DENGAN
pantas aku mengatur langkah menuju ke wad yang maksudkan oleh Kak Shazlin pagi
tadi. Pintu wad kukuak perlahan. Dari jauh kulihat Shazzy yang masih lena
dibuai mimpi. Tiada sesiapapun yang berada di sisinya ketika itu. Aku mengatur
langkah perlahan, menghampirinya. Hatiku menjadi pilu tatkala melihat dahinya
yang bertampal itu. Selimut yang menutupi separuh badannya telah melindungi
kakinya yang dikatakan telah disimen. Aku mengambil tempat di sisinya. Wajahnya
yang terpejam itu kurenung dengan perasaan sayu. Hampir-hampir tanganku ingin
mencapai tangannya, namun niatku itu mati serta-merta. Aku tak mahu tidurnya
terganggu.
Airmata yang kutahan dari terus
mengalir keluar semenjak tiba tadi akhirnya tumpah juga. Aku sama sekali tidak
dapat menahan dari terus tersedu. Dan tanpa kusedari, esakan halusku itu telah
menyedarkannya. Matanya terbuka dengan perlahan. Terpisat-pisat dia
memandangku. Di kala itu, esakanku bagaikan tidak mampu kubendung lagi.
“Hai,” sapanya lemah. Aku mengangguk
sambil tersenyum. Airmata yang kian deras mengalir segera kuseka.
“Hai,” balasku.
“Dah lama you sampai?” soalnya. Aku menggeleng.
“Tak. Baru aja,” jawabku.
“Sayang, you menangis ke?” soalnya lembut. Aku mengetap bibirku kuat,
menahan esakan. Tidak mampu untuk menjawab pertanyaannya itu.
“Janganlah menangis. I okey,” pujuknya. Dan sekali lagi
tanganku menyeka airmata yang masih bersisa di pipi.
“Shaz, kenapa boleh jadi macam ni?”
soalku lemah. Dia tersenyum seraya menggeleng. “I don’t know. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. I tak sedar bila kereta tu muncul masa I nak melintas balik ke rumah I,” terangnya.
“Depan rumah you?” soalku. Dia mengangguk.
“Masa tu, I baru sampai. I park
kereta I di seberang jalan,” katanya
lagi. Aku memerhatikan tubuhnya yang separuh tertutup dengan selimut itu.
“How’s
your leg? Boleh I tengok?”
pintaku. Dia mengangguk.
“Sure.”
Dengan perlahan dia bangkit dari pembaringannya. Segera aku memaut tubuhnya,
membantunya untuk bangun.
Selimut putih yang menutupi paras
pinggangnya diselak perlahan. Terserlah kakinya yang sudah diplaster dengan simen putih itu. Aku
menelangkupkan mulut, menahan perasaan piluku. Dengan perlahan aku menyentuh
kakinya itu.
“Baru saja disimen. Malam tadi,
bengkak teruk. Lepas tu, doktor x-ray.
Rupanya, tulang kat dalam tu dah retak,” terangnya. Aku menganggukkan kepala.
“Berapa lama boleh baik ni?” soalku.
Dia menjungkitkan bahu.
“Tak sure. Tapi ambil masa lama jugaklah,” jawabnya.
“Habis tu, macam mana dengan
perkhemahan kita di Air Terjun Jerangkang tu?” soalku setelah menyedari akan
rancangan kami untuk mengikuti rombongan kelab ke Air Terjun Jerangkang di
Pahang. Shazzy menggeleng.
“Tengoklah macam mana. Kalau kaki I ni dah okey, I pergilah. Kalau tak, terpaksalah I cancel nama I,” jawabnya.
Aku agak terkejut.
“What?
Kalau macam tu, I pun nak cancel jugaklah nama I.
Biar kita sama-sama tak pergi,” putusku. Matanya membuntang mendengar
kata-kataku itu.
“Eh, janganlah macam tu. Kesian you. Hari tu you yang seronok sangat nak pergi. Takkan disebabkan I, you
sanggup cancel?”
