Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
579,185
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Seminggu berlalu, akhirnya peperiksaan berakhir dengan kelegaan. Nur Alia keluar dari dewan diuliti senyum kebebasan. Syikin sudah pulang dijemput abangnya. Katanya dia akan terus pulang ke kampung. Lagipun kontrak kerjanya juga kebetulan tamat. Sebelum gadis itu pulang, Syikin sempat berpesan untuk menyampaikan salamnya kepada Fahmi. Katanya semenjak hari itu, dia selalu menantikan Fahmi muncul. Nur Alia hanya menganggukkan saja. Tidak mahu berkata apa-apa.

Nur Alia berjalan seiringan bersama Ikbal menuju ke tempat parkir kereta. Ikbal merasakan inilah peluang terbaik dia untuk menyatakan hasrat hatinya. Kebetulan dia lihat Nur Alia tidak memandu kereta hari ini. Pasti gadis itu menaiki teksi atau bas. Ikbal memandang sekilas wajah Nur Alia yang masih membisu.

“Ikbal hantar pulang, dah lama Ikbal cari Lia. Selalunya setiap kali Ikbal keluar, Lia dah tak ada. Semenjak dua menjak ni, cepat Lia pulang. Syikin pun perasan” Ikbal melangkah perlahan di sisi Nur Alia. Melihat Nur Alia masih tidak berkata apa-apa Ikbal menyambung kata-katanya. “Lia…..kenapa Ikbal rasa Lia jauhkan diri dari Ikbal? Ikbal ada salah dengan Lia ke? Sudah lama Ikbal tak dengar Lia ketawa. Bercerita seperti selalu. Setiap kali kelas malam pun, Lia dah tak nak Ikbal jemput macam dulu. Please Lia. Ikbal sunyi Lia macam ni. Syikin pun sedar perubahan Lia. Semenjak akhir-akhir ini Lia pun senyap aje. Sepatah ditanya, sepatah juga Lia jawab”

Nur Alia mengeluh kecil. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada Ikbal. “Lia tak ada apa. Cuma sebab exam ni kot. Lagipun ini kan last semester. Kalau boleh Lia tumpukan perhatian”

Ikbal diam. Bukan itu jawapan yang dia cari. Mahu saja Ikbal bertanya mengenai kereta Honda Accord berwarna putih yang sudah beberapa kali menjemput Nur Alia. Tapi niatnya terhalang. Tidak mahu soalan itu akan mengeruhkan lagi hubungan mereka. Ketika sampai di tempat parkir kereta, Ikbal masuk ke dalam keretanya. Sekali lagi dia memandang Nur Alia yang masih terpaku berdiri di bawah pokok rendang.

“Jomlah Ikbal hantar.”

Nur Alia menggelengkan kepala. “No, thanks

Ikbal menutup pintu keretanya. Tidak lama kemudian sebuah kereta Audi Q7 yang Ikbal maksudkan berhenti dihadapan mereka. Sekilas dia melihat pemandu kereta tersebut….Fahmi! Apa hubungan Nur Alia dengan Fahmi? Siapa Fahmi? Kekasih Nur Alia ke? Nur Alia masuk kedalam perut kereta tersebut.

“Kenapa dengan Ikbal tu?” Fahmi memandang lelaki Ikbal melalui cermin pandang belakang.

Nur Alia mengalihkan pandangannya. Ikbal keluar dari perut kereta sambil merenung tajam ke arahnya.

“Dia nak hantar Lia tadi”

Fahmi memandang sekilas wajah Nur Alia, lalu dia terus memandu. Pelbagai gambaran terbayang diruang mata. Membayangkan Nur Alia dan Ikbal berjalan berdua sambil bergurau ketawa. Fahmi memang mencemburui Ikbal. Dia tahu Ikbal dan isterinya berkawan dari dulu lagi.

“Dah tu, kenapa tak ikut”

“Fahmi……….!” Nur Alia memandang Fahmi yang sedang memandu. “Nak sangat ke Lia ikut Ikbal?”

Fahmi ketawa kecil, lalu tangannya menggenggam jemari Nur Alia. Diangkat perlahan lalu dikucupnya jemari halus Nur Alia. Nur Alia menarik kasar jemarinya dari genggaman Fahmi.

“Fahmi hanya menduga….”

“Dahlah, Lia tak nak cakap lagi! Lia dan Ikbal dah berkawan lama. Jangalah nak bangkitkan isu ni”

Fahmi diam lalu mencapai semula tangan Nur Alia.

“Lia tak sukalah!” Suara Nur Alia keras.

“Kalau Fahmi pegang tak suka. Habis tu kalau Ikbal pegang boleh pula!”

Merah muka Nur Alia menahan marah. Sudahlah semalam dia geram dengan ayahnya yang mendesak dia untuk menyuruh Fahmi menghantar rombongan ke rumah mereka bagi membincangkan masjli mereka berdua. Kali ini Fahmi pula bercakap begitu.

“Apa kena dengan Fahmi ni. Marah tak tentu pasal”

“Lia tu isteri Fahmi. Sepatutnya Lia jauhkan diri dari dia. Lia tahukan Fahmi tak suka dia asyik berkepit dengan Lia kehulu ke hilir. Orang lain pun belajar juga!”

Nur Alia diam. Malas dia mahu menyambung kata-kata Fahmi. Dia bukannya jalan berdua dengan Ikbal. Syikin pun turut sama. Apa salahnya mereka bertiga kawan baik. Nur Alia membiarkan Fahmi memandu laju keretanya. Sampai saja dihalaman rumah, Nur Alia terus masuk ke dalam rumah. Malas dia mahu memandang wajah Fahmi. Fahmi pula yang masih marah terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Mak Jah yang kebetulan muncul diberanda hanya menggelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang terjadi!


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.