Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Bab 35

 

KUNTUMAN senyum yang tidak lekang di bibir mengiringi setiap hayunan langkahnya ke pejabat. Tidak seperti hari-hari sebelum ini, pagi itu dirasakan cukup indah sekali. Semua pekerja yang berselisih dengannya dihadiahkan dengan senyuman hinggakan mereka sedikit hairan dengan tingkahnya yang agak berlainan. Namun lelaki itu tidak kisah. Biarlah apa orang hendak cakap. Yang penting hatinya terasa gembira dan bahagia saat ini. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakan seumur hidupnya.

“Hai, Tasya. Morning!” sapa Tengku Harrys sewaktu tiba di meja setiusahanya. Sebuah senyuman manis turut diberikan pada gadis itu.

Morning, Tengku!”

Any documents I need to sign?”

“Ada. Semuanya saya dah letakkan atas meja Tengku.”

Alright. Thanks!” ucap Tengku Harrys. Segaris senyum terukir lagi di bibirnya sebelum dia berlalu dari meja itu.

Natasya memandang Tengku Harrys tanpa berkelip sehinggalah lelaki itu menghilang ke dalam bilik. Sedikit terkejut dia dengan reaksi ketuanya itu. Selalunya jangankan tegur, pandang sebelah mata pun belum tentu lagi. Tetapi hari ini dirasakan lelaki itu begitu ramah terhadapnya. Siap dengan senyuman manisnya lagi yang jarang sekali dipamerkan pada sesiapa. Memang susah untuk melihat Tengku Harrys tersenyum walaupun dia menghadap lelaki itu setiap hari. Pendek kata, bertuahlah siapa yang dapat melihatnya. Kiranya bertuah jugalah nasib dia hari ini.

“Ai! Lain macam je boss aku hari ni. Tersenyum-senyum. Siap tegur lagi! Selalu menonong je jalan dengan muka serius dia tu. Okay ke tak dia ni?” ngomel Natasya yang masih merenung pintu bilik Tengku Harrys walaupun lelaki itu telah lama masuk.

“Hai, nasib kaulah Tasya dapat boss yang unpredictable macam tu! Baik aku buat kerja. Mana tahu sekejap lagi tiba-tiba angin dia dah datang, hah, satu ofis ni kang bergegar dengan suara dia!”

Natasya kembali menyambung kerjanya walaupun dalam hati masih tertanya-tanya dengan kelakuan Tengku Harrys yang agak ‘baik’ pagi ini.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Tengku Harrys meletakkan beg di atas meja dan kemudian melangkah ke cermin tingkap. Pandangan dihalakan ke luar jendela, menghadap kesibukan kota di waktu pagi begini. Tirai yang menghalang pandangannya diselak sedikit agar dia dapat melihat pemandangan luar dengan lebih jelas.

Beberapa minit berdiri di situ, dia tersenyum sendiri. Lelaki itu kemudian beralih ke tempatnya pula. Melabuhkan duduk di atas kerusi empuk sambil bersandar merenung ke arah skrin komputer yang sudah sedia terpasang. Lama dia merenung skrin itu. Entah apa yang dimenungkannya. Berita yang baru diterimanya semalam benar-benar membuatkan dirinya sedikit tidak keruan. Bukan sedikit rasanya. Memang dia sudah terkeluar dari garisan normal dirinya yang biasa. Mindanya pula asyik memikirkan tentang gadis itu. Gadis yang suatu ketika dulu pernah menggugat kedamaian hatinya, meragut ketenangan jiwanya, juga menganggu setiap hari-hari dan malam-malamnya dengan bayangan yang seringkali hadir baik dalam jaga mahupun dalam lena. Malah, hingga kini bayangan itu sentiasa hadir menerpa dalam setiap sudut ruang hidupnya.

“Irish.”

Sekali lagi bibirnya menyebut nama itu. Entah yang ke berapa kali dia tidak pasti. Yang dia pasti, gadis itu benar-benar memberi tamparan padanya yang selama ini buta hati terhadap perempuan.

‘Hmmh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Parah kau ni. Parah!’ getusnya dalam hati. Diraup wajahnya beberapa kali.

