ANAK
RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 29)
Sudah dua
bulan kami kita tinggal di sini. Jadi, dia sudah memahami tugas dan
tanggungjawab suaminya. Pagi-pagi lagi
sudah ke ladang, petang dengan kerja-kerja amalnya dan segala hal lagi yang
berkaitan dengan masyarakatnya. Dia suka bantu orang.
“Dina
nak ke mana hari ni?” soal Tengku Izraf Akif apabila pulang makan tengah hari.
Tengok isterinya sudah berpakaian cantik.
“Nak ke
rumah anak-anak yatim kat bandar!” dia penaung persatuan kaum wanita di sini.
Lantikan yang diberikan setelah tahu dia isteri Tengku Izraf Akif.
“Kurangkan
sikit kerja-kerja amal tu boleh tak?” usul Tengku Izraf Akif. Bimbang lah tu.
“Baru
empat bulan lah, boleh lagi ke hulur ke hilir!” jawab Zara Irdina mengerti
dengan maksud suaminya.
“Tak
payah lah pergi hari ini, teman abang kat rumah!” pinta Tengku Izraf Akif.
Tanggungjawabnya sebagai suami itu yang dia pentingkan. Memang dia milik
masyarakat tetapi Zara Irdina dan anaknya yang amat penting.
“Tak
boleh, Dina dah janji lah dan Mak Utih dan Kak Ramlah!”
“Kita
pergi sekali hari ni,”
“Ha,
elok juga, abang tak pernah pergi kan ke rumah anak-anak yatim?” soal Zara
Irdina. Tengku Izraf Akif mengelengkan kepalanya. Hari ini baru nak pergi.
Kami
sudah buat macam-macam kerja amal di sini. Bukan balasan yang dipinta sebab
kami buat dengan hati yang ikhlas. Tetapi kadang-kadang terfikir juga,
bagaimana dengan ahli keluarga kami yang kami tinggalkan. Bonda setiap hari
mengadu betapa dia rindukan anak lelakinya ini. Aku pula rindukan mama dan papa
aku. Majlis kenduri Syazana dan Syahir pun tinggal 3 bulan saja lagi. Mama dan
papa sibuk dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
Setiap
hari Zara Irdina akan menelefon keluarganya bercerita tentang perkembangan dia
dan suaminya di sini. Cuma tempat saja tidak diberitahu, yang lain dia
bercerita segala-galanya walaupun Tengku Izraf Akif melarang dia dari
menghubungi ahli keluarganya tetapi dia tidak kisah pun dengan larangan itu.
Hak aku kan?
“kita
orang baru balik dari rumah anak-anak yatim, bonda!” beritahu Zara Irdina,
telefon ini berbunyi ketika mereka hampir sampai di rumah. Malam ini Tengku
Izraf Akif mahu memasak untuknya. Encik suaminya ini pakar memasak jugak ni.
Sebab dia pernah tinggal di sekolah asrama dan tinggal di rumah sewa semasa
belajar di universiti. Jadi, dia sudah berdikari. Boleh masak, boleh basuh kain
baju sendiri. Kiranya tengah sarat nanti, boleh lah suruh dia buat semua itu.
“Bantu
lah selagi kita berdaya, dia orang serba kekurangan, kekurangan kasih sayang
dan harta benda,” balas bonda. Lama berbual dengan Tengku Cempaka sehinggakan
Tengku Izraf Akif siap memasak pun dia tidak sedar. Lamanya bergayut.
“Berhenti
makan dulu boleh tak?” usul Tengku Izraf Akif sambil merampas telefon. Sekadar
bertanya khabar dengan bondanya selepas itu terus tutup telefon.
‘Tak
solat asar lagi!
“Elok
lah amalkan semua tu, dah dekat enam setengah pun tak solat,” ditariknya hidung
Zara Irdina.
Lepas
solat terus terlena. Bila sedar dah pukul 7 petang. Itu pun sebab ada orang
sapu mukanya dengan air. Sejuk!
“Tak
payah lah buat benda-benda amal ni, abang tengok Dina letih bila balik kat
rumah!”
“Bukan
letih lah, tertidur!”
“Tak
payah ke hulu ke hilir lagi. Penat abang tengok!”
