ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 22)
“Ikut suka
lah nak merajuk ke apa ke, nak tarik muka masam ke, buat lah!” tegur Tengku
Izraf Akif ketika Zara Irdina sedang menghiaskan dirinya kembali. Mujurlah
boleh hilang pening kepala ini selepas sejam berlalu. Sekarang, ada majlis di
rumah papa pula, tentu papa sedang menunggu di rumah. Tidak mahu melenggahkan
masa selepas majlis akad nikahnya pagi tadi. Kahwin anak raja nih, banyaknya
acara yang perlu dilalui. Itu pun dah buang sesetengah majlis. Kalau tidak lagi
lah meletihkan. Penat giler!
“Nampak
macam abang tak sayang Dina saja?” katanya selepas selesai menghiaskan
bibirnya. Nampak muka tak pucat lah sangat. Mujurlah tak muntah-muntah lagi.
Barangkali muntah hari itu kerana terlampau stress kut, bukan sebab alahan pun.
“Aku tak
akan tidur dengan perempuan yang aku tak suka, atau tak sayang atau tak ada
cinta lah. Atau bahasa kasarnya aku tak akan buatkan perempuan yang aku tak
suka tu sampai mengandung benih aku macam apa yang kau rasa sekarang, faham
tak?” kata Tengku Izraf Akif sambil menolak dahi Zara Irdina dengan lembut
saja.
“Oo, itu
maknanya sayang lah bagi kau, sampai jadi begini?”
“Terlebih
sayang lah tu!” balas Tengku izraf Akif sambil mengenyitkan matanya. Kasarnya
bahasa dan kelakuan. Tetapi anak raja. Namun begitu perangainya terlalu kasar,
kata-kata lagi lah. Anak raja katakan. Tetapi yang mahal ada dalam dirinya, dia
tidak tinggal sembahyang. Sehebat mana pun kita, kita perlu sedar, kita hanya
hamba ALLAH. Itu katanya ketika aku kenal dia dari zaman sekolah lagi.
Tetapi
dengan Zara Irdina saja yang kasar pun dengan orang lain dia berbudi bahasa.
“Boleh
jalan tak ni? Tak pening dah ke?” soalnya ketika keluar dari istana. Orang
sudah mula ramai di istana.
“Okey
lah!”
“Kita naik
kereta lah!”
“Nak naik
kereta ke rumah papa? Tak sempat nak panas punggung, dah sampai lah. Jalan kaki
lah anak raja. Kau kahwin dengan rakyat jelatakan? Jadi kena biasakan diri
hidup susah nanti,”
“Aku tak
kisah hidup susah pun, takut kau yang tak nak nanti!” berbual sambil berjalan, rumah dekat sangat.
Tak sampai 15 langkah dah sampai pun di hadapan rumah papa. Kehadiran mereka
berdua disambut dengan paluan kompang. Amboi, papa ni. Zara Irdina memandang
wajah Wan Aisyah, Tengku Cempaka dan anak-anak Tengku Cempaka turut berada di
sini. Syazana dan Ayuni datang menyambutnya dan memimpin mereka berdua ke
tempat bersanding. Ada apa lagilah kat sini agaknya? Zara Irdina memandang
wajah suaminya, lantas Tengku Izraf Akif menyambut tangan kanannya, lalu
digenggam erat.
“Kita
bertuah hari ini sebab dapat bersanding dengan Tengku Iskandar Shah.., sempat
lagi dia bergurau dengan isterinya yang tersenyum manis hari ini.
“Lepas nie
kita rancang elok-elok, takut tiap tahun mengandung nanti..,” ujar Zara Irdina
kembali. Mudah lekat rupanya aku nih.
“Ha ha
ha.. nasib kau lah lepas ni..,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina menampar
bahu suaminya.
Shahir,
tunang Syazana menjadi pengacara majlis. Selesai memberi kata aluan, dijemput
Uztaz Musa membacakan doa. Selesai membaca doa, Shahir menjemput Wan Yusuf dan
Wan Aisyah untuk memberi ucapan pula.
