Kerikil Untuk Pejuang
Dipijak
Meluncur ke dasar
Terperosok bersama kristal debu
Tidak bernilai tiada martabat
Kabut
Bersusup ke udara
Menerangi cahaya disimbahi merah
Aku tidak pernah takut untuk mati
Kerana aku telah lama mati
Kerikil
Bertaburan umpama bintang
Sebiji digapai sebiji menanti
Bersaksi butir pepasir
Aku setia menjadi harapan
#UntukGaza