ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA
(BAB 24)
“Tak sayang ke nak lepaskan
semua ini? Tinggalkan kemewahan, tinggalkan bonda kerana kami berdua?” kata
Zara Irdina. Sudah lewat malam, suaminya masih mengemas untuk berpindah selepas
subuh esok pagi. Sudah berjanji dan janji ini perlu ditunaikan. Zara Irdina mengusap perutnya yang masih
belum kelihatan. Pergorbanan papa terlalu besarlah untuk kita berdua, Shah!
Mama, tak boleh mengaku
kalah. Tak boleh berjalan sekerat saja, sebab semua ini demi Shah, mama tak nak
Shah hidup tanpa kasih sayang mama dan papa kandung sendiri seperti mama kelak.
Jadi, kita akan ikut ke mana saja papa pergi, biar pun kehidupan kita bermula
dengan kesusahan. Mama tahu orang menyalahkan takdir mama, biar pun mama yang
berat menanggungnya. Kita kena kuat, Shah!
“Nak angkat apa tu?” soal
Tengku Izraf Akif tidak peduli pun dengan kata-kata dari Zara Irdina.
“Beg besar ini lah!”
“Tak payah, nanti abang
buat!”
“Okey!” dari tadi hanya
sebagai pemerhati saja kerana Tengku Izraf Akif yang melakukan segala kerja.
Dia baru bangun tidur kerana terlalu letih dengan majlis perkahwinannya hari
ini.
“Kak!” panggil Ayuni sambil
merangkul Zara Irdina yang sedang duduk di atas sofa. Sedih kerana mereka bakal
berpisah esok pagi.
“Akak bukan pergi mana pun,
kat Malaysia saja lah!” pujuk Zara Irdina. Si suami sejak dari tadi tidak mahu
memberitahu ke mana akan dibawanya pergi. Ke utara, ke selatan, ke timur atau
pun barat. Bila di soal, dia hanya melemparkan sebuah senyuman.
“Abang Akif, beritahu lah
nak ke mana? Nanti kita pergi melawat akak dan abang!”pujuk Syazana pula.
“Gua, nak pergi ke?”
jawabnya sambil menarik zip beg pakaian kepunyaan Zara Irdina.
“Abang nie nak bawa lari
akak kami ke?” soal Syazana lagi. Syazana memandang ke arah Zara Irdina. Kami
bukan sedarah. Bukan juga seibu atau sebapa, tetapi kami semua sayangkan dia.
Sayang seperti seorang kakak kandung kepada kami. Kasihan kak Zara, dipulaukan
orang setelah orang tahu dia anak luar nikah. Orang tuduh macam-macam kepada
dia, tetapi dia rela hati dan bersabar saja. Kalau kita??? Mungkin kita sudah
gila kerana diduga seperti ini.
“He he he...,” Tengku Izraf
Akif hanya tersenyum. Orang nak memulakan kehidupan baru, serba serbi masih
kosong. Zero. Tak ada apa-apa lagi. Rasanya tak patut diberitahu kepada orang
terdekat kita, kerana takut mereka susah hati memikirkan akan diri kita kelak.
Jadi, patut diam!
“Beritahu lah!” gesa Ayuni.
“Nanti abang beritahu, buat
masa sekarang abang memang nak bawa lari kakak kau nih.,” jawab Tengku Izraf
Akif.
“Jangan lupa yer, nanti
call kita orang, beritahu rumah abang!” pesan Ayuni lagi. Syazana hanya
mengangguk saja. Dia orang sudah dilanda
musibah, dan memang wajar mereka pergi dari sini. Semuga ALLAH menjaga mereka di
mana saja mereka berada. Amin!
“Sudah lah tu, jangan
ganggu dia orang tu. Pergi lah tidur!”
papa pulak masuk bersama mama. Zara Irdina tersenyum saja. Papa yang paling
mengerti. Dia seorang lelaki yang amat baik sekali. Tidak seperti lelaki yang merogol
ibu, sudahlah menghancurkan masa depan ibu, pergi menghilang diri begitu saja.
