Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,676
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

BAB 16

        “Morning my princess.” Ucap Adam mengukir senyuman buat Zahra.

Senyuman itu sudah cukup membuat jantung Zahra bergetar. Kenapa semakin hari bayangan Adam makin menghantui hidup Zahra. Apakah ini yang dimanakan cinta setelah berkahwin? Patutlah orang dahulu masih boleh mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kini, semuanya kerana mereka mula mengenali pasangan mereka setelah mendirikan rumah tangga. Mereka cuba untuk menerima kelemahan dan kelebihan pasangan masing-masing. Indahnya percintaan orang dahulu.

“Sayang. Termenung apa lagi tu? Mari duduk sini. Kita sarapan sama-sama.” Tegur Adam setelah Zahra hanya diam terpacak bagai tiang berdekatan meja makan.

“Abang makan dululah. Zahra nak mandi dulu.”

“Hum, patutlah abang ada bau something rupanya ada orang yang belum mandi pagi ni.” Sakat Adam bersahaja.

“Abang dah mandi ke?” Zahra cuba mengembalikan paku buah keras pada Adam.

“Of course.” Yakin Adam menuturkannya. “Abang belum mandi lagi.” Tersengih Adam memandang Zahra.

Dah agak. Detik hati Zahra. Memang dugaan dia tepat kerana Adam masih memakai pakaian semalam.

“Tapi abang dah gosok gigi. Sayang dah gosok gigi?” Soal Adam sengaja menyakat Zahra.

“Dahlah. Masa solat subuh tadi.” Cepat Zahra menjawab.

“Kalau macam tu mari duduk sini. Kita sarapan dahulu. Lepas sarapan nanti kita mandi.”

“What?” Zahra terperanjat. 

“Kenapa?” Terperanjat Adam bila Zahra tiba-tiba menjerit.

“Kita? Mandi?” Zahra meminta kepastian. Rasanya telinga dia masih belum pekak.

“Ya. Kita mandi.” Adam terpinga seketika.

“Kita?” Zahra cuba mencari kepastian lagi. Kali ini lebih tegas.

Adam dapat menangkap sesuatu. Akhirnya terburai ketawa Adam.

Zahra memandang Adam. Seronoknya Adam ketawa. Dia tahu Adam sudah dapat menangkap maksud pertanyaannya sebentar tadi.

“Sayang. Dalam rumah ini ada dua bilik mandi. So abang mandi kat luar dan sayang mandi kat dalam bilik. Settle kan? Atau sayang nak…?” Adam terus mengenakan Zahra yang sudah tidak senang berdiri di sisi meja.

“No!” Tegas Zahra.

Adam menghabiskan sisa-sisa tawanya.

“Tapi apa maksud abang kita mandi?”

“Sayang. Tadi sayang cakap sayang belum mandi dan abang pun belum mandi. That’s why abang cakap nanti kita mandi. That’s all. Abang tak cakap yang kita akan mandi dalam bilik mandi yang sama kan?” Adam meleraikan segala kekusutan yang bermain di fikiran Zahra.

Adam bangun. Menarik tangan Zahra perlahan. Kerusi ditarik lalu Adam mempersilakan Zahra duduk. Adam mengambil tempat bersebelahan Zahra. Jantung Zahra kian berkocak. Adam mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggang Zahra. Air kopi yang sudah siap dibancuh dituangkan ke dalam cawan Zahra.

“Makanlah. Lepas mandi nanti kita keluar okey.”

Zahra masih diam. Macam mana dia nak makan kalau Adam ada di sebelahnya. Jantungnya ini semakin kuat berdegup.

“Kenapa tak makan sayang? Tak sudi ke rasa masakan abang?” Lembut Adam menuturkan kata-katanya.

Zahra memejam matanya rapat. Terasa bandannya mengeluarkan peluh dingin. Kenapa aku harus berada pada situasi ini?

“Nak abang suapkan?” Adam terus memainkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang sangat romantik.

“Tak! Tak perlu. Zahra boleh makan sendiri.” Elak Zahra segera mengambil sudu lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Rasa nasi goreng itu sangat sedap. Tapi nasi itu bagai tersekat dihujung anak tekak Zahra.

Zahra perasan yang Adam masih memerhatikan dia. Adui…lemah jantung aku Adam.

“Kenapa abang tak makan?” Zahra cuba mengalihkan pandangan Adam dengan mengajak Adam berbual dengannya.

