Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 24


LYNDA mengesat mulut Emma dengan napkin kerana mulutnya kelihatan comot disebabkan lelehan ice cream. Dia memberi Emma sudu untuk menceduk ice cream. Aku hanya tersenyum melihat Lynda melayan anak tirinya Emma. Lynda bernikah dengan mualaf yang sudah menetap di sini lama. Isteri bekas suaminya meninggalkan mereka dan pulang ke tanahairnya di London sebaik sahaja mereka berpisah dan bekas suami Lynda berjaya mendapatkan hak penjagaan anak perempuan mereka. Aku gembira bila mengetahui Lynda sudah berumahtangga dan bahagia dengan keluarga barunya. 


Aku juga bakal menempuhi alam perkahwinan tidak lama lagi aku juga akan menjadi ibu setelah bernikah dengan Shafiq. Aku tidak mahu plan selepas berkahwin. Jika Allah beri rezeki aku ingin anak cepat dan tidak mahu menunggu terlalu lama. I don’t want to take the risk. Aku cemburu melihat teman-teman aku seperti Tasha dan Nora. Kini Lynda sudah pun mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga.


“So when is the big day?,” ujar Lynda tiba-tiba lalu menyedut Java chips yang di pesan tadi.


“Early December this year,” jawabku lalu tersenyum.


“Tak lama lagi lah ni, everything dah settle?,”


Aku mengelengkan kepala perlahan bila Lynda bertanya tentang persiapan perkahwinan aku. Belum settle sebab masih ada 40% perkara lagi belum dapat di buat dan hari semakin suntuk. Hai! Tak ingin aku mengingatkan tentang perkara itu. 


“Belum??? I thought you hired Wedding Planner?,” ujar Lynda terperanjat kerana Farah masih belum bersiap sedia untuk majlis perkahwinannya. 


Knowing Farah for so long. Dia tidak suka melakukan kerja di saat terakhir semuanya di rancang dengan baik.


Aku tidak mahu mengulas panjang hanya memberikannya senyuman tidak bermaya. Aku semacam tidak berminat untuk menceritakan kepada Lynda tentang persiapan perkahwinan aku. 


“So tell me about this mysterious man, accidentally man or whatsapp man…whateverlah, is he hot?,” tanya Lynda menukar topic perbualan kami kerana dia tahu Farah tengah stress memikirkan persiapan perkahwinannya. 


Aku tergelak kecil bila Lynda berkata demikian. Tidak percaya bahawa Lynda masih dengan perangai dulunya yang pantang dengan lelaki kacak. 


“Eh aku tanya ni..seriously is he hot?,” ulang Lynda bila Farah hanya tergelak kecil bila di tanya mengenai kawan lelaki baru yang dikenali secara tidak sengaja. 


“Is that all that you can think off, is he hot? Yes, he is hot,” jawabku lalu menganggukkan kepala perlahan. Aku tidak menafikan bahawa Mikhail seorang jejaka yang kacak. Apa orang sekarang kata. Abang sado? 


Wajah Mikhail mula terbayang di ruang mataku. He’s hot and gentleman too. Bisikku dalam hati.


“Oh my goodness! You really like him!!,” ujar Lynda tiba-tiba bila temannya itu tersenyum meleret seolah-olah sedang terbayangkan wajah lelaki yang mereka maksudkan. So-call-dreamy-look.


“No way! I’m engaged ok! Kau tanya dia hot ke tidak aku beritahulah secara jujur,” jawabku lalu memberikan Lynda jelingan tajam bila Lynda mengatakan aku sukakan Mikhail. 


Aku hanya selesa berkawan dengan Mikhail itu sahaja. Full stop. Not more than that. I’m sure Mikhail sudah ada yang punya more or less. He’s the hunk probably taken. 


“Hmm…show me his pic, I don’t trust your judgment, ntah-ntah macam Rowan Artkinson,” ujar Lynda lalu tersengih. Tidak berpuas hati dengan jawapan Farah. Dia ingin tahu bagaimana rupa teman accidentally Farah.


Aku ketawa kecil bila Lynda menyamakan Mikhail dengan pelakon Mr. Bean tu. Aku membuka tas tangan lalu mengeluarkan S6 aku. Aku menekan watsapps application lalu mencari profil Mikhail yang terdapat di dalam contact list. Aku menekan gambar Mikhail lalu menyerahkan telefonku kepada Lynda.


