankedua-dua tangan.

            Lambat-lambat Bella tersenyum.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi, sayaminta diri dulu.”

            Untuk seketika, pandangan Nas seakanterpaku di wajah Bella. Matanya masih tidak lekang dari memandang gadis manisitu. Ketika Bella lalu di hadapannya, mata mereka bertembung sesaat duasehingga figura gadis itu hilang dari pandangan mata.

            “Kau pula dah kenapa pandang diamacam tu?” soal Alex Kim dengan muka yang bengang.

            Laju Nas menggeleng.

            “Oh, ya. Semalam aku dah janjidengan jiran depan rumah aku nak kenalkan kau dengan dia… Eh, mana pula diapergi ni? Tadi dia ada dekat sebelah aku.” Nas mula tercari-cari kelibat Myria.

            “Nas, mana satu perempuan yang namaBella tu? Yang tinggi? Ataupun yang rendah?”

            “Kau rasa?” Sengajadia menjungkitkan kedua-dua kening berulang kali.

            “Aku rasa yang tinggi lampai tukut.” Alex Kim tersenyum penuh makna. Inikah yang dinamakan jatuh cinta pandangpertama… Jika tidak, kenapa hatinya tiba-tiba jadi tidak keruan tatkalaperempuan itu menoleh ke arahnya…

            “Oh, yeker…,” balas Nas dengan nadakecewa. Dia juga sama seperti Alex Kim. Hatinya sudah tangkap cintan denganperempuan dari kelas 6 c atas itu. Baru dia nak try, tapi dah kena kebas dengankawan baik sendiri! Sadis betul…

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat