ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 18)
MEREKA
SUDAH berada di hadapan rumah Sharifah
Madziah pagi ini. Puas Zara Irdina menolak tidak mahu datang tetapi Tengku
Izraf Akif tetap dengan keputusannya. Puan bertengkar pagi tadi di dalam bilik,
akhirnya Tengku Izraf Akif yang menang.
Loceng
ditekan sekali lagi. Ini kali ketiga. Mujurlah Sharifah Madziah muncul di
hadapan pintu.
“Saya nak
bercakap dengan puan!” kata Tengku Izraf Akif selepas Sharifah Madziah menjawab
salamnya.
“Yer, apa
hal.. sebelum itu awak nie siapa?” tanya Sharifah Madziah agak tergesa-gesa apa
tah lagi apabila terpandang wajah Zara Irdina di sebelah Tengku Izraf Akif.
“Saya
suami Zara Irdina. Tengku Akif anak Tengku Borhan!” perkenalkan diri Tengku
Izraf Akif membuatkan mulut Sharifah Madziah terbuka luas. Macam sengaja saja
beritahu macam tu. Selalunya kalau jumpa orang yang tidak kenal tak pernah pun
cakap nama sebegitu. Hanya beritahu nama saya Akif saja. Hari ini kenapa? Zara
Irdina tersenyum saja. Nak tergelak pun ada tengok sikap suaminya pagi ini.
“Apa??????”
“Ha, ah,
saya anak Tengku Borhan. Zara ini isteri saya, kalau betul lah kami nie adik
beradik, macam mana sekarang. Sebab dalam perut Zara tu ada benih saya..,”
sambung Tengku Izraf Akif lagi. Geram sangat pagi ini apabila melihat wajah
Sharifah Madziah yang melakukan perbuatan tidak wajar ke atas isterinya.
Menghalau Zara Irdina disebabkan Zara Irdina ada kenangan pahit Sharifah
Kamariah? Salah Zara Irdina ke semua ini? Wal hal Zara Irdina adalah seorang
anak yang turut menjadi mangsa kepada keadaan yang berlaku.
Muka
Sharifah Madziah pucat lesi. Hitam legam kerana ketakutan. Rasa pening
tiba-tiba dengan kata-kata Tengku Izraf Akif.
“Jom lah
balik. Puan, maafkan suami saya!” ucap Zara Irdina. Sudah lah tipu Sharifah
Madziah, dia bukan anak Tengku Borhan pun. Abang nie lah, tak pasal-pasal nanti
Sharifah Madziah jatuh sakit pula.
“Saya nak
tanya, betul ke Zara Irdina ni anak luar nikah ayahanda saya?” tekan Tengku
Izraf Akif. Aku memang tak tahu menahu cerita lama ini kerana semua ini berlaku
ketika kami masih kecil. Tup-tup keluar cerita Zara Irdina ni anak Tengku
Borhan pula. Anak Sharifah Kamariah itu betul, sebab Sharifah Kamariah ada lah
jiran terdekat kami. Dia menyewa di sebelah rumah Wan Aisyah.
“Saya..
arrr.... hmmm..,” tergagap-gagap mulut Sharifah Madziah.
“Apa?
Cakaplah..” tegas Tengku Izraf Akif lagi.
“Tak
tahu.. kita orang agak saja, lagipun Sharifah Kamariah tak pernah cakap pun dia
mengandungkan anak siapa dulu....,” jawab Sharifah Madziah ketakutan. Adiknya
itu hanya diam saja bila disoal siapa punya angkara. Tidak pernah bercakap
siapa orangnya. Pandai sungguh Sharifah Kamariah berahsia. Kebetulan Sharifah
Kamariah bekerja di syarikat kepunyaan Tengku Borhan dan Tengku Borhan pula baik
dengan Sharifah Kamariah.
“Astagfirullahazim,
puan tahu tak, puan dah fitnah ayahanda saya. Fitnah ini dosa besar tau tak?”
suara Tengku Izraf Akif agak tinggi sedikit. Zara Irdina memegang tangan
suaminya.
“Hanya
adik saya saja yang tahu siapa orang yang memperkosakannya...,” jawab Sharifah
Madziah perlahan.
“Saya nak
berjumpa dengan Sharifah Kamariah!” beritahu Tengku Izraf Akif. Itu saja jalan
yang ada, untuk mengetahui kebenarannya hanya Sharifah Kamariah saja yang tahu
siapa orangnya sebab Tengku Borhan sudah meninggal 10 tahun yang lalu.
“Tak
boleh, sebab suami adik saya tak tahu cerita ini..,” halang Sharifah Madziah.
“Saya apa
peduli!”
“Tak apa
Puan, nanti saya pujuk suami saya. Apa pun terima kasih yer!” kata Zara Irdina
sambil menarik tangan suaminya pergi dari situ. Makin lama nanti, lagi banyak
yang dia soalkan kepada Sharifah Madziah. Tak pasal Sharifah Madziah pengsan
pula pagi ini.
Kunci
kereta di dalam kocek seluar suaminya diambil. Semua barang sudah dimasukkan ke
dalam kereta tadi. Tengku Izraf Akif saja yang tak tahu. Baru nak buka pintu
kereta.
