ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 35)
Nampak
dia lagi teruja dari aku. Keluar pergi ke ladang pun sekejap saja, kalau ke
masjid pun, selesai solat saja terus balik, alasannya sebab tinggal Cik Puan di
rumah seorang diri. Bimbang sangat dia
sekarang. Alah, zaman serba canggih nie kalau sakit pun telefon saja. Hendak
bersalin nie, bukannya sakit saja terus bersalin, ianya makan masa. Dua tiga
jam saja baru bersalin. Nak cemas apanya?
“Pergilah
buat kerja, Dina rimas tengok abang asyik ada di rumah!” marah Zara Irdina. Aku
ini nak pergi mana pun dah tak boleh kalau tanpa dia. Asyik berkepit saja buat
aku resah saja.
“Tak
boleh tinggal Dina seorang diri, perut tu tunggu nak meletup saja lagi!” sudah
cukup 9 bulan lebih, memang sebenarnya sudah lepas tarikh bersalin pun.
Sepatutnya dua hari lepas, ini belum menunjukkan tanda apa-apa pun lagi. Sakit
nak bersalin tu belum lagi, tetapi sakit sebab Shah ini aktif sangat adalah.
“Dina
boleh call abang!”
“Tak
boleh!”
“Tak
sabar agaknya,”
“Memang
lah, tak sabar dah ni nak tengok Tengku Iskandar Shah..,” jawabnya girang.
“Teruk
abang ni, bawa bertenang boleh tak?” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif
memegang tangan isterinya dan mencium tangan Zara Irdina.
“Abang
tak boleh buat macam ini, dia orang tu perlukan abang. Perlukan ketua mereka.
Nie asyik berkepit dengan Dina, tak malu ke?” aku sebenarnya beri alasan saja
sebab cadang nak keluar petang nanti, nak keluar makan cendul pulut kat gerai
tepi pantai. Dia ada. Dia tak benarkan
aku ke mana-mana.
“Dina
jangan buat perangai macam semalam, pergi jalan sampai tak ingat nak balik,”
tegur Tengku Izraf Akif. Semalam, ada
jamuan anak-anak yatim di rumah Kak Ramlah. Siang, pergi jemput mereka dari
rumah anak-anak yatim, pergi beli baju dan kasut selepas itu baru datang ke
rumah kak Ramlah.
“Abang
kan ada!” dia ikut sekali. Itu yang berani sangat!
“Nie nak
ke mana pulak?”
“Teringin
nak makan cendul pulut kat depan rumah kita tu,”
“Abang
belikan,”
“Tak
nak, nak makan di situ,”
Dia
terpaksa bawa aku makan di sana jawabnya walaupun dia tak sudi. Berani ke lawan cakap aku ketika ini?
Dua
mangkuk aku telan cendul pulut. Dia tengok aku pun terkejut.
“Tengok
Zara macam nak bersalin sangat dah ni?” tegur Mak utih yang ada di situ.
“Betul
ke mak utih?” soal Zara Irdina.
“Perut
tu dah turun ke bawah tu, nak bersalin sangat lah kalau dah macam tu,” sambung
Mak Utih. Tengku Izraf Akif tersenyum saja.
Betul
kata Mak Utih itu. Tak sempat nak solat isyak pun perut sudah rasa pelik. Sakit
yang amat sangat. Bila sakit macam nie terus teringatkan mama yang jauh di
mata, teringat kan bonda. Tiba-tiba wajah bonda menjelma saat berperang dengan
kesakitan.
“Abang
bawa Dina ke hospital,” kata Tengku Izraf Akif. Dia tenang saja, tidak gelabah
ataupun bimbang.
“Abang
tunggu Dina bersalin nanti,” Kata Zara Irdina. Aku pula yang terlebih cemas.
“Yup,
abang tunggu lah!” kata Tengku Izraf Akif menenangkan hati Zara Irdina.