“I
rasa seronok nak pergi sebab ada you.
Kalau you tak ada, tak seronoklah. I tak peduli. Kalau you tak pergi, I pun
takkan pergi,” tegasku.
Dia menggeleng. “Please. Jangan macam ni. Farhana kan ada?” pujuknya.
“Tak samalah keseronokannya kalau you tak ada. Lagipun, you tak jealous ke kalau I
bergaul dengan member-member kelab
kita tu? Besides, vacation kali ni,
banyak member-member baru yang ikut. I takut nanti you susah hati sewaktu I
kat sana,”
kataku menakutkannya. Dia ketawa.
“Alah, I tahu you setia. You takkan curang dengan I, kan? Besides,
Que, Reza and Dino kan ada? Boleh I suruh dia orang pantau you,”
katanya.
“Hmm… itu yang I paling tak gemar. You
suruh orang lain perhatikan gerak-geri I.
I tak suka. Tak ada privacy. Kalau youada, I akan sentiasa
berada di samping you,” ujarku lagi.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“You
kena pergi. I tak sampai hati nak
tengok hajat you tu tak kesampaian.
Okey, I janji. I tak kisah kalau you nak
berkawan dengan sesiapa pun. As long as
you setia dengan I sampai
bila-bila,” pujuknya. Aku memandangnya. Rasa seperti sukar untuk mempercayai
akan apa yang diucapkannya ini. Aku tesenyum.
“Betul?” soalku. Dia mengangguk,
bersungguh. Aku ketawa. Senang hati melihat perubahannya itu. Nampaknya, niatku
untuk membuktikan kesetiaanku terhadapnya terlaksana jua.
“You tak
kisah I tinggalkan you untuk beberapa hari?” soalku. Dia
menggeleng. “No,” jawabnya ringkas.
“But
I’ll feel guilty, kalau I
tinggalkan you di sini dan berseronok
di sana,”
ujarku lagi. Dia tersenyum lagi.
“No,
sayang. I tak kisah langsung. Trust me,” katanya meyakinkanku.
“You
pergi, ya,” pujuknya buat kesekian kalinya. Aku menghelakan nafas berat. Lama
aku terdiam. Dan akhirnya aku mengangguk jua.
“That’s
my girl,” katanya lembut.
“Walau apapun, I akan pastikan yang you jugak
akan pergi nanti. Lagipun, camping tu
lagi sebulan lebih. Takkan dalam jangka masa tu, kaki you tak boleh nak sembuh?” ucapku bagi menyedapkan hati. Dia
tersenyum senang.
Perlahan-lahan aku menutup pintu wad
tersebut. Shazzy sudahpun lena setelah doktor memberikannya ubat sebentar tadi.
Dengan langkah yang longlai, aku meninggalkan wad tersebut menuju ke bilik
tamu. Aku menghenyakkan tubuhku ke atas sofa empuk di situ bersama keluhan
berat. Mataku terpejam rapat, mengenangkan keadaan Shazzy yang masih terlantar.
Seketika aku teringat akan kata-kata yang diucapkannya sebentar tadi.
Bersungguh dia menyuruh aku meneruskan rancangan untuk mengikuti perkhemahan
yang akan diadakan beberapa minggu akan datang walaupun dia tidak dapat mengikutinya.
Aku terfikir sejenak, andai keadaannya itu tidak mengizinkan dia mengikuti
bersama, adakah aku dapat menyesuaikan diriku tanpa Shazzy? Sedangkan sebelum
ini, setiap kali kelab tersebut mengadakan sebarang aktiviti, Shazzy pasti
tidak akan ketinggalan.
Tiba-tiba aku teringatkan Azhari
pula. Sudah pasti dia juga akan menyertai perkhemahan tersebut. Terpaksalah aku
menghadap mukanya lagi. Bertambah tidak senang duduklah aku andainya aku
sentiasa menjadi perhatiannya nanti. Ah, lelaki itu tak habis-habis hendak
mengacau hidupku. Sejak bertemu dengannya semula, semakin galak dia mengekoriku
ke mana sahaja aku pergi. Sesungguhnya aku rimas. Rimas dengan situasi begini.
