Zara
Irdina nie rasanya perlu diajar cukup-cukup, sebab jual mahal sangat. Bukan dia
tidak tahu aku menyimpan perasaannya terhadapnya. Sejak dari zaman sekolah
rendah lagi aku sudah jatuh hati kepadanya. Dan semuanya telah aku buktikan
kepadanya. Ucapan dan kata-kata tetapi Zara Irdina menolaknya atas alasan
kerana aku anak raja, dia rakyat jelata. Itu sebabnya Zara Irdina menolak
cintaku, menolak kasih sayangku, kerana semua itu terhalang dek darjat.
Wal hal
keluarga kami tidak pernah meletakkan darjat sebab perbezaan dalam kehidupan.
Anak raja, anak rakyat ke kita ini hanya manusia biasa, punya kelemahan dan
kekurangan. Kalau hendak dibandingkan di sisi ALLAH, kita sebenarnya sama,
kecuali iman, perbuatan dan ketakwaan kita kepada maha pencipta kita. ALLAH
tidak menilai kita kerana darjat, kerana kemewahan atau kemiskinan, tetapi
ALLAH melihat keimanan kita kepadaNYA.
Zara
Irdina, aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua. Cukuplah kau mendera hati
aku dengan bercinta dengan Akmal tak sedar diri itu, malah pandai-pandai pula
pergi bertunang dengan Akmal, sedangkan Akmal memang tidak layak untuk kau lah,
tengok Akmal buat apa kat kau, dia hina kau lah, Zara Irdina. Bukan kah dengan
melukakan hati kau, Akmal juga telah menglukakan hati aku.
Tetapi
sebelum aku nak ajar Akmal, aku nak ajar kau dulu, Zara Irdina. Geram sangat
aku dengan kau.
Tengku
Izraf Akif menyandarkan badannya di sofa panjang. Sebaik pulang dari rumah Zara
Irdina dia terus masuk ke dalam bilik. Bilik mereka sebenarnya terpisah dengan
pagar dawai ini saja. Sebenarnya dia setiap hari melihat Zara Irdina dari sini,
cuma Zara Irdina saja yang tidak sedar, ataupun buat-buat tidak sedar.
“Akif!”
tegur Tengku Cempaka yang datang bersama kakaknya, Tengku Mawar.
“Apa ni
bonda, masuk bilik orang tak beri salam!” tegur Tengku Izraf Akif kembali.
Tengku Mawar menampar bahu adiknya kerana membalas kata-kata bonda sebentar
tadi.
“Asyik
berangan saja kerjanya sekarang..,” balas Tengku Cempaka. Tahu anak lelakinya
ini mesti teringatkan buah hati di sebelah. Kena cepat-cepat kahwinkan Akif dan
Zara ni, nanti jadi yang tak sepatutnya, siapa nak tanggung?
“Mana ada
lah, bonda!”
“Kalau dah
tak tahan sangat, melamar saja lah. Buat ikut adat. Esok bonda dan ahli
keluarga kita akan jumpa keluarga Tengku Azlin, untuk memohon maaf dan
membatalkan pertunangan Akif dan Tengku Azlin. Akif kena ikut sekali,” beritahu
Tengku Mawar. Tengku Azlin pun ada perasaan
juga lah, walaupun aku tak berkenan dengan dia, tetapi semua ini perlu
dilakukan secara baik supaya hubungan antara dua buah keluarga tidak tercemar.
“Beres,
malam ni pun boleh kalau nak jumpa keluarga Azlin tu!” jawab Tengku Akif. Orang
nak mulakan hidup baru mesti ada perancangan.
“Zara kat
sebelah tu macam mana pulak? Bonda beri masa sampai bulan ni saja, kalau tak kahwin
juga, siap Akif. Baby kat dalam tu, perlukan ayahnya!” ugut Tengku
Cempaka. Suka sangat cakap Zara Irdina
mengandung anak dia, sampai satu daerah tahu, Tengku Akif buat jahat. Orang sudah bercakap di mana-mana saja, Akmal
putus kan perkahwinan kerana Zara Irdina anak haram, itu tak sakit hati lagi,
tetapi pedihnya jiwa, bila orang bercakap Zara Irdina dan Tengku Akif
terlanjur. Cepat sangat berita macam ini sampai ke mulut orang.
“Aih,
bonda ni terlebih dari saya pulak lah ni..,”
“Cekap kau
yer, belum sempat Akmal buat apa-apa kat Zara, kau dah tempah dulu..,”usik
Tengku Mawar. Di pejabat pun orang cakap mereka ini sudah terlanjur. Sudah lah
bekerja satu ofis.
