FAIL-FAIL yang diserahkan
Shazzy petang tadi kubuka. Segala dokumen yang terdapat di dalamnya kuteliti
satu-persatu. Aku tersenyum sendirian melihat dokumen-dokumen yang terdapat di
dalam fail tersebut yang tak ubah seperti kerja kursus yang dipanggil simulation package yang pernah diberikan
oleh pensyarahku sewaktu di semester satu diploma dulu. Masih kuingat lagi,
betapa ramainya pelajar merungut dengan kerja kursus yang cukup rumit itu.
Tambahan pula, kerja kursus itu melibatkan sepuluh markah untuk assessment subjek akaun semester itu. Tak
sangka, apa yang kupelajar sewaktu di kolej dan universiti dulu akan
dipraktikkan sekarang.
“Ni semua fail-fail yang menempatkan dokumen-dokumen
urusan jual beli, belanja dan hasil untuk tahun ni. I dahpun labelkan setiap fail ni,” terang Shazzy panjang sewaktu
dia menyerahkan fail-fail tersebut kepadaku. Sebuah fail dikeluarkan lagi dan
dibukanya lalu ditunjuknya kepadaku.
“Ini semua bil-bil dan juga resit untuk bulan ni. So lepas ni, kalau ada apa-apa hal berkaitan
dengan duit keluar atau masuk untuk bulan ni, you masukkan resit dan bilnya kat dalam fail ni. By the end of this month, bila semua
akaun dah siap, you masukkan setiap
resit dan bil ni ke dalam fail-fail yang berkaitan ni,” terangnya lagi. Aku
mengangguk faham. Dan banyak lagi keterangan yang diberikannya selepas itu.
Berjela, dengan buku tunainya, jurnal jualan yang terdiri dari bayaran
perkhidmatan oleh pelanggan, bayaran keahlian oleh pelanggan tetap dan juga bar taking, jurnal belian yang terdiri
dari urusan pembelian alatan senaman, alatan kick boxing, bar refreshment dan sebagainya. Memang
banyak. Kadang-kala terdetik rasa simpatiku terhadap Shazzy yang selama ini
menguruskan perniagaan ini seorang diri tanpa pembantu.
“So, any
questions?” soalnya. Aku menggeleng. Tak tahu apa yang hendak ditanyakan.
Segala-galanya telahpun diterangkan secara terperinci.
“I hope you
tak ada masalah dengan proses-proses transaction
tu, kan?”
soalnya. Aku menggeleng.
“So far,
tak ada masalah. In case kalau ada apa-apa
nanti, I inform kat you,” kataku yakin. Dia mengangguk.
“I balik
dulu. Jangan lupa, kalau ada apa-apa yang you
nak tanya, please do call me,”
pesannya sebelum melangkah pergi meninggalkanku dengan tibunan tugasan yang
kurasakan agak mencabar itu. Aku mengusap dahiku bersama satu keluah berat.
“Its show
time…” aku berkata sendiri.
Malam itu, aku terlantar di sofa dalam keadaan yang
lesu. Sudah sekian lama aku tidak memerahkan otak membuat akaun. Pada hari ini,
terpaksa aku ingat semula segala ilmu yang telah kupelajari dulu. Naik pecah
kepala aku dibuatnya. Aku mengeluh berat. Awal-awal lagi dah macam ini. Belum
lagi sebulan atau setahun. Tetapi tak mengapalah. Sesusah-susah sesuatu perkara
itu, lama-kelamaan akan menjadi mudah kalau kita berusaha. Lagipun, mana ada
benda yang mudah dalam dunia ini? Semuanya susah. Semuanya memerlukan usaha dan
kesabaran. Aku tak perlu merungut. Ini baru peringkat permulaan, sekadar
bekerja sambilan dalam perniagaan kecil sahaja. Belum lagi sampai ke tahap
syarikat atau firma yang lebih besar. Kalau aku diterima bekerja di syarikat
koprat yang besar, macam mana lagilah susahnya. Jadi, kesempatan dan peluang
yang ada ini akan kuanggap sebagai satu praktikal dalam persediaan untuk
bekerja di syarikat besar suatu hari nanti.
*****
HARI
AHAD minggu berikutnya, aku dan Farhana menghadiri perjumpaan yang diadakan
oleh organisasi kelab untuk ahli-ahli baru. Tujuan perjumpaan ini diadakan
adalah sekadar hendak memperkenalkan organisasi serta ahli-ahli jawatankuasa
kelab kepada ahli-ahli baru. Farhana mesti menghadirkan diri kerana dia
merupakan ketua biro peralatan manakala aku pula sekadar diberi tugas di bawah
biro tersebut dan tidak diwajibkan hadir. Tetapi kalau nak menghadirkan diri
pun tak menjadi masalah.
