Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 18


PAKCIK Ibrahim meletak knightnya di sebelah bishopku. Aku mula merasa tidak senang duduk bila pakcik Ibrahim sudah mula mengerakkan kudanya. Nampaknya kalah lagi lah aku macam ni? Sudah masuk tiga kali aku tewas dalam permainan catur bersama dengan Pakcik Ibrahim. Champion sungguh Pakcik Ibrahim ni. Aku mengerutkan bibir memikirkan cara mencari jalan bagaimana aku hendak menyelamatkan king aku yang mula tersepit. Silap langkah habis kena check mate. Pakcik Ibrahim tersenyum puas kerana harapan cerah untuk dia menang lagi kali ini. Aku melirik kearah Pak Anwar di sebelah kiriku. 


“Macamana Pak Anwar, ada harapan tak??,” tanyaku kerana Pak Anwarlah guru yang mengajar aku bagaimana hendak bermain catur.


“Hmm…agak payah sikit,” jawabnya lalu mengelengkan kepalanya.


Payah! Ah sudah! Semua mata tertumpu ke arah papan catur. Masing-masing cuba memikirkan langkah yang harus aku ambil untuk menyelamatkan King aku sebelum di tewaskan oleh pakcik Ibrahim.. Giliran aku untuk menjalankan buah catur. Namun aku masih belum yakin untuk berbuat demikian, khuatir tersilap langkah. Aku bukannya arif sangat bermain catur. Apa taknya asyik defence sahaja namun hendak attack tak ade. Sebab tulah aku selalu kalah kerana aku tidak berani hendak mengambil risiko. Aku sayangkan buah-buah catur aku. Lebih-lebih lagi Queen aku. Aku sepatutnya protect King aku, kerana jika King tersepit tak boleh bergerak langsung maknanya aku tewas.


Aku mengerutkan dahi cuba memikirkan buah catur mana yang hendak aku korbankan sebelum Pak Ibrahim check king aku.


“Amacam kalah lagi?,” ujar Nora lalu duduk di sofa sebelah ku. Tugasnya membantu Makcik Leha dan Makcik Minah dan beberapa warga emas membuat senaman ringan sudah berakhir. Mereka sedang berehat sekarang dan sebentar lagi dia dan Farah ditugaskan menyediakan makanan untuk mereka.


“Hmm nampaknya begitu lah, kau pandai main catur tak?” ujarku lalu menoleh kearah Nora berharap dia dapat membantu aku untuk menang kali ini. 


“Aku main chess? Mana lah aku tahu main chess ni, orang pandai berfikir aje yang reti,” jawab Nora lalu mencapai buah anggur dari meja sisi. Janganlah ditanya tentang main chess ni, Dam biasa pun belum tentu dia tahu main inikan pula chess permainan yang di monopoli oleh orang lelaki.


“Pak Brahim hendak pergi ke tandas dulu, Anwar kau jangan hendak mengelat bila aku pergi nanti, Harun kau tolong tengok-tengokkan,” pesan Pak Ibrahim sebelum pergi ke tandas.


“Kau pergi lah biar aku jagakan,” jawab Pak Harun duduk mengantikan tempat Pak Ibrahim sementara menunggu temannya pulang ke tempatnya semula.


Aku hanya mampu tersenyum kelat bila Pak brahim berkata demikian. Iskk! Tak de harapan aku hendak mengelat.


5 minit kemudian Pak Brahim kembali duduk mengadap papan catur. Aku masih belum mendapat idea hendak mengerakkan buah catur ku. Benar-benar buntu dan tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkan king aku.


“Pak Ibrahim, talian hayat please?,” ujarku meminta simpati dari Pak Ibrahim agar aku di beri talian hayat.


“Ok satu hayat sahaja,” ujar Pak Ibrahim memberi Farah peluang meminta pertolongan dari sesiapa dia berhajat.