“Suka
lah dengan aktiviti ini, best. Boleh bergaul dengan orang ramai!” Diambilnya
badan Zara Irdina dan disandarkan ke dadanya.
“Lepas
ni lah buat!”
“Lepas
ni lagi lah tak boleh buat sebab nak kena jaga anak,”
“Betul
juga!”
“Betul
tu tak mengapa, satu lagi takut tak sempat anak besar, berisi pula. Abang kan
nak anak ramai,” perli Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengelengkan kepalanya.
Nak lawan cakap aku nombor satu.
“Cepat
pergi mandi, selepas tu kita pergi makan!” gesa Tengku Izraf Akif.
Memang
nak mandi pun. Dia bangun tapi sempat memandang wajah Tengku Izraf Akif.
“Rasa
macam tak berbaloi pula kita buat semua ini, sebab kita dah tak tunaikan
tanggungjawab kita kepada keluarga kita. ALLAH suruh pentingkan ahli keluarga
sendiri dari orang luar,” terus dia masuk ke dalam bilik air.
“Dina
kalau tak cari pasal dengan abang tak boleh ke?” soal Tengku Izraf Akif. Mana
aku dengar, aku kan dalam bilik air. He he he
Hari ini
tak solat di masjid, di rumah saja. Pelik nih. Selesai isyak, Tengku izraf Akif
siap berkemas. Segak dia hari ini. Suka tengok dia dalam pakaian kemas seperti
malam ini.
“malam
nie kenapa tak bersama rakyat?” soal Zara Irdina.
“Malam
ini ada hal lagi penting dalam hidup saya!” jawabnya.
“He he
he..,”
“Dina
tunggu di sini, nanti bila semua dah ready, abang jemput Dina kat sini!”
“Kalau
tidur, kejut kan yer!” katanya.
“Tak ada
masalah tu,” balas Tengku Izraf Akif.
Setengah
jam berlalu, Tengku Izraf Akif muncul semula. Dihulurkan tangannya kepada Zara
Irdina dan Zara Irdina menyambutnya. Mereka berjalan keluar dari rumah. Depan
rumah di atas bangku sudah terhidang makanan yang dimasaknya tadi.
“Boleh
duduk bersila kan?” soal Tengku Izraf Akif.
“Kenapa?”
“Takut
terhalang dengan perut Dina tu lah!”
“Ha ha
ha..,” terus dia duduk bersila di sebelah suaminya. Nasi arab bersama masak
kurma kambing dan yang istimewanya ada Puding diraja. Kecur air liurnya
memandang hidangan tersebut.
“Ayahanda
buat untuk anakanda nih!” ucapnya sambil memegang perut Zara Irdina. Keluar juga sebutan ayahanda dan anakanda itu
yer. Kita yang asalnya hanya rakyat, nak sebut ayahanda, anakanda tu pun rasa
kekok. Berselera dia makan. Teringat bonda, kerana ini adalah kesukaan bonda
yang jauh di mata. Bonda yang tak sabar
untuk melihat mereka berdua pulang semula ke sana.
“Terima
kasih sebab masak special untuk kita berdua!”
“Sama-sama.
Esok nak makan apa, cakap saja lah, abang boleh masak kan!”
“Rasanya
bukan nak makan apa-apa lah, tetapi teringin nak pergi bercuti kat tempat
peranginan pulak!”
“Pulak?
Nak ke mana?”
“Kita
pergi Genting nak esok pagi!” sudah mengaturkan rancangan dengan Tengku Mawar
dan Papa, mahu makan angin di sana esok hari. Tengku Mawar akan membawa Tengku
Cempaka, dan Papa akan membawa mama ke sana. Tengku Izraf Akif tak tahu, mama
pun tak tahu dan Tengku Cempaka pun tak tahu. Ini rancangan mereka bertiga.
“Lain
kali lah pergi!”
“Tak
boleh, nak pergi esok juga, mengidam nih!”
“Aku kan
memang lah ini kali pertama ada pengalaman macam ini, tapi mengidam kau nie
memang pelik. Nak makan angin pulak!”
“Jom
lah!” ajak Zara Irdina lagi. Tak pergi nanti tak tahu lah apa nak jadi.
