ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 34)
Hubungan
kami semakin rapat sejak kami hanya saling mengharap antara satu sama lain. Aku
hanya ada dia saja. Dan dia hanya mempunyai aku sekarang setelah dibuang
keluarga. Untuk dia, aku sanggup berkorban apa saja, sebagaimana dia sanggup
berkorban untuk aku. Aku mahu dia bahagia sebagaimana dia membahagiakan aku.
Majlis
perkahwinan Syazana dan Shahir telah pun berlangsung dua minggu yang lalu. Aku
tidak pergi walaupun Tengku Izraf Akif mendesak ku pergi. Dia memahami perasaan
ku, tentu aku mahu ada di sisi Syazana dan mama, tetapi aku pula memilih untuk
bersama dia.
“Nanti
mama cakap, abang kawal Dina pula!”
“Yang tu
betul, memang abang kawal Dina,”
“Bab-bab
lain memang abang mengaku, abang kawal Dina, tetapi yang ini abang benarkan,”
“Abang
faham tak Dina tak larat nak bawa perut ke hulu ke hilir sekarang ni, lagi pun
tak best tanpa abang dengan kami,”
“Ikut
suka hati lah, tetapi jangan salahkan abang kalau papa, mama dan pengantin kita
tu marah Dina nanti,”
Papa dan
mama tak ada masalah pun. Sebulan selepas
Syazana berkahwin, Ayuni dapat tawaran belajar di Sabah. Jadi mama dan papa
mengambil keputusan untuk ikut anak-anak tinggal di Sabah. Masa papa dan mama
nak bertolak ke Sabah, kami berdua berjumpa dengan papa dan mama di Lapangan
Terbang. Papa dan mama tenang saja, tak menangis pun. Senyum saja.
“Perut
akak besar dah ni,” usik Ayuni sewaktu memeluk Zara Irdina.
“Baru
lapan bulan!” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Shah tersenyum saja melihat
gelagat isteri dan adik iparnya.
“Shah,
mak usu pergi dulu, insha ALLAH, nanti kita jumpa yer!” gurau Ayuni sambil
meletakkan telinganya di perut kakak sulongnya. Zara Irdina menepuk bahu Ayuni
dengan manja.
“Akif,
jaga diri, jaga Zara dan anak-anak!” pesan papa.
Pelik
juga dengan keputusan papa dan mama, tiba-tiba tinggalkan rumahku syurgaku
secara tiba-tiba saja. Bila di soal, papa menjawab dia mahu berhijrah juga
tetapi nampak tadi mama berbual panjang dengan Tengku Izraf Shah.
“Kau
cakap apa dengan mama tadi?” soal Zara Irdina ketika mereka bertolak meninggalkan
lapangan terbang.
“Mama,
tanya bila tarikh kau bersalin. Aku cakaplah bulan depan, 7 haribulan!”
“Macam
tipu saja!”
“Tak ada
makna nak tipu kau..,”
“Betul
ni?”
“Mentang-mentang
aku pernah tipu kau, kau tak percaya kat aku lah ni,”
“Nampak
pelik tadi,”
“Ooo..
mama pesan tadi, suruh jangan fikir macam-macam, takut susah nak bersalin pula
nanti,”
“Habis,
aku fikir siapa?”
“Fikir
aku lah, aku nie suami kau!”
“Bagi
tau cepat, mama cakap apa?”
“Tak nak
cakap dah. Boring!”
“Oo..
mentang-mentang badan kita dah tak
cantik, perut dah jadi macam ni, dah boring lah yer,”
“Nak
peluk pun susah, terhalang dengan perut besar kau tu,” Zara Irdina menumbuk
lengan suaminya dengan kuat sekali. Peduli apa aku. Tengku Izraf Akif tidak
sempat mengelak apa tah lagi mahu menepisnya.
“Apa
kau, tumbuk suami kau sendiri..,”
“Nie
nampak!” kata Zara Irdina sambil menunjuk penumbuk dia ke muka Tengku Izraf
Akif.
“Ha ha
ha...,”
“Aku
rasa kau kahwin dengan aku sebab nafsu, sebab nak dapat anak, bukan sayang kat
aku, dan cinta kat aku pun.” Ucap Zara Irdina.
Kecil hati tahap dewa dah ni.
“kena
ada nafsu baru boleh buat perut kau tu macam tu,” sambungnya sambil ketawa
lagi.
“Huh!”
“Shah
lahir nie kita ke Sabah, jumpa mama dan papa!”
“Hah?”
“Kita
bawa Shah jumpa nenek dan datuk dia nanti, itu yang aku cakap kat mama. Aku jawab
tengok kau macam mana, sebab kau kan tak sabar nak mengandung lagi..,”
“Cuih!”
“Nak
pergi tak?”
“Kalau
kau pergi, aku pergi!”
“Insha
ALLAH, kita pergi melawat dia orang nanti!”
Zara
Irdina kembali tersenyum. Tidak bersedih lagi. Lagipun dia sudah belajar untuk
menerima apa saja yang datang dalam hidup mereka berdua. Datang lah ombak,
datang lah taufan dia sudah bersiap sedia untuk menghadapinya.
“Cuba
fikir positif kat suami, ini tak, asyik fikir yang bukan-bukan saja!”
“He he
he..,”
“Apa
gelak-gelak?”
“Tak kan
nak menangis kut,”
“Buat
kerja lain selain dari menangis, kalau menangis segak tu, berbaloi ler jugak,
nie..
“Kenapa?”
“Muka
macm cenkodok saja!”
“Sedap
apa cenkodok!”
Sudah
tiada sesiapa lagi dalam hidup kami. Mama sudah berpindah. Bonda pun sudah
membenci. Takdir lah ni. Aku jadi anak yatim piatu semasa umur 5 tahun. Dan
Dina pula anak luar nikah. Takdir kan? Insha ALLAH, masa depan kami bahagia
nanti.
“Agak-agak
mama pergi sebab bergaduh dengan bonda kut!” ucap Zara Irdina yang masih lagi
berfikir, walaupun sudah lewat malam.
Ler, tak habis lagi fikir.
“Kau
memang suka fikir yer.”
“Tiba-tiba
saja..,”
“Tak ada
dia orang bergaduh pun. Mama bukan tahu hal bonda dengan kita!” balas Tengku
Izraf Akif. Kau tu yang tak tahu tentang ini.
“Entah
lah. Harap-harap yang terbaik untuk mama, papa dan adik-adik!”
“Semuga
yang terbaik juga untuk kita sekeluarga,”
“Kenapa
suka nama Tengku Iskandar Shah?” soal Zara Irdina sambil meletakkan teh panas
di hadapan suaminya. Teh ni anak raja
yang buatkan. Dia cuma tuang saja.
“He he
he..,”
“Nama
ini memang sudah ada dari awal kan?”
“Semua
nama anak kita dah ada nama lah. Yang kedua dengan yang ketiga pun dah ada
lah!”
“Apa?”
terkejut Zara Irdina mendengar.
“Betul,
sudah ada!”
“Anak
tak ada lagi, nama sudah ada!”
“Kita
boleh merancang!”
“Nama
baby perempuan tak ada ke?”
“Yang
itu tak ada!”
“Kenapa?
Kau tak suka anak perempuan ke?”
“Suka,
tapi nak anak lelaki!” harap 3 tu adalah anak perempuan sama. Aku nak anak
perempuan yang comel. Suka sangat anak perempuan.