“This is HIM!!!!…Shut up!,” ujar Lynda dengan wajah terperanjat bila mengakui bahawa teman lelaki Farah sememangnya HOT. What!! 


“I told you, Farah never lie when comes to quality looks especially man,” jawabku lalu menyedut sisa chocolate Ice Blendedku. Aku taklah excited sangat sebenarnya. Tapi bila di lihat Lynda begitu excited sebaik sahaja melihat gambar Mikhail aku turut merasa teruja. Jika aku layan muka handsome Mikhail mahu tak tidur malam di buatnya. 


Aku mencapai sudu Emma dari tangannya. Emma mencebikkan muka bila sudu kecil itu aku ambil dari tangannya. Wajahnya kelihatan cute. Bila menyedari Emma tidak suka sudunya di ambil aku menyerahkan kembali sudu itu kepadanya. Emma menyambut dengan senang hati. Aku tersenyum melihat keletahnya yang comel. Comel seperti Aisyah anak Che Tah. 


“Hmm..Farah kau janji jumpa dia di sini ke?,” tanya Lynda lalu menoleh kearah Farah yang sedang bermain-main dengan Emma. 


“Huh jumpa dia? Aku tak pernah keluar dengan dia, only that time masa aku buat cincin replica and that was 5 months ago,” jawabku tanpa menoleh kearah Lynda kerana masih leka menyakat Emma yang comel. 


“Okay! Maybe aku silap orang,” jawab Lynda sambil lewa. Dia mencapai tisu lalu mengelap mulut comot Emma lagi.


“Huh salah orang?,” tanyku pelik lalu menoleh kearah Lynda cuba mengerti apa yang Lynda maksudkan dengan tersilap orang.


Lynda tidak menjawab soalan ku. Dia meminta aku menoleh kearah boutique Salvatore Ferragamo yang bertentangan dengan Baskin Robins. Aku lihat seorang lelaki yang berwajah mirip seperti Mikhail berdiri di hadapan boutique tersebut seperti menantikan seseorang. Di tangannya terdapat paperbag SF.


“Yah…I think It’s him, Mikhail!,” ujarku teruja bila menyedari lelaki itu sememangnya Mikhail. Tall and handsome.


“Excitednya dia, so apa lagi pergilah say Hi pada dia,” usik Lynda bila Farah kelihatan excited bila mengetahui bahawa lelaki itu adalah kenalan watsappnya.


“Wait! Just to be sure,” ujarku lalu aku mencapai handphone dan mula menaip sesuatu di watsapp lalu menekan butang send.


Hi 


Aku dan Lynda memandang kearah Mikhail. Lelaki itu tersentak seolah-olah terasa sesuatu bergegar di poket seluarnya. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan blackberrynya. Mikhail tersenyum sebaik sahaja mengetahui gerangan orang yang menghantarnya pesanan ringkas.


Hi there, it’s been a while since the last time u msg me  How are you?


Handphone aku berdenting sebaik sahaja Mikhail membalas watsapp ku. Aku tersenyum membaca message dari Mikhail. As always he’s so sweet.


“Enough already!!…Suruhlah dia datang sini!,” ujar Lynda lalu menepuk lengan Farah yang tersenyum syok sendiri membaca message dari Mikhail.


“Ok…, ok sabarlah issk!,” ujarku lalu menekan icon call. 


Mikail mengerutkan dahinya bila blackberrynya berdering. 


Farah menghubunginya? Belum pernah sekali pun Farah menelefonnya setelah mengetahui Lynda tidak mengunakan nombor ini. Mungkin Farah memerlukan bantuan darinya. Mikhail segera menyambut panggilan dari Farah.


“Is everything ok Farah?,” ujar Mikhail dengan nada serius. 


“Yes everything is fine,” jawabku tetawa kecil bila mendengar suara khuatir Mikhail sebaik sahaja menyambut talianku. 


NO hello atau Hi terus tanya is everything ok?


“Ok, that’s good,” kedengaran Mikhail mengeluh lega di corong telefon. 


He’s really kind man. Aku dapat melihat reaksi wajah Mikhail dia kelihatan concern.


Lynda tidak sabar bila melihat Farah lambat sangat hendak take action. Dia merampas telefon dari tangan Farah.


“Hi Mikhail, we are here sitting at Baskin Robins opposite from where you are standing,” ujar Lynda lalu melambai-lambai kearah Mikhail. 


Aku hanya mampu mengelengkan kepala melihat perangai Lynda yang tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang. Sama sahaja. Sebab itu aku sukakan Lynda she’s nonsense.