“Fokus, Harrys! Fokus! It’s time to work!”

Tengku Harrys bagai mengingatkan diri-sendiri agar tidak terus leka dengan perasaannya. Lantas fail-fail yang telah diletakkan oleh Natasya dibuka dan kemudian diteliti satu demi satu sebelum menurunkan tandatangan. Setengah jam berlalu, dia selesai menyemak semua fail-fail tersebut. Lelaki itu kemudiannya menghadap ke skrin komputer untuk menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh. Namun hanya beberapa ketika menaip, jarinya terhenti. Tengkuknya digosok perlahan sebelum menyambung kerja semula.

“Arghhh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Satu apapun pun kau tak boleh nak fikir ni!”

Lelaki itu menekap kepalanya dengan tangan, memaksa mindanya untuk berfikir. Hinggalah akhirnya dia tersandar di kerusi. Tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini. Kalau keadaan berterusan begini, mahu satu apapun kerja tidak jalan. Lantas matanya dipejamkan. Cuba mencari semangat agar dia dapat bertahan untuk menghadap tugas-tugasnya sepanjang hari ini. Lewat minit tercari-cari, bibirnya tiba-tiba menguntum senyum.

“Tasya.”

Punat interkom yang menghubungkannya dengan Natasya ditekan. Beberapa saat, suara gadis itu kedengaran.

“Ya, Tengku.”

Please ask Miss Irish to come and see me.”

“Sekarang ke, Tengku?” soal Natasya tidak pasti.

YesNow.

“Baik, Tengku.”

Serentak itu, punat interkom dilepaskan. Tengku Harrys melepaskan keluhan. Serasanya itulah sahaja cara untuk dia mengembalikan semangatnya hari ini. Dia cuma ingin menatap wajah itu buat seketika. Terasa rindu pula.

‘Rindu? Macam ni ke rasanya rindu?’ soal lelaki itu sendiri. Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia merasai perasaan seperti ini.

Ketukan di muka pintu sedikit menyentakkan lamunan lelaki itu. Pantas dia menoleh. Tidak pasti siapa gerangan yang mengetuk. Sama ada Irish ataupun Natasya. Atau mungkin juga orang lain. Dengan perlahan dia menarik nafas.

“Masuk.”

Kedengaran tombol dipulas. Perlahan-lahan daun pintu ditolak dari luar. Seketika, terpancul wajah seseorang dari balik muka pintu itu dan kemudian berjalan masuk ke dalam bersama ayunan langkah yang tersusun kemas.

“Tengku panggil saya?”

Sepotong ayat lahir dari mulut kecil itu. Hanya sepotong ayat, namun sudah mampu mengundang debaran di dadanya. Soalan itu hanya dibalas dengan satu anggukkan kecil.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Tengku Harrys tidak menjawab. Entah mengapa lidahnya terasa kelu pula untuk bersuara bila gadis itu sudah berada di hadapannya. Sebelum ini mereka hanya berhadapan sebagai majikan dan pekerja. Atau paling tidak pun, sekadar memerhati dari jauh. Tetapi hari ini dia seperti berhadapan dengan orang lain. Berdepan dengan insan yang merupakan calon bakal isterinya. Sesuatu yang tidak terjangkau di fikiran walau sememangnya itu yang diimpikan sejak bertemu gadis itu dek insiden perlanggaran dulu.

“Tengku?” Irish memanggil lelaki itu bila melihat Tengku Harrys hanya membisu.

“Hmm?”

“Tengku okay?” soal Irish.

No.”

“Ada masalah?”

Yes.”

“Berkenaan apa?”

Don’t know.”

Irish mengerutkan dahinya. Terasa sedikit pelik dengan jawapan tersebut.

“Err...apa yang saya boleh bantu Tengku?”

Nothing.

Dahi Irish berkerut lagi. Semakin tidak faham dia dengan tingkah Tengku Harrys. ‘Kata ada masalah. Bila ditanya tak tahu pulak. Nak offer tolong cakap tak ada apa-apa. Hmmh.’

“Kalau macam tu saya minta diri dululah,” ujar Irish seraya berpaling untuk keluar.

“Ada saya suruh awak keluar? Did I?

