Mereka semua telah sampai di Camaderry pada pukul 3.00petang.
Sebagaimana yang digambarkan suasana di Camaderry sunguh cantik dan pemandangan
yang indah udaranya yang bersih menyegarkan badan dan fikiran. Sesuai sangatlah
untuk mencari ketenangan seisi keluarga.
Mereka semua turun dari bas, bergerak ke satu kawasan yang di kelilingi lanksap yang
menarik menyenangkan mata memandang. Iskandar sebagaimana yang telah dijanjikan
telah menghubungi abang iparnya Danial.
Dia telah menceritakan masalah yang berlaku kepada dia dan Aleesa tetapi
dia telah meminta abangnya tidak bertanya kepada Aleesa apa yang telah
diceritakannya. Dia sendiri mahu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu
sendiri. Angah telah memesan sekiranya ada apa-apa masalah yang tidak dapat diselesaikan
atau memerlukan pertolongan boleh memberitahunya. Itulah yang diperbualkan oleh
Iskandar dengan abang iparnya.
Aleesa, kak Mas, Aisyah mengikuti yang lain berjalan ke tempat yang
telah dipilih oleh ketua mereka. Di situ tempatnya redup dikelilingi pokok yang
besar dan rendang. Mereka telah mendirikan khemah. Tiba-tiba Lees terpijak tunggul
yang berada dibelakangnya lalu terjatuh
kaki kirinya terseliuh dan berdarah kerana tunggul itu sedikit tajam terkena
betis Lees apabila dia terjatuh atas tunggul itu.
“Aduh! Kak Mas tolongggg” laung Aleesa memanggil Kak Mas.
Kak Mas yang ada tidak jauh darinya datang dan cuba menggangkat
Lees. Tapi kaki Lees yang terseliuh dan sedikit berdarah membuatkan kak Mas tidak mampu
menggangkatnya. Fitri yang ada di situ datang untuk membantu dan mengangkat
Lees.
Iskandar yang melihat dari jauh kejadian itu berlari menuju ke Fitri yang
sedang memapah Lees dan meletaknya di tempat yang lebih selamat. Dia menyelak seluar
panjang yang dipakai Lees ke paras lutut kerana duri itu terkena pada betis
Lees. Iskandar tiba di situ, dilihatnya
Fitri sedang menyentuh betis dan memegang kaki
Lees. Iskandar dengan pantas menepis
tangan Fitri.
“Ke tepi biar aku tengok”. Kata Iskandar dengan suara yang agak
marah.
“Eh! kau ni kenapa Is”. Fitri disebelahnya membalas.
“Biarlah aku tengok, aku boleh ubatkanlah” Kata Iskandar, sambil
tangannya memegang kaki Lees. Iskandar memandang ke arah muka Lees yang sedang
menahan sakit.
“Mentang-mentang lah dia tu bakal doktor” Jawab Fitri dengan marah
dan tidak puashati kerana Is menolaknya.
Suasana di situ menjadi sedikit tegang. Shahrul yang ada di situ
memanggil rakannya Ghazali untuk mengambil first-aid. Kemudian Ghazali
datang memberikan first-aid kepada Shahrul. Shahrul membukanya dan memberi ubat
dan pembalut kepada Iskandar. Shahrul bangun memberi arahan kepada semua
peserta bersurai dan buat kerja masing-masing kerana malam ini mereka mengadakan
BBQ dan suara kenal serta sedikit acara.
“Sakit ke?” Tanya Iskandar sambil memandang Lees. Lees hanya
mengangguk.
“Aduhhh…sakitlah” Jerit Lees dengan menahan sakit.
“Tahanlah sikit”. Jawab Is. Iskandar membersih luka dan menyapu
ubat pada betis dan kaki Lees, sambil diperhatikan oleh Shahrul dan yang lain.
“Shah, ini ke Aleesa?’ tanya Ghazali pada Shahrul. Ghazali yang
duduk bercangkung memandang Aleesa dengan penuh minat.
“Yelah, cantikkan?”. Jawab Shahrul dengan senyum.
“Memang lawa sangat, Lees ada boyfriend tak? Tanya Ghazali sambil
tersenyum memandang Lees, kali ini dia memandangnya dengan lebih dekat dari
atas ke bawah.
Iskandar yang sedang merawat Lees, berpaling dan memandang tajam ke
arah Lees. Lees memalingkan mukanya ke arah lain dengan muka yang mencuka dan
dahinya berkerut. Lees tidak menjawab persoalan dari Ghazali, dia hanya
mendiamkan dirinya.
Imira datang menyaksikan apa yang sedang berlaku, dilihatnya
Iskandar sedang membantu Aleesa. Hatinya sakit, cemburu melihat Iskandar dengan Aleesa. Dengan
perasaannya yang marah dia berkata.
“Eh Lees, kau sengaja ya nak orang ambil perhatian pada kamu,
lebih-lebih lagi pada Iskandar, Kau memanglah Lees, muka tidak malu”.
Kak Mas yang ada di situ terus membela Aleesa.
“Mira, apa awak cakap ni?” Kata Kak Mas dengan nada yang marah dan
geram atas tindakan Imira kepada Lees.
Lees amat terkejut dengan penjelasan Imira, dia hanya memdiam diri.
Hatinya mula pedih dan sebak dengan kata-kata Mira, dia cuba tahan airmatanya
daripada keluar. Dia cuba menarik kakinya daripada Iskandar tapi tangan
Iskandar lebih kuat memegang kakinya. Apatah lagi Iskandar hanya mendiamkan
diri buat tidak tahu sahaja.
Tiba-tiba Shahrul bersuara
lagi. “Sudah, tinggalkan mereka berdua yang lain cepat siapkan kerja”. Arah
Shahrul kepada pelajar yang masih ada di situ. Mereka semua meninggalkan Lees
dan Iskandar yang belum siap membalut. Apabila yang lain sudah beredar Iskandar
bertanya pada Lees.
“Macam mana boleh jatuh ni?”tanya Iskandar dengan nada yang lembut.
Lees tidak menjawab dia hanya diam dan mukanya berpaling ke arah
lain.
“Lees hati-hati sikit. Cakaplah, kenapa diam ni? Apa salah Abang,
sampai Lees lari dari Abang”. Tanya Iskandar cuba memujuk.
Lees tidak menjawab apa-apa persolan dari Iskandar. Dia masih ingat
kata-kata Mira sekejap tadi. Dia memanggil Kak Mas untuk memapahnya ke khemah.
“Kak Mas, cepatlah dah siap ni?”. Laung Lees pada Kak Mas.
“Lees, suara tu perlahan sikit, depan suami ni?” Kata Iskandar
sambil tersenyum meminjam kata-kata
mamanya dulu, menyindir Lees.
Lees mendengar dan dia mengingati kata-kata mama, semasa dia melaung
memanggil angahnya dulu. Lees memejap mata menarik nafas panjang. Airmatanya
seperti ingin keluar. Dia tidak juga menjawab, hanya mendiamkan dirinya. Kak
Mas datang mengambil Lees berlalu ke khemah dari situ meninggalkan Iskandar.