Tetapi dia seorang ayah yang amat memahami perasaan anak-anaknya.
“Dah siap semua barang?”
soal mama turut duduk di sebelah anaknya. Syazana dan Ayuni patuh kepada
permintaan ayah mereka, selepas memeluk Zara Irdina, mereka berdua terus keluar
dari situ.
“Barang minah nie saja yang
tak siap lagi, mama!” jawab Tengku Izraf Akif.
“Bawa sikit cukuplah, yang
lain tinggal saja di sini. Nanti nak balik ke sini jugak kan?” soal mama yang
masih tidak tahu rancangan menantunya.
Kami akan pergi, entah bila akan datang ke sini lagi. Entah kan setahun?
Dua tahun?? 10 tahun? Atau bertahun-tahun. Belum pasti bila lagi kami akan
datang ke sini semula.
Tengku Izraf Akif tersenyum
saja. Tidak ada jawapan kerana dia tidak mahu mama mentuanya susah hati kerana
terpaksa berpisah dengan anak angkatnya ini.
“Berhijrah ini bagus, Akif.
Pergilah, mulakan sesuatu yang baru. Lagi pun kalian berdua baru mendirikan
rumah tangga, jadi elok benar melakukan hijrah ini,” sokong Wan Yusuf. Sudah
dapat mengagak lelaki di hadapannya akan pergi dalam tempoh yang lama. Rajuk
sungguh dia dengan sikap ahli saudara maranya yang menghalaunya tadi. Lelaki
ini menyimpan dendam di dalam hati yang paling dalam. Itu lah Tengku Izraf Akif
yang merajuk hati kala ini.
“Doakan kami, papa!” ucap
Tengku Izraf Akif.
“Papa akan doakan kamu
berdua. Sentiasa berdoa untuk kamu berdua!” balas Wan Yusuf.
“Terima kasih, papa!” kata
Tengku Izraf Akif lagi.
Atas permintaan mama, hanya sedikit saja pakaian Zara Irdina yang
diambilnya, yang lain ditinggalkan di sini saja.
“Bersalin nanti, balik
bersalin kat sini, boleh tak?” soal Zara Irdina. Tapak tangan Tengku Izraf Akif
sudah berada di atas pipi kanan Zara Irdina. Dia suka tidur letak tangan kanan
atas muka isterinya.
“Tak boleh!”
“kenapa? Ini pengalaman
pertama lah. Kita mana ada pengalaman!”
“Belajar lah, jangan harap
kan orang tua lagi!”
“Kena belajar dari orang
tua-tua, kena jaga pantang larang lagi, macam-macam lagi lah!”
“Belajar sendiri..,”
“Tak nak bersalin lah,
macam nie.. perangai macam apa-apa tah,” bentak Zara Irdina. Memang kita kena
halau, tapi tak kan nak balik sehari dua pun tak boleh kut. Atau pedulikan dengan dia orang tu. Sebab aku
bukan bersalah pun.
“Shah, mama Shah memang
teruk,”
“Aku bersalin nanti, kau
jaga aku, nak?”
“Ha lah...,”
Kenal dia dekat dua puluh
tahun, tetapi bila jadi suami isteri, ada juga perbezaannya. Nampak dia semakin
ambil berat sejak jadi isteri dia. Syukur Alhamdulillah, sebab dia sanggup
terima aku yang serba kekurangan ini.
Entah bila dia terlena,
tetapi bila sedar hari sudah subuh. Bangun solat subuh tetapi suaminya tidak
ada di sebelah. Mungkin ada bersama papa, atau pun pulang ke rumah bonda.
Tetapi perjalanan mereka akan bermula pukul 6.00 pagi tadi. Itu yang diberitahu
oleh suaminya.