Langkah Irish terhenti. Matanya terpejam. Bibirnya diketap. ‘Dia dah mula dah.’ Lantas gadis itu berpusing kembali menghadap Tengku Harrys sambil tersenyum.

“Tak, Tengku.”

So... why don’t you just stand up there and keep quiet.”

Mata Irish membulat. Tangannya sudah tergenggam kemas. Cuba menahan geram yang tiba-tiba memuncak di dada. Lantas bibirnya kembali mengukir senyum. “Okay.”

Tengku Harrys menyembunyikan tawa di balik tangannya. Dia tahu gadis itu sedang menahan marah. Dari riak wajahnya yang bertukar kemerahan sudah cukup untuk memberitahu. Tetapi dia suka. Dia suka cara gadis itu yang tidak menunjukkan rasa marahnya terang-terangan. Lebih gemar menyimpan. Namun siapa tahu seorang yang pendiam begitu bila rasa marahnya sudah dikeluarkan, pasti dunia ini pun boleh bergegar. Sama juga sepertinya.

Irish diam tidak berkutik. Pandangannya hanya ditala ke arah lantai di bawah. Itu lebih baik dari hatinya terus-terusan menahan geram disebabkan lelaki di hadapannya ini.

“Kenapa senyap? Dah tak boleh cakap?”

Irish memejamkan matanya sekali lagi. ‘Tadi bukan dia yang suruh aku duduk sini diam-diam ke? Sekarang tanya kenapa senyap pulak? Astaghfirullahalazim! Sabarlah wahai hati!’

“Dah puas marah saya dalam hati?”

“Hmm?”

Seakan hendak terkeluar jantung Irish bila mendengar suara itu hanya beberapa inci sahaja dari telinganya. Entah bila lelaki itu bangun dan berada di belakangnya.

“Bila masa Tengku ada kat belakang ni? Bukan tadi duduk kat kerusi tu ke?” tanya Irish kebingungan, membuatkan tawa Tengku Harrys berderai.

“Macam mana nak perasan kalau dalam hati asyik kutuk saya tak henti-henti.”

“Eh, mana ada.”

“Tak mengaku? Atau nak saya dengar sendiri dalam hati awak tu? Hmm?” duga Tengku Harrys sambil mendekati Irish. Kali ini nada suaranya sudah bertukar lembut dan sedikit romantis, menyebabkan Irish bergerak sedikit menjauhinya. Sekali lagi ketawa Tengku Harrys kedengaran. Lelaki itu kemudian berjalan ke mejanya dan bersandar di situ sambil berpeluk tubuh menghadap Irish.

“Kenapa nak takut? I am your future husband, right?”

Berderau darah Irish mendengar ayat itu. Spontan matanya memandang Tengku Harrys yang ketika itu turut sama merenung ke arahnya. Hanya seketika sebelum dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.

WhyDid I said something wrong?”

Senyap lagi. Tiada tanda-tanda yang Irish akan membalas pertanyan lelaki itu. Untuk seketika, keadaan bilik tersebut kembali sunyi.

“Kenapa terima lamaran tu?” soalan itu terpancul dari mulut Tengku Harrys tiba-tiba. Nada suaranya juga sudah berubah serius. Memang soalan itu yang ingin diajukan pada Irish semenjak semalam. Tidak sangka Irish akan menerima lamaran keluarganya, walaupun tempoh hari sedikit pertelingkahan berlaku sewaktu mereka berbincang mengenai perkara itu.

Irish masih terdiam kaku. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada lelaki di hadapannya ini. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mengambil keputusan untuk menerima lamaran tersebut. Yang pasti sewaktu ayahnya meminta dia memberikan kata putus semalam, mulutnya ringan saja menuturkan perkataan ‘ya’ tanpa berfikir lagi. Mungkinkah itu petunjuk yang diberikan Allah seperti yang dikatakan oleh ayahnya?

“Irish.”

“Hmm?”

I’m still waiting your words. Atau nak saya datang dekat lagi baru awak berani buka mulut?”