“Dijemput
Tengku Akif dan Irdina datang ke pentas sekarang!” kata Shahir mempersilakan
mereka berdua. Tengku Izraf Akif bangun terlebih dahulu, menghulurkan tangan
kanannya ke arah Zara Irdina lalu berjalan berpimpin tangan menuju ke pentas.
“Akif,
mulai hari ini papa serahkan Zara kepada kau. Berilah dia kasih sayang yang
tulus dan ikhlas dari hati kau nanti. Hidup berumah tangga ini ada onak dan
duri, ada jalan berliku dan jurang yang dalam. Andainya Zara bersedih nanti,
kau jadilah penghibur hatinya, Andainya Zara menangis, tolong kesatkan air
matanya, andainya Zara berduka, kau jadilah penghibur hatinya,” ucap Wan Yusuf
sambil memegang tangan Tengku Izraf Akif. Air mata Zara Irdina mengalir
perlahan.
Kerana
papa lah, Zara kenal apa itu erti kasih sayang seorang ayah. Papa tak pernah
bezakan Zara, biar pun Zara hanya anak angkat papa saja!
“Zara,
mulai hari ini, tanggungjawab Zara adalah untuk suami Zara. Tugas isteri adalah
taat dan patuh pada suaminya. Sekiranya hati Akif, gundah gulana, Zara perlu
tenangkan hati Akif nanti. Sekiranya Akif berada di dalam kesusahan, Zara ada
lah kesenangan untuk hati Akif. Papa doakan Zara dan Akif bahagia hingga ke
syurga,” kata Wan Yusuf sambil mengenggam tangan Zara Irdina pula.
“Terima
kasih papa, kerana jaga Zara macam anak papa sendiri. Papa beri kasih sayang
untuk Zara seperti mana papa sayangkan Syazana dan Ayuni. Zara tahu pergorbanan
papa dekat Zara tak mampu Zara balas sepanjang hayat Zara,” ucap Zara Irdina
terharu dengan kata-kata papa lagi. Zara
Irdina melepaskan tangan papanya, dia berjalan menuju ke arah Wan Aisyah yang
sedang duduk berdekatan dengan Tengku Cempaka. Lalu dia melutut di hadapan Wan
Aisyah.
“Terima
kasih mama, mama besarkan Zara, beri kasih sayang kat Zara dengan begitu banyak
sekali. Zara....,” ucap Zara Irdina sambil menangis. Aku kenal kasih sayang
seorang ibu melalui mama, kerana ibu kandung aku membuang aku di hatinya untuk
selama-lamanya. Tanpa kasih sayang mama, rasanya aku bukan lah seperti hari
ini. Tanpa dia, mungkin aku sudah lama kalah dan lemah untuk berhadapan dengan
kehidupan sekarang. Tetapi dia sanggup agihkan kasih sayangnya untuk aku yang
disisihkan oleh ibu kandungku sendiri. Walaupun dia tak lahirkan aku tetapi aku
sayangkan dia, kerana dia adalah ibuku di dunia dan akhirat.
“Zara buat
macam nie sebab Zara sayangkan abang akif, mama. Ampunkan Zara, mama!” ucapnya
perlahan.
“Mama
sayangkan Zara lah!” ucap Wan Aisyah sambil memeluk Zara Irdina dengan erat.
“Syukur
alhamdulillah. Dia orang tak salah, Aisyah. Doakan dia orang bahagia dunia dan
akhirat!” celah Tengku Cempaka sambil menepuk bahu Wan Aisyah.
“Mama
sentiasa doakan untuk Zara. Mama tahu Akif boleh jaga Zara,” ucap Wan Aisyah
turut merasa terharu. Zara Irdina adalah buah hatinya. Sewaktu Sharifah
Kamariah datang untuk menyerahkan Zara Irdina kepadanya, dia tiada anak setelah
empat tahun berkahwin. Selepas datang Zara Irdina, barulah dia mengandung dan
dapat anak. Itu pun selepas Zara Irdina berusia tiga tahun.
Sharifah
Kamariah serahkan Zara Irdina, umur Zara Irdina baru seminggu. Masih terlalu
kecil. Anak ini yang datang tanpa nama, terus diberikan nama Zara Irdina, dan
nama Zara Irdina diberikan oleh Tengku Cempaka sendiri. Tengku Cempaka yang
turut rapat dengan Sharifah Kamariah kerana Sharifah Kamariah adalah pekerja di
syarikat suaminya.