Aku sekadar berdiri di belakang,
memerhatikan para ahli baru yang begitu kusyuk mendengar ucapan yang
disampaikan oleh Abang Que yang menyandang jawatan Pengerusi Kelab pada tahun
ini. Farhana yang berdiri di sebelahku juga begitu kusyuk mendengar. Dan
tiba-tiba terlintas sesuatu di dalam fikiranku. Lantas kucuit lengan Farhana.
“Anne, budak yang kau kata handsome
macam Shahz Jaszle tu, mana?” soalku berbisik. Farhana memandangku lama.
Seketika kemudian, matanya melilau mencari gerangan insan yang kumaksudkan tadi
di antara barisan ahli yang sedang duduk mendangar ucapan Abang Que itu.
“Hah, tu! Kat baris kelima, duduk
kerusi ketiga dari kiri,” bisik Farhana sambil menundingkan jari ke arah tempat
yang di maksudkan itu. Aku memandangnya. MasyaALLAH, memang sudah kujangkakan.
Apa yang kutakuti selama ini benar-benar berlaku. Memang benar, Khairul Azhari
bin Ramli yang dimaksudkan itu adalah orang yang sama dengan Khairul Azhari bin
Ramli yang kukenali dan pernah kucintai dulu. Memang dialah orangnya. Tak salah
lagi tekaanku selama ini.
“Handsome,
kan? Ada macam Shahz
Jaszle, kan?” sapaan
Farhana menyentakkanku. Segera kupaling ke sebelah, memandangnya tajam.
“Tak ada rupa Shahz Jaszle
langsung!” rengusku.
“Hei, adalah! Cuba kau tengok betul-betul,”
bidasnya. Aku mencebik. Ah, tak kuasa aku nak tengok! Pandang sekilas pun aku
tak sanggup, inikan pula nak tenung lama-lama. Sorry, no way!
“Tak ada langsung. Kontra habis. Tak
sesuai,” aku bersuara keras.
“Hei, kenapa kau ni? Masing-masing
punya opinionlah. Kalau tak sama pada
kau, dahlah. Yang kau nak marah-marah ni pasal apa?” getus Farhana. Aku mulai
sedar yang aku telah melepaskan amarahku kepadanya tanpa sengaja.
“Yalah, kau nak samakan actor kesukaan aku tu dengan mamat
serabut macam tu, manalah aku tak marah? Hei, dengar sini. Kekacakan hero aku tu takkan ada tolok bandingnya,
tau. Kau jangan nak pandai-pandai,” tegasku, sengaja hendak menutup
keterlanjuranku tadi. Farhana mencebikkan bibir.
“Handsomelah
dia, Ween. Aku rasa hati aku ni sedang dilamun ‘ASMARA’…” ujar Farhana tiba-tiba. Naik mual
tekak aku mendengarnya. Meluat! Di kala itu juga, terasa seram sejuk pada
keseluruh tubuhku. Lantas kuambil keputusan untuk keluar dari dewan itu,
meninggalkan Farhana melayani perasaannya sendiri.
*****
SAMBIL
menikmati jamuan yang disediakan, aku dan Farhana sekadar berbual-bual kosong
diselang-selikan dengan gelak-tawa apabila muncul cerita lucu.
“Assalamualaikum,” seseorang menyapa kami. Tersentak
aku mendengar suara itu. Aku memaling sekilas. Dia melemparkan senyuman yang
cukup memikat. Ah, bergelora lagi naluri kewanitaanku. Kami menjawab salamnya
serentak.
“Hai, jumpa lagi kita kali ni, ya?
Minum?” Farhana bersuara ceria. Azhari mengangguk. Aku terus menjeling tajam.
Benci. Macam manalah dia boleh jejaki aku sedangkan sepanjang perjumpaan kelab
ini berlangsung, sedaya-upaya aku menyembunyikan diri agar dia tidak berjaya
mengesanku. Dalam hati aku mengeluh.
“Maaf kalau saya mengganggu. Err…
saya nak cakap sikit dengan Azween,” ujarnya sambil merenungku. Ah, apa lagi yang
dia mahu dariku!
“Kau buat apa kat sini?” soalku
kasar. Namun, belum pun sempat dia menjawab soalanku, Farhana sudahpun
menyampuk.
“Eh, awak kenal dia?” soal Farhana
hairan. Azhari mengangguk laju.
“Kawan lama,” jawab Azhari.
