Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
579,195
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Sudah dua minggu Fahmi bekerja. Wajah Nur Alia pun sudah jarang dijumpa. Selalunya Nur Alia dan yang lain akan keluar lebih awal dari Fahmi. Malam pula, lewat malam baru Fahmi pulang. Jarang benar dia dapat bersemuka dengan empat anak dara yang menyewa di rumah tersebut. Dia selesa begitu. Sebolehnya dia tidak mahu bertembung dengan mereka. Apatah lagi dengan Aina. Gadis itu adakalanya melemaskan.

Masuk saja dalam rumah keadaan agak sunyi. Hanya Aina yang kebelakangan ini rajin menunggunya di ruang tamu. Mungkin hanya kebetulan gadis itu ingin menonton tv. Pernah juga Aina minta Fahmi menemankannya menonton tv. Tapi Fahmi menolak dengan baik. Lagipun kalau dah penat, tv pun tak larat nak tengok. Fahmi terus masuk ke bilik, Aina pun juga meluru masuk dengan wajah masam mencuka.

Hujung minggu itu Fahmi bercadang untuk berehat saja di rumah. Kebetulan pula Shahrul pergi kursus seminggu. Fahmi sengaja keluar lambat dari biliknya. Malas mahu melayan karenah Aina. Selesai mandi dia mengenakan jeans dan t-shirt. Selepas melihat penampilannya di dalam cermin, dia keluar. Kemunculannya di sambut dengan senyuman dari Aina. Baru saja dia ingin mengelak dari bertembung dengan gadis itu, tapi gadis itu saja yang selalu muncul dihadapannya.

“Hai Fahmi!”

Fahmi meneguk liur. Aina muncul dihadapannya. Fahmi tercari-cari kelibat yang lain di rumah itu, tapi hampa, sunyi! Mampus aku! Nama Fahmi sudah sebati di mulut Aina. Fahmi juga yang melarang mereka semua berencik dengannya. Macam kat pejabat pula. Lagipun mereka semua sebaya dengannya.

“Mereka dah pergi pasar dengan Mak Jah pagi tadi. Ain malas nak ikut, lagipun kasihan Fahmi tinggal sorang-sorang”

Fahmi memandang Aina. Semua serba tak kena. Dia biarkan saja Aina menuangkan teh panas di dalam cawannya. Gadis itu duduk tepat dihadapannya dengan gaya lentoknya dan senyumannya yang merah menyala. Gila!

“Minumlah, Ain temankan. Pagi tadi Mak Jah beli kuih ni, sedap tau”

Ain menghulurkan sepotong kuih ke mulut Fahmi. Fahmi berulang kali menggelengkan kepala. Takkan sampai nak suap pula minah ni! Rungutnya sendiri.

“Makanlah, sedap!”

Fahmi mengalah, kuih ditangan Ain di ambilnya dengan tangan. Taklah sedap sangat, lagipun dia memang tak minat kuih talam. Jenuh juga menghabiskan kuih yang cuma sepotong itu.

“Ain kenapa tak pergi ke pasar sekali?”

“Malaslah, kalau pergi shoping nak juga. Lecehlah nak pergi pasar ni, dahlah bau busuk. Keluarga Ain pun tak pergi pasar, kami suka pergi beli kat pasaraya, sejuk sikit. tak lah busuk”

Fahmi menghabiskan air di cawannya lalu bangkit dari duduknya ingin meletakkan cawan ke dalam sinki.

“Eh, tak payah! Nanti Ain basuh” Pantas Aina mengambil cawan di tangan Fahmi.