“Eh, tak payah!” separuh menjerit Irish bila melihat Tengku Harrys ingin berdiri dan melangkah mendekatinya. Namun kata-katanya tidak diendahkan. Semakin hampir Tengku Harrys merapatinya hingga menjadikan jarak mereka kini terpisah beberapa jengkal sahaja.

“Cakaplah. Saya dah dekat dengan awak sekarang.”

“Err....”

“Kenapa terima lamaran tu? Sebab keluarga awak?”

“Tak.”

“Sebab keluarga saya?

“Tak.”

“Atau sebab awak dah jatuh cinta dengan saya?”

Sekali lagi darah Irish berderau. Matanya terus mencari seraut wajah di hadapan. Seperti tidak percaya yang Tengku Harrys akan berkata begitu.

“Kenapa pandang saya macam tu? Is it true?”

Irish tidak membalas. Hanya matanya melirik memandang anak mata Tengku Harrys.

Is it trueIrish?” soal lelaki itu lagi. Kakinya mula melangkah setapak ke hadapan, membuatkan dirinya semakin dekat dengan Irish. Kemudian dia melangkah lagi, memaksa Irish untuk berundur ke belakang pula kali ini. Dan akhirnya tubuh gadis itu sudah tersandar pada dinding bilik kini.

Menyedari langkahnya sudah terkunci, Irish cuba meloloskan diri dari lelaki di hadapan. Namun Tengku Harrys lebih pantas menghalangnya bila kedua-dua tangan lelaki itu ditekapkan ke dinding, sekaligus mematikan terus pergerakannya di situ.

Where do you thing you are going? Awak masih belum jawab soalan saya. Dan saya masih belum dapat jawapan untuk soalan saya, Irish.”

“Perlu ke saya jawab soalan tu?”

Yes. Of course.”

Irish tertunduk. Matanya dipejam sambil kepala ligat menyusun ayat-ayat yang sesuai untuk diberikan pada Tengku Harrys.

“Irish...,”

“Saya cuma tak nak buat keputusan yang akan bagi bad effect pada keluargaTengku kalau saya tolak lamaran tu. Itu yang Tengku cakap pada saya tempoh hari. Dan saya pun kena jaga maruah keluar saya jugak!” Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut Irish. Sama ada betul atau tidak, dia tidak tahu. Hanya itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Itu lebih baik daripada membiarkan kata-kata terakhir lelaki itu berlaku.

“Walaupun hati awak sendiri yang terluka?”

“Kalau itu yang boleh bahagiakan semua orang.”

“Macam mana pulak dengan hati saya?”

Irish mendongak semula. “Kenapa pulak dengan hati Tengku?”

Nothing.” Perlahan Tengku Harrys menurunkan tangannya. Irish direnung buat kesekian kali. Kemudian dia berlalu ke mejanya bersama satu senyuman kecil. “You may leave now.”

Mendengarkan itu, Irish menghembus nafas lega. Tanpa berlengah lagi dia terus menghayun kakinya untuk segera keluar dari bilik tersebut sebelum lebih banyak perkara-perkara pelik akan terjadi.

Thanks. Have a nice dream.

Langkah Irish terhenti sekali lagi. Pantas dia berpaling semula memandang Tengku Harrys yang ketika itu sudah pun duduk di kerusinya sambil menatap fail di atas meja.

Please save your future husband’s number on your phone after this.”

Irish tergamam. Untuk beberapa saat, dia tercegat di situ. Dan kemudian langkahnya diteruskan semula hingga ke pintu. Sebelum keluar, sempat lagi dia menjeling ke arah Tengku Harrys.

‘Sabar, Irish. Sabar. Hari ini hari dia.’

Bagai ada satu suara halus yang berbisik ke telinga Irish.

“Ini hari, hari dialah. Esok-esok jangan sampai hari pun dia dah tak kenal!” ngomel gadis itu sendirian dengan langkah yang agak deras menuju kembali ke biliknya.


TENGKU HARRYS membelek gelas di hadapan sambil jarinya bermain-main di permukaan gelas tersebut. Sedari tadi makanan dan minumannya lansung tidak berusik. Hanya direnung dengan satu pandangan. Sesekali senyuman kecil terbit di wajahnya.

“Hoi!”