“Oh,
I see. Okeylah, saya pergi dulu. Awak berdua berbual dulu ya,” ujar
Farhana. Aku memandang Farhana dengan harapan agar dia tidak meninggalkanku
berduaan dengan Azhari. Namun, Farhana teruskan juga langkahnya.
“Anne!”
Kini, tinggallah kami berdua di
situ. Tak guna punya kawan! Adakah patut dia tinggalkannya aku dengan mamat ni?
Hatiku merungut.
“Sorry,
aku tak senang,” bantahku keras lantas mengatur langkah meninggalkannya. Namun,
dia lebih pantas menyambar tanganku.
“Aween, please. Sekejap aja,” rayunya. Pantas aku menarik tanganku yang
berada di dalam genggamannya itu.
“Tolong jangan ganggu aku lagi, Ari.
Aku tak ada masa nak layan kau,” keras sekali tuturanku kepadanya.
“Aween, please…” rayunya lagi.
“Apa lagi yang kau nak dari aku,
hah? Tak serik lagi ke kau nak melukakan hati aku ni!” aku bersuara mendatar.
“Aween, aku sedar yang aku bersalah.
Aku datang ke sini, bukan nak melukakan perasaan kau lagi. Aku nak tebus semula
kesilapan yang aku lakukan terhadap kau dulu. Aku mahu merawat sendiri luka
yang telah aku tinggalkan,” pujuknya. Aku mencebik. “Ah, sudahlah! Luka yang kau tinggalkan dulu tu memang dah
lama sembuh. Tapi sayang, luka yang hanya tinggal parut tu terguris kembali
semenjak kita berjumpa semula di Sogo hari tu. Dan luka itu kembali berdarah
dengan pertemuan kita kali ini. Kalau kau rasa kau nak ubati luka itu, aku
cadangkan kau agar tidak mengganggu aku lagi. Nyah kau dari hidup aku! Sebab
setiap kali aku terpandang muka kau, semakin dalam lagi luka ini terhiris,”
kataku lagi.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi,
mematikan perbalahan kami. Aku tersenyum. Ah, penyelamatku yang membuat
panggilan. Aku tersenyum.
“Helo, sayang,” ucapku manja.
Seketika kukerlingkan mata ke arahnya.
“Hai! Meeting kelab dah habis ke?” Shazzy menyoal.
“Yup!
Sekarang ni tengah tea time,” ujarku.
“You
balik dengan siapa nanti, sayang?” soalnya lembut.
“Dah I datang dengan Anne, baliklah dengan dia. Kenapa, you nak datang jemput I?” soalku pula. Bagus juga kalau Shazzy
datang menjemput aku. Boleh aku menunjuk depan lelaki ini. Biar selepas ini,
dia takkan berani kacau aku lagi sebab aku dah ada teman lelaki yang telah
mengambil alih tempatnya dulu. Dan apa yang lebih penting, biar dia rasa
terluka sepertimana yang pernah dilakukannya terhadapku dulu.
“Okeylah, I datang jemput you.
Tunggu sampai I datang, tau,”
pesannya. Cukup manja dan romantis. Yes!
Hatiku bersorak girang.
“Okay,
see you later. Bye sayang. Love you
so much,” ucapku bersahaja.
“Yeah,
love you too.” Talian termati di situ. Aku menjeling ke arahnya lalu
mengatur langkah meninggalkannya termangu-mangu di situ. Namun pandanganku kian
kabur dengan airmata yang ingin melimpah keluar dari kolam mata. Dan akhirnya
mengalir juga menerjuni pipi.
Sepanjang menunggu ketibaan Shazzy,
seboleh-boleh aku melarikan diri darinya. Asal dia mendekatiku, sengaja aku
berlalu jauh. Aku mengambil tempat di antara Abang Dino dan Abang Reza yang
sedang rancak berbual.
“Boleh join?” soalku lembut. Mereka mengangguk.
“Boleh. Duduklah, Aween. Anne mana?”
soal Abang Dino. Aku menjungkitkan bahu. “Entah, tak pasti pulak dia kat mana,”
jawabku sambil tersenyum penuh makna. Bukan aku tak tahu yang Abang Dino ada
menaruh perasaan kepada Farhana. Yang Si Farhana pun satu hal. Dah tahu, tapi
sengaja jual mahal.
“Balik dengan Anne ke nanti?” soal
Abang Dino. Aku menggeleng.
“Shazzy datang jemput,” jawabku.
Mereka mengangguk.
Seketika kemudian, Farhana datang
menghampiri kami. “Ween, Shazzy dah sampai. Dia tunggu kau kat bawah,”
beritahunya. Aku tersenyum lalu bingkas bangun.
