Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
111,373
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14

Sudah setahun lebih mereka belajar di Ireland, hati Lees semakin hari semakin berbunga untuk Iskandar. Cintanya sudah berpaut pada suaminya sendiri, apa tidaknya Iskandar selalu ada bersamanya ke mana sahaja Lees pergi. Dia seorang yang bertanggungjawab dan romantik selalu sahaja buat kejutan pada Aleesa. Kadang kala mereka berjumpa dan keluar bersama-sama tanpa pengetahuan rakan-rakan yang lain. Iskandar tidak pernah lupa memberi duit belanja setiap bulan sebagai nafkah kepada Lees sepanjang mereka berada di sana. Setiap kali Lees ingin keluar dia pasti akan membertiahu Iskandar terlebih dahulu. Iskandar akan mengekori ke mana sahaja Lees pergi, walaupun dengan teman-temannya yang lain. Mereka akan terserempak secara sengaja atau Iskandar akan menyembunyikan diri tanpa pengetahuan rakan-rakannya yang lain. Jika cuti semester mereka akan pulang ke rumah daddynya di London.

Setiap hari Imira akan ke kuliah bersama Iskandar. Hatinya juga sudah lama berbunga pada Iskandar. Dia selalu membawa bekal kepada Iskandar. Kadang-kadang Iskandar menyuruhnya. Sepanjang pertemuan itu Imira tidak pernah meluahkan perasannya pada Iskandar dia takut Iskandar akan menolaknya. Dia cuba mencari jalan macam mana hendak buat rakan-rakannya yang lain percaya bahawa dia sedang bercinta dengan Iskandar barulah dia rasa selamat berada di sisi Iskandar. Malah rakan-rakan yang lain serta junior yang suka pada Iskandar tidak lagi memikat dan mengacau Iskandar lagi.

Sudah dua hari Lees dan Iskandar tidak berhubung, ini kerana telefon bimbit Lees terjatuh dan pecah. Dia tidak cukup duit untuk membeli telefon yang baru, jadi dia menghubungi daddynya, Dato Hisyam meminta duit sebanyak Euro2000. Dato Hisyam telah memasukkan duit ke dalam akaun Lees tetapi tidak dapat menghubungi Lees untuk memberitahunya. Dia telah menghubungi menantunya Iskandar.

Suatu petang Iskandar dan rakan-rakanya yang lain keluar membeli barang dan pergi makan di sebuah restoran Itali yang berada tidak jauh dari tempat tinggal mereka. Tiba-tiba nada telefon Iskandar berbunyi dalam hatinya pasti Lees yang telefon, tapi sangkaannya meleset dilihatnya skrin tertera ‘daddy’ lalu menjawab.

“Assalamualaikum daddy”

“Waalaikummussalam” jawab dato Hisyam.

“Daddy apa khabar?” tanya Iskandar.

“Daddy sihat, kamu berdua macam mana?”

“Kami sihat daddy” jawab Iskandar.

Dato Hisyam bertanya lagi “Lees ada dengan kamu?”

“Tak ada daddy, kenapa?’ Is bertanya kehairanan.

“Daddy telefon dia tapi tidak dijawabnya, kalau Is jumpa dia bagitahu pada dia daddy sudah masukkan duit yang diminta semalam”. Kata Dato Hisyam. Iskandar terkejut dan bertanya lagi.

“Duit apa daddy? Berapa dia minta?”. Tanya Is berkali-kali.

“Entahlah, semalam dia ada telefon daddy minta masukkan duit 2000”.

“2000 Esh! banyaknya, baiklah daddy nanti Is bagitahu dia’. Jawab Iskandar. Dia meletakkan telefonnya diperhatikan oleh rakannya yang lain.

“Kamu omong dengan siapa ya” tanya Randy.

“Oh daddy akulah” jawab Iskandar.

“Dia bank in duit untuk kamu?” tanya Randy lagi dalam loghat ibundanya apabila dia terdengar angka 2000 yang disebut Iskandar. Iskandar hanya tersenyum dia tidak menjawab soalan Randy.

Sambil mereka menunggu hidangan yang dipesan oleh Fitri dan Rizal, tiba-tiba Rizal ternampak Lees dan Kak Mas dari luar restoran.

“Eh! Lees lah, jom kita ajak dia makan” kata Rizal pada rakan-rakannya.