Ah, naik gila aku dibuatnya!
*****
“MACAM
MANA dengan Shaz?” soal Farhana sewaktu kami menikmati makan tengahari bersama.
“Alhamdulillah, dia tak mengalami
kecederaan yang serius. Cuma tulang kakinya retak, kepalanya cedera ringan,”
jawabku.
“Tulang kaki retak?” soalnya lagi. Aku
mengangguk.
“Hmm…”
“Habis tu?”
“Kena simenlah!”
“Perkhemahan tu macam mana? Dia
dapat pergi tak?” Aku mengeluh berat.
“Harap-harap dia cepat sembuh.”
“Boleh ke?” Aku hanya diam tanpa
reaksi dengan soalan itu. Aku sendiri tak pasti akan jawapannya.
“Anne, budak sengal tu ikut sekali
tak?” soalku setelah lama menyepi. Farhana mengerutkan dahi.
“Budak sengal mana pulak ni?”
“Tuu… mamat yang kau suka tulah!”
“Oh, kawan lama kau tu ke?” Aku
mengangguk.
“Ikut. Kenapa?” Aku merengus! Ini yang aku rasa nak tarik
diri ni! Getus hatiku. “Kenapa kau
panggil dia sengal?”
“Memang dia sengal!”
“Kenapa kau terlalu marah sangat kat
budak tu? Apa masalah kau sebenarnya dengan dia?” soal Farhana bertubi-tubi.
Aku terdiam. Ayam goreng KFC yang aku kunyah terasa liat sekali dan begitu
perit untuk menelannya. Sesungguhnya aku terperangkap. Ah, perlukah aku
memberitahu segala-galanya kepada Farhana? Kalau aku memberitahunya, bermakna
aku terpaksa membuka kembali kotak memori yang sudah sekian lama aku kunci
dengan rapi, agar segala-galanya tidak terurai dan sekaligus melukakan kembali
hati dan perasaanku ini. Hisy! Sejak dia hadir kembali, semakin berserabut
kepala aku dibuatnya. Memang lelaki itu sering memberi masalah kepadaku.
“Kau orang ni mesti pernah ada kes, kan? Kalau tak,
takkanlah kau cukup allergic bila aku
sebut pasal dia,” teka Farhana. Aku mengeluh berat, berperang dengan perasaan
sendiri.
Aku rasakan, adalah lebih baik aku
menceritakan hal sebenar kepada Farhana. Sungguh aku sudah tidak sanggup untuk
menanggungnya seorang diri. Sekurang-kurangnya, aku ada tempat untuk mengadu
bagi meringankan masalahku ini. Tambahan pula, sampai bila aku nak merahsiakan
semua ini? Aku pasti, Shazzy juga akan tahu suatu hari nanti. Cuma menunggu
masa sahaja. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melepaskannya dengan
perlahan.
“Sebenarnya Anne, dia adalah bekas
teman lelaki aku yang pernah aku ceritakan kepada kau dulu,” ujarku perlahan.
Farhana yang ketika itu sedang menyedut air cokenya
tersedak. “What? Dia tu ex-boy yang kau cerita kat aku dulu tu?”
soal Farhana terkejut. Aku mengangguk.
“Hmm… padanlah, masa aku promote dia untuk join kat kaunter dulu, sikit punya sombong lagi. Macam-macam
alasan, tak minatlah, boringlah.
Sekali bila dia tengok aja album, terus dia ubah fikiran. Aku ingatkan dia
tertarik tengok aktiviti-aktiviti dalam gambar tu, ataupun dia tertarik dengan
muka aku yang cun-melecun ni. Rupanya
dia tertarik kat kau,” katanya panjang. Aku ketawa sinis. Perasan punya minah!
“Jadi, dia join the club tu sebab
kaulah, ya?” soal Farhana. Aku menjungkitkan bahu. Mungkin juga.