“Bye,
Ween. Sampaikan salam abang kat Shazzy,” ucap Abang Reza. Aku mengangguk.
“InsyaAllah.”
“Abang pun,” sampuk Abang Dino pula.
Aku mengangguk seraya tersenyum.
“Oh ya, Aween. Member lama kau tu kirim salam. Aku terserempak dengan dia kat luar
tadi,” ujar Farhana lagi.
“Dia ada kat luar?” soalku. Farhana
mengangguk. Aku tesenyum simpul. Ini satu peluang yang bagus! Getus hatiku.
Terus aku melangkah keluar dari
premis kelab itu. Kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri di kaki lima. Namun aku teruskan langkahku
jua ke arah tempat di mana Shazzy menungguku. Langsung aku tidak menyapanya
sebaik aku berselisih bahu dengannya. Aku membuka pintu Proton Gen-2 milik
Shazzy dan terus memboloskan diri ke dalamnya. Sebaik kereta Shazzy meluncur
pergi, sempat aku memandang ke arah Azhari yang kelihatan terkedu melihat aku
dijemput seseorang. Aku tersenyum sinis. Dalam hati aku bersorak girang.
Langkah pertama berjalan lancar!
*****
SHAZZY
terus menghantarku pulang setelah kami menikmati makan malam. Rumahku kelihatan
gelap. “Thanks, Shaz,” ucapku
perlahan. Shazzy menggeleng.
“That’s
my job to care about you,” ujarnya perlahan. Terharu aku mendengarnya.
“Your
dad tak ada di rumah. Dia ke mana?” soalnya sebaik melihat rumahku yang
gelap-gelita itu. Aku menjungkitkan bahu. Tentu ayah keluar makan. Aku
mengeluh. Kasihan ayah kerana terpaksa makan di luar kerana aku tak sempat
hendak menyediakan makan malam untuknya.
“Dia keluar dinner kot,” jawabku.
“You
nak ke gym esok?” soal Shazzy. Aku
mengangguk laju.
“Hmm… dah lama tak exercise. Badan I ni rasa macam dah tak fit
sebab asyik duduk rehat kat rumah aja.”
“Esok I jemput you,” kata
Shazzy lagi. Aku memandangnya.
“Tak menyusahkan you?” soalku. Dia menggeleng perlahan.
Seketika tangan sasanya mengusap pipiku lembut. Aku tersenyum lalu memegang
tangannya yang masih berada di pipiku itu.
“Tak salah kalau kita pergi bersama, kan?” ucapnya lagi. Aku
mengangguk, bersetuju dengan kata-katanya itu.
“Tunggu I datang esok,” ucapnya lagi.
“Okey, I tunggu you. Bye, see you,” ucapku lalu membuka pintu
keretanya. Pantas aku mengatur langkah ke pintu pagar rumah setelah kereta yang
dipandunya meluncur pergi meninggalkanku.
Sambil bersiul-siul, aku
mengurut-urut kepalaku dengan syampu. Seluruh tubuhku masih disaluti buih-buih sabun.
Seketika kubiarkan air yang memancut keluar dari shower membasahi tubuhku agar terasa segar. Tiba-tiba telefonku
yang terletak di atas para konkrit di tepi sinki berbunyi. Kucuba teliti nama
yang tertera. Namun yang pasti, bukan Shazzy kerana nada deringya lain. Nama si
pemanggil tidak tertera, hanya nombornya sahaja. Siapa pulak ni? Bisik hatiku.
“Helo,” jawabku agak keras.
“Helo, Aween. Tengah buat apa tu?”
soal si pemanggil. Lembut intonasinya. Aku terkedu. Siapa pulak ni? Sudahlah
nombornya aku tak kenal. Macam mana pulak dia tahu nombor dan nama aku ni?
Hatiku bertanya.
“Siapa ni?” soalku agak keras.
“Takkan tak kenal kot? Memang dah
lupa sangat-sangatlah kat aku ni, ya?” Aku merengus. Main-main pulak mamat ni!
“Helo brother, kau ni siapa, hah! Aku tak kenallah. Kau jangan nak
main-main dengan aku, karang aku…” belum pun sempat aku menghabiskan leteranku
itu, tiba-tiba syampu yang masih menyelaputi seluruh rambutku mengalir mengenai
mataku. Apalagi… “Ishk! Aduh, pedih… pedih!” spontan aku mendesis.