“Abang dah kenyang. Sayang makanlah, abang seronok tengok sayang makan.” Adam masih asyik memandang Zahra. 

Zahra, kalau sayang tahu betapa rindunya abang kepada sayang. Seminggu bagai sebulan rasanya berjauhan dengan sayang. Kenapa abang tidak bertemu dengan sayang dari dahulu. Kenapa baru sekarang abang dapat rasakan cinta ini? Kalaulah dari dulu abang mengenali dirimu sayang pasti abang tidak akan mensia-siakan sayang seperti yang dilakukan bekas kekasih sayang.

“Um kalau abang tak makan Zahra pun tak nak makanlah.” Rajuk Zahra meletakkan sudu. Sebenarnya Zahra sudah mati kutu untuk mengalihkan mata Adam dari terus memerhatikan dia. Makin lama Adam merenung dia makin bergetar hatinya.

“Okey. Abang makan. Tapi dengan satu syarat.” Adam tiba-tiba meletakkan syarat.

“Syarat? Nak makan pun kena ada syarat ke?” 

“Ya. Hidup ini kena penuh dengan syarat barulah manusia lebih berdisiplin.” Ujar Adam.

“Okey. Apa dia?” Zahra mengalah. Tidak guna dia berdebat dengan Adam yang memang akan sentiasa bersiap sedia dengan jawapan-jawapan yang akan membuat dia mengalah jua akhirnya.

 “Abang nak sayang tolong suapkan abang.”

Bulat mata Zahra mendengar permintaan suaminya. Rasa perit anak tekaknya. Lambat dia menelan air liurnya.

Kau memang penuh dengan kejutan Adam.

Setuju ke tak setuju? Ikut ke tak ikut? Soalan-soalan yang bermain di fikiran Zahra kini. Tolong!!!

“Seorang isteri ini kalau dia nak masuk syurga senang sangat. Apabila dia menjaga solatnya, puasanya dan mentaati suaminya. Pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia inginkan. Sayang tak nak kejar syurga itu?”

Deep!

Zahra diam terus. Dia cuba membangkitkan dirinya agar sedar yang dia kini sudah bergelar seorang isteri. Apa-apapun syurga dia sekarang berada di bawah tapak kaki suaminya Adam. Sudah menjadi kewajipan dia untuk mentaati Adam.

“Maafkan Zahra.”

Zahra cuba bangun. Kata-kata Adam sangat menyentuh hatinya. Zahra sedar yang dia banyak mengabaikan tugasnya sebagai seorang isteri. Namun apa daya hatinya. Adam begitu asing untuk dirinya.

Adam memegang lengan Zahra setelah Zahra bangun untuk berlalu dari situ.

“Sayang. Duduk dulu.” Arah Adam lembut.

Zahra tidak membantah. Dia duduk semula di kerusinya.

“Maafkan abang sayang. Abang tidak bermaksud untuk mengguris hati sayang. Abang tahu apa yang sayang inginkan. Berikan sayang masa kan? Ya, abang akan berikan sayang masa kerana abang tahu bukan mudah untuk menerima seseorang yang baru di dalam hidup kita. Apatah lagi orang itu tidak pernah muncul dalam hidup kita sebelum ini. Tapi percayalah, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik rancangan sayang. Ada sebab kenapa Dia hadirkan abang di dalam hidup sayang.”

“Zahra faham abang. Cuma Zahra memang perlukan masa untuk semua ini.” Pinta Zahra merayu agar Adam memahami situasinya.

“Abang faham. Macam abang cakap sebelum ini, abang tidak akan memaksa sayang. Cuma satu permintaan abang.  Berikan abang peluang untuk mendamparkan kasih abang di sudut hati sayang walaupun secebis cuma.”

“Insha Allah abang.”

“Dah. Jangan sedih-sedih lagi. Mari kita makan. Kasihan kat nasi ini kalau tak makan dia.” Pujuk Adam mengambil sudu daripada pinggang Zahra.

“Kita makan sama-sama. Abang suapkan sayang.”

“Tak pelah abang. Zahra boleh makan sendiri.” Tolak Zahra lembut. Dia segan dengan layanan Adam. 

“Orang tua-tua cakap kalau suami selalu suapkan isteri dia, rezeki suami itu akan murah. Orang tua pesan lagi depan rezeki tak boleh sedih-sedih nanti rezeki takut nak masuk.” Nasihat Adam panjang sambil menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut Zahra. Bibirnya tidak pernah lekang daripada memberikan senyuman buat Zahra.