Tengok segala barang
kepunyaannya sudah tidak ada di dalam bilik, mungkin sudah diangkut ke dalam
kereta. Dia hanya berhias ala kadar saja. Selesai memasukkan barang-barang
penting ke dalam tas tangannya, dia terus ruang tamu, semua ahli keluarganya
sedang menunggu rupanya.
Lama juga dia memeluk ibu
angkatnya itu selepas dia mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya.
Adik-adik menangis, begitu juga dengan mama. Itu lah yang buat hati semakin
sedih bila melihat air mata dari orang-orang tersayang. Papa pula lebih
bertenang dari mama dan adik-adiknya. Hati menjadi sedih dan pilu.
“Akif pesan suruh Zara
pergi ke rumah bonda,” beritahu papa. Dia mengangguk, sebelum menglangkah pergi
sekali lagi, dia memeluk mama dan adik-adiknya. Tegakah dia hidup tanpa mereka
ini di sisinya nanti. Bolehkah dia hidup tanpa nasihat dari papa? Bolehkah dia
berdiri tanpa belaian manja dari mama nanti, ataupun bagaimana dia mahu mengisi
hari-hari mendatang tanpa senda dan gurauan dari dua orang adiknya nanti?
Aku perlu pergi untuk Akif
dan anak yang bakal lahir tak lama lagi. Aku perlu pergi kerana bukan di sini
tempat untuk kami bertiga. Sebagai permulaan kehidupan, kita perlu kuat. Itu
tekadnya di dalam hati.
Dia melangkah longlai
menuju ke istana mentuanya. Apa cerita mereka di sana pula. Sedih??? Atau apa
cerita yer? Dia menolak daun pintu dengan perlahan, di ruang tamu semua ahli
kerabat Tengku Cempaka sedang berkumpul, masing-masing berwajah murung. Tetapi Tengku Cempaka tidak kelihatan, begitu
juga dengan Tengku Mawar dan suaminya.
“Akif ada kat bilik tetamu
di atas, Zara!” beritahu Tengku Munir, suami Tengku Mawar.
“Okey, Zara tunggu di sini
lah!” katanya. Tentu ada perkara yang hendak diselesaikan antara mereka anak
beranak.
“Pergilah, bonda nak jumpa
Zara tu,” suruh Tengku Munir. Hatinya
berdebar secara tiba-tiba. Namun dia tetap mengaturkan langkah menuju ke ruang
tamu di tingkat atas pula.
Hatinya tersentuh melihat
suaminya sedang melutut di hadapan Tengku Cempaka manakala Tengku Mawar sedang
memeluk bahu bondanya. Air mata jernih mengalir di pipi Tengku Cempaka yang
sedang mengenggam erat tangan Tengku Izraf Akif.
“Zara!” panggil Tengku
Cempaka sebaik saja melihat menantu bongsunya.
“Bonda!”
“Datang lah dekat dengan
Bonda,” Dihampirinya Tengku Cempaka dan
kala itu dia sempat melihat mata suaminya yang merah. Kali pertama dalam
hidupnya melihat orang yang disayanginya dengan keadaan ini. Orang yang
mengajarnya erti sebuah kekuatan, hari ini hatinya dihiris pilu.
“Pujuk lah Akif, supaya
terus di sini, Zara. Bonda sanggup lepaskan kedudukan ini asalkan keluarga kita
bersatu, “ kata bonda saat Zara menyimpuh di sebelah suaminya. Zara Irdina
melihat ke arah suaminya.
“Saya berjanji, bonda,
apabila saya sudah berjaya, begitu juga dengan Zara, kita orang akan pulang ke
sini semula. Doakan kami, bonda!” pujuk Tengku Izraf Akif. Rupanya Tengku
Cempaka keberatan untuk melepaskan dia pergi dari sini. Dan sejak dari tadi
Tengku Cempaka merayunya agar jangan pergi dari sini. Akif, buat semua ini
kerana bonda, kerana Zara dan kerana masa depan kita semua. Akif tak nak bonda
kehilangan segala-galanya hanya kerana cinta kami.