“Yang peliknya, entah macam manalah
dia boleh tahu nombor telefon aku. Setahu aku, aku tak pernah bagi nombor ni
kat member-member kolej aku dulu.
Alih-alih aja sejak lepas jumpa kat meeting
tu, dia call. Hairan aku dibuatnya,”
rungutku lagi.
Dikala itu juga, kelihatan wajah
Farhana berubah. Dia mulai tidak tentu arah. Matanya membundar. Aku rasa, aku
dapat meneka siapakah gerangan yang telah memberikan nombor telefonku kepada
Azhari.
“Ops!
Aween, aku minta maaf sangat-sangat,” ucapnya. Aku tersenyum sinis.
“Jadi, kaulah yang bagi nombor
telefon aku kat dia?” soalku mendatar. Farhana mengangguk perlahan.
“Sorrylah,
Aween. Aku tak tahu kisah sebenar kau orang. Hari tu, lepas kau balik, dia
datang kat aku, tanya number phone
kau. Mulanya berat aku nak bagi. Aku tanya dia, kenapa dia tak minta sendiri
kat kau. Lepas tu dia jawab tak sempat nak minta. Dia beritahu aku yang kau
orang dah lama lost contact. Tengok
dia bersungguh macam tu, aku rasa kesian kat dia. Tu yang aku bagi tu,” terang
Farhana panjang-lebar.
“Anne, kau ni dah berapa lama kenal
aku? Takkan kau tak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka? Kan awal-awal perkenalan
kita lagi aku dah cakap yang aku tak suka sesiapa pun bagi nombor telefon aku
kat orang lain. Cuma aku seorang aja yang berhak berbuat begitu sebab aku tuan
punya nombor telefon tu,” keras sekali aku bersuara. Memang aku tak puas hati.
“Alah, sorrylah, sis. Aku
mengaku salah,” ucap Farhana lagi seakan merayu.
“Senanglah kau kata sorry. Yang menangungnya aku. Aku yang dikacaunya nanti. Huh!
Dahlah aku seboleh-boleh nak elakkan diri dari berjumpa dengan dia lagi,”
rengusku keras. Farhana memandangku dengan wajah bersalah. Kasihan pula aku
melihatnya begitu. Tentunya dia dalam dilema ketika hendak memberikan nombor
telefonku kepada Azhari tempoh hari. Aku tidak berada di tempatnya, pastinya
aku takkan rasa apa yang dirasakan oleh Farhana di saat Azhari merayu
kepadanya.
“Okey, aku maafkan kau. Tapi, satu perkara yang aku
nak kau janji dengan aku,” kataku perlahan tetapi tegas.
“Apa dia?” soal Farhana lalu mendekatkan mukanya ke
hadapan, mengadapku.
“Tolong rahsiakan hal ni. Aku tak mahu orang lain
tahu especially Shazzy. Rahsia ni,
hanya untuk kita berdua aja, faham!” tegasku.
“Okey, aku janji. Biar pecah di perut, jangan pecah
di mulut,” Farhana berikrar sambil mengangkat tangan kanannya.
“Kalau rahsia ni terbongkar, nahas kau. Kaulah orang
yang pertama aku cari,” tegasku lagi.
“Wowowo… tunggu dulu. Kau tak boleh nak serang aku
macam tu aja. Kau mesti ingat, hal ni bukan kita berdua aja yang tahu, tapi
kita bertiga. Jangan lupa, Azhari pun terlibat sama. Boleh jadi dia yang
kecohkan hal ni, macam mana?” ujar Farhana.
“Anne, aku kenal dia. Dia bukan jenis yang suka kecoh-kecoh.
Aku pasti, dia takkan buat benda macam tu,” kataku meyakinkannya.