“Ha ha
ha.. jangan cakap kuat-kuat, tahu dek Zara Irdina buah hati hamba tu, mengamuk
mengalahkan garuda nanti..,” balas Tengku Akif. Zara Irdina masih suci lah.
Orang suka cakap apa yang mata nampak, pada hal mata sudah pun menipu kita. Aku
hanya mencium dahi Zara Irdina tetapi sudah boleh mengandung si Zara tu? Kah..
Kah.. Kah.. tak lojik langsung.
“Tahu pun
takut dengan Zara yer!” balas Tengku Cempaka pula. Sukanya kalau Zara Irdina
jadi menantu aku. Cepat lah kahwin, Akif, bonda tak sabar nak sambut cucu nih.
“Bonda,
restu tak saya dengan Zara??” soalnya Tengku Akif. Tahu bonda suka Zara Irdina,
tetapi sanggupkah terima Zara Irdina, anak luar nikah itu?
“Kahwin
lah, bonda tak sabar nak sambut cucu lah!”
“Hah??”
“Bonda
terima sesiapa saja yang Akif sayang, yang Akif cintai, itu lah bakal
menglahirkan pewaris keluarga kita,” ucap Tengku Cempaka sambil tersenyum.
“Terima
kasih, bonda!” jawab Tengku Akif, senang hati.
“Zara
Irdina tu baik lah, Akif. Dia tak bersalah!”
“Yang
bonda marah hari tu kenapa? Kasihan dengan Zara sebab bonda marah dan berkasar
dengan dia?”
“Kau peluk
cium dia depan orang ramai, pastu buat cerita tak senonoh, tak kan lah mama nak
peluk cium dia depan orang pulak???” suara Tengku Cempaka sedikit keras. Aku pun sakit hati dan geram lah, boleh buat
benda macam ini depan orang? Tak malu ke? Kalau tak malu dengan masyarakat,
sekurang-kurangnya malu lah dengan ALLAH.
Jadi, ahli
keluarga aku termasuk dengan bonda, memang tak ada masalah, semua sudah restu
hubungan aku dengan Zara Irdina, cuma Zara Irdina saja yang bermasalah sekarang.
Tambahan lagi dalam keadaan sekarang ini, lagilah susah kalau nak ajak kahwin.
Seminggu
cuti kahwin tak jadi, hari ini sudah nampak muka Zara Irdina di dalam ofis.
Bilik mereka jauh juga, tetapi kereta Zara Irdina ada di sebelah kereta
kakaknya. Berhari-hari mengurungkan diri dalam rumah saja, hari ini sudah mula
membiarkan muka ini terkena panas matahari. Harap Zara Irdina sekuat matahari,
dan setabah bulan di malam hari.
“Hoi!”
sergahnya dari belakang Zara Irdina. Terkejut Zara Irdina dibuatnya.
“Salam
mana?”
“Salam
apanya?”
“Beri lah
salam, nie kau terus masuk bilik aku, buat hal nak bagi kecoh keadaan lagi lah
tu. Sudah lah pagi tadi orang asyik
kutuk aku dengan kau!”
“Biar
lah.. kau nie kenapa?” soal Tengku Akif apabila melihat wajah Zara Irdina
menahan kesakitan. Tangan kanan Zara Irdina sejak dari tadi memegang perutnya
sendiri. Sahih period!
“Period
lah, lupa bawa pads!”
“Kau nie
memang pelupa ke atau apa nih, sejak dari zaman sekolah sampai sekarang, masih
tak ubah-ubah!” kata Tengku Akif terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan
Zara Irdina.
Dulu masa
kat sekolah, sampai habis baju sekolah terkena darah, mujur Tengku Akif sempat
melihatnya, dan terus bangun menutupkan baju Zara Irdina yang terlekat darah
merah itu dengan jaketnya.. Ketika itu Zara Irdina sedang menulis jawapan
sejarah di papan hitam. Sejak hari itu, Tengku Akif akan mengingati tarikh
penting ini sehinggalah sekarang.
Tengku
Akif menarik lacinya, setiap bulan dia akan belikan “hadiah istimewa” ini untuk
Zara Irdina apabila sampai tarikh tersebut, malah dia akan letakkan hadiah ini
di atas meja Zara Irdina tanpa pengetahuan Zara Irdina. Hari ini kalau
diberikan kepada Zara Irdina, bocor lah rahsia, tetapi antara kami mana ada
rahsia lagi.
“Nah!”
kata Tengku Akif. Terbeliak mata Zara Irdina memandang pads di atas mejanya.