“Uissk! Kau nak mintak tolong dengan siapa? Shafiq?” ujar Nora lalu menyenggol lengan Farah. Bukankah Shafiq tidak berada di Malaysia. Dia belayar ke Australia. Masakan Farah hendak menelefon Shafiq semata-mata hendak menang bermain catur.


“Shafiq??? No! But thanks to you aku ada idea sekarang,” ujarku lalu tersenyum merasa senang hati. Aku mengeluarkan handphone dari bag tangan. Jariku ligat menaip sesuatu.


Hi.  free to chat?


Aku meletak handphone disebelah papan catur. Berharap benar sipolan yang aku hantar message dapat menjawab messageku. Hopefully dia tidak sibuk. Aku sabar menanti reply message darinya.


“Kau message siapa?? Shafiq?,” bisik Nora ingin tahu.


“Kawan aku,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Aku tidak pernah menceritakan kepada Nora tentang Mikhail kerana aku rasakan ianya tidak penting.


“Kawan kau siapa???,” tanya Nora lagi. 


“Eh kau ni banyak tanya pulak, adalah,” jawabku acuh tak acuh lalu tersenyum. 


Ting..telefon aku berdenting. Aku segera mencapai handphone.


Sure 


Aku tersenyum lebar bila menerima positive respond dari Mikhail. Hehe. Yes!  Aku sudah naik seronok punya teman watsapp. Aku sudah naik selesa meminta bantuan dari Mikhail bila aku tersepit dengan masalah. Dia sudah aku anggap sebagai teman rujukan aku. 


I need your help with chess game. I’m kind of stuck here  Hope you can help. 


Aku meletak handphone kembali di atas meja.


“Eh siapa yang kau watsapp?” ujar Nora tidak berpuas hati bila Farah tidak mahu memberitahunya siapa dia bermessage-message tadi. Dia mencapai handphone Farah. Semasa watsapp Farah appear tadi dia ternampak profile lelaki.


“Nora, beri handphone aku balik?” ujarku bila Nora menekan ikon profile watsapp Mikhail.


“Siapa Lynda?” ujar Nora ingin tahu. Di ikon profilenya terdapat gambar lelaki hitam putih tapi nama yang tertera ‘Lynda’. Ah pasti gambar model lelaki pujaannya. Siapa Lynda? Farah tidak pernah sebut nama Lynda sebelum ini.


“Lynda??? Lynda message?” ujarku terperanjat bila Nora berkata demikian. 


Aku segera mengambil handphone dari tangan Nora bila Nora menyebut nama Lynda. Aku memang nantikan Lynda menelefon aku atau message aku kerana aku benar-benar rindu padanya. Aku tergelak kecil bila menyedari aku tidak menukar nama yang terdapat di ikon profile Mikhail. Aku masih mengekalkan nama Lynda. Tak apalah aku tak perlu hendak menerangkan kepada Nora tentang Mikhail jika di tanya nanti. Biar dia fikir aku message dengan Lynda. Bukan aku tidak mahu memberitahu Nora tentang Mikhail. Aku rasa tidak perlu kot.


Chess game sure! Forward me the pic. I see what I can do.


Aku memetik gambar segera attach message aku kepada Mikhail. Kurang 5 minit aku menerima reply message dari Mikhail memberiku move cara untuk menang. Aikk! cepatnya dia jawab. Aku fikir adalah hampir setengah jam untuk move seterusnya. Dia tidak sampai 3 minit sudah dapat idea untuk move seterusnya. Bagus! Dengan confidentnya aku mengerakkan Bishop aku ke petak yang disarankan oleh Mikhail. Kini giliran Pak Ibrahim pula untuk mengerakkan buah caturnya.