Sakit tu
memang sakit tetapi kena lalui jugak. Tengku Izraf Shah lahir dalam pukul 2.00
pagi dan papanya memang sedang menunggu di sebelah Zara Irdina, memberi
semangat kepada Zara Irdina. Wajah Tengku Izraf Akif bahagia teramat sebaik
saja mendukung Tengku Iskandar Shah untuk diazankan. Bahagia seorang lelaki
bergelar suami dan ayah.
“Putera
awak, tengku!” kata Dr. Hamimah sambil tersenyum. Tengku Izraf Akif turut
tersenyum. Bahagia sangat-sangat melihat Tengku Iskandar Shah di depannya.
“Yup,
Tengku Iskandar Shah, anak papa!” katanya sambil mengucup pipi kanan anak
sulongnya ini. Zara Irdina tersenyum.
Kelahiran
Tengku Iskandar Shah di sambut dengan penuh meriah. Putera sulong kebanggaan
Tengku Izraf Akif. Orang kampung datang melawat sejak dari hospital sampai di
rumah. Rumah mereka setiap hari ada saja tetamu yang datang untuk melawat
Tengku Iskandar Shah.
“Papa
nak main dengan anak papa pun tak boleh lagi ni,” ucap Tengku Izraf Akif ketika
semua tetamu sudah pulang. Mujur ada malam, kalau tidak memang aku tak ada masa
nak bermanja dengan anak sendiri.
“Anak papa
dah jadi hak orang sini, semua orang nak mendukungnya dan dia diam saja,” kata
Zara Irdina sambil mengangkat Tengku Iskandar Shah dan diberinya kepada Tengku
Izraf Akif. Betul, budak ni dengan semua orang dia mahu. Dia tak menangis pun.
“Sayang
anak papa!” kata Tengku Izraf Akif. Diletaknya Tengku Iskandar Shah di atas
ribaannya. Zara Irdina terus bangun dari katil kerana mahu ke bilik air.
“Aik, nak
ke mana?”
“Toilet,”
“Kejap,
kejap aku tolong!”
“Aku
boleh jalan sendiri,” jawab Zara Irdina sudah mahu berjalan pun.
“Jangan
cari pasal, aku nak guna kau lama lagi. Bukan nak guna sekali sekala. Nak guna
selalu selepas ni,” kata Tengku Izraf Akif sambil meletakkan anaknya di atas
katil. Zara Irdina menjeling tajam. Baru mahu datang ke arah Zara Irdina,
Tengku Iskandar Shah terus menangis, tidak mahu tidur di atas katil barangkali.
“Jaga
anak, aku tahu nak jaga diri aku, lepas berpantang nie kau boleh guna aku. Puas
hati?” jawab Zara Irdina terus melangkah ke bilik air tetapi Tengku Izraf Akif
telah berdiri di sebelahnya dan memimpin tangannya, membiarkan si anak terus
menangis.
“Nak
guna kau, kena jaga kau elok-elok!” bisik Tengku Izraf Akif. Zara Irdina
mencubit perut suaminya dengan kuat sekali.
Anak
menangis sehingga merah muka kerana ditinggalkan oleh papa dan mamanya. Zara
Irdina memujuk Tengku Iskandar Shah, tetapi masih lagi menangi.
“Pujuk
anak kau, dia marah kau sebenarnya n!” kata Zara Irdina dan membiarkan Tengku
Izraf Akif memujuk anaknya. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Terus diangkatnya
Tengku Iskandar Shah dan bila sedar tangan papanya, terus dia diam.
“Anak
papa katakan!”
“Ha ha
ha..,”
Dia
kotakan kata-katanya.Dia yang menjaga Zara irdina di dalam pantang atas bantuan
Mak Utih. Bab masak nasi memang dia
boleh buat tetapi membasuh semua guna mesin. Tengok cara Tengk Izraf Akif
membuatkan Zara Irdina mahu tergelak saja. Sangat melucukan.
“Tak
payah buat, kau tu ketua di sini, nanti apa pulak orang kata bila tengok kau
buat semua ini untuk aku,” marah Zara Irdina.