“Kenapa?” soalnya di hujung sana. Aku pula terkial-kial
menahan pedih di mata dan terus menerpa ke arah air shower yang masih memancut keluar. Kusapu air tersebut ke mukaku
yang sudah berselaput dengan buih syampu itu. Wah, lega sikit.
Pantas kubalut tubuhku dengan tuala sebelum
menyambut telefonku semula. Si pemanggil masih lagi berada di talian.
“Hmm… siapa kau? Apa kau nak?”
sambungku sambil mengatur langkah keluar dari bilik air tersebut.
“Tengah mandi ke?” soalnya pula tanpa menjawab soalanku
tadi.
“Hei yang kau sibuk tanya aku mandi
ni kenapa? Gatal ya? Siapa ni, oit! Mana kau dapat phone number aku ni, hah? Tak ada masa nak layan orang yang aku tak
kenal ni,” tegasku.
“Aween, ni Ari bercakap.” Aku
terkesima. Rasa nak terlepas telefon bimbitku ini dari pegangan. Aku bagaikan
hilang kata.
“Aween, Aween!” panggilnya. Segera
aku mematikan talian. Hatiku mulai cuak. Macam mana dia boleh tahu nombor
telefon aku? Pelik! Aduh, masalah besar! Sudah sekian lama aku guna nombor ini,
takkan aku nak tukar? Susahlah aku nanti, nak beritahu orang. Berapa ramai
orang yang tahu nombor telefon aku ini. Memang banyak tak terbilang. Telefon
bimbitku berbunyi lagi. Dan aku pasti, nombor yang tertera adalah nombor yang
sama. Pantas kutekan butang cancel.
Tak mahu melayannya.
Hisy, macam
manalah boleh terbocor rahsia nombor telefon aku ni! Kalau sebelum ni, aku
cukup jaga nombor ini supaya tidak diketahui olehnya. Segala-galanya bermula
semenjak aku bertemu dengannya semula di hadapan Sogo beberapa minggu yang
lalu. Selepas itu, pada perjumpaan ahli-ahli baru Kelab Kembara Muda pula. Dan
kini, dia sudah mulai berani menelefonku.
Segala-galanya bagaikan sudah dirancang. Aku menjadi
buntu. Buntu memikirkan jalan hendak melarikan diri darinya. Apa yang lebih menakutkanku
lagi, andainya Shazzy mendapat tahu akan hal ini. Tentu dia mengamuk apabila
mengetahui bekas teman lelakiku kembali menggangguku. Kalau setakat Azhari kena
marah dengan Shazzy, tak mengapa. Kalau dibelasahnya si Azhari itu pun, aku tak
kisah. Buatnya kalau aku turut sama menjadi mangsa kemarahannya, bagaimana?
Bukannya aku tak faham dengan perangai Shazzy. Aku mengeluh buat kesekian
kalinya.
Sekali lagi bunyi telefon bimbitku
berbunyi. Rasa fobia pula hendak menjawabnya. Namun, ada sesuatu yang menarik
naluriku untuk menjawabnya. Segera aku meneliti skrin telefonku. Tertera nama
Kak Shazlin. Pantas aku menjawab panggilan tersebut.
“Helo, Kak Lyn,” jawabku.
“Helo, Aween. Sorry mengganggu Aween malam-malam ni. Akak just nak beritahu ni,” mukadimah Kak Shazlin, kakak kepada Shazzy
itu benar-benar membuatkan perasaanku tidak keruan.
“Shazzy, accident tadi. Dia kena tahan kat wad.” Aku terkejut. Habis
menggigil seluruh tubuhku mendengar perkhabaran ini.
“Accident?
Ya ALLAH, macam mana keadaan dia, kak?” soalku cemas.
“Dia okey, tak ada apa-apa yang
serius sangat. Cuma kakinya aja yang bengkak. Kepalanya cuma tercedera sikit.
Tapi doktor dah bagi tiga jahitan. Sekarang ni dia tengah tidur, doktor bagi
dia ubat supaya dia dapat berehat,” terang Kak Shazlin. Aku menelangkupkan
mulut, menahan sedih. Tak sangka, baru sebentar tadi kami bertemu, dan kini aku
mendapat berita yang dia ditimpa musibah. Namun aku bersyukur kerana
kecederaannya tidak serius.
“Kak Lyn, terima kasih kerana
memberitahu. Esok Aween melawat dia. Err… hospital mana, kak?” soalku menahan
sendu.
“UM Medical Centre,” jawabnya.
“Okeylah, kak. Thanks.” Talian kumatikan. Pantas aku merebahkan kepalaku ke bantal
bersama esakan halus. Dan malam itu, aku tertidur bersama linangan airmata.