“Akif
memang kena jaga Zara pun, mama!” balas Zara Irdina sambil merenggang
pelukannya. Tengku Izraf Akif tersenyum,
senang hati. Bukan dia tak tahu, aku gilakan dia, Cuma sengaja mulut tu nak
bergaduh dengan aku. Tetapi kalau diingatkan, memang begini lah hubungan kami
sejak dari sekolah lagi. Jadi, apa nak buat? Bukannya boleh buang semua ini.
Permintaan
mama dan papa supaya mereka pengantin baru ini bermalam di sini saja. Jadi,
permintaan ditunaikan. Tengku Izraf Akif memang tidak kekok untuk tinggal di
sini kerana dia memang sudah biasakan diri berada di rumah Wan Yusuf. Jadi tak
ada masalah.
“Kalau nak
ikutkan, malam ini malam pertama kita lah kan?” kata Tengku Izraf Akif ketika
menutup daun pintu. Saudara mara Zara Irdina ada yang bermalam di sini, dan ada
yang menginap di hotel berdekatan. Dia orang semua baik-baik dan menganggap
Zara Irdina seperti saudara sendiri.
“Berapa
kali malam pertama ni?” balas Zara Irdina yang sudah meletakkan kepalanya di
atas bantal. Esok majlis besar, malam ini elok berehat sepuasnya. Tak nak lah
layan Tengku Izraf Akif nih.
“Nak kacau
kau pun, Shah dah ada dalam perut tu. Hish, rugi, rugi...,” kata Tengku Izraf
Akif sambil tumpang tidur di bantal Zara Irdina. Tengku Izraf Akif merenung
wajah comel isterinya.
“Tolong
hormatkan perempuan yang tengah hamil yer!” ujar Zara Irdina pula.
“Ha
lah..., tapi kalau aku nak jugak, aku tak kira lah..,”
“Kau pakai
kepala otak kau saja kan?” marah Zara Irdina, terus bangun. Aku pergi tidur
dengan adik-adik aku kan best malam ini. Anak raja ni bukan boleh harap sangat.
“Pergilah,
kalau kau nak rasa lawan cakap anak raja macam mana?” ugut Tengku Izraf Akif
melihat Zara Irdina sedang membuka pintu.
“Apa?”
“Aku cakap
tak boleh, kalau kau langkah juga, siap kau!”
“Tak kisah
pun!” balas Zara Irdina. Tetapi mahu saja melangkah, dia sudah rasa sesuatu di
perutnya. Rasa sakit teramat. Terus dia memaling ke arah suaminya yang sedang
memandang ke arahnya. Muka Zara Irdina berkerut menahan kesakitan.
“Akif!”
panggilnya sambil memegang perutnya. Terus Tengku Izraf Akif melompat datang
kepadanya. Dipimpinnya tangan Zara Irdina menuju ke katil semula, dan
dibaringkan Zara Irdina ke katil.
“Hah..,”
ucap Zara Irdina sepatah. Pelik. Serta merta boleh hilang rasa sakit di perut
tadi. Apa tak kena nih?
“Apa??”
jerit Tengku izraf Akif.
“Tak sakit
dah, tadi sakit sangat kat perut nih!” balas Zara Irdina turut merasa hairan.
“Aku kan
darah raja, boleh buat macam tu..,” kata Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Perangai
kau memang teruk sungguh!
“hmm..,”
“Maknanya
jangan buat benda yang suami tak suka, berdosa!”
“Nak buat
jugak!”
“Buat lah,
abang tahu lah nak ajar anak dalam perut tu ikat kaki Dina macam mana?
Tak kan
lah dia boleh buat macam tu kat anak dia. Lagi pun dalam perut ni bukan ada
rupa lagi. Aku hairan nih? Suami aku nie memang pelik lah perangai dia. Atau
itu hanya satu kebetulan?
“Dina,
abang ada benda nak cakap ni?” kena
beritahu juga sebab ini melibatkan rumah tangga kami. Zara Irdina kembali
membuka matanya.