“Hmm..,”
“Boleh
tak kekanda buat macam tu kat adinda nih?” belajar jugak lah panggil dinda dan
kanda ini, sebab nak pujuk hati dia. Tengku Izraf Akif tersenyum senang hati.
Senyuman
itu tandanya dah berjaya lah tu. Nanti nak mesej nak cakap rancangan kita
berjaya. Kita jumpa di sana. Bilik biarlah Tengku Mawar yang uruskan. Dia akan
online kan duit dari sini saja. Semua kan mudah sekarang ini.
Tetapi
pagi ini macam-macam pula yang berlaku. Kambing kena curi hampir sepuluh ekor.
Hujan pula turun dengan lebatnya. Hendak
keluar dari kawasan ini memang susah kalau masa hujan begini. Rasa macam tak boleh pergi saja hari ini.
Tengah
hari baru lah Tengku Izraf Akif pulang dari ladangnya. Anak-anak pohon nenas
hanyut dibawa air yang menuruni bukit. Habis kebun tanamannya. Tengok muka pun
tak berapa nak berseri saja.
“Hah,
dah berkemas semua pakaian kita?”
“Tak!”
tadi ingat macam tak jadi dah nak pergi ke sana.
“Tak
mengapa, tunggu kejap, abang kemaskan pakaian Dina!”
“Nak
pergi jugak ke?” soal Zara Irdina. Berat hati juga nak pergi dalam keadaan
macam ini.
“Jadilah,
jom!”
Kami
sampai lewat 4 jam dari Papa dan Tengku Mawar yang sudah lama sampai di Tanah
Rata. Kedatanganya disambut oleh Papa dan Tengku Mawar. Aku boleh baca hatinya
semalam. Ooo.. ini lah rancangannya yer. Nak kenakan aku lah tu.
“Akif,
bayar semua duit bilik untuk kita orang yer!” beritahu Tengku Mawar sambil
berpegangan tangan dengan Zara Irdina.
“Suruh
Cik Puan nie bayar!” kata Tengku Izraf
Akif.
“Nak
bayar semalam, tetapi kak mawar cakap suruh abang yang bayar!”
“Pandai
kau orang yer, nak kenakan aku!” balas Tengku Izraf Akif. Kalau lah mereka ini
tentu bonda dan mama juga ada. Matanya
melilau mencari, dan matanya dapat menarik tubuh badan bondanya yang sedang
mendapatkan mereka di sini.
“Akif!”
panggilnya sambil memeluk Tengku Izraf Akif.
“Bonda!”
balasnya dikucupnya tangan kanan bondanya itu.
“Dah
boleh nampak perut tu,” balas Tengku Cempaka sambil memeluk Zara Irdina pula.
Kali ini giliran Zara Irdina pula mencari wajah mamanya. Nampak wajah mama
berseri-seri di belakang sana, dia hanya tersenyum kerana masih di dalam
pelukan Tengku Cempaka.
Bukan
mama, Shahir dengan Syazana pun ada. Adiknya yang bongsu pun ada. Ramainya yang
datang.
“Aku
ambil bilik, dua bilik saja, orang lelaki tinggal satu bilik, yang perempuan
pula satu bilik, kita kongsi bilik yer,” beritahu Tengku Mawar. Bilik paling
besar yang diambilnya, boleh muat 5 orang satu bilik.
“Wooi,
aku nak sebilik dengan isteri aku, pergi tempah lagi lah bilik tu!” balas
Tengku Izraf Akif.
“Bilik
penuh, Tengku. Cuba berjimat sikit,” balas Tengku Mawar. Tinggal sebilik
ramai-ramai kan best, boleh berbual panjang. Boleh berbual sampai terlena ke
apa, sudah tak ada masalah.
“Kalau
aku tahu, aku tak datang ke sini hari ini,” keluh Tengku Izraf Akif.
“Dina
nak datang jugak macam mana pun, sebab mengidam!” jawab Zara Irdina.
“Banyak
lah mengidam kau tu,”
“Mengidam
nie macam-macam lah, kau tu kena ikut kehendak Zara dan anak kau, itu tandanya
kau sayangkan Zara dan anak kau,” balas Tengku Mawar lagi.