Mikhail yang terperanjat bila mendengar suara wanita lain dari corong telefon lalu mengalihkan pandangan kearah Baskin Robins seperti yang di arahkan wanita yang tidak dikenali itu. Mikhail membuahkan senyuman sebaik sahaja terpandang wajah Farah dan kenalannya lalu mengatur langkah menuju kearah mereka.


Hatiku berdebar-debar bila Mikhail menghampiri meja kami. Why? Aku tidak tahu kenapa, tapi itulah perasaan yang aku rasai bila lelaki kacak itu semakin hampir ke meja kami. Aku dapat merasakan wajahku merasa panas. Blushing more precise. Aku tidak tahu kenapa.


“Hello Mikhail, Farah’s right you are really hot,” ujar Lynda lalu menghulurkan tangannya kepada Mikhail. 


Aku menepuk lengan Lynda bila dia berkata demikian. How can she said that. Malu aku pada Mikhail. Apa pula yang di fikirkannya nanti. Bila aku memberi komen sedemikian.


“Ignored her, she’s crazy,” jawabku lalu tersenyum. 


Ingin sahaja aku menyembunyikan wajah di bawah meja bila Lynda berkata demikian. Malu teramatlah sangat. 


“Oh thank you, likewise,” jawab Mikhail menyambut huluran tangan teman Farah, lalu tersenyum bila wanita itu memujinya. Mikhail menghulurkan tangannya kepada Farah. 


Aku menelan air liur bila menyedari aku sentiasa merasa gugup bila setiap kali berdepan dengan Mikhail. I don’t know why. Maybe he is too hot to handle. Aku menyambut huluran tangan Mikhail buat pertama kali. 


“Hi doll, you are so beautiful!,” ujar Mikhail lalu mencuit pipi Emma. 


Emma ketawa menunjukkan 4 baris giginya menandakan dia suka di usik. Aku dan Lynda berpandangan sesama sendiri. Emma starts early. Kami tersenyum sendiri kerana Emma turut suka bila lelaki kacak seperti Mikhail mengusiknya.


“Apa you buat di sini??? Shopping with your special lady?,” tanya Lynda ramah. 


Aku menjegilkan mata pada Lynda bila Lynda terlalu peramah dengan Mikhail, sedangkan aku tidak tahu hendak memulakan perbualan bila setiap kali berhadapan dengan Mikhail.


“Ah yes with my special lady, sorry I didn’t get your name you are?,” jawab Mikhail lalu duduk di kerusi kosong di sebelah Farah.


Aku tidak tahu kenapa aku merasa tidak senang bila Mikhail mengiyakan pertanyaan Lynda dia kemari bersama teman wanitanya. Aku merasa perasaan aneh. Mustahil aku merasa cemburu. Gila!


“Lynda,” jawab Lynda ringkas ingin melihat reaksi Mikhail bila dia menyebut namanya, kerana Farah menceritakan kepadanya punca bagaimana dia berkenalan dengan Mikhail.


“Lynda??? Your long lost friend LYNDA!!,” ulang Mikhail dengan wajah tidak percaya lalu memandang wajah Farah ingin kepastian darinya.


“Yes Lynda,” aku menganggukan kepala mengiyakan kenyataan Mikhail.


“It is a pleasure to meet you,” ujar Mikhail lagi lalu tersenyum.


“Likewise,” jawab Lynda lalu tersenyum. 


Dia sukakan Mikhail. He’s gentleman and well mannered. Quality yang sukar di perolehi pada seorang lelaki di zaman sekarang. Very rare. 


“I baru jumpa dia hari ini itupun secara kebetulan, I really miss her,” ujarku lalu menoleh memandang wajah Lynda. 


Lynda menjeling lalu tersenyum bila Farah sudah mula emo. Lynda seakan big sister to Farah kerana Farah seorang wanita yang berhati lembut dan pemaaf. Dan quality yang ada padanya itu membuatkan orang yang tidak menghargainya mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lynda pula seorang perempuan yang keras hati dan tegas. Dia tidak akan membenarkan sesiapa membuli Farah.


“What a pleasant surprised! She really miss you, I’m glad you have found each other,” jawab Mikhail jujur.


“Don’t be mushy mushy with me ok, she’s like that manja lebih, so Mikhail mana your lady friend,” tanya Lynda kerana Mikhail seperti tidak teringat bahawa dia kemari dengan special ladynya kerana leka berbual dengan mereka.