Tengku Harrys sedikit tersentak apabila satu sudu kecil dicampakkan di hadapannya. Pantas dia mendongak.

“Kau dah kenapa senyum sorang-sorang dari tadi?” soal Fezrul kehairanan. Malam ini dia dan Tengku Harrys keluar makan bersama di sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Selepas Maghrib tadi tiba-tiba sahaja rakannya itu muncul di kondo mereka sewaktu dia sedang berehat menonton televisyen. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila Tengku Harrys mengajaknya untuk makan malam. Dia pun apalagi. Seronok sikit dapat makan berteman begini.

Nothing.”

Nothing konon! Dari masa muncul kat rumah tadi happy semacam. Sampai kat sini pulak dah tersenyum sorang-sorang. Takkanlah tak ada apa-apa. Hey, ini Fezrullah! Sekilas ikan di air, tahulah mana jantan betina!”

Kata-kata Fezrul mengundang senyum Tengku Harrys sekali lagi. Sungguhlah bagai dikata. Hanya melalui perubahan air mukanya sahaja rakannya itu sudah dapat meneka.

What’s up, broLast jumpa aku hari tu dengan muka sikit punya serabut. Sekarang macam dah tak cukup mulut nak senyum pulak aku tengok! Any good news?” sekali lagi Fezrul menyoal.

“Tak adalah good news sangat.”

Are you sure? Tapi muka kau bagitahu yang sebaliknya.”

Tengku Harrys terkedu. Nampaknya memang dia sudah tidak dapat menyembunyikan lagi rasa yang sedang bergelodak di hati. Lebih-lebih dengan lelaki di hadapannya ini.

“Rys...,”

“Dia terima lamaran tu.”

Terhenti tangan Fezrul yang ingin menyuap makanan ke mulut kala ayat itu masuk ke telingannya. Muka Tengku Harrys ditenung tanpa berkelip. Namun lelaki itu hanya berlagak selamba. Tidak jadi dia ingin meneruskan suapan. Sudahnya dia meletakkan semula sudu dan garfu di atas pinggan. Tumpuannya kini terarah pada Tengku Harrys di hadapan. “Betul ke ni? Aku tak salah dengar?”

“Kau dengan aku bukan jauh mana pun.”

“Bila dia bagitahu?”

“Semalam.”

“Pada kau?”

No. Abang dia call abang aku dan sampaikan berita tu.”

Fezrul terdiam. Beberapa saat kemudian dia kembali bersuara. “Reaksi keluarga kau macam mana?”

“Ini hajat keluarga aku, Rul. Dah tentulah diorang gembira.”

“Kau?”

Spontan kening Tengku Harrys berkerut. “Kenapa dengan aku?”

“Kau pasti ke dengan pilihan keluarga kau?”

“Soalan apa yang kau tanya ni? I’ve already told you everything, right?”

I know. Tapi kau dah get ready ke?”

Ready for what?”

“Yelah. Kau belum kenal hati budi dia lagi, kan. Bercinta memang tak pernahlah. Sokau dah get ready ke dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku nanti? Dan hati kau pada dia, macam mana? Setakat suka je tak cukup untuk bina masjid, Rys.”

Kata-kata Fezrul sedikit sebanyak terkesan pada Tengku Harrys. Bukan dia tidak fikir tentang semua itu. Malah sejak pertemuan pertamanya dengan Irish, hal itulah yang mula-mula menerjah ke dalam fikirannya. Lama Tengku Harrys bermenung. Mencari-cari jawapan yang mungkin akan merungkai isi hati yang disorokkan selama ini.

“Aku tak pernah minta semua ni berlaku, Rul. Dan aku tak pernah minta Allah hadirkan perasaan ni dalam hati aku. Untuk seorang perempuan yang aku tak kenal pulak tu. Semua tu berlaku atas kehendak-Nya. Kau sendiri tahu dari dulu aku tak pernah buka hati aku untuk mana-mana perempuan. Sebab aku tak percaya untuk hidup bahagia dan berjaya dalam dunia ni, kehadiran perempuan tu perlu dalam diri seorang lelaki. Tapi kenapa mesti dia? Dan semuanya bermula just because of that incident.”Kata-kata Tengku Harrys mati di situ.Dia memandang Fezrul. Rakannya itu masih setia menanti butir bicara seterusnya.