He he
he.. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Dia menghantar segala barang kepunyaan
Zara Irdina ke dalam bilik yang ditempah oleh Tengku Mawar, sebelum berpisah
bilik, sempat lagi dia mengucup dahi Zara Irdina.
“ada
orang tak boleh tidur lena lah malam ini,” usik Tengku Mawar.
“Kau tu,
suami mana?”
“Malam
nie sampai lah tu..,”
“Anak-anak
tinggal ke?”
“Ada di
rumah nenda dia orang, aku datang dengan bonda tadi!”
“anak
dah tiga, masih manja dengan suami!” balas Tengku Izraf Akif. Tengku Mawar
muncungkan bibirnya.
“Dina,
kau jangan ikut perangai kak mawar, nanti ada 10 orang, kau bawa semua!”
“Dah lah
tu, kita orang banyak kerja lagi nak buat ni!” kata Zara Irdina menyorong badan
suaminya keluar dari bilik mereka.
Asyik
berbual saja, makan dan berbual, sampai ke lewat malam. Itulah kerja mereka.
“Cakap
lah, Akif dan Zara tinggal di mana?” gesa Wan Aisyah. Semua orang asyik tanya
soalan ini tetapi Zara Irdina hanya diam saja. Ini rahsia mereka berdua dan
kepercayaan yang Tengku Akif berikan tak akan dimusnahkan begitu saja. Dia
sudah berjanji dengan suaminya, dan dia tak akan memungkiri janji tersebut.
“Tak
usah tanya lah, mama. Mama bukan tak tahu perangai Kak Zara ini, banyak rahsia
dia dengan abang akif, mana kita tahu pun!” sampuk Syazana. Zara Irdina
tersenyum mendengar. Walaupun yang bertanya itu adalah mamanya, dia akan
bersuara.
“Akif
nie lagi tak tercapai impiannya, dia tak akan berputus asa. Tengok lah apa yang
dia telah buat dekat Zara, sampai kecoh satu kampung dibuatnya,” kata Tengku
Cempaka pula.
“Agak-agak
bonda, dia orang nie pergi ke gua mana?” uji Tengku Mawar.
“Istana
ayahanda Akif dah menjadi kepunyaan orang lain. Kalau tak salah bonda, istana
tu sudah dimiliki oleh ayah saudara Akif. Jadi tak mungkin lah dia orang ini
balik ke sana. Zara ni bukan suka tinggal di istana pun!” teka Tengku Cempaka.
“Mana
best kena kontrol, bonda!” jawab Zara Irdina sambil menarik bantal.
“Kat
mana kau orang tinggal?” tanya Wan Aisyah.
“Sila
dapatkan jawapan dari abang akif sendiri yer!” balas Zara Irdina. Dipejamkan
mata rapat-rapat.
“Kenduri
Zana nanti balik tak? Tu nak bersalin nanti kat mana? Lima bulan lagi kan?”
bertubi-tubi soalan dari Wan Aisyah. Risau pula dengan keadaan mereka berdua.
Tak pernah bincang soal bersalin ini sebab hari itu Akif cakap dia nak jaga
sendiri aku dan Iskandar Shah. Mungkin itu lah hasratnya.
“Pujuk
dia Dina, supaya balik bersalin di rumah mama nanti, dekat sikit bonda nak
pergi melawat!” pinta Tengku Cempaka. Aik, yang ini rasa pelik, kenapa suruh
bersalin di rumah mama, tidak di rumah bonda? Sebab aku tak suka tinggal di
istana ke?
“Tengok
lah macam mana nanti.”
“Mama
dan bonda nak Zara bersalin dekat dengan kami. Biar kami yang jaga Iskandar
Shah nanti,” tegas pula suara Wan Aisyah.
“Nanti
lah Zara pujuk abang!” putus Zara Irdina. Harapan mereka terlalu besar untuk melihat
Iskandar Shah rupanya. Faham saja lah papa Shah ini bagaimana orangnya.
Tiga
hari dua malam mereka menghabiskan masa di sini, cukuplah bonda boleh lepaskan
rindu kepada anak lelakinya yang seorang ini. Asalkan bonda bahagia, dia
sanggup lakukan apa saja. Lagipun dia pun nak sangat jumpa ahli keluarganya.
