Cuti semester yang mengambil masa tiga
bulan itu sudah berakhir. Aleesa semakin
pulih dari kekecewaan dan derita yang dialaminya selama ini. Dia cuba
menguatkan semangatnya kini, dia sudah boleh menerima keadaan walaupun sesekali
kenangan bersama Iskandar hadir dalam fikirannya dia masih tidak mampu
melupakan Iskandar malah cintanya semakin utuh dia tidak tahu kenapa, mungkin
Iskandar merupakan cinta pertamanya malahan pula Iskandar adalah suaminya. Dia
tidak tahu apa statusnya di sisi Iskandar sudah tiga bulan dia tidak bertemu,
dia menyerahkan segalanya kepada ilahi untuk menentukannya. Bagi menggelakkan
Iskandar menghubunginya dia telah menukar nombor telefon. Dia memberitahu
keluarganya bahawa simcardlamanya telah rosak.
Hati Iskandar masih bersedih sudah tiga
bulan dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya. Hidupnya sedikit bercelaru dia
tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidupnya tanpa Aleesa gadis yang
dicintainya dari bangku sekolah lagi.
Semester baru sudah bermula dia nekad untuk
mencari Aleesa dan bertanyakan apa yang telah berlaku sehingga tiga bulan dia
menghilangkan diri dari dirinya. Iskandar memang tidak puas hati dengan
tindakan Aleesa.
Sebelum dia melangkah dengan rakan-rakanya
yang lain pergi ke cafe pada hari itu, hatinya berdoa “Ya Allah ketemukan aku
dengan Aleesa” Dia berharap sangat bertemu Lees di cafe pagi itu.
Sesampainya dia di situ bagaikan luruh
hatinya, jantungnya berhenti seketika apabila melihat Aleesa dan teman-temannya ada
di situ. Dia menarik nafas panjang kemudian menghempuskannya dengan kuat, matanya
memandang tepat ke arah Lees dengan langkah yang longlai sambil mengucapkan. “Terima
kasih ya Allah kau telah makburkan permintaan hambamu ini”. Hatinya berbisik
mengucap syukur.
Aleesa melihat Iskandar dengan hujung
matanya lalu menundukkan kepalanya. “Ya Allah kenapa aku tidak mampu menatap
wajahnya”. Bisik Lees. Hatinya sudah mudah terasa sebak dan berdebar-debar.
Iskandar memandang Lees dengan lirikan matanya yang tajam tanpa berkelip
hatinya cukup marah tapi sebenarnya dia gembira. Lees terus menundukkan
kepalanya tidak sekalipun dia memandang Iskandar.
Hati Iskandar berkata “Pandang abang Lees, please”.
Dia tahu Iskandar sedang memerhatikannya dengan tajam dia tidak sanggup memandang
Iskandar hatinya semakin sebak. Terus hatinya berbisik “Aku tidak sanggup
memandang mu Is, Ya Allah kenapa sebak hati ini bila bertemu dia, aku tidak mampu
memandangnya Ya Allah”.
Lees terus menekup mukanya dengan tangan,
sebak didadanya tidak mampu dibendung lagi, bila-bila sahaja air matanya akan
gugur. Kak Mas yang ada disebelahnya perasan yang Lees mengalami sedikit
tekanan dia tidak mahu teman yang lain tahu. Kak Mas memeluk erat bahu Lees,
dilihatnya Lees menekup muka dan menekan biji matanya menahan air mata daripada
keluar.
“Lees kenapa ni” tanya kak Mas dengan penuh
tanda tanya apabila tiba-tiba melihat Lees begitu.
“Kak Mas, kita pergi dari sini Lees tak
selesa”. Jawabnya dengan sedih dan sayu. Air matanya sudah gugur dia
mengesatnya. Iskandar mengerut dahi kehairanan apabila melihat Lees mengesat
air matanya. Lees dan Kak Mas bangun meninggalkan mereka.
“Eh, Lees nak ke mana tu? Kenapa tidak
makan?” Tanya Fitri memandang Aleesa beredar tanpa menjamah makanannya. Namun
tidak endahkannya.
Iskandar memandang Lees berlalu dari situ “Kenapa
dia tidak tengok aku, tidak nampak ke aku di sini? Kenapa pula dia menangis,
badan dia semakin kurus? Apa berlaku pada dia sebenarnya?”. Itulah soalan yang
bermain dikotak fikirannya apabila melihat Lees pergi begitu saja. Makanan yang
ada didepan mejanya tidak pun disentuh.