Perlahan-lahan Zahra mengunyah nasi itu sambil memandang Adam.

Berikan aku masa untuk menerima kau Adam. Pinta Zahra di dalam hatinya. 

********

          “Sayang.”

Adam mengetuk pintu bilik Zahra perlahan.

Kelam kabut Zahra dibuatnya. Dia masih belum bersiap. Daripada tadi asyik memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Salah dia juga, tadi doa tidak bertanya pada Adam mahu pergi ke mana. Sekarang dia sendiri pening nak memilih baju untuk dipakai.

“Sayang.” Adam masih memanggil setelah Zahra masih belum menyahut apatah lagi membuka pintu biliknya.

“Ya abang. Zahra tak siap lagi ni. Abang tunggu kejap boleh?” Pinta Zahra dari dalam biliknya.

“Okey. Tapi abang nak bagi something kat sayang ni. Boleh buka pintu ini kejap?” Pinta Adam dari luar. 

“Aaa kejap.” Zahra mencari-cari baju T-shirt dan seluar tracknya di sekeliling bilik. Tak mungkin dia membuka pintu hanya dengan berkembang seperti ini.

Cepat Zahra menyarung baju dan seluarnya. Tualanya pun dicampakkan ke atas katil. Terpandang baju yang bersepah di atas katilnya. Ahh!!biarlah. dah tak sempat nak kemas. Detik otaknya.

Zahra membuka pintu biliknya. Adam tersenyum memandang Zahra.

“Nah. Sayang pakai baju ini ya.” Adam memberikan sehelai baju T-shirt muslimah kepada Zahra. Warna ungu. Sepadan dengan warna baju T-shirt yang Adam pakai.

Zahra menyambutnya. 

“Ini?”

Adam mengangguk.

“Kita nak pergi mana pakai baju ni?” Soal Zahra ingin tahu.

“Kita nak pergi jogging.”

“Jogging?” Zahra terpinga. 

“Ya. Jogging. Sayang cepat siap tau. Abang tunggu kat depan. Baju-baju atas katil tu balik nanti je sayang kemas okey.” Adam berlalu dengan sebuah senyuman sebelum meninggalkan Zahra.

Zahra tersengih sambil memandang ke dalam biliknya. Katil yang penuh dengan baju dan seluar.

Fuhhh!! Buat malu je Zahra.

Zahra menutup pintu biliknya perlahan. Baju yang diberikan Adam tadi dibuka lipatannya. Gambar yang sama dengan t-shirt Adam. Ada gambar love dan nama dia bersama Adam. Bila agaknya Adam buat semua ini? Zahra tersenyum sendiri. Cantik baju ini. Pandai Adam design. Dalam dia Zahra memuji Adam.

Zahra menyarung baju T-shirt itu bersama seluar track yang dipakai sebentar tadi. Shawl berwarna putih menjadi pilihan dia. Sama warna dengan tulisan yang tertulis pada baju. Dah nama perempuan, shawl mesti sama dengan warna yang ada pada baju yang mereka pakai. Kalau tidak mulalah rasa janggal.

Secalit gincu di dicalitkan di bibir. Sebagai pemanis agar tidak tampak terlalu pucat. Zahra keluar dari biliknya.

“Abang. Jom.” Ajak Zahra menghampiri Adam yang sedang asyik dengan telefon bimbitnya.

Adam mendongak. Terpesona seketika melihat keayuan wajah Zahra.

“Abang nak ambil gambar sayang boleh?” Adam meminta izin Zahra.

“Tak naklah abang. Zahra seganlah.” Tolak Zahra lembut.

“Apa nak segannya. Sayangkan isteri abang. Abang nak abadikan gambar sayang dalam telefon abang.”

“Seganlah abang. Zahra bukan cantik sangat pun.” Zahra merendah diri.

“Walaupun sayang tidak cantik di mata orang lain tapi sayang tetap cantik di mata abang.” Puji Adam ikhlas.

Hampir tergoda Zahra dengan kelembutan suara Adam.

“Um..dah lewat ni. Jom.” Zahra mula melangkah. Kian lama duduk di sini kian terusik hatinya dengan renungan manja dan kata-kata romantik daripada Adam.

Adam pasrah dan mengikut sahaja langkah Zahra.





Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.