“Sebulan
sekali kita buat perjumpaan kat sini yer,” kata Tengku Izraf Akif sebelum
bertolak tadi. Malah Zara Irdina sempat mendengar suaminya tak akan ke majlis
perkahwinan Shahir dan Syazana atas alasan Zara Irdina tengah sarat waktu itu.
Macam tak betul saja.
“Dina
nak balik jumpa makan kenduri, yang nak kahwin tu adik Dina lah, “ katanya
sebaik saja sampai di rumah. Tadi dia tidak mengungkit pun perkara ini.
“Pergilah
abang tak menghalang pun!”
“Abang
pergi tak?”
“dah
cakap tadi kan, abang tak pergi!”
“Kalau
gitu abang hantar Dina nanti,”
“Dina
balik sendiri, abang suruh orang hantar Dina ke sana!” Kau ni tak fikir ke keadaan aku macam mana
waktu itu? Perut ini sudah tujuh bulan lebih, bukan sebesar ini lagi.
“Alang-alang
lagi dua bulan nak bersalin, Dina tinggal di sana terus lah!”
“Malam
ini sebelum tidur, abang nak Dina fikir kata-kata Dina ni, betul atau tak
betul!”
“Abang!!!”
panggil Zara Irdina sambil mengigit bibirnya.
“Abang
suruh fikir, bukan halang pun!”
“Akif,”
panggil Zara Irdina. Aku suka panggil nama ini kalau nak memujuk dia.
“Aku
suruh kau fikir kan, fikir dulu, selepas itu baru beri jawapan!”
Sudah
banyak hari tak solat di masjid sebab pergi ke Genting, malam ini solat mahgrib
dan isyak di masjid, ketika pulang singgah makan malam di rumah Pak utih dan
Mak utih kerana permintaan mak utih yang menjemput mereka berdua. Sampai di
rumah sudah pukul 11.00 malam. Makan tu
sekejap saja tetapi Pak Utih dan Mak utih kan orang yang paling rapat dengan
keluarga Tengku Izraf Akif, jadi panjang lah ceritanya.
“Dina
fikir yer kata-kata aku!”
“Akif,
kita bukan tengah bercinta tau, aku kan kalau boleh nak bersalin di rumah mama
aku nanti, nak raikan majlis perkahwinan adik aku, itu masalah ke?”
“Dina,
aku cakap suruh kau fikir lah, selepas itu beri keputusan. Apa keputusan kau
aku terima dengan senang hati,” sambung Tengku Izraf Akif lagi.
Suka
panggil dia dengan nama Akif, apabila aku perlukan seorang kekasih dan teman
sejati. Tetapi panggilan abang itu kena sebut, sebab dia suami aku. Dia juga
seperti aku, kalau berkau aku itu ada maksud yang tersendiri. Mama sudah
perasan aku dengan dia suka bercakap macam tu dua hari lepas, jadi mama sudah
pun menegur aku.
Kami
bawa haluan sendiri. Aku sejak mengandung asyik makan dan berehat saja, dia
pula mungkin basuh kain baju kut. Tak tahu lah. Dia boleh buat kerja rumah
sebab dia pernah tinggal sekolah asrama.
“Tengok
kahwin dengan aku, kau bawa perut saja, tak payah buat kerja apa pun!” dia muncul
semula. Pakai T-shirt dan kain tuala saja. Kalau lah bonda tahu semua ini,
tentu bonda kecil hati aku buat anak raja kesayangannya macam ini.
“Nak
buat tak benarkan!”
“Tak
sampai hati nak suruh buat, dengan bawa perut macam tu, kasihan lah tengok!” itu
bahasa kiasan saja, sebenarnya dia pentingkan Tengku Iskandar Shah lebih-lebih.
“Kalau
macam ini mengandung kerap pun tak ada masalah lah, lepas enam bulan bersalin,
boleh mengandung lagi..,”
“Tak
payah buat macam tu, kau ingat kau kilang beranak ke apa ke?” kata Tengku Izraf
Akif sambil membawa keluar pakaian kotor dalam beg pakaian.
Dia
melihat suaminya hingga hilang dari pandangan matanya.