“Cakap
lah!”
“Selesai
semua majlis kita pindah dari sini yer!” rasanya di sini sudah selesai. Aku nak
bawa balik Zara Irdina ke tanah kelahiran ku sikit hari lagi.
“Pindah??”
terus Zara Irdina tersenyum. Bestnya tak payah tinggal dalam istana sebelah
rumah.
“Yup. Kita
pindah!”
“Ke mana
tu?”
“Nanti lah
abang bawak Dina. Lagipun nak pergi bulan madu, tak boleh,”
“Okey juga
tu, nanti Dina beritahu papa dan mama rancangan abang ni..,”
“Elok juga
tu!” kata Tengku Izraf Akif. Aku pun belum beritahu Tengku Cempaka lagi tentang
hal ini. Belum tentu bonda izinkan tetapi aku harapkan bonda faham tugas dan
tanggungjawab ku selepas ini.
“Abang,
agak-agak abang, bonda tahu tak apa yang kita tahu tentang hal tempoh hari?”
soal Zara Irdina lagi. Balik hari itu, macam nak terus tanya bonda tentang hal
ini, tetapi kerana alah, kerana banyak urus kerja kahwin ini, dia terlupa hal
ini.
“Entah
lah..,” balas Tengku Izraf Akif. Dia sendiri turut terlupa hal ini.
“Nak tanya
bonda tak?”soal Zara Irdina lagi. Tetapi tak sampai hati nak soal bonda, takut
bonda tak boleh menerima dah bersedih hati pula.
“Dina, nak
ke ayahanda jadi ayah Dina?” soal Tengku Izraf Akif. Kalau betul lah kata
Sharifah Madziah, aku kahwin dengan adik angkat aku sendiri lah jawabnya.
“Tak
nak..,” biarlah orang jahat itu orang lain. Sebab aku tak nak Tengku Borhan
yang buat kerja terkutuk ini.
“Sesetengah
perkara biarlah menjadi rahsia ALLAH saja dari kita yang mengetahuinya, takut
nanti makan hati sendiri pula!” balas Tengku Izraf Akif.
Sejak kami
kahwin, aku sudah tidak mahu menerima berita yang memeritkan lagi. Cukuplah
dengan semua ini. Aku nak jadi isteri yang baik untuk Tengku Izraf Akif dan ibu
yang baik untuk anak aku nanti. Biarlah semua ini menjadi sejarah saja dalam
hidup kami.
“Abang
tengok gaya Dina nie macam nak dapat anak ramai saja kita nanti,” ubah topik.
Sebab topik tadi sakit hati sangat.
“Aik,
kenapa cakap macam tu?” Aku agak macam tu jugak. Subur sangat!
“faham
sendiri lah..,”
“Kita
ambik dua cukuplah. Seorang lelaki, seorang perempuan!” balasnya. Sengaja nak
menduga hati suaminya.
“Ambil lah
ramai sikit. Kita kan tak ada saudara mara lagi. Abang ni sebatang kara saja
lah. Elok ada anak ramai..,” gurau Tengku Izraf Akif. Macamlah aku kerja buat anak saja lepas ni.
Ingat tak ada kerja lain ke. Tanggungjawab ku lebih berat dan besar selepas
ini.
“Empat
cukup?”
“Tak
cukup, sayang!”
“Berapa
nak?”
“Hmmm...,”
dia berkira-kira sendiri.
“Dah, kau
jangan fikir yang bukan-bukan. Selepas ini Zara Irdina nak sambung belajar, nak
ada butik sendiri, nak bukak syarikat sendiri. Jadi, tolong cari duit
banyak-banyak yer, Tengku Izraf Akif!”
“Yup. Itu
yang betul Zara Irdina. Kau kena buktikan, orang seperti kau pun boleh ada
keluarga bahagia dan kau berjaya dalam hidup aku. Sebab itu aku jatuh hati kat
kau. Aku kahwin dengan kau, memang aku nak ada anak dengan kau, tetapi selebihnya kita akan saling berkongsi segala
suka duka bersama untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat!” lafaz Tengku
Izraf Akif.
Mata Zara
Irdina bercahaya.