Tut tut tut, daun pintu diketuk… “kak long..”
Lees memanggil kak longnya.
“Masuklah Lees’. Sahut kak long dari dalam
biliknya. Lees menolak daun pintu lalu masuk dan terus menuju ke katil kakaknya
yang sedang membaca buku.
“Baca apa?” tanya Lees sambil tangannya
memegang bantal.
“Novel”. Jawab kak long.
“Kenapa kak long tak turun?” tanya Lees
kepada kakaknya.
“Malaslah nak turun, tak ada buat apa pun”.
Kak long menjawab.
“Turun borak dengan kamilah”. Jawab Lees
pula.
Pap, kak long menutup buku yang dibacanya. Kak
long memandang mata Lees dengan penuh persoalan dan berkata.
“Lees, boleh kak long tanya sikit?”
“Apa kak?” Tanya Lees kehairanan.
“Boleh tak Lees, ceritakan macam mana Lees
boleh kenal Is dan kahwin dengan Is tu? Handsome betullah suami Lees,
putih, tinggi. Kak long suka cara dia dressing.” Kata kak long.
“Haaaa, kak long jealous ye?” Lees
menyindir kakaknya.
“Kalu dia bukan suami Lees, mungkin kak
long jealous lah juga. Tapi dia
tu kan suami adik akak, kak long suka tengok Lees dengan Is, sama cantik sama
padan, ada chemistrylah . Ceritalah Lees.” Desak kak long.
“Kenapa kak long tak tanya daddy aje, apa papa
Is cakap dengan daddy”. Lees cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan kakaknya
tadi.
“Kak long ada juga bertanya, Lees tahu apa
daddy cakap?” Kata Kak long. Lees rasa pelik dan bertanya lagi.
“Daddy cakap apa?”
“Itu urusan orang tua, katanya”. Kak long
menjelaskan jawapan dari daddynya. “Alaaa cepatlah sayang, ceritalah pada
kakak”. Rayu kak long dengan adiknya itu.
“Ok ok…macam ni. Lees kenal dengan Is tu
semasa sekolah menengahlah. Masa tingkatan empat Lees ditukarkan ke sekolah
baru. Lees di tempatkan dikelas nombor dua, masa tu Is kelas pertama. Memanglah
Lees kenal dia dari awal lagi, tapi tak pernah rapat, apatah lagi nak bercakap.
Lees kenal dia pun sebab Is tu pelajar yang handsomelah di sekolah. Dia ramai
sangat kekasih, peminat bukan setakat pelajar, guru-guru pun suka pada dia.
Masa tu Lees tak tahulah dia kenal atau tak Lees.” Lees menceritakan babak kenangannya
dulu.
“Lees pergi sekolah dengan apa, dari rumah
nenek?”tanya kak long lagi.
“Naik basikallah kak”. Jawab Lees dengan
manja sambil meletakkan kepalanya ke atas peha kak longnya.
“Sambunglah lagi”. Desak kak long.
“Masa tingkatan 5, Lees dinaikkan ke kelas
pertama, Lees sekelaslah dengan Is tu. Tapi masa tu rakan-rakan dia yang lain
adalah kacau dan cuba try tackle Lees tapi Lees tak pernah layan mereka.
Suatu hari nak dijadikan cerita, Is datang jumpa Lees semasa kami di makmal
sekolah. Dia mahu pinjam buku sains Lees, katanya dia tak sempat nak salin nota
sains tadi. Memanglah masa subjek sains
tu dia dan rakan-rakannya tak ada dalam kelas, entah ke mana pun Lees tak tahu,
tak pernah peduli pun pada mereka. Jadi Lees tak cakap banyak pun, dengan Is.
Lees ambil buku sains terus bagi pada dia. Katanya nak hantar esok. Lees angguk
ajelah.
Lepas waktu sekolah hari tu Lees terus
balik rumah, memanglah masa tu ada motor mengekori Lees di belakang, tapi Lees
tak tahulah siapa. Sampai sahaja di rumah nenek, motor tu terus beredar.