Saban hari Lees menggelak dari bertemu dan
bertembur dengan Iskandar dia cukup risau jika Iskandar menyatakan sesuatu yang
tidak mampu didengarinya. Iskandar pula sentiasa mengejar Lees setiap kali dia
bertemu Lees keseorangan tapi langkah Lees lebih cepat telah mengagalkan dia
mendapatkannya.
Habis sahaja kuliah pada suatu petang Iskandar dengan langkah yang
laju menuju ke bilik toturial yang dinyatakan oleh Fitri. Kelas akhirnya hari
itu, dia sengaja bertanya Fitri untuk mengejar Lees. Tibanya dia di situ
dilihatnya Lees sedang menghala ke library dia cuba mengejar Lees dari
belakang.
Lees melangkah dengan laju, tiba-tiba namanya di panggil oleh
seseorang dia berpaling dia kenal lelaki yang memanggilnya itu abang senior
bernama Shahrul. Dia menghentikan langkahnya menunggu Shahrul datang pada dia.
“Awak Nur Aleesa Putri” tanya Shahrul pada Lees.
“Ya saya’ jawab Aleesa.
“Aleesa housemate dengan Mastura ke?” Shahrul memandang
Aleesa dengan senyum yang mesra.
“Ya kenapa”. Tanya Aleesa
dengan hairan.
“Boleh Aleesa tolong abang” tanya shahrul lagi.
“Tolong apa” tanya Aleesa. Lama juga Shahrul mendiamkan diri.
“Abang nak tanya Mastura ada boyfriendke?”. Lees tersenyum
mendengar pertanyaan dari Shahrul dia bertanya sambil tersenyum mengusik.
“Abang nak merisik ke ni?”. Shahrul tersenyum dengan usikkan Lees.
Iskandar yang sedang memerhatikan Lees tidak jauh dari situ, nampak
jelas senyuman dari Lees yang sedang berbual dengan Shahrul. Dia mengenali lelaki
itu, Shahrul, merupakan pelajar senior jurusan peguam juga merupakan wakil
ketua pelajar Malaysia di sini. Jika ada apa-apa yang berkaitan dangan pelajar
Malaysia dialah orangnya yang banyak membantu.
Lees perasan yang dirinya sedang diperhatikan seseorang dia
berpaling didapatinya Iskandar sedang memerhatinya. Dia berpaling semula kepada
Shahrul dan menerangkan kepada Shahrul.
“Sepanjang Lees mengenali Kak Mas, rasanya dia tidak ada boyfriend
tapi tidak tahulah kalau diam-diam hatinya sudah dimiliki”.
Shahrul bertanya lagi “Boleh Aleesa tolong risikkan?”.
“Oh! boleh” jawab Lees.
“Tolong kirim salam pada dia ya”. Kata Shahrul lagi. Lees hanya
menganggukkan kepala.
“Lees, satu lagi hujung minggu ini kita ada buat event untuk
semua pelajar Malasyia, Lees juga perlu ikut serta’. Lees menjawab
“Boleh tak kalau Lees tidak pergi?”.
“Kenapa?” tanya Shahrul.
“Kurang sihat”.
Jawabnya
“Nantilah abang pertimbangkan”. Jawabnya dan terus berlalu
meninggalkan Lees.
Lees mempercepatkan langkahnya menuju ke library dia tahu yang
Iskandar akan mengikutnya. Iskandar terus mengekorinya, kali ini dia nekad mahu
bercakap dengan Lees. Lees meletakkan bukunya di atas meja lalu menuju ke rak
buku. Tiba-tiba tangannya ditarik dia berpaling dilihatnya Is, dia dengan
pantas menarik tangannya.
“Jangan peganglah” kata Lees suaranya diperlahankan.
“Lees, kenapa buat abang macam ni? Kenapa tidak jawab panggilan dan
sms abang? Apa salah abang?’ tanya Iskandar bertalu-talu dengan pantas.
“Kenapa tanya Lees, tanyalah diri sendiri”. Jawab Lees lalu beredar
dari situ dengan langkah yang laju. Is hanya mampu memandang Lees yang berlalu
meniggalkannya begitu sahaja.
“Ya Allah, kita tanya dia disuruhnya tanya kita balik” Iskandar monolog
luaran sambil memegang kepala terasa
hatinya sakit.