“About that, actually I can’t stay long,” Mikhail menoleh ke belakang kearah tempat dia menunggu special lady tadi. Jika Lynda tidak mengingatkannya tentang itu. Dia terlupa langsung.


Aku mengetap bibir menahan rasa. Perasaan tidak selesa itu datang kembali. Kenapa aku bersikap demikian? Kenapa aku rasa resah gelisah. Ya Allah kenapa dengan aku ni? Kenapa aku merasa tidak selesa begini. What is wrong with you Farah?


“No worries, we can meet up one day, Farah has your number,” ujar Lynda lalu menyengol lengan temannya yang kelihatan aneh tiba-tiba bila dia bertanya di mana teman wanita Mikhail.


“Yes no worries,” jawabku gugup. 


Mataku tidak lepas dari memandang wajah kacak Mikhail. Lelaki itu tidak sedar. Apa yang telah terjadi dengan diriku? Kenapa aku seperti tidak merelakan Mikhail pergi. Dan aku merasa cemburu bila Mikhail mengatakan dia kemari bersama teman istimewanya. This can’t be happening. Maybe it’s infatuation. Yes I believe it’s just an infatuation. 


“Nice seeing you ladies, sorry to meet you like this, we catch up one day? Dinner on me?,”


“Dinner sounds wonderful,” jawab Lynda lalu tersenyum.


“Great!,” Mikhail bangkit dari kerusi lalu menuju kearah wanita separuh umur yang berdiri seperti tercari-cari seseorang.


Lynda mencuit lenganku sebaik sahaja Mikhail mendapatkan wanita itu.


“Who’s that?? His sugar mummy,” usik Lynda lalu tersenyum.


“Lynda, how can you be so bad, he’s not that kind of person,” jawabku kurang senang dengan statement yang Lynda berikan. Mikhail bukan lelaki begitu. Mikhail seorang lelaki yang gentleman dan pandai menjaga hati wanita. Aku mengecilkan mataku cuba melihat raut wajah wanita yang bersama Mikhail itu. Aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana aku rabun jauh.


“Sorry ma, I met with my lady friend tadi. Are you ready to go?,” ujar Mikhail sebaik sahaja tiba di hadapan mamanya. Dia mencapai paperbag SF dari tangan mamanya. 


Tadinya Datin Zainab melihat Mikhail berjalan dari Baskin Robins. Mikhail dilihat bersama dua orang wanita dan seorang anak kecil di Baskins Robins. Siapa kedua-dua wanita itu? Kenalan Mikhail?


“Lady friend?,” ujar Datin Zainab lalu tersenyum. 


Dia tahu Mikhail tidak akan memperkenalkannya kepada teman wanitanya kerana Mikhail tidak mengajaknya berjumpa dengan wanita itu.


“Yup!,” jawab Mikhail acuh tak acuh.


“Ok,” jawab Datin Zainab lalu menuju kearah dua orang wanita yang dia lihat Mikhail bersama tadi. 


Mikhail merasa terkejut bila mamanya menuju kearah Farah dan Lynda berada. Namun dia tidak menegah mamanya berbuat demikian. 


“Here they come,” ujar Lynda bila wanita separuh umur itu menuju kearah mereka.


Aku membetulkan tempat dudukku bila Lynda berkata demikian. 


“Eh Farah,” tegur wanita bila menyedari salah seorang kenalan wanita anaknya itu adalah tunang anak saudaranya.


“Auntie Zainab!,” ujarku terperanjat bila mendapati wanita yang bersama Mikhail tadi itu adalah emak saudara Shafiq. 


Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Zainab tidak menyangka bertemunya di sini. Apa hubungan Datin Zainab dengan Mikhail? Aku menoleh kearah Mikhail ingin melihat reaksi wajahnya. Dia turut terperanjat bila Datin Zainab mengenaliku.


“You both knew each other?,” ujar Mikhail kerana tidak menyangka Farah dan mamanya mengenali antara satu dengan lain. What’s a coincidence? 


“Ya, Farah kawan Mia and also tunang Shafiq,” terang Datin Zainab lalu memandang wajah Mikhail.


Aku menelan air liur bila Datin Zainab berkata demikian. Mikhail kenal Shafiq? Mikhail kenal Mia? Ini kemungkinan besar Mikhail adalah teman lelaki Mia atau tunangan Mia. Aku menjadi lebih tidak selesa di dalam situasi janggal begini. Oh gosh! Why do I have a strong feeling that this going to be complicated issues.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.