Pak Ibrahim mencapai knightnya lalu di letakkan di petak berdekatan dengan bishop aku tadi. Dia kelihatan teragak-agak untuk berbuat demikian. Yes! Sepertimana yang Mikhail reply tadi. Jika Pak Ibrahim tidak begitu cekap dia akan mengerakkan Knightnya dan meletak di petak tersebut. Dan jika Pak Ibrahim berbuat demikian. Aku harus tewaskan queen Pak Ibrahim mengunakan bishopku dan seterusnya checkmate king Pak Ibrahim. Mudah sahaja bunyinya. Kenapa pula aku tidak terfikir atau tidak nampak move tersebut. Wah! Mikhail pasti terrer dalam permainan catur.


“Anda pasti Pak Ibrahim,” ujarku lalu tersenyum bila Pak Ibrahim meletak knightnya di petak tersebut.


Pak Ibrahim tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya tanda dia sudah pasti.


“Ok,” jawabku tidak sabar hendak mengerakkan buah catur aku sebelum Pak Ibrahim sedar yang Kingnya dalam bahaya dan dia mengubah keputasannya pula.


Aku mencapai bishop lalu menewaskan Queen Pak Ibrahim. Pak Ibrahim menepuk dahinya baru menyedari kesilapannya sebaik sahaja aku berbuat demikian. Dia baru perasan yang Queennya dalam bahaya dan begitu juga King nya. 


“Checkmate!!,” ujarku lalu tersenyum puas.


Semua yang menyaksikan pertaruhan kami menepuk tangan serentak bila aku berkata demikian. Kecoh bukan main. Mereka semua mengucapkan tahniah kepadaku kerana berjaya menewaskan Pak Ibrahim yang di katakan jaguh chess di rumah kebajikan tersebut. Belum pernah seorang pun yang dapat mengalahkan Pak Ibrahim kerana Pak Ibrahim bijak menjerat pihak lawannya sekaligus menewaskan pihak lawannya.


Nora di sebelahku pun turut teruja bila aku memenangi permainan catur tersebut dimana permainan itu di dominant oleh orang lelaki. Bagaimana teman Farah dapat memberi Farah tips dalam masa singkat.


“Good game,” jawab Pak Ibrahim mengaku kalah.


“Yes Pak Ibrahim good game, ok kita rehat sekejap selepas ini kita makan-makan ok,” ujarku kepada Pak Ibrahim dan pakcik-pakcik lain. 


Pakcik-pakcik tadi bersurai menuju ke katil masing-masing. Aku dan Nora menuju ke dewan makan untuk memastikan pihak catering sudah menyediakan makanan. Ada beberapa staff dari syarikat kami turut sibuk menguruskan acara selanjutnya. Aku dan Nora ditugaskan untuk bermain game dan meluangkan masa bersama warga emas. Manakala staff yang lain menguruskan perkara yang lain. Farhan teman lelaki Nora turut membantu. Dia kelihatan sibuk menyusun meja dan menguruskan hidangan warga emas.


Thanks!! I won the chess game yuhoo.   taipku lalu tersenyum berterima kasih kepada Mikhail kerana aku telah berjaya menewaskan Pak Ibrahim dalam permainan catur. Itupun di atas pertolongan Mikhail.


Really?? Good 


I hope you don’t find me nuisance. I’m kind of missing Lynda actually. She’s the only one who always entertains my nonsense.


Aku menyimpan handphone ke dalam poket seluarku semula. Tiba-tiba terasa kehilangan. Aku rindukan Lynda. Hanya Lynda yang faham dan kenali aku. Nora teman sekerja. Aku memang rapat dengannya. Tapi Lynda aku kenali sejak kami kecil lagi. Jadi semua rahsia dan perangai aku Lynda sudah kenal sangat. Kemana Lynda? Dia tidak ingatkan aku lagi ke? Sampai hati dia tidak memberi aku nombor telefon terbarunya.


Ting..sekali lagi telefonku berdenting. 


You can always message me. 


Sebak dadaku bila Mikhail berkata demikian. Terharu kerana Mikhail seakan mengerti apa yang aku rasa.


Thanks Mikhail. I really appreciate that.


Thanks. Itu sahaja yang mampu aku katakan pada Mikhail. Thanks for being a good and understanding friend to me.




Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.