“Mana?” tanya Fitri. Dia menunjuk ke arah Lees yang sedang melalui restoran dimana mereka berada.

Go lah panggil mereka” jawab Iskandar.

Fitri berlari keluar memanggil Lees dan Kak Mas. Pada mulanya Lees menolak kerana dia tidak tahu Iskandar ada bersama mereka di dalam.

“Kamu dengan siapa lagi?” tanya Kak Mas.

“Semua ada Iskandar, Randy dan Rizal” jawab Fitri. Lees terdengar nama Iskandar disebut dia memandang Kak Mas.

“Bolehlah kak mas kita makan bersama mereka”. Kata Lees. Kak Mas mengangguk dan mengikut Fitri ke dalam restoran mereka makan bersama.

Iskandar memandang Lees dengan memberi syarat supaya ke tandas. “Lees ke tandas sekejap”. Pinta Lees lalu bangun menuju ke tandas.

Iskandar bangun meminta diri sekejap. Dia menuju ke arah Lees lalu menarik tangan Lees apabila mereka terlindung daripada rakan-rakannya. “Lees ada minta duit dengan daddy, berapa?” tanya Is sejerus selepas dia menarik tangan Lees.

Lees mengangguk dan menjawab “Ada 2000”.

“Banyak tu sayang, nak buat apa?” Is bertanya dengan manja. Lees mengeluarkan handphonenya dan menunjukkan kepada Iskandar. Iskandar melihat handphone Lees yang pecah.

“Kenapa ni?” tanya Is lagi.

“Jatuh” jawab Lees. Patutlah telefon dia tidak dapat, telefon rosak rupanya. Is memberitahu pesanan bapa mertuanya.

“Daddy telefon tadi, dia bagitahu duit sudah di masukkan ke akaun Lees, lepas makan nanti kita pergi beli ok”. Lees mengangguk.

Mereka kembali ke meja makan bersama tapi tidak diperasan oleh teman-temannya. Selesai makan mereka berpecah Iskandar dan rakan-rakannya bergerak balik ke rumah. Lees mengajak Kak Mas menemaninya membeli handphone baru. Sampai dipertengahan jalan Iskandar menyuruh kawannya yang lain balik dahulu dia mahu membeli sedikit barang. Dia berlari mencari Lees di shopping kompleks tidak jauh dari restoran tadi. Dia nampak Lees dan Kak Mas menuju ke kiosk telepon.

“Hai! Lees beli apa?” dia bertanya hanya berlakon.

“Cari telefon, telefon saya rosak tapi tidak tahu nak beli yang mana”. Lees sengaja jawab begitu.

“Mana yang lain?” tanya kak Mas apabila tidak nampak kelibat yang lain.

“Mereka sudah balik, saya nak beli barang sikit, tidak mengapalah saya teman awak beli telefon”. Jawab Is. Iskandar memilih handphone untuk isterinya.

“Ini sesuai untuk awak” Is memberi handphone yang dipilihnya kepada Lees. Lees mengambil dan mengikut sahaja pilihan suaminya.

Selesai membayar Iskandar meminta diri dia beredar dari situ. Lees dan kak Mas menuju ke bahagian pakaian wanita. Iskandar masih mengekori Lees tanpa disedari oleh Lees dan kak Mas. Lees membelek-belek coli yang ada didepannya sesekali dia memandang sepasang coli dan panties merah yang digantung pada anak pantung didepannya cantik designnya, tapi agak seksi. Dia membelek harganya tiba-tiba dia menerima message. Dilihatnya SMS dari Iskandar lalu membuka massage itu “saiz 34”. Ha! terkejut Lees apabila membacanya. ‘Eh! vampire ni ada di sini lagi ke? kalau tidak takkan dia tahu, dia mesti ada dekat-dekat sini”. Bisik Lees.

Sekali lagi dia menerima SMS “Beli sepasang yang tersangkut didepan warna merah tu”. Lees memandang coli tadi lalu membalasnya ‘Expensive’. Iskandar membalas SMS itu. “Ambil saja nanti abang bayar”. Lees menelan air liur dan menarik nafas panjang “kalau aku tidak beli nanti dia mesti marah, apa lagi kejutan yang hendak dibuatnya”. Bisik hati Lees. Fikiran Lees mengacau “Macam mana kalau dia datang bilik aku malam ini dan disuruhnya aku pakai, ha tidak tidak tidak”.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina