Lees membuka pintu biliknya dan terus meluru
masuk. Dia dapati Is ada di dalam bilik. Iskandar melihat Lees yang baru masuk ke
bilik.
“Hai casper, pergi mana lama?” Is bertanya
pada Lees sambil memerhatikan jam tangannya di atas meja tepi katil.
“Casper!, dia panggil aku casper?” bisik
hati Lees. Lees terkejut dengan panggilan itu dahinya dikerutkan.
“Borak dengan kakak lah”. Lees menjawab
sambil berpaling pada Iskandar yang ada di atas katil.
“Kenapa tidak tidur lagi”? Tanya Lees
apabila perasan Iskandar sedang memerhatikannya.
“Nak tidur dengan siapa”? Tanya Is cuba mengusik.
“Tidur soranglah”. Jawab Lees dengan
geram…giginya dikacip
“Ehhh!…tolong sikit, Is ada bini lah… nak
tidur dengan binilah”. Jawab Is dengan sindiran.
“Aduhhhhh.’ rungutan Lees tidak didengari
oleh Is.
“Marilah tidur” ajak Is dengan mengoda.
“Tidurlah dulu, Lees nak ke tandas”. Jawab
Lees dengan perasaan yang malu, mukanya sudah mula merah.
“Takpa lah Is tunggu”. Jawabnya sambil
tersenyum melihat Lees menuju ke bilik air.
“Dah siap”? Tanya Is apabila Lees keluar
dari bilik air.
“Cepat tidur, esok pagi nak keluar pukul
sepuluh”. Is mendesak Lees tidur sambil menunjukkan tempat disebelahnya..
“Tahu, angah sudah bagi tahu kan” Lees
menjawab dengan manja.
“Cepatlah naik” Is sedikit mendesak geram dengan Aleesa
yang masih terhegeh-hegeh.
“Ke tepilah sikit” Lees menyuruh Is
mengalihkan tubuhnya sedikit ke atas katil…
“Tepi apanya, tidur di sinilah”. Is
menunjukkan diruang yang ada sebelahnya.
“Macam mana nak tidur sempit ni, awak naik
lah sikit”. Lees mengarahnya lagi.
“Tak payah dah muat ni, awak tu bukannya
gemuk pun”.
“Eshhh! dia ni. Keluh hati Lees. Ruang
katil di sebelah Is memang masih luas, Is sengaja tidak mengenjakkan tubuhnya.
Lees membaringkan tubuhnya sehingga terpaksa dirapatkan dengan tubuh Is. Is
menggangkat lengannya lalu meletakkan kepala Lees di atas lengannya dan
mengiringkan tubuhnya ke sisi Lees dan tangannya memeluk tubuh kecil Lees .
“Ehhh! kenapa ni?’ Lees merungut dengan
mengerakkan tubuhnya.
“Tidurlah, peluk sikit tak kan, tak boleh?
Ciumkan”. Jawab Iskandar sambil mengusik. Muka Lees sudah mula merah dengan
matanya tertutup rapat. Iskandar mengangkat kepala dan menukatkan kepalanya
dengan tangan sambil memerhati Lees.
“Kenapa muka merah?” Is bertanya setelah
melihat Lees memejapkan matanya dengan wajah sedikit merah dan berkerut.
“Mana tahu tak nampak pun”. Jawab Lees
dengan matanya terpejam. Sambil tersenyum dan melihat wajah Lees, Iskandar
berkata.
“Bukalah mata tu, sayang”. Dengan perlahan
dan mengoda.
“Tak nak lah” Jawab Lees dengan mimik muka menggeleng.
“Tak nak, tak apa” lalu Is memberikan satu
cium di pipi Lees…mmmmuttt dan kucupan di bibir Lees. Lee semakin memejapkan
matanya sehingga dahinya berkerut dan hatinya bersisik. “Eh, apa dia buat
ni…aduh! berdiri bulu roma aku” Is
tersenyum lebar, dia tahu yang Lees malu, dia membiarkan sahaja Lees memejapkan
mata melayani perasannya sehingga tertidur.