Petang tu macam biasa pukul 4.30petang,
Lees tolong nenek mengajar mengaji budak-budak. Tiba-tiba, Lees terdengar ada
motor datang dan bagi salam, katanya nak jumpa Lees. Lees pun turunlah, tengok si
Is ada depan rumah nenek. Lees terkejut macam mana dia tahu rumah nenek kita.
Dia menghulurkan buku nota sains yang di pinjamnya daripada Lees. Lees ambil
saja, sebelum ini Lees tidak pernah bercakap dengan dia tu.
Lees tanya dia macam mana boleh tahu Lees
tinggal sini. Dia bagi tahu dia ikut Lees balik tadi. Dia tanya Lees, itu rumah Lees ke. Lees jawab
ini rumah datuk saya. Is tanya tentang budak-budak yang ada di rumah nenek masa
tu. Lees bagitahu yang budak-budak tu mengaji al-quran dengan nenek.
Masa tu Is tanya Lees, boleh tak saya nak
buat study group dengan awak, kita belajar sama-sama. Lees tanya dia nak buat
di mana. Dia jawab buat di rumah nenek. Lees tanya dia dengan siapa lagi. Lalu
dia jawab kita dua sajalah, tak payah bagi tahu siapa-siapa. Lees cakap pada
dia nantilah nak tanya datuk. Lees naik
dan memberitahu datuk yang Is nak belajar di sini. Datuk turun dan Lees kenalkanlah dengan Is.
Datuk tanya dia nak mula bila. Katanya esok, datuk cakap… datanglah. Lees tanya
dia, nak datang pukul berapa. Dia cakap pukul 4.00 petang.
Masa di sekolah memang dia tidak cakap
dengan Lees, tegur pun tidak. Kawan-kawan dia bercakap dan kacau Lees tapi, dia
tidak cakap apa pun. Dia buat tak tahu jer.
“Lepas tu apa jadi?” tanya kak long apabila
Lees berhenti bercerita.
“Hari-hari seterusnya macam biasalah dia
datang rumah belajar dengan Lees sehingga hampir peperiksaan.” Cerita Lees pada
kakaknya.
“Lees bercinta ke dengan Is masa tu?” kak
long cuba menyongkar rahsia adiknya itu.
“Tidaklah, tak pernah cakap pasal cinta
langsung”. Jawab Lees.
“Masa tu Lees ada hati tak dengan Is?”
Tanya kak long dengan senyum dan memandang Lees.
“Tak ada pulak, Lees tak terfikir sejauh
itu sebabnya setahu Lees, Is ni ramai girlfriend”.
“Habis tu, macam mana pulak kamu berdua
boleh kahwin?’. Kak long tanya dengan hairan.
“Entahlah
kak, mungkin jodoh kot. Selepas result SPM diumumkan memang Lees dan Is dapat
keputusan cemerlang jadi kami sama-sama minta sambung belajar di Ireland, tup-tup
dapat. Sepanjang kami berkawan, Is tak pernah, cakap pasal cinta.. sayang..
jauh sekali kahwin”.
“Lees dapat tahu pun, masa papa telefon
Lees katanya ada orang nak masuk pinang Lees dan kahwin. Lees memang terkejut
besarlah apa pulak ni papa, sudah tahu Lees dapat sambung belajar di Ireland
suruh kahwin, Lees memang tidak setujulah Lees muda lagi 19 tahun. Masa tu Lees
tengah buat A-Level sama dengan Is juga. Tapi papa cakap, Lees terima pinangan
tu dan kahwin sebelum Lees datang sini…”. Lees berhenti seketika mengimbas
kembali kenangan itu. Kemudian menyambungnya kemula.
“Lees memang benganglah sebab Lees tidak
tahu dengan siapa Lees kena kahwin. Jadi Lees tanya papa. Papa tanya Lees, Lees
kenal tak Iskandar Arif bin Dato’ Jeffri. Lees jawab kenal, dia kawan Lees.
Dialah masuk pinang Lees, papa bagitahu. Lees kahwin saja dengan dia kata papa,
Lees memang terkejut besarlah sebab sepanjang kami berkawan tidak pula dia bagi
tahu yang dia sukakan Lees”.
