Pukul 6.00 petang, Is terjaga dari
tidurnya, dia tidak tahu bila matanya terlelap. Penat sangat perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Kota London mengambil masa yang sangat lama. Is teringat yang
dia belum lagi solat asar. Dia tidak tahu, waktu solat di Kota London. Dia mencari
Lees, dilihatnya Lees sedang tidur disebelahnya.
“Lees, Lees bangun” Is mengejukkan Less..
“Hemmm” Lees menjawab.
“Lees sudah solat asar ke?” Lees bangun melihat
jam di dinding biliknya, 6.00 petang.
“Lees tak solat” Lees menjawab pertanyaan
Is.
“Oh ya, Lees datang bulan” bisik hati Is.
“Rasanya sudah masuk waktu maghrib ni” Lees
menjawab dengan ragu-ragu.
Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan
kepastian. Memang betul sudah masuk waktu maghrib. Lees masuk semula ke bilik
memberitahu Is. Iskandar segera berwuduk dan solat maghrib serta qadar sembahyang asar. Selepas Is bersolat mereka keluar bersama ke
ruang tamu, daddy ada dikerusi sedang membaca. Sunyi sahaja suasana dirumah
daddy Lees yang lain entah ke mana. Lees dan Is menuju ke ruang tamu dan
berehat bersama daddynya.
“Aaaa…Lees, Is, kamu tidur ke tadi? Sapa daddynya.
“Ya lah daddy terlelap tadi. Penat sangat,
maklumlah lama dalam flight sampai tidak tersedar terlepas solat asar, tapi sudah
qadar”. Jawab Is.
“Baguslah macam tu” jawab daddy dengan
senyum.
“Mana yang lain daddy?” Tanya Lees.
“Keluar”. Jawab Dato Hisham.
“Ke mana?” Lees bertanya lagi.
“Cari barang dapur katanya”. Daddy
menjawab.
“Daddy dan Is nak minum air tak?” Lees boleh
buatkan.
“Daddy tidak mahu, sudah minum tadi, Lees
buat untuk Iskandar saja lah’.
“Is nak minum air apa?” tanya Lees dengan
lembutnya.
“Air apa yang ada”? Is membalas pertanyaan
Lees.
“Entah” jawab Lees lalu menuju ke ruang
dapur melihat minuman apa yang boleh dibuat untuk suaminya. Is mengikutnya ke
dapur. ‘
“Eh!, kenapa tidak duduk saja di luar
dengan daddy?” tanya Lees apabila dia menyedari Is mengekorinya ke dapur.
“Tak tahulah nak cakap apa dengan daddy” Is
menjawab
“Cakaplah apa-apa pun” Lees membalas.
“Lepas minumlah, tapi kita duduk di luar
sama-sama ya” Is mengajak isterinya.
“Yaaaa”… Lees mengiyakan ajakkan suaminya.
Dia membancuh secawan teh panas untuk suaminya.
“Ini air untuk Is” Lees memberi secawan air
pada Is.
“Jom kita duduk di luar”. Lees mengajak Iskandar.
Dia hanya mengikut Lees duduk diruang tamu bersama daddynya.
“Daddy, bila tarikh tiket ke Dublin yang daddy
booking”? Lees bertanya kepada daddynya.
“Cuba Lees ambil sampul surat atas meja tu,
arah daddy padanya. Lees bangun dan mencapai sampul surat di atas meja…
‘Try check your flight? Arah daddy pada Lees. Lees membuka sampul
surat dan mengeluarkan 4 tiket flight yang tertera namanya Is, mama dan
daddy. Lees menyerahkan sekeping tiket kepada Is.
Mereka menjawab dengan serentak “30 Ogos”.
“9.00pagi dad”? Tanya Lees pada daddynya..
“Ya lah” pendaftaran kamukan bermula
10.00pagi hingga pukul 5.00 petang’. Jawab daddy. ‘
“Sempat ke sampai daddy”. tanya Is dengan
dahinya berkerut.
“Yelah daddy” Lees menyokong sambil
memandang daddynya.
“Apa nak dirisaukan, sempat sangatlah…Flight
pukul 9.00 pagi dari sini dan sampai di airport Dublin 10.30pagi. Sampai di sana nanti kita ambil cab
terus ke kolej kamu” terang daddy pada mereka.
“Daddy, bagaimana pula dengan line phone
kami? Macam mana mahu tukar nombor? Lagi
satu, Is nak pergi bank, keluarkan duit”. Lees bertanya pada daddynya.
“Kamu berdua pergi esok” jawab daddy sambil
memandang mereka.
“Daddy cuti lagi ke esok?” Lees bertanya
lagi.
“Tak, kamu pergi dengan abang ngah kamu. Nanti
dia akan tunjuk ajar kamu berdua”. Daddy memandang mereka sambil menjawab.
“Is, kamu tidak perlu pergi bank esok,
nanti daddy bagi duit”. Bagitahu daddy pada Iskandar…
“Eh, tak apalah daddy, Is sudah ada duit”.
Is menolak pemberian daddynya dengan mengelengkan
kepalanya.
“Is simpan dulu duit tu, nanti bila sampai
universiti banyak lagi nak pakai”. Is pandang pada Lees. Lees menganggukkan
kepala, dia faham dengan isyarat Lees.
“Terima kasih daddy”. Is berterima kasih pada bapa mertuanya.
“Aku sudahlah kahwin dengan anak dia, dia
pula tanggung aku ni. Bisik hati Is…Aduh! malunya. Sepatutnya aku yang bagi
nafkah pada anak dia. Tapi tak apa lah, nanti aku bagilah nafkah pada Lees
bukan setakat nafkah zahir, batin pun boleh”. Is tersenyum sendirian. Lees
perasan Is senyum sendirian.
“why”? Lees perlahankan suaranya bertanya pada
Is. Is memandang Lees sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.