“Kau
malu ke suami kau buat semua ini untuk kau?” soal Tengku Izraf Akif.
“Bukan
malu tetapi segan!” jawab Zara Irdina. Cukup dua minggu Tengku Izraf Akif
menjaganya, hari ini biarlah dia lakukan sendiri. Hidup berjauhan dari keluarga
membuatkan hatinya kental. Dia bukan anak manja, dan dia bukan seorang isteri
yang suka mengambil kesempatan.
“Baru
dua minggu, badan kau masih lemah!” kata Tengku Izraf Akif. Kalau bukan kerana
kami sudah dibuang keluarga mungkin aku akan membawa bonda ke sini, tetapi
nasib kami sudah tidak sama dengan nasib orang lain.
“Tak
perlu risau, mak utih dan kak ramlah akan tolong aku,” tepis Zara Irdina. Mama
tak boleh nak datang sebab Syazana sedang mengalami alahan yang teruk sekali
sehinggakan terpaksa berulang alik ke hospital. Jadi, dia tak mahu menyusahkan
mama dengan hal sekecil ini. Lagipun Tengku Izraf Akif tidak benarkan dia
memberitahu tempat tinggal mereka.
“Orang
nak tolong tak sudi pulak, jangan merungut pula dekat abang nanti,”
“Boleh
buat semua ini, jangan lah bimbang!”
Dapat
anak sulong memang berbeza. Cukur jambul pun buat besar-besaran Siap dengan
majlis akikah sekali. Majlisnya lebih hebat dari majlis perkahwinan kami dulu.
Kehadiran Tengku Iskandar shah memang dinanti-nantikan oleh semua orang, bukan
setakat papanya saja, tetapi penduduk di sini pun sama. Zara Irdina rasa
terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk di sini.
“Abang
tak beritahu bonda tentang kelahiran Shah?” soal Zara Irdina. Usia anaknya
sudah masuk 3 bulan sekarang. Dan rumahnya masih dikunjung oleh penduduk di
sini untuk melihat putera kesayangannya ini. Orang datang membawa rezeki, jadi
dia menerima kedatangan tetamu dengan besar hati. Lagi pun Cik Puan mereka ini
bukan sombong orangnya. Mungkin sebab itu penduduk di sini menyenangi sikap Cik
Puan mereka ini.
“Tak
pun!” jawab Tengku Izraf Akif. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah
menghubungi bonda dan kaum kerabat bonda lagi. Begitu juga dengan mereka di
sana.
“Tak
baik buat macam tu kat bonda, sekurang-kurangnya beritahu bonda tentang Iskandar
Shah kita ni,” pujuk Zara Irdina. Bonda bencikan aku, tetapi rasanya bonda
tidak membenci Tengku Iskandar Shah, cucunya ini.
“Shah
tak perlukan nendanya itu, cukuplah dengan ada mak utih dan pak utihnya di
sini,” jawab Tengku Izraf Akif. Marah sungguh dia dengan sikap bondanya itu.
“Abang
nie susah lah. Ikut kepala otak abang saja. Dina berani buat ujian DNA dengan
anak-anak Tengku Burhan, bahawa Dina tak ada kaitan dengan keluarga mereka,
dengan ayahanda mereka,” marah Zara Irdina.
“Kalau
ada ikatan macam mana?”
“Kenapa
abang yakin sangat ni?”
“Orang
lelaki ini bukan boleh harap sangat, Sharifah Kamariah tu cantik orangnya,
lelaki mana tak tergoda. Tak mustahil kan?”
“Jadi
abang nak cakap Dina ni anak Tengku Burhan?”
“Boleh
tak kita jangan ungkit perkara ini lagi? Biarlah mereka dengan dunia mereka,
kita dengan dunia kita, bukan masanya lagi untuk kita berhadapan dengan mereka.
Selagi rancangan abang tak berjaya, abang tak akan berhadapan dengan mereka,”
marah Tengku Izraf Akif semakin memuncak.
“Ooo,
sebab Shah dah lahir jadi abang berani naikkan suara abang tu,” ungkit Zara
Irdina. Masa mengandungkan anak sulong dia, nak marah kita pun tak berani. Hari
ini selepas 3 bulan, dah mula perangai lama.
“Habis
Dina nak merajuk, nak tunjuk sikap buruk kat abang?”
“Abang
nie terlebih stress kenapa? Kita boleh berbincang, bukannya bergaduh!” soal Zara Irdina membuatkan dia berfikir
sendiri. Kenapa aku naik angin pula, wal hal Zara Irdina hanya beri cadangan
saja. Entah lah, rasa sakit hati bila sebut nama bonda, nama Tengku Mawar dan
keluarganya yang lain. Zara Irdina tidak tahu lagi, Sharifah Madziah dan Tengku
Mawar menemui wartawan untuk mengumumkan Zara Irdina adalah anak luar nikah
Tengku Burhan, mujurlah wartawan tersebut kenalan dia masa di universiti dulu,
dan kawannya itu terus menghubungi dia dan memaklumkan dia akan hal ini. Kalau
tidak satu Malaysia tahu akan hal ini.
“Hmmm..,”
“Abang
tu ketua di sini, tetapi dengan isteri asyik nak bergaduh saja,” tegur Zara
Irdina sambil menarik muka empat belasnya.
“Okey
lah Cik Puan, saya minta maaf!” ucap Tengku Izraf Akif.
Kenal
dua puluh tahun, jadi pasangan suami isteri baru setahun lebih tetapi kalau sentuh
bab bergaduh dari zaman sekolah sampai lah sekarang, kalau tak bergaduh memang
tidak sah. Tetapi kalau fikir balik, ini kali pertama kami bergaduh selepas ada
Tengku Izraf Shah.
“Bonda
Shah memang garang macam singa, singa kalau ada anak memang perangai macam
ini.” Ujar Tengku Izraf Akif ketika
memandang Tengku Iskandar Shah yang nyenyak tidur di dalam katil kecil
kepunyaannya. Zara Irdina tersenyum.
“Segarang
mama, mama tak makan orang lagi,” petang nanti nak ke hospital melawat anak
jiran yang baru bersalin. Waktu dia bersalin dulu, semua suri rumah datang
melawatnya. Kini giliran dia pula. Esok ada kelas membuat kek dan kelas
menjahit. Tetapi kelas tu 2 jam saja. Tetapi suaminya belum tahu lagi akan
hal-hal ini.
“Pasang
badan cantik ni nak pergi mana?” soal Tengku Izraf Akif.
“Petang
nie nak pergi hospital melawat orang sakit,” jawab Zara Irdina. Aku sejak jadi
Cik Puan di sini sama sibuk dengan dia.
“Bawa
Shah?”
“Tak,
tinggal dengan mak utih, pergi sekejap saja. Esok Dina ada kelas memasak selama dua jam!”
“Shah
macam mana esok? Nak tinggal?” nampak muka tu dah tak elok.
“Tinggal
kat rumah pengasuh, biar lah Shah berdikari,” jawab Zara Irdina. Pergi tak lama
pun, yang gelabah sangat tu kenapa?
“Dah ada
anak ni, kurangkan aktiviti di luar tu, Shah perlukan kasih sayang seorang
mama,”
“Esok
Dina bawa putera abang ni, kelas tu pun depan rumah kita saja, yang petang nie
sebab nak ke hospital, jadi Dina tak bawa putera abang,” jelas Zara Irdina. Dia
yang cerewet wal hal perkara mudah saja.
“Anak
kau tu menyusu badan, buatnya dia menangis di rumah mak utih macam mana?”
Tengok, dia fikir ke arah itu pula. Sedangkan aku dah bekalkan susu bersama
putera dia sekejap lagi.
“Macam
ini lah, abang ikut sekali ke hospital, boleh bawa Shah. Nak?”
“Malam
nanti kita pergi, selepas selesai semua kerja ladang, sekarang call dia orang
cakap kita pergi malam!”