“Kau yang
hadiah kat aku setiap bulan?”
“yup, aku
kan suami kau!”
“Mimpi..,”
“Mimpi
yang bakal menjadi kenyataan tak lama lagi..,”
Zara
Irdina mengambil pads di atas meja dan terus menuju ke bilik air yang dekat
dengan biliknya. Tengku Akif masih di situ.
“Kau pergi
lah keluar, tunggu apa lagi kat situ?” jerit Zara Irdina dari dalam.
“Dina,
kita kahwin esok nak tak?”
“Apa?”
“Kahwin
lah..
“Kenapa
kau nak kahwin dengan aku? Aku nie anak luar nikah, janda pulak tu. Lagi pun,
kau anak raja lah, aku nie apa pun tak ada!”
ujar Zara Irdina dari dalam bilik air.
“Itu lah
alasan kau, sejak dari dulu lagi sampai sekarang, tak ubah-ubah!”
“Memang
betul pun kan?”
“Dina, aku
nak cakap kat kau, kalau cara terhormat kau tolak, aku akan buat cara kasar
lah..,”
Dammm..
pintu bilik Zara Irdina di tolak dengan kasar sekali.
Orang
sudah heboh tentang apa yang berlaku. Sana-sini orang asyik cakap perkara yang
sama. Ada yang sekadar bergurau senda saja, tidak kurang juga yang mencela dan
mengata. Tetapi tengok Zara Irdina
tenang saja, mungkinkah Zara Irdina sudah dapat menerima semua ini dengan
tenang hati, ataupun redha saja dengan apa yang berlaku.
“Bos!”
panggil Aida, setiausaha kepada Zara Irdina. Dia tidak perlukan PA, kerana
selesa menguruskan hal-hal pejabat dengan sendirinya. Payah kalau ada PA ni.
“Yup,
kenapa?”
“Kahwin
lah, tunggu apa lagi...,”
“Bos awak
yang tak sudi!”
“Dia masih
sayangkan Akmal kut!”
“Boleh
jadi lah tu!”
“Orang
macam Akmal tu tak layak lah jadi suami Zara Irdina, perangai macam anak hantu!”
“Awak
pergilah cakap dengan bos awak!”
Aida
menghulurkan fail di atas meja Tengku Izraf Akif. Terdengar Zara Irdina sedang muntah di bilik
sebelah. Perut tak diisi, masih angin lah tu. Kata Mama, sudah banyak hari Zara
Irdina tidak makan, hanya minum air kosong saja. Tahan diri sangat dari makan,
siapa suruh.
“Kenapa
pula dengan bos saya tu!” cemas suara Aida. Betul ke Zara Irdina mengandung?
Kalau muntah macam ini sahih dah ada isi. Jadi betullah cakap orang kan? Tak pernah muntah-muntah pun sebelum ini.
“Jom, kita
tengok!” ajak Tengku Akif bergegas ke bilik sebelah. Tengku Mawar turut datang ke bilik Zara
Irdina. Muka Zara Irdina sudah pucat lesi. Letih sangat hari ini kerana sudah
banyak hari dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.
Ramai lagi
yang datang mahu melihat keadaan Zara Irdina.
“Orang
mengandung memang lah macam tu..,” sindir Rohaya, PA kepada Tengku Mawar. Zara
Irdina menjeling tajam. Tengku Akif menghampiri Zara Irdina lalu memegang
tangan kanan Zara Irdina.
“Kita ke
klinik, nak?” ajak Tengku Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.
“Nak check
apa lagi? Ini penyakit orang mengandung lah. Kahwin lah. Tak kan nak biarkan
baby tu tak ada ayah kut. Buat berani, nak tanggung tak berani lah pulak..,”
celah Rohaya lagi. His, aku tampar mulut tu baru tau.
“Saya
mengandung pun tak ada kaitan dengan awak lah..,” balas Zara Irdina. Ini Tengku
Akif punya pasal lah. Aku sakit kepala dari semalam ,datang ofis lagi sakit
kepala sebab dengar cerita mengarut ini.
“Tapi ada
kaitan dengan maruah syarikat kita lah. Susah sangat ke nak kahwin itu, Tengku
Akif tak masalah pun, awak saja yang tak sudi. Jual mahal tak bertempat!” balas
Rohaya lagi dan terus keluar pergi. Pulak??
“Aku
hantar kau balik, rehat kat rumah saja!” tegas suara Tengku Akif sambil menarik
tangan Zara Irdina. Tengku Mawar mengangguk tanda setuju dengan cadangan
adiknya.
Zara
irdina patuh!