“Tapi sampai bila, Ween? Sampai bila? Aku pasti
lambat-laung Shazzy akan tahu jugak. Tentu dia bengang sebab kau tak beritahu
dia awal-awal. Dia berhak tahu. Aku faham, kau takut dia marah, kan?” Aku meneguk
minumanku dengan perlahan
“Itu aku tahu, Anne. Memang aku sedar suatu hari
nanti Shaz akan tahu juga. Aku tak bersedialah nak beritahu dia sekarang, Anne.
Biarlah masa yang menantukan segala-galanya,” tegasku. Farhana menjungkitkan
bahu.
Suasana menjadi sepi semula.
Masing-masing sedang menjamah ayam goreng yang masih berbaki.
“Dia kata aku dah berubah. Dah macam
minah rockers,” kataku tiba-tiba.
Farhana mendongak, memandangku. Seketika dia ketawa kecil.
“Memang pun. Dulu masa kita
baru-baru kenal, kau tak macam ni. Feminine
aja aku tengok. Entah macam mana kau boleh berubah jadi brutal macam ni,”
sampuk Farhana. “Aku tengok gaya
kau ni, teringat aku kat Amy Mastura dalam cerita… cerita apa yang aku suka
dulu tu? Alah, apa ya?” Farhana mengerutkan dahi, mengingati tajuk filem yang
dimaksudkan itu.
“Haa… cerita ‘Impian’. Heronya Azhar Sulaiman. Macam mana gaya Amy Mastura dalam
cerita tu, macam tulah kau sekarang ni. Rambut pendek, pakai t-shirt kat dalam, kat luar kemeja, seluar
jeans, sports shoes. Kekadang pakai jaket. Fuh, tak sangka aku. Dari
seorang perempuan yang lembut ala-ala perempuan Melayu terakhir, terus jadi
kasar macam ni. Semua gara-gara putus cinta, ya?” becok sekali mulutnya
berkata-kata.
“Kau ni ada-ada ajalah. Hari tu kau
samakan mamat tu dengan Shaz Jaszle. Sekarang ni, kau samakan aku dengan Amy
Mastura pulak. By the way, Cik
Farhana. Aku berubah semenjak aku berkawan dengan kau. Kau yang ubahkan aku
jadi macam ni. Aku ikut kau pergi panjat gunung-ganang, camping, wall climbing.
Tak ada kena-mengena langsung dengan putus cinta, tau,” bidasku.
“Hei, apa hal aku pulak?” cebiknya.
“Yalah, kau yang banyak pengaruhi
aku. Cuba
kau ingat balik, siapa yang beria-ia suruh aku join KKM ni dulu, bukan kau ke?” omelku panjang-lebar.
“Aku bukan mempengaruhi kau. Aku cuma nak kau
bangkit dari kecewa. Aku nak tengok kau happy.
Be a strong lady. Tapi aku tak suruh
kau ubah karektor kau. Aku tak suruh kau tolak cinta.”
“Hei, bila masa pulak aku tolak cinta. Kalau aku
menolak cinta, aku takkan go steady dengan Shazzy tau. Jangankan kata
Shazzy, malah lelaki-lelaki lain pun aku takkan pandang walau sebelah mata pun,
tau!” ucapku penuh emosi. Farhana mencebirkan bibir.
“Eleh! Cuba kau ingat balik masa mula-mula
Shazzy minta steady dengan kau dulu,
sikit punya liat lagi kau nak terima dia. Sampai berbulanlah dia tunggu jawapan
dari kau,” cebik Farhana.
“Yalah, mestilah aku nak kenal dulu
hati budinya sebelum terima dia sebagai teman hidup aku. Takkan nak terus
sambar aja? Oh, kalau macam tu, esok andaikata ada orang masuk meminang kau,
terus aja kau terima walaupun kau tak kenal siapa bakal tunang kau tu?”
bidasku.
“Susahlah kalau dah bertelagah
dengan kau ni, Aween.” Farhana mengalah. Mungkin sudah mati akal untuk
membangkang kata-kataku. Aku ketawa, meraikan kemenangan. Siapa tak kenal dengan
aku, bekas ratu debat sekolah. Takkan mudah mengaku kalah!