“Malam tu Lees bincang dengan datuk dan
nenek, rupanya nenek dan atuk dah tahu pun. Dia orang nasihatkan Lees kahwin
saja dengan Iskandar. Lees bagi tahu atuk yang Lees belum bersedia pikul
tanggungjawab sebagai seorang isteri, pelajar, lagi lepas tu jadi ibu pula.
Lees tak naklah, Lagi pun…belum habis cerita nenek potong percakapan Lees… nenek
cakap Lees tak cintakan Iskandar. Lees diam aje. Atuk cakap cinta boleh pupuk
selepas kahwin. Dia dulu pun bercinta selepas kahwin bahagia juga. Nenek bagi
cadangan Lees sembahyang istikharah malam tu.
“Lees buat tak?” Tanya kak long minta
kepastian.
“Buatlah” Lees menjawab sambil matanya
melirik kepada kak longnya.
“So macam mana”? Tanya kak long lagi.
“Lees mimpi jumpa dia”. Lees bagitahu kak
longnya sambil tersenyum malu.
Nenek kata yang Lees risau tentang
tanggungjawab, Lees bincang dengan Is lah.
Keesokkan harinya. “Kak long nak tahu?”… Lees seolah-olah bertanya kak
longnya. Pagi-pagi lagi Is dah terpacak depan rumah. Lees turun, dia terus kata, kahwin dengan saya. Lees tanyalah kenapa?
dia jawab “saya cintakan awak”. Lees bagitahu dia yang Lees belum bersedia
untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, lagi pun kita kan baru nak sambung
belajar, muda lagi, kahwin lepas belajarlah.
Dia cakap tak boleh, kita kena kahwin
sekarang. Macam mana Lees nak pikul semua tu, kalu kita dapat anak…ehhhh tak
nak lah. Lees bagitahu dia. Dia kata Itulah yang dia datang nak bincang dengan Lees.
Masa itu, Is terangkan pada Lees, kita kahwin sekarang tapi, saya janji yang
saya tak akan buat lebih-lebih pada awak atau hubungan kelaminlah senang cakap,
kata Is. Dia bagitahu lagi, tapi saya tak janjilah yang saya tak akan sentuh
awak. Jadi awak boleh sentuh sayalah? Lees tanya dia. Ya lah jawab Is, sentuh
aje kan, katanya. Alahh awak ni, kita kahwin lepas studylah Lees bagitahu dia.
Tak boleh katanya. Lees tanya kenapa? dia jawab nanti awak akan tahu juga
kenapa tapi bukan sekaranglah. Lees tanya Bila? Nanti awak tahulah katanya. Dia
desak Lees kita kahwin ya? Lees tidak tahu nak jawab apa… akhirnya Lees jawab…
“baiklah, tapi janji, apa awak cakap tadi” Lees kata pada dia. Tapi ada satu
syarat, Lees bagi syarat pada dia.
“Apa syarat Lees?” Tanya kak long. Lees bagitahulah dia, Lees tidak mahu orang lain
tahu yang kita sudah kahwin. Dia terima syarat Lees, asalkan Lees setuju kahwin
dengan dia.
“Jadi, Lees tidak pernah tidur dengan Is
lah?” Kak long bertanya mengorek rahsia.
“Tidurlah kak, tapi kami tak buat apa-apa
pun”. Lees menjawab dengan malu mukanya sudah mula merah.
“Dia tak pernah sentuh Lees?” Kak long
bertanya lagi.
“Pernah”. Jawab Lees sepatah. Untuk
mengelakkan kakaknya bertanya lebih banyak Lees memotong percakapan kaknya.
Sambil melihat jam dinding bilik kakaknya
itu… “Eh! Kak, pukul berapa sekarang? Masyaallah dah nak pukul 11.00 lah kak,
Lees masuk bilik dululah nanti Is marah pula”. Lees berkata pada kak longnya
sambil bangun dan meninggalkan kakaknya itu.
“Dia pernah marah Lees ke?” Kak long
bertanya lagi.
“Tak pernah”. Tak apa lah kak. Bye sweet
dream. Lees menjawab pertanyaan akhir kakaknya. Dia membuka pintu lalu menuju
ke biliknya.