“Jom, kita
ke rumah Sharifah Kamariah pula..,”
“Nak buat
apa? Sudah lah dia dah lama hidup terseksa. Tak pasal-pasal nanti rumah tangga
dia retak pula dengan kedatangan kita berdua!” kali ini aku perlu berkeras. Tak
boleh biarkan Tengku Izraf Akif ke rumah Sharifah Kamariah yang tidak jauh dari
sini. Apa tah lagi ahli keluarga Sharifah Kamariah sedang berkumpul waktu ini.
Sedang bersarapan pagi agaknya
“Nak tahu
kebenarannya lah..,”
“Tak
payah. Cukuplah dengan apa yang kita tahu semua ini..,”
“Abang nak
pergi juga,”
“Jom lah
balik. Dina dah tak tahan nie, sakit kepala nak termuntah semuanya ada. Nak
balik dan berehat kat istana saja nie..,” pancing Zara Irdina sambil memegang
dahinya.
“Nak termuntah??
Tengok sihat saja!”
“Muntah
kat sini, baru tau!”
“Muntah
lah abang nak tengok!” katanya sambil tersenyum. Sudah lupa akan hasratnya
untuk ke rumah Sharifah Kamariah. Kunci di tangan Zara Irdina diambilnya.
“Fikir
tentang Iskandar Shah kat perut Dina nie lagi baik dari kita jumpa Sharifah
Kamariah. Lagipun kita tak tahu akibatnya kepada Sharifah Kamariah dan
keluarganya. Dina tak nak keluarga dia retak kerana kita berdua..,” rayu Zara
Irdina dalam kereta.
“Dina tak
kisah, siapa ayah Dina?”
“Dina tak
pernah nak ambil tahu pun tentang itu. Tak pernah fikir pun siapa lelaki yang
teruk tu. Cuma nak jumpa mak saja, sebab kasihan kat mak sebab kena menanggung
semua itu,” kata Zara Irdina. Kereta mula bertolak. Tengku Izraf Akif yakin ini
bukan perbuatan ayah angkatnya. Mungkin ada orang lain selain ayah angkatnya.
Kita tak tahu kan?
“Lelaki
itu memang teruk, tetapi kerana sikap teruk dia lah, Zara Irdina, lahir kat
dunia ini..,” tengok dia cari alasan macam itu juga. Sebuah tamparan kecil
hinggap di lengan Tengku Izraf Akif.
“Kau pun
teruk juga, hampir nak buat benda yang sama kat aku kan?” balas Zara Irdina.
Tengku Izraf Akif tersenyum saja.
“Sharifah
Kamariah silap, sepatutnya dia kahwin saja dengan lelaki tak guna itu. Aku rasa
lelaki nie memang sukakan Sharifah Kamariah..,”
“Ooo,
sokong lelaki jahat itu nampaknya?”
“Bukan
sokong lah. Jalan yang baik, adalah perkahwinan, ikatan yang halal dan yang ALLAH redha. Lepas dah
dapat tu, buat lah apa pun. Sebab itu bila dah kahwin, orang tak panggil kena
rogol atau perkosa, sebab sudah ada ikatan yang sah,”
“Pandai
lah cakap. Shah, papa Shah nie memang sanggup buat apa saja untuk dapatkan Shah
dulu,”
“Bukan
dapatkan Shah, dapatkan mama lah,”
“Bukan nak
sangat ke dapat Iskandar Shah ni?”
“Dah..
dah.. tak larat nak merapu dengan kau. Nak termuntah lah, apa lah. Akal saja
lebih!?”
Tetapi
sepanjang jalan memang muntah pun sebab alahan atau pun sebab mabuk naik kereta
dari Johor balik ke Pahang. Habis baju Tengku Izraf Akif terkena muntah Zara
Irdina.
Sampai
lambat ke Pahang kerana terpaksa berhenti banyak kali. Berhenti muntah lah,
berhenti solat dan sebagainya lagi. Ketika sampai hari dah nak malam. Nampak
Zara Irdina letih sangat.
“Dina nak
balik rumah mama!” beritahu Zara Irdina sebaik saja kereta masuk ke kawasan
rumah mereka berdua.
“Tidur di
bilik abang saja malam ini.Tengok Dina tak sihat sangat ni”
“Nanti apa
pula kata saudara mara abang. Tengok macam ramai orang kat istana saja malam
ini,”kata Zara Irdina. Saudara mara sudah pulang berkumpul kerana majlis
perkahwinan Tengku izraf Akif sudah tidak banyak hari lagi. Begitu juga dengan
keluarga di sebelah Wan Yusuf dan Wan Aisyah.
“Rumah
Dina pun sama jugak lah!” balas Tengku Akif.
“Rumah
Dina tak ada masalah!”
“Abang
bawa Dina ke klinik dulu, lepas tu kita sewa hotel!”
“Jom!”
“Aik,
setuju saja ni!”
“Teruk
rupanya alah ni.. lagipun nak suruh abang temankan Dina malam ni..” dia tentu
setuju sebab Tengku Iskandar Shah dalam perut aku ni. Sayang sangat dengan si
sulong ini mengalahkan sayang kat aku. Tapi tak mengapa lah, sebab anak kami
berdua kan?
“Manja yer
sekarang! “ kata Tengku Izraf Akif sambil memicit hidung isterinya yang comel
itu.
Bila lagi
nak bermanja kan? Ke ke ke...,