“Malam???
Kita nak pergi wab bersalin lah,”
“Kalau
orang bersalin tunggu lah kawan Dina balik ke rumah!”
“Abang,
dina dah berjanji dengan orang petang ni, tak kan nak memungkiri janji pula!”
“Pergilah,
balik cepat sikit!”
Balik
awal lagi sebenarnya tetapi ketika sampai di rumah, Tengku Iskandar Shah sedang
menangis walaupun sudah dipujuk oleh Mak Utih.
“Kenapa,
mak utih?
“Boring
lah kut tinggal dengan mak utih? Beri susu tak nak. Nak kata demam tak juga.
Tapi asyik menangis,”
“He he
he.. anak manja mak utih. Tak mengapa mak utih, saya rasa dia mengantuk kut!”
kata Zara Irdina sambil mengambil anaknya dari tangan mak utih. Kasihan mak
utih, aku tak patut tinggalkan Shah dengan mak utih tadi.
“Terima
kasih mak utih sebab tolong tengokkan anak saya!” ucap Tengku Izraf Akif yang
sedang duduk dengan pak utih.
“Tak
apa, Akif. Perkara kecil saja ni,” balas Mak utih.
“Saya
tidurkan dia sekejap, mak utih dan pak utih jangan balik lagi yer,” kata Zara
Irdina sambil membawa anaknya ke dalam bilik. Sepuluh minit dia muncul semula.
“Dah
tidur?” tanya Tengku Izraf Akif.
“Yup,”
jawab Zara Irdina terus ke dapur untuk sediakan minuman panas. Ada ubi keledek yang diberi oleh kawan Tengku
Izraf Akif semalam. Bolehlah buatkan goreng keledek sekejap lagi,
“Zara
ni, sempat pula buat air dan kuih untuk kita orang,” kata Pak Utih. Isteri raja
tetapi hidup macam orang biasa saja. Patutlah Tengku Izraf Akif sanggup
menunggu berpuluh tahun untuk memiliki dia.
“Jemput
minum, mak cik, pak cik!” pelawa Zara Irdina.
“Terima
kasih!”
Zara
Irdina tersenyum. Entahlah dia rasa bersalah sangat hari ini kerana tinggalkan
anaknya kepada mak utih sedangkan dia tahu anaknya ini kalau hendak tidur, dia
suka buat perangai buruk, contohnya menangis terlebih dahulu sebelum hendak
tidur. Terasa seolah dia telah menyusahkan mak utih pula hari ini.
“Kasihan
pula dekat mak utih tadi,”
“Selepas
ini kalau Dina keluar bawa Shah sekali, dia tak minum pun susu botol yang Dina
tinggalkan,”
“Yer
ker?”
“Dina
tengok sendiri, abang tak tipu!”
“Dina
banyak benda nak buat selepas ini. Dah plan selepas bersalin nak kejar
cita-cita. Kalau Shah buat perangai macam ni, alamatnya Dina kena tinggal di
rumah saja!”
“Abang
tak halang Dina capai cita-cita tetapi Shah macam mana?”
“Anak
abang ni pandai macam abang jugak..,”
“Duduk
lah kat rumah, besarkan Shah dengan sepenuh kasih sayang, dan jaga makan minum
abang. Pahala lagi besar dapat..,”
“Hmm...,”
Dia
sudah mendaki kejayaan, aku kena tukar rancangan pulak sebab Tengku Iskandar
Shah. Tetapi tak mengapa, boleh jadi ibu dan isteri yang berjaya.
“Pentingkan
kebahagiaan keluarga terlebih dahulu, selepas itu baru kejar cita-cita. Buat
satu-satu, nanti kalau tercicir semua siapa yang rugi, Dina juga yang rugi
nanti,”
“Maksud
abang?”
“Jadi
lah permaisuri dalam istana abang ni, jaga abang dan jaga anak-anak, itu pun
dah kira sebuah kejayaan untuk Dina,” pujuk Tengku Izraf Akif.
Zara
Irdina terdiam saja,