LONDON, OGOS 2010…
Tepat jam 11.20pagi 26 Ogos 2010, Lees dan
Is sampai di Airport London, iaitu lapangan terbang Heathrow London di
Hillingdon, London Barat, merupakan lapangan terbang yang paling sibuk bagi
penerbangan antarabangsa yang mempunyai lima terminal. Suhu di Kota London ketika
ini 18°C. Ini bukan kali pertama Lees ke
sana tapi sudah beberapa kali, cuma kali
ini berlainan kerana Lees dan Is ke sana
untuk menyambung pengajian di Universiti Dublin, Ireland. Mereka akan
mendaftarkan diri pada 30 Ogos 2010 .
Lees berpaling ke belakang melihat Is
berjalan dengan perlahan.
“Is, cepatlah sikit.” Arah Lees.
“Aduh…! si budak casper ni, mentang-mentanglah dia biasa dengan tempat
ini,.. suka hati dia aje, nak arah-arah aku”. Keluh hati Is…nanti kau Lees, tak
apa kali ini aku ikut kau.’
Sampai sahaja mereka di pintu ketibaan (arrival)
antarabangsa, daddy dan mama Lees sudah menunggu ketibaan mereka. Mereka
disambut dengan senyuman yang cukup manis membuatkan rindu Lees pada mama dan
daddynya terubat, maklumlah sudah lama mereka tidak berjumpa.
“Assalamualaikum…” mama Lees menegur dengan
memberi salam apabila mereka sampai didepannya. “Waalaikummuslam…” jawab mereka
serentak. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Lees tersenyum malu apabila
mama dan daddynya memandang Is dengan tanda tanya.
“Mama, daddy inilah suami Lees, Iskandar
Ariff bin Datuk Jeffry”. Lalu mama memandang Iskandar dengan senyum.
“Oh inilah Is, handsome orangnya,
sesuai sangatlah dengan Lees”. Puji mama pada Lees.
Iskandar senyum terpegun melihat mama Lees
dengan penuh kebanggaan, apa tidaknya walaupun sudah berumur 40an wajah pan
asianya masih cantik ….bisik hatinya “Patutlah si Lees ni cantik, orang kata
kalau nak tengok anak, tengok maknya dulu”.
“Kamu berdua apa khabar”? tanya daddy Lees.
“Alhamdulilah
kami sihat daddy, cuma penat sikitlah, berjalan jauh, sudahlah kena transit dua
negara. Lees menjawab dengan nada yang manja.
“Tak mengapalah Lees, nanti sampai di rumah
kamu berdua boleh berehat” Kata daddy.
Tanpa membuang masa mereka semua menuju ke
tempat letak kereta. Daddy menekan pedal minyak terus ke kediaman mereka lebih
kurang 20km daripada Lapangan terbang. Semasa berada di dalam kereta, Is
meninjau-ninjau keluar jendela melihat bangunan-bangunan tersegam indah yang
terdapat disepanjang jalan Kota London…Lees tersenyum melihat gelagat Is…Is
perasan yang Lees sedang memerhati dan mengetawakan dia…
Hati Iskandar bersbisik “Ni tiada lain,
Lees mesti kata yang aku ni “macam rusa masuk kampung”
Mama Lees melihat anak manjanya itu ketawa
sendirian “Kenapa Lees ketawa”
“Ada rusa masuk kampung” jawab Lees.
“Tak salah tekaan aku” bisik hati Iskandar…
“Lees” ..terdengar suara daddy agak kuat
sedikit tanda marah pada Lees…
“Tak baiklah, Lees cakap begitu pada suami’ Tegur daddynya.
Lees tersentak mendengar daddy menyebur
perkataan suami…dia diam dan buat tidak tahu sahaja…
“Is, di Kota London memang beginilah kota metropolitan sentiasa sibuk, lebih kurang sama dengan
Kuala Lumpur’. Daddy memberitahu.
“Is pernah datang ke sini sebelum ni ?” tanya
daddy lagi.
“Belum daddy” Is menjawab.
“Cuaca
di sini sejuk, Is perlu pakai baju tebal sikit”. Daddy menerangkan keadaan di
Kota London pada ketika itu.
“Mak dan ayah Is apa khabar?” Tanya ibu
mertuanya.
“Mereka sihat, mereka kirim salam pada mama
dan daddy”. Jawab Is.
“Waalaikummussalam”. Jawab mama dan daddy serentak.
“Oh ya, tiket kamu berdua ke Universiti Dublin,
daddy sudah booking”.
‘Terima kasih daddy”. jawab Lees.
Sambil berpaling kepada Lees, mamanya
bertanya lagi “Lees, nenek dan atuk kamu macam mana, sihat ke?”
“Mereka sihat mama” jawab Lees.
“Nenek dan atuk pun kirim salam pada mama
dan daddy” Lees memberitahu.