“Zara...,” panggil Tengku
Cempaka. Kenapalah namaku di seru. Aku juga tidak pandai untuk memujuk rayu
suamiku sendiri. Lagipun Tengku Izraf Akif sudah tekad untuk berhijrah dari
sini.
“Doakan kita orang, bonda!”
ucap Zara Irdina, sebak.
“Tak boleh kah diubah
keputusan kau orang berdua? Di sini pun boleh dicapainya kejayaan. Di sini pun
kau orang berdua boleh hidup bahagia juga. Jangan dikisahkan dengan bisanya
mulut orang tu, pedulikan kata cacian dan hinaan dari kerabat-kerabat kita
tu..,” pujuk Tengku Cempaka lagi.
“Bonda, perlu percayakan
saya. Beri peluang dan ruang untuk saya dan Zara Irdina mencapai bahagia dan
kejayaan,”
“Andai begitu pergi lah dan jangan pedulikan bonda
lagi,” keluh Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif bukannya jenis lelaki yang mudah
untuk dipujuk dan dirayu. Tengku Cempaka kenal sangat dengan sikap Tengku Izraf
Akif. Bonda akan menunggu kepulangan kalian ke bumi ini kelak. Itu janji bonda.
“Maafkan saya, bonda!” ucap
Tengku Izraf Akif dan terus bangun. Zara Irdina memeluk Tengku Mawar dan
seterusnya memeluk dengan erat ibu mentuanya.
“Berikan dia bahagia yer.
Zara perlu kuat untuk Akif dan Iskandar Shah. Bonda doakan Zara dan Akif
bahagia di dunia dan akhirat,” bisik Tengku Cempaka di telinga kanan Zara
Irdina. Zara Irdina mengangguk , lesu.
“Terima kasih, bonda kerana
merestui perjalanan kami!” Zara Irdina turut membisik di telinga Tengku
Cempaka. Tengku Cempaka tersenyum, perit.
Tengku Izraf Akif sudah
mengatur langkah. Sedang menunggu Zara Irdina di kereta saja walaupun anak-anak
Tengku Cempaka menghalangnya. Nekad sungguh dia kali ini. Keluarga Wan Yusuf turut datang untuk
berjumpa dengan Tengku Akif dan Zara irdina. Barangkali untuk mengucapkan
selamat jalan.
Selesai semuanya di sini,
kereta pun bertolak dengan perlahan. Entah lah bila masa akan ke sini lagi.
Zara Irdina mengesat air jernih di penjuru matanya. Ini harga sebuah
pergorbanan untuk cinta dia dan Tengku Izraf Akif. Dia mengeluh perlahan, tidak
mampu untuk meninggalkan Tengku Izraf Akif kerana anak yang dikandungnya ketika
ini.
“Jangan mimpi nak
tinggalkan aku lah, sudah lah aku ada kau seorang saja sekarang.,” dupp, ayat
itu membuatkan Zara Irdina tersedar dari khayalannya. Dia nie ler... huish..
semua dalam kepala otak orang dia boleh baca.
“Apa??”
“Jangan buat berlagak nak
tinggalkan aku sorang-sorang pulak..,” Eh, dia tahu rupanya apa yang aku fikirkan.
“Tak sanggup lah nak
tinggalkan kau dengan perut memboyot nanti. Sebab itu aku ikut kau,”
“Jangan beri alasan macam
tu,sebab selepas ini hanya kita berdua saja yang tinggal. Kau tu ada aku saja
nanti,” sedihnya dengar. Aku anak yang ditinggalkan oleh ibu sendiri. Dan dia
pula anak yatim piatu sejak masih kecil. Aku dan dia hanya menumpang kasih
orang. Dia menumpang kasih dengan bonda. Dan aku mujur lah ada papa dan mama
yang sanggup memelihara aku yang serba kekurangan ini.