Fahmi keluar menuju ke ruang tamu. Masih terdengar suara Ain membasuk sebiji cawan, dari tadi tak sudah. Cawan sebiji aje! Eii perempuan ni, macam mana agaknya kalau dijadikan isteri. Teringat tentang Sofia, semalam gadis itu ada menghantar SMS. Katanya rindu. Tapi dia tidak pula menyatakan bila akan pulang dari Singapura. Nampak gayanya Sofia sukakan kehidupan di sana. Pastinya gadis itu sedang seronok membeli belah. Memang sesuai dengan citarasa Sofia. Wajah Aina muncul dimuka pintu meleyapkan khayalannya terhadap Sofia. Kacau betullah minah ni! kenapalah lama sangat diaorang ni, karang aku kena tangkap basah kat sini! hampir setengah jam berlalu, cerita Aina hanya didengarnya bagaikan angin lalu.

Menunggu mereka tidak sampai lagi, Fahmi bercadang untuk keluar sebentar lagi, rimas pula duduk berdua dengan Aina. Tapi baru saja dia mahu menuju ke bilik terdengar suara riuh diluar. Fahmi terus keluar. Gelak Nur Alia yang bersisa terus terhenti apabila memandangnya di muka pintu. Lesung pipitnya jelas ketara apabila dia ketawa. Aduh! Sekali memandang wajahnya, rasa teringin pandang sekali lagi.

“Fahmi! Apasal berdiri aje kat muka pintu ni. Tak nak bagi kami masuk ke?” Mak Jah menepuk lengan Fahmi. Tersenyum dia melihat wajah Fahmi yang berubah malu.

“Lamanya Mak Jah Pergi pasar. Banyak ke yang Mak Jah beli? Mak Jah nak masak apa tengah hari ni?”

“Ish budak ni, bertalu-talu soalan keluar. Bagi kami masuk dulu”

Fahmi beralih, mereka bertiga bergilir-galir lalu dihadapan Fahmi. Apabila tiba giliran Nur Alia, Fahmi sengaja beralih sedikit rapat ke pintu menyebabkan Nur Alia sukar malaluinya. Nur Alia memandang Fahmi. Geram agaknya, sengaja mahu menyakat Nur Alia. Nur Alia terus berlalu, cuak melihat perangai Fahmi. Aina yang melihat dari jauh masam mencuka, aku yang di sini tak di pandang! Nur Alia yang tidak pedulikan dia itu juga yang dicari.

“Mak Jah masak apa?”

Mak Jah memandang Fahmi yang sudah duduk dimeja makan. Meleret senyum Mak Jah melihat mata Fahmi yang asyik merenung Nur Alia membasuh sayur di sinki.

“Kamu nak keluar ke?”

Fahmi tersenyum, malunya! Takkan Mak Jah tak perasan kot!

“Rasa boring pula, member tak ada. Dah pergi kursus. Kalau Mak Jah masak sedap saya tak keluar. Mak Jah, petang ni buat goreng pisang. Macam dulu-dulu tu”

“Mak Jah masak gulai ikan masin dengan sambal kerang” Mak Jah menyambung lagi kerjanya. “Pisang Mak Jah dah beli,macam tahu aja kamu ada dirumah hari ini”

Mak Jah memang prihatin. Itulah sebabnya umi dan ayah sayang dengan dia. Umi yang menyuruh Mak Jah jaga rumah ini, kerana tidak mahu Mak Jah sunyi, Umi suruh sewakan bilik-bilik yang kosong dari terbiar dengan syarat segala perabot tidak boleh dirosakkan. Nasib baik dapat anak dara yang pandai jaga rumah. Tapi bukan Aina, gadis itu tahu menyuruh aje. Entah mana dia, dalam bilik kot. Orang sibuk kat dapur dia duduk dalam bilik.

Fahmi hanya memerhati saja. Tidak lama kemudian dia menapak kembali ke kamar. Tak tahu apa yang nak dibuat. Mahu keluar, dia sendiri tidak tahu kemana arah tujunya. Duduk di rumah pun ok juga. Boleh makan masakan Mak Jah. Fahmi baring diatas tilam sambil matanya tertutup rapat. Tiba-tiba wajah Nur Alia menerpa. Senyuman gadis itu menenangkan. Masih teringat rambutnya yang lebat hitam berkilat. Hmmm...... kemana pula bayang Sofia ketika ini? Fahmi tersenyum kecil.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.