Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 33

SHAFIQ mencapai jus oren di hadapannya sebaik sahaja pelayan meletak minuman tersebut di hadapanya. Sesekali dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Hatinya masih panas dengan kenyataan Mia mengenai Farah. Benarkah Farah berbohong padanya sepertimana yang Mia katakan? Farah tidak pernah berbohong padanya. Farah wanita yang baik. Sebab itu dia memilih Farah menjadi isterinya selepas putus tunang dengan Mia. Dia percaya Farah dapat membahagiakannya. Benarkah dia boleh bahagia dengan Farah sedangkan dia masih cintakan Mia? Ah Farah tidak tahu dia cintakan Mia mengapa harus dia beritahu Farah tentang Mia. 


Aku menarik nafas perlahan sebelum menuju kearah Shafiq yang sedang menantiku di restaurant tempat selalu kami berkunjung. Aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan Shafiq. Ada benarnya apa yang di katakan Nora. Aku tidak sepatutnya menuduh dan menyerkap jarang terhadap diri Shafiq. Mungkin teoriku itu tidak benar. Dan Shafiq benar-benar tidak ada hubungan apa-apa dengan Mia. 


“Hi dear,” ujarku menegur Shafiq lalu tersenyum.


“Hi,” jawab Shafiq ringkas cuba membuahkan senyum pada Farah. 


Matanya menjeling ke arah cincin zamrud yang tersemat di jari manis kanan Farah. 


“You dah order makanan, what you ordered dear?,” soalku lalu mencapai menu di hadapanku.

 

Aku tahu Shafiq pasti sudah memesan makanan terlebih dahulu. Aku menyelak helaian demi helaian menu di hadapanku.


“Opps sorry Farah tak macam tu, dia seorang wanita yang baik dan jujur sehingga dia lupa hendak memberitahu you yang cincin pertunangan turun termurun keluarga you hilang selama 6 bulan,” ujar Mia lalu tersenyum mengejek.


“Terserah kalau you tak nak percaya, oh I have an idea, why don’t you ask her yourself, I’m sure she has better explanation about the missing ring?,” ujar Mia mengejek.


Shafiq tiba-tiba mencapai tangan kanan Farah membuatkan Farah terkejut bila Shafiq berbuat demikian.


“Kenapa dear?,” ujarku bila Shafiq tiba-tiba berbuat demikian. Hatiku menjadi tidak keruan bila Shafiq memerhati cincin itu lama. 


“Ada apa-apa yang sayang hendak beritahu I,” ujar Shafiq tersenyum lalu memandang tepat ke wajah Farah. Dia masih tidak melepaskan tangan tunangnya itu. 


Aku menelan air liur bila Shafiq berkata demikian.


“Tak ada apa-apa,” jawabku acuh tak acuh cuba melarikan pandanganku dari memandang tepat ke wajah Shafiq. 


Shafiq mengeluh perlahan bila Farah berkata demikian. Dia tahu Farah berbohong kerana Farah kelihatan tidak selesa bila dia mengajukan soalan demikian. Untuk orang yang tidak selalu berbohong seperti Farah mudah untuk dia menilainya.


“Sayang you tidak pernah berbohong dengan I selama ini, kenapa sayang pandai berbohong sekarang,” ujar Shafiq lalu memandang wajah Farah. Dia mahu Farah berterus terang padanya. 


Aku meletak menu di atas meja. Aku dapat merasakan bahawa Shafiq tahu tentang kehilangan cincin zamrud. Mungkin Shafiq baru menyedari bahawa cincin itu bukan cincin yang asli. Aku tidak dapat berbohong padanya lagi. 


“I lost my engagement ring,” jawabku perlahan tapi cukup jelas pada pendengaran Shafiq. 


Walaupun aku tahu cincin itu tidak benar-benar hilang kerana Mia yang mengambilnya dari aku dan tidak ingin memulangkannya kepada ku. Dan membuatkan aku cemas dan tidak lena malam kerana asyik memikirkan cincin itu. 


Air muka Shafiq berubah bila Farah mengatakan dia kehilangan cincin tunang mereka.


“Hilang??? So selama ini memang you tipu I,” ujar Shafiq marah. 


Jadi benarkah apa yang dikatakan Mia. Farah selama ini menipunya dan tidak memberitahunya akan kehilangan cincin temurun keluarganya.


Tersentap hatiku bila Shafiq menuduhku penipu. Ya, aku tahu aku bersalah kerana cuai sehingga cincin itu hilang. Aku bersalah kerana tidak memberitahunya sebaik sahaja mengetahui cincin itu hilang. Tapi aku bukan penipu seperti yang di lemparkan oleh Shafiq.


“Dear, I tidak berniat hendak tipu you dear, I was hoping to find the ring that’s the reason why I tak beritahu you, how can you say that to me,” jawabku geram bila di tuduh sedemikian rupa. 


Sebabnya aku tidak memberitahunya kerana Shafiq tidak akan dapat menerima berita kehilangan cincin itu dengan baik. Shafiq can’t handle bad news well. 


“Why can’t you tell me, why must I hear it from someone else,” jawab Shafiq wajahnya merah menahan marah. 


Jadi benarlah apa yang di katakan Mia. Farah berbohong dengannya selama ini. 


“SOMEONE ELSE?? Someone else tu siapa dear???,” ujarku bila Shafiq mengatakan dia mendapat tahu mengenai cincin itu dari orang lain. 


Dadaku bagai hendak pecah bila Shafiq mengakui sendiri tentang kehilangan cincin itu dari seseorang. Siapa orang itu? Siapa? 


Shafiq terdiam bila menyedari bahawa dia terlepas kata pada Farah. Dan Farah mahu mengetahui dari mana dia tahu mengenai kehilangan cincin itu. Mana mungkin dia akan memberitahu Farah siapa orangnya.


“I’m sorry ok dear, I don’t mean to hurt you-,”


“Siapa orang itu dear?,”


“Just forget about it ok, dah memang tak ada rezeki kita,” ujar Shafiq cuba memujuk Farah dia tahu dia tersepit bila Farah seboleh-boleh mahu mengetahui dari mana dia tahu mengenai cincin itu.


“Dari siapa MIA??,” ujarku bila Shafiq cuba mengelak dari menjawab soalanku. 


Airmataku mengalir laju bila menyedari bahawa sangkaan aku terhadap Shafiq dan Mia adalah benar belaka. Wajah Shafiq aku pandang. Shafiq terkedu bila Farah menekanya dengan tepat. 


“Sayang I dengan Mia tiada ada apa-apa hubungan, we are just friends,” pujuk Shafiq dia menarik lengan Farah bila Farah bangun dari tempat duduk. 


“FRIENDS WITH BENEFIT begitu,” ujarku geram lalu meninggalkan Shafiq yang terdiam kaku bila aku berkata demikian. 





Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.