“Tak lah, aku ada papa,
mama, bonda dan adik beradik yang lain,” kata Zara Irdina mengingatkan
suaminya. Merajuk atau patah hati nih? Sampai macam nie sekali yer. Kita kena
belajar terima hakikat, Akif.
“Jadi aku tak penting lah
dalam hidup kau?”
“Tak. Aku ikut kau sebab
aku mengandung saja..,”
“Agak dah!” kata Tengku
Izraf Akif. Muka dia, jangan tengok waktu sekarang. Sudah hilang wajah
kesegakannya yang dipandang selama ini. Zara Irdina hanya tersenyum. Macam mana
lah agaknya bila Iskandar Shah ada nanti, kalau lah perangai papanya macam ini?
“Shah, jangan ikut papa,
sebab selepas ini mama rasa, tak ada lagi perempuan yang sanggup bersabar
seperti mama..,” ujarnya sambil memandang anak Tengku izraf Akif.
“Nak cakap kata teruk lah
suami kau ni?”
“Ha ha ha, malas nak
bergaduh. Nak tidur!”
“Tidur memanjang, itu saja
lah kerja kau sekarang yer..,”
“Orang mengandung, jadi ada
kelebihan tersendiri..,”
“Hmm..,” kalau lawan bercakap, memang tak nak mengaku
kalah. Zara Irdina tu kan bekas pemidato terbaik sekolah.
Hmm... kenapa hati
tiba-tiba rasa sedih teramat sangat. Terbayang wajah papa dan mama. Wajah bonda
yang berhati mulia. Sanggup berkorban untuk cinta aku dan anak kesayangannya
ini. Perjalanan baru setengah jam tetapi berpuluh-puluh kenangan datang dalam
bayangan matanya. Teringat sangat!
Mungkin kah dia di sebelah ku
turut merasa apa yang aku rasa kala ini. Meninggalkan daerah tercinta ini amat
memeritkan rupanya. Aku rasa macam nak demam sekarang. Tidak menyangka
orang akan halau aku gara-gara aku anak luar nikah Sharifah Kamariah dan dot..
dot..dot. Siapa lelaki itu? Tengku Borhan ke? Atau???? Dan yang paling orang
marah sebab aku berkahwin dengan anak raja sebelah rumah aku. Dia kan lelaki
idaman, tiba-tiba kahwin dengan orang seperti aku. Mau tak marah. Rasanya satu
dunia marah dengan aku.
Kadang-kadang kita rasa
seperti tidak percaya saja semua ini boleh berlaku dalam kehidupan kita. Rasa
seperti mimpi pula. Dan mimpi selalunya akan hilang setelah kita sedar dari
alam lena. Bukan seperti sekarang, kita perlu menghadapinya.
Entah lah, sukarnya untuk
menafsirkan sebuah kehidupan.
“Dah sarapan ke?” kejut
suara suaminya. Baru nak terlelap.
“Tak lapar lagi lah, kau
tak makan di istana tadi?” tak sempat nak makan kat rumah hari ini. Tak ada
selera.
“Tak sempat nak makan.
Semua orang asyik menangis dan bersedih saja. Mood nak makan pun hilang,”jawab
Tengku Izraf Akif.
“Ler, kasihan kat kau!”
kata Zara Irdina sambil membuat mimik muka sedih kepada suaminya.
“Menyampah aku tengok. Jom
singgah makan dulu. Aku nak makan sekarang,”
“Okey lah!”
Kami akan hidup berdua
selepas ini. Harap-harap cinta dan kasih sayang boleh melawan onak dan duri
yang akan datang dalam rumah tangga kami nanti.
Tengku Izraf Akif memimpin
tangan isteri kesayangannya berjalan perlahan-lahan menuju ke restoran makan.
Aku akan memimpin tanganmu
sayang sehingga ke akhir hayatku. Kata Tengku Izraf Akif di dalam hatinya.