“Tiga kali aku berlanggar dengan dia, Rul. Tiga-tiga kali tu jugak aku tak berkesempatan untuk kenali dia. Yang ada cuma bayang-bayang dia yang selalu datang dalam hari-hari aku. Aku ingat semua tu hanya gurauan semata-mata. Tapi aku tak putus berdoa siang dan malam untuk Allah pertemukan aku dengan dia satu hari nanti. Aku ingat doa aku tu cuma harapan tinggal harapan. Tapi tak sangka pulak keluarga aku dah kenal dia lebih dulu. Aturan Allah tu memang indah, Rul. Tak ada siapa tahu. Aku tak tahu. Kau tak tahu. Orang lain pun takkan tahu,”jelas Tengku Harrys panjang lebar.

Fezrul bungkam. Wajahnya serius. Dahinya juga berkerut seperti memikir sesuatu. Tengku Harrys yang menyedari semakin kebingungan. Tidak senangkah rakannya itu mendengar perkhabaran ini? Sangkanya Fezrul akan gembira sama sepertinya. Namun bila melihat kebisuan Fezrul begini membuatkan hatinya dilanda resah. Lantas dia membetulkan duduknya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, ketawa Fezrul tiba-tiba pecah di situ.

Congracts, bro! Akhirnya!” ucap Fezrul dengan gembira. Tangan Tengku Harrys dicapai dan dijabat dengan erat. Namun hanya dia seorang sahaja yang ketawa sedangkan Tengku Harrys di hadapan masih lagi terpinga-pinga. “Yang kau buat muka macam tu kenapa?”

“Bukan kau ke yang buat dulu?”

Tawa Fezrul berderai sekali lagi. Geli hati melihat reaksi lelaki di hadapannya. “Aku saja je. Nak acting sikit. Nak tengok reaksi kau macam mana. Dulu cakap apa, tak mainlah jiwang-jiwang ni. Takkan pernah ada cinta dalam kamus hidup kau. But now you see? Tak pasal-pasal malam ni aku dapat korek rahsia hati seorang lelaki yang paling anti-perempuan selama dua puluh sembilan tahun dia bernafas kat bumi ni. Amacam? Hebat tak penangan cinta?” Fezrul menyambung kembali tawanya.

“Macamlah kau tu dah bercinta sangat.”

“Eh, aku lain! Sekurang-kurangnya aku berkawan dengan perempuan. Ramai perempuan yang aku kenal. Sambil menyelam tu minum airlah!”

So, dah jumpa?”

“Dalam pemerhatian. Nak cari calon isteri bukan senang, Rys. Lainlah macam kau. Pilihan keluarga pulak tu. Tak payah nak fikir banyak dah!”

“Baru merisik, Rul. Belum apa-apa lagi.”

At leastdah ada tanda, kan? Anyway... siapa nama dia? Dari hari tu dok asyik sebut-sebut pasal dia tapi nama dia pun kau tak bagitahu.”

“Irish. Irish Qiara.”

“Wow! Cantik nama dia. Mesti secantik orangnya. Kalau tak, takkan mister anti-perempuan ni boleh tangkap cintan. Am I right?”

Tengku Harrys hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Yelah tu, Harrys. Bukan aku tak tahu. Sejak dulu perempuan yang beratur nakkan kau semuanya cantik, hot, meletup! Kau tu je yang hati kering. Tapi dengan si Irish ni tak tahulah tang mana yang boleh buat kau sangkut. Bila kau nak kenalkan dia kat aku? Nak sangat aku jumpa gadis yang dah buat kawan aku jadi teruk macam ni!”

“Teruk?”

“Hmm. Dah macam gila bayang aku tengok. Parah!”

“Kau cakap aku gila bayang?”

“Yelah! Kalau dah asyik termenung, then senyum sorang-sorang. Gila bayanglah tu namanya!”

Tengku Harrys ketawa sepuas-puasnya. Namun tawanya itu hanya terlahir dalam hati. ‘Dah lama aku gila bayang, Rul. Bayang dia yang buat aku jadi gila!’


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.