Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 28

AKU menanggalkan cincin di jariku lalu membeleknya. Menghargai kecantikan cincin tersebut walaupun cincin itu hanyalah cincin tiruan. Cincin tiruan itu tetap terserlah kecantikkannya walaupun cincin itu sudah aku pakai lebih 6 bulan. Sejak pertama kali memakainya, aku tidak pernah menanggalkan cincin itu dan ia terus kekal di jariku sehingga kini sedangkan cincin asli hanya boleh bertahan di jariku kurang sebulan. Apa petandanya? Sehingga kini, aku masih tidak berjumpa cincin yang aku cari. Aku tidak faham kerana aku seorang yang hati-hati. Jarang sekali aku kehilangan barang terutama sekali jika barang itu berharga seperti cincin keturunan Shafiq yang tidak ada gantinya sekiranya ia hilang.


Di mana silapnya? Aku mengeluh kecil. Tidak tahu kemana perginya cincin itu. 


“Hai tahulah cincin tunang awak tu cantik. Tak perlulah taksub sangat dengan cincin tu, kalau di gosok-gosok karang Jeannie pulak keluar,” ujar Nora bila dilihatnya Farah kelihatan leka membelek cincin pertunangannya.


Aku tersenyum kelat bila Nora berkata demikian. Nora tidak tahu cincin yang aku pakai adalah cincin replica. Tiada siapa yang tahu mengenai cincin itu selain aku dan Mikhail. Mikhail lelaki asing dan tidak aku kenali itu merupakan partner-in-crime aku. 


“Cuba kau pakai cincin ni?,” ujarku lalu menyerahkan cincin tersebut kepada Nora.


“Kau suruh aku pakai, serious? Ok,” jawab Nora lalu menyarung cincin zamrud milik Farah ke jari manisnya. 


Nora turut terpesona dengan keindahan cincin permata zamrud pertunangan Farah. Cincin “Heirloom” milik keluarga Shafiq.


Aku hanya tersenyum bila Nora turut terpesona dengan keindahan cincin replica itu.


“Wah Farah cantiknya!! Rasa macam Kate Middleton pulak! Royal-royal gitu! Eh Shafiq ada keturunan di raja ke?,” tanya Nora giliran dia pula membelek-belek cincin tersebut.


“Royal?? Tak adalah. Kau rasa jika aku jual berapa boleh dapat untuk cincin itu?,” ujarku ingin melihat reaksi Nora bila aku berkata demikian.


“Kau gila hendak jual cincin tunang kau! Farah kau sihat ke tidak?,” jawab Nora jarinya masih tersarung cincin zamrud tersebut. 


“Hypothetically speaking, jika aku jual dengan kau, rasa-rasanya berapa kau nak beri harga untuk cincin itu?,” soalku ingin tahu.


Nora mengerutkan dahinya memikirkan harga yang akan di berikan untuk membeli cincin Farah. 


“Dalam 12 ribu,” jawab Nora membelek cincin itu lagi.


“Serious kau akan beri aku harga 12 ribu untuk cincin zamrud tu?,” ujarku ghairah. 


Bukan kerana aku hendak menjual cincin replica itu kepada Nora tapi kerana batu cultured stone itu kelihatan cantik seperti batu permata asli sehingga Nora tidak dapat membezakan bahawa batu itu adalah batu buatan manusia. Dari mata kasar, bukan sahaja Nora, orang lain turut akan memberi pendapat yang sama. Mereka akan menyangka batu itu bernilai dan berharga.


“Kalau aku ada duit lah…hmm why not? Cincin cantik macam tu siapa yang tak nak..,” jawab Nora lalu menyerahkan kembali cincin zamrud itu kepada Farah. 


“True siapa yang tidak hendak kalau di beri cincin sebegitu indah, but sadly cincin indah ini harganya tidak lebih dari 800 ratus ringgit,” ujarku lalu menyarungkan cincin itu kembali ke jari manis kananku.


“What? You can’t be serious!!! Mana kau tahu harga cincin ni? Mustahil harganya semurah itu!,” ujar Nora dengan wajah tidak percaya. Jarinya ligat menekan keyboard menaip minutes meeting Mr. Adrian.


“Sebab itulah harga yang aku bayar untuk membuat cincin replica seperti cincin asli ni,” jawabku ringkas tanpa menoleh kearah Nora.


“Replica!! Serious tak nampak macam cincin tiruan. You are so clever simpan the real ring at home dan pakai replica untuk basahan. Really smart!,” puji Nora kerana Farah seorang wanita yang bijak.. Jika dia tidak pernah terfikir untuk membuat replica seperti Farah. Dia pasti akan memakai cincin itu kemana sahaja dia pergi. Jika hilang habislah.


“I should have done that earlier sebelum cincin itu hilang,” jawabku mengeluh hampa. Tidak terfikir untuk membuat replica. 


Nora berhenti menaip bila Farah mengatakan cincin asli hilang. 


“Wait!!!..Cincin Shafiq HILANG?? OMG!!!,” ujar Nora tidak percaya dengan apa yang dia dengar.


“Yes hilang….Give and take dalam enam bulan cincin itu dah hilang,” jawabku acuh tak acuh. 


“Eh kau rilek aje..Shafiq tahu?,” soal Nora.


Aku mengelengkan kepala perlahan bila Nora bertanya samada Shafiq tahu tentang cincin yang hilang itu. Aku mengeluh kecil merasa bersalah bila aku tidak memberitahu Shafiq akan kehilangan cincin itu. Aku tidak menyangka cincin itu akan terus hilang lenyap begitu sahaja. Aku menyangka cincin itu akan dapat kutemui. Aku silap kerana sehingga kini cincin itu tidak kutemui seperti aku tiada jodoh dengan cincin itu.


“In that case, just leave it, you don’t have to let him know!,” ujar Nora.


“I can’t live with that, I feel so guilty for being so careless and lose that ring, I can’t bear of thinking our relationship based on lie,” ujarku sayu kerana aku tidak dapat berdepan dengan Shafiq selagi Shafiq tidak tahu akan kehilangan cincin itu. Aku hendak memberitahunya tetapi aku takut.


“Kalau aku di tempat kau. Aku tidak akan memberitahu Shafiq akan kehilangan cincin itu. Aku tidak mahu ia akan menjadi bahan ungkitan di kemudian hari. Tapi kau wanita jujur, jika Shafiq benar-benar sayangkan kau, dia tidak akan soalkan tentang cincin yang hilang itu, anggap sahaja sudah tidak ada rezeki,” ujar Nora. 


Dia tahu Farah seorang wanita yang jujur dan tidak akan merasa senang selagi Shafiq tidak tahu mengenai cincin moyang yang telah hilang itu. Tapi dia juga khuatir jika Shafiq tidak akan dapat menerimanya. Entahlah semuanya terpulang pada Farah samada hendak memberitahu atau tidak. Dia cuma berharap agar Farah tidak melakukan kesilapan kedua dengan memberitahu